USUL TIDAK PERCAYA KEPADA YAB PERDANA MENTERI

Saya telah bercadang untuk membawa usul tidak percaya terhadap YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat.
Tetapi Kerajaan menentukan usul ini tidak akan dikemukakan & dibahas dengan dua kali meletak usul ini di akhir sidang dewan. Usul Kerajaan didahulukan sehingga tidak ada masa untuk usul saya dibahas. Dengan cara ini sampai bila-bila pun usul saya tidak akan dibincang dalam dewan.
Oleh kerana saya tidak mungkin kemukakan usul saya dalam Parlimen maka saya terpaksa siar usul ini dalam blog saya untuk tatapan orang ramai.

Sekian. Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua,
1. Saya bangun untuk mengemuka usul tidak percaya terhadap YAB Ahli bagi kawasan Pagoh, Perdana Menteri Malaysia kerana sebab-sebab yang saya akan jelaskan sekarang.
2. YAB Tan Sri Muhyiddin bersama dengan saya dan beberapa orang lain telah tubuh sebuah parti politik dengan tujuan khusus untuk menjatuh Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib. Parti yang kami tubuh ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia-Bersatu.
3. Pendirian Tan Sri amat tegas dalam perjuangan untuk menjatuh Perdana Menteri Najib. Oleh kerana rakyat juga ingin melihat Datuk Seri Najib dan BN dijatuhkan, pandangan YAB Pagoh diterima baik dan sokongan diberi kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH), sehingga menang PRU 14.
4. Datuk Seri Najib berpakat dengan Parti PAS dan telah serang Pakatan Harapan kerana kononnya Kerajaan Pakatan Harapan ini dikuasai oleh DAP yang akan hancurkan orang Melayu. Untuk elak dari kehancuran ini, sebuah Kerajaan Melayu Islam perlu ambil alih Kerajaan.
5. Dakwaan bahawa DAP boleh hancur orang Melayu tidak masuk akal. Orang Melayu tidak mudah dihancur. Percubaan British merampas negeri-negeri Melayu melalui Malayan Union digagalkan oleh orang Melayu.
6. Demikian juga penyangak mata wang yang cuba jatuhkan nilai mata wang Malaysia supaya kita terpaksa serah pengurusan ekonomi kita kepada Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga digagalkan oleh pemerintahan pimpinan Melayu.
7. Parti Komunis Malaya yang cuba merampas kuasa secara bersenjata Kerajaan pimpinan Melayu, juga dikalahkan.
8. Jika DAP cuba hancurkan orang Melayu, Ahli Parlimen Pagoh sebagai Menteri Dalam Negeri pada masa itu boleh batalkan pendaftaran parti itu dan haramkan aktiviti mereka.
9. Tetapi Tan Sri kononnya percaya DAP boleh hancur orang Melayu. Caranya untuk elak kehancuran ialah dengan menjatuh Kerajaan Pakatan Harapan dan membentuk Kerajaan campuran dengan UMNO dan PAS.
10. Saya tidak dapat terima cadangan ini kerana Najib dan UMNO yang telah merosakkan negara akan kembali jadi sebahagian daripada Kerajaan. Ini mengkhianati rakyat yang mengundi kita.
11. Saya telah minta Bersatu tangguhkan perancangan ini tetapi Tan Sri Muhyiddin sudah rapatkan hubungan Bersatu dengan UMNO dan PAS di Sheraton Hotel untuk meraya gabungan antara mereka.
12. Sesungguhnya cara Ahli YB Pagoh menjadi Perdana Menteri amatlah memalukan. Ia tidak pernah berlaku sehingga kini di Malaysia. Beliau sendiri mengaku bahawa Kerajaan Perikatan Nasional ini bukanlah Kerajaan pilihan rakyat.
13. Saya sedia terima ahli UMNO yang sudah keluar dari UMNO untuk menjadi ahli Bersatu dengan syarat. Tetapi kata Zahid Hamidi, UMNO hanya akan sertai gabungan en-bloc sebagai parti dan bukan sebagai ahli.
14. Saya bertanya kepada YAB Tan Sri samada dia sanggup bekerjasama dengan parti UMNO yang kita musuhi dahulu kerana mencuri dan menipu dan mengamal rasuah? Kata Tan Sri dianya sanggup.
15. Saya nyatakan saya tidak sanggup. Jika Tan Sri sanggup, itu pilihan Tan Sri. Dengan itu pecah berkecailah Bersatu.
16. Saya sedih kerana rakan seperjuangan sanggup pilih musuh, iaitu Najib, dan menolak saya, rakan dalam parti yang kita tubuh bersama.
17. Cara Tan Sri kejar jawatan Perdana Menteri ialah dengan menipu rakyat dengan janji memperjuang cita-cita mereka.
18. Apabila Tan Sri jadi Perdana Menteri maka kuasa disalah guna untuk mendapat sokongan dengan menawar jawatan-jawatan yang bergaji tinggi kepada sesiapa yang ikrar menyokong Tan Sri. Jika jawatan sudah tidak ada lagi, maka dicipta jawatan baru bertaraf Menteri kepada penyokong.
19. Mereka yang tidak sanggup sokong, dilucut keahlian dan jawatan sehingga diperingkat ketua cawangan pun.
20. Perbuatan ini melanggar undang-undang tubuh parti kerana selain dari tidak sokong Tan Sri mereka tidak langgar apa-apa peraturan parti.
21. Ugutan dibuat kepada sesiapa yang membantah.
22. Kerajaan Pakatan Harapan telah berusaha membersihkan pengurusan syarikat-syarikat Kerajaan dari diisi dengan ahli politik yang tidak berpengalaman. Pengganti yang dipilih terdiri dari tokoh profesional yang berpengalaman yang bukan ahli politik dan bukan dari Pakatan Harapan.
23. Tan Sri telah buang orang profesional ini dan lantik orang politik yang menyokongnya. Maka situasi yang terdapat di zaman Najib pun kembali semula.
24. Jika sogokan tidak diterima maka tekanan boleh dilakukan dengan dipanggil untuk disoal siasat oleh jabatan Kerajaan.
25. Sesungguhnya orang dari parti bukan Kerajaan ditekan dengan pelbagai cara supaya jika diadakan PRU mereka ini akan takut dan terhalang dari bertanding.
26. Cara demokrasi bukanlah cara disukai oleh Kerajaan pimpinan YAB Pagoh. Ternampak jelas yang YAB cuba menentukan supaya tiada siapa akan lawan beliau dalam PRU.
27. Tetapi Tan Sri Ahli YB Pagoh sekarang cuba menghalang bekas ahli Bersatu dari dicalon dengan melucut jawatan dan keahlian mereka dalam parti. Untuk bertanding ahli Bersatu perlu dapat watikah dari parti.
Sudah tentu watikah tidak akan diberi. Ahli Bersatu yang menubuh Bersatu sekarang tidak berhak bertanding sebagai ahli Bersatu.
28. Sesungguhnya pelantikan Tan Sri sebagai Perdana Menteri tanpa PRU mencabul sistem dan aturan peraturan dalam Perlembagaan Negara. Cara ini akan menghilangkan kepercayaan rakyat bahawa melalui PRU rakyat dapat bentuk Kerajaan pilihan mereka.
Yang jelas ialah suara rakyat tidak mempunyai nilai di Malaysia lagi. Kerana melalui pintu belakang parti yang ditolak oleh rakyat boleh jadi Kerajaan. Rakyat tertipu dengan cara ini.
29. Apa gunanya PRU jika yang ditolak oleh rakyat boleh mendiri Kerajaan, dan yang dipilih oleh mereka dijatuhkan dengan penipuan.
30. Inilah sebab utama yang saya kemukakan usul tidak percaya kepada YAB Tan Sri dari Pagoh sebagai Perdana Menteri. Rebutan jawatan oleh beliau merampas hak rakyat.
31. Seperti yang Tan Sri sendiri mengaku Kerajaan Tan Sri bukanlah Kerajaan pilihan rakyat. Ia adalah hasil dari penipuan terhadap rakyat yang bersusah payah datang dari jauh dan dekat untuk mengundi.
32. Kita tidak perlu undang-undang untuk menghalang penipuan seperti ini.
33. Kita harap orang politik di Malaysia mempunyai moral yang tinggi dan menolak rasuah dan penipuan.
34. Jika tidak, maka akan hancurlah negara kerana akan diperintah oleh penyangak dan penyamun.
Tuan Yang di-Pertua,

35. Saya mohon mencadang Kerajaan Perikatan Nasional ini menyerah balik kuasa kepada yang hak.

chedet.cc/?p=3174

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir Mohamad Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @chedetofficial

8 Aug
STANDING UP FOR HUMANITY

I had chosen to speak out despite being aware of the potential backlash. To my mind, keeping quiet is not an option...
...when all the tell-tale signs were pointing towards another situation whereby a big and powerful country imposed its will with im punity on a small and defenceless nation.
What transpired since my contentious speech at the UN General Assembly in September last year only served to prove that what I had said were mild and to a certain degree, restrained.
Read 5 tweets
28 Jul
THE GOLDMAN SACHS AFFAIR

1. The Government seems pleased with the settlement with Goldman Sachs.
2. But the sum to be paid to Government is nothing compared to what is due to Malaysia.
3. The total amount that should be due is USD9.6 billion. What Goldman Sachs has agreed to pay is USD2.5 billion in cash. USD1.4 billion will be based on the proceeds of the assets now with Department of Justice (DOJ) of America.
Read 11 tweets
17 Jul
MY RESIGNATION

1. Today we have a Government with the slimmest majority – just 2.

2. How did this happen?
3. When Najib lost the 14th General Election (GE), he knew he would be jailed for the crimes he committed.

4. So, immediately he proposed to PAS to set up a Malay Muslim Government.
5. But they did not have enough to form a Government. He needed more Malay support.

6. He claimed the PH Government was dominated by DAP and DAP would destroy the Malays.
Read 11 tweets
25 Jun
NASIHAT

1. Ramai yang menasihat saya supaya sokong dan bekerjasama dengan Perdana Menteri Muhyiddin

2. Ingin saya jelaskan kenapa saya tidak dapat bekerjasama dengan Muhyiddin.
3. Dia bersama dengan saya dan beberapa kawan lain menubuh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) khusus untuk menjatuh Kerajaan Kleptokrasi Najib Razak.
4. Rakyat percaya inilah perjuangan kami dan rakyat beri kemenangan kepada kami bersama parti rakan lain.
Read 15 tweets
12 Jun
PARTI AAD

1. Saya bercadang untuk tubuh sebuah parti politik.

2. Banyak orang Melayu suka tubuh parti politik. Dahulu saya tubuh parti Pribumi Bersatu Malaysia. Sekarang parti sudah berpecah dua.
3. Sebab itu saya ingin tubuh satu lagi parti politik Melayu.
4. Nama parti ini ialah Parti AAD atau “Parti Apa Aku Dapat”.

Tujuan: Memperkaya orang Melayu yang belum dapat.
Read 5 tweets
10 Jun
KERAJAAN MUHYIDDIN

1. Saya terpaksa panggil Kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sebagai Kerajaan Muhyiddin

2. Ramai yang panggil Kerajaan ini Kerajaan Perikatan Nasional.
3. Tetapi Parti Perikatan Nasional tidak wujud. Tidak pernah diadakan acara pelancaran parti ini. Tidak pernah didaftar Perikatan Nasional ini di waktu Muhyiddin isytihar dirinya sebagai Perdana Menteri Perikatan Nasional.
4. Rakan dalam perikatan ini isytihar mereka bukan anggota dalam kononnya gabungan Parti Perikatan Nasional. Mereka hanya benar ahli mereka sokong Muhyiddin supaya hasrat Muhyiddin untuk menjatuhkan Pakatan Harapan tercapai.
Read 17 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!