Mat Hades Profile picture
Sep 10, 2020 43 tweets 7 min read Read on X
Pembicaraan Kes Mona Fandey, Kisah Pembunuhan Kejam Datuk Mazlan Yang Dikerat 18

[Ini adalah bebenang] Image
Suatu ketika dahulu, negara kita digemparkan dengan kes pembunuhan ahli politik iaitu Datuk Mazlan Idris dan ia boleh dianggap sebagai salah satu kes paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia.
Mana tidaknya, tubuh Mazlan ditemui dalam keadaan yang begitu tragik di mana ia telah dikerat kepada 18 bahagian. Tidak cukup dengan itu, 18 bahagian tersebut kemudiannya ditanam di dalam simen. Image
Perbicaraan kes ini berlangsung selama 69 hari di mana ia merangkumi cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik. Image
Jika bukan kerana kecekapan anggota polis negara kita, pembunuhan yg dirancang rapi oleh pasangan Mohamed Affandi Abdul Rahman & isterinya, Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey serta pembantu mereka iaitu Juraimi Husin mungkin terlepas sebagai jenayah sempurna. Image
Kehilangan Mazlan yang ketika itu merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Pahang pada mulanya tidak menimbulkan syak wasangka. Namun begitu, apabila beliau gagal dihubungi oleh ahli keluarga lebih seminggu, pihak polis mula melakukan siasatan.
Pihak polis pada mulanya menahan Juraimi kerana dia disyaki merupakan seorang penagih dadah.
Penahanan Juraimi kemudiannya membawa kepada penemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikorek keluar dari bawah lantai simen di dalam bilik stor dekat sebuah kediaman tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong di daerah Raub, Pahang. Image
Sewaktu perbicaraan kes ini berlangsung, Juraimi memberitahu yang pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan tersebut sebulan sebelumnya.
Juraimi diberikan arahan termasuklah mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar beberapa hari sebelum episod tragik itu berlaku. Difahamkan, Affandi & Mona juga turut mengasah sebilah pisau yang digunakan bagi memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.
Motif utama pembunuhan itu adalah tidak lain tidak bukan, wang. Beberapa jam sebelum Mazlan diperlakukan sedemikan rupa, pasangan itu memujuknya untuk mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa buah bank.
Dengan alasan mereka boleh menggandakan jumlah tersebut sebaik sahaja Mazlan menjalani upacara mandi bunga.
Menurut beberapa sumber, Mazlan disuruh berbaring selepas Affandi memberi jaminan bahawa duit yang tidak terkira banyaknya akan jatuh dari atap. Selepas itu, Juraimi diarahkan untuk menetak leher Mazlan dengan menggunakan kapak.
Ketika itu, Mazlan yang berusia 49 tahun sedang bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.
Pihak pendakwa bagaimanapun berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak itu bukan bertujuan untuk memberikannya kepada para penyokong tetapi kerana dia termakan tipu helah ‘wang buat wang’ pasangan itu.
Juraimi mendakwa cuma diberikan upah sebanyak RM180 bagi menanam tubuh Mazlan.
Affandi dan Mona pula dikatakan bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel selepas riwayat Mazlan tamat.
Kira-kira lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona menggunakan wang Mazlan untuk membeli-belah.
Pada jam 7.30 pagi keesokan harinya, mereka sudah tercongok di depan bilik pameran kereta yang terletak di Melaka untuk membeli sebuah kereta mewah iaitu Mercedes Benz 280 meskipun kedai itu belum dibuka. Image
Mereka dipercayai membelanjakan lebih RM160,000 wang milik Mazlan untuk membeli kereta, telefon bimbit dan juga barang kemas sehari sahaja selepas pembunuhan itu berlaku.
Mona yang sebelum ini pernah menjadi penyanyi juga menghabiskan kira-kira RM13,000 untuk melakukan pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu.
Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Begitulah yang terjadi dalam kes ini di mana Affandi dan Mona akhirnya berjaya ditahan pihak polis. Image
Sewaktu perbicaraan, cerita yang keluar daripada mulut pasangan itu tidak kurang sensasinya namun semua itu tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.
Misalnya, Affandi memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang sebanyak RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno iaitu tongkat, tangkal dan songkok.
Pada masa yang sama, Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.
Ketiga-tiga suspek dalam pembunuhan Mazlan akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993. Kesemua pesalah menemui ajal di tali gantung pada 2 November 2001.
Bermacam-macam versi cerita tentang Mona Fandy yang diperkatakan oleh masyarakat kita. Ada yang mendakwa dia tersenyum lebar sewaktu menuju ke tali gantung. Image
Tidak kurang juga ada yang mengatakan bahawa dia sering menghilangkan diri pada waktu malam dengan menggunakan ilmu hitamnya untuk keluar dari sel. Hakikatnya, tiada siapa yang tahu sama ada cerita itu benar atau rekaan semata-mata.
Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris Image
13 Julai 1993: Juraimi pada mulanya ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah & kemudiannya dibawa ke Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas 2 minggu Mazlan gagal dikesan, laporan polis mengenai kehilangannya dibuat oleh UMNO Bahagian Raub di Balai Polis Raub.
19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke kediaman yang terletak di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.
20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.
23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong kepada 18 bahagian itu ditanam di dalam bilik stor kediaman berkenaan.
1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.
10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita iaitu Fatimah Mohamad.
15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.
17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.
18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.
12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.
9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.
10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi dihantar ke Penjara Kajang.
Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.
24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: Pada jam 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.
Mona dan Affandi telah disemadikan di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang manakala Juraimi pula telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Image
Sumber :

1. Utusan

2. The Star

3. Daily Rakyat

4. Iamlejen

Subscribe : t.me/mathadesmelayu

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mat Hades

Mat Hades Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @hadesmelayu

Oct 11, 2022
Harapan 22 bulan, dapat inisiatif RM30 sahaja ke?

Taklah. Ini senarai kejayaan yang lain.

#GE15 #HarapanUtkMalaysia #Harapan Image
1. Vaksin Pneumokokal percuma yang mana sebelum ini ibu bapa perlu bayar mahal.

2. Heret perasuah besar ke penjara

3. Kurangkan cabutan judi dari 22 cabutan kepada 8 sahaja.
4. Indeks persepsi rasuah turun memperbaiki kedudukan rasuah negara dari 62 ke 51.

5. Kecilkan saiz kabinet

6. Harga tol turun berperingkat bermula 18%

7. Harga internet turun

8. Kawal harga minyak. Laksanakan harga siling petrol
Read 5 tweets
Aug 1, 2022
Satu-satunya negara yang ada Unit Khas Anti Sihir ialah Arab Saudi.

[Ini adalah bebenang]
Pada tahun 2009, pihak berkuasa Arab Saudi yang dikenali sebagai Polis Agama telah menubuhkan satu unit khas yang dinamakan sebagai Unit Anti Sihir.
Tugas utama pasukan khas ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang keburukan menggunakan sihir. Mereka juga menyelesaikan masalah berkaitan sihir seperti mengubati pesakit, memusnahkan sihir yang dihantar dan menghapuskan objek yang dipercayai berkaitan amalan sihir.
Read 14 tweets
Jun 14, 2022
Kisah Sistem Kasta India yang Kenakan Cukai Tutup Dada

[Ini adalah bebenang] Image
Semasa era pemerintahan kolonial British di India yang dikenali sebagai British India, negeri-negeri di India (ketika itu) dipecahkan kepada beberapa wilayah berbeza diperintah keluarga di-raja, di bawah naungan British.
Salah satu wilayah yang ada adalah kerajaan Travancore, terletak di bahagian selatan India atau lebih tepat di Kerala dan Tamil Nadu kini. Image
Read 31 tweets
May 28, 2022
Kisah 5 Pembunuh Bersiri Kejam yang Tidak Popular

[Ini adalah bebenang] Image
1. Karl ‘The Forgotten Cannibal’ Denke

Dilahirkan pada tahun 1870, Karl Denke adalah seorang pembunuh bersiri Prussian yang membunuh 31 mangsa dan mendapat keuntungan dari kejahatannya. ImageImage
Di bandar lama iaitu Münsterberg, Karl adalah seorang wira masyarakat tempatan yang menjual daging yang lazat di gerainya di pasar. Image
Read 31 tweets
May 6, 2022
Tradisi lama di Afghanistan, Budak Lelaki Berpakaian Wanita Menari untuk Lelaki Berusia

[Ini adalah bebenang] Image
‘Bacha bazi’ secara literal bermaksud ‘permainan budak lelaki’. Bacha bazi merupakan satu tradisi lama Afghanistan yang mana lelaki-lelaki muda akan berpakaian seperti perempuan.
Kemudian, mereka akan disuruh untuk menari di hadapan lelaki-lelaki lebih tua di pesta, majlis kahwin dan keramaian peribadi. Lelaki-lelaki muda ini ada tuan masing-masing. Mereka ini dimiliki oleh lelaki bujang atau yang sudah berkahwin untuk disimpan seperti gundik. Image
Read 28 tweets
Feb 24, 2022
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar?

[Ini adalah bebenang]
Situasi hari ini adalah yang paling getir dalam sejarah 30 tahun Ukraine yang terperangkap dalam persengketaan antara Rusia dan Amerika Syarikat serta sekutu Eropahnya.
Ukraine yang dilihat membelakangi Rusia dan menyokong perikatan Barat seperti NATO dan Kesatuan Eropah kini berhadapan dengan ujian terbesar mereka.
Read 44 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(