Demikian keluhan bercampur sedih Tunku Abdul Rahman selepas dipaksa memijak Pancasila (simbol Indonesia) oleh sekumpulan pemuda yang berdemonstrasi terhadap Indonesia ketika kemuncak Konfrontasi (1963-1966).
Kata-kata Tunku menunjukkan sifat orang Melayu yang lembut, budiman dan mengelak konflik, atau kita panggil sebagai sifat "diplomatik".
Berbeza sekali dengan seruan Sukarno untuk "ganyang" Malaysia:
"Semangat kita baja. Peluru kita banyak. Nyawa kita banyak. Bila perlu, satu-satu!"
Seruan yang menzahirkan sifat Bangsa Indonesia yang keras, tekad dan "confrontational".
Dari zaman Srivijaya, Melaka hingga ke Pattani, Johor-Riau, tamadun Melayu merupakan pusat ekonomi pelabuhan. Selat Melaka yang berkedudukan strategik telah menarik pedagang-pedagang daripada Arab, India, China, Ryukyu malah Eropah.
Peranan kerajaan-kerajaan Melayu ialah sebagai orang tengah antara mereka yang berasal daripada berbagai-bagai pelusuk negara. Sekiranya berlaku pertengkaran, orang Melayu akan bertindak sebagai pendamai (mediator).
Trait sifat diplomatik seperti "sabar", "cakap baik-baik" dan "jangan marah-marah" ditanam ke dalam diri orang Melayu. Gaya Bahasa Melayu yang penuh dengan kiasan dan ungkapan tidak langsung (indirect style) juga merupakan refleksi jati diri Melayu yang diplomatik.
Tamadun Jawa (yang dominasi budaya & politik Indonesia) merupakan tamadun penakluk. Pulau Jawa kurang strategik berbanding Selat Melaka, maka kerajaan-kerajaan Jawa seperti Singhasari dan Majapahit perlu menguasai Tanah Melayu dan Sumatra melalui pendekatan ketenteraan agresif
Semangat kepahlawanan ditanamkan ke diri orang Jawa agar mereka dapat meredah samudera dan membina empayar.
Perbezaan pendekatan dapat dilihat melalui perbandingan semangat penaklukan dalam Sumpah Palapa Gajah Mada (Majapahit) dan semangat pragmatisme dalam kata-kata Tun Perak (Melaka) yang berbunyi "daripada banyak seteru, baik banyak sahabat"
Orang Melayu mengambil iktibar daripada sang pelanduk yang mengalahkan musuh yang lebih kuat (buaya, harimau) melalui kepintaran atau "cunningness".
Jadi kerajaan Melayu lebih menekankan taktik-taktik diplomasi seperti perundingan, pembinaan pakatan (alignment / alliance) dan imbangan kuasa (balance of power).
Kelebihan diplomasi ini membolehkan Malaysia mengharungi cabaran Konfrontasi. Kekuatan ketenteraan Malaysia ketika itu tidak setanding Indonesia. Selain bergantung kepada bantuan Komanwel, Malaysia membalas...
...serangan Indonesia melalui "diplomatic blitz". Tun Razak dengan tungkus lumusnya melawat berpuluh-puluh negara Afrika dan Asia dari 1963 hingga 1965 untuk dapatkan sokongan terhadap Malaysia.
Atas usaha diplomasi itu, propaganda Indonesia bahawa Malaysia ialah sebuah "projek neokolonial" berjaya dipatahkan. Malaysia diterima oleh komuniti antarabangsa dan dilantik sebagai anggota Majlis Keselamatan UN untuk tahun 1965...
...menjadi negara Asia Tenggara kedua selepas Filipina yang menganggotai Majlis Keselamatan. Satu tamparan besar kepada Sukarno. Malah keputusan Sukarno menarik Indonesia keluar daripada UN membuat Indonesia semakin dipulaukan.
Sukarno cuba meneruskan Konfrontasi dengan condong ke China. CONEFO (Conference of the New Emerging Forces) ditubuhkan pada Januari 1965...
...untuk mewujudkan "poros Jakarta-Peking-Pyongyang-Hanoi". Ini satu tindakan ideologikal yang tidak mengambil kira prinsip "balance of power", dan ia akhirnya memakan diri.
Negara-negara Dunia Ketiga yang selama ini menyokong Indonesia mula berubah sikap. Gamal Abdel Nasser, presiden United Arab Republic (Mesir dan Syria) minta Sukarno jangan "buli" Malaysia.
India memberi jaminan bahawa ia akan "melindungi" Malaysia. Usul Indonesia-China untuk mengutuk Malaysia pada Persidangan Afro-Asia Jun 1965 digagalkan.
Diplomasi 1, Konfrontasi 0.
Diplomasi kekuatan Malaysia. Bukan saja dalam hubungan antarabangsa malah segala aspek. Inilah jati diri kita yang membezakan kita daripada negara jiran dan juga kebanyakan negara di dunia. Generasi kini & masa depan wajar meneruskan legasi ini.
Cuma yang sayangnya, keruntuhan jati diri menyebabkan generasi masa kini semakin hilang penghayatan seni diplomasi.
Dalam gambar: perjumpaan antara Tunku dan Sukarno di Tokyo pada Jun 1963. Suasana ketika itu tegang, maka Melan Abdullah (wartawan Utusan) minta mereka senyum. Lantas Tunku mencarut menyebabkan Sukarno meletus ketawa
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dalam perubatan Cina, ia digunakan sebagai salah satu herba yang bermanfaat. Namun, jika tersilap langkah, dan dimakan dengan banyak, ia boleh membawa padah kerana bijinya yang beracun!
Kecubung mempunyai bunga dengan bentuk unik dan warna yang cantik, namun bijinya boleh menjadi racun jika dimakan dalam jumlah berlebihan. Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami. Dapatkan di sini: s.shopee.com.my/7zsyUNPT6m
Kecubung, atau dalam Bahasa Inggerisnya dikenali sebagai devil’s trumpet serta Datura stramonium atau Datura metel dalam nama saintifiknya. Ia adalah sejenis pohon renek herba yang berasal dari China.
Ahad, 13 Jun 2021, satu letupan besar berlaku di sebuah pasar di bandar Shiyan, wilayah Hubei, yang telah membunuh 26 orang dan mencederakan lebih 100 orang.
Buku SAME AS EVER ada bercerita tentang kisah-kisah yang tak terjangka yang dibuat oleh manusia dalam kehidupan mereka. Mahu baca lebih banyak tentang kisah begini? Boleh dapatkan SAME AS EVER edisi Bahasa Melayu di sini: s.shopee.com.my/8zkv3Lfkh9
Letupan berlaku sejurus selepas 6 pagi, ketika beberapa penduduk pergi ke pasar untuk sarapan pagi, serta membeli keperluan yang lain. Menurut beberapa saksi, letupan itu besar, dan serpihan yang terhasil mungkin menyebabkan lebih banyak kecederaan kepada penduduk sekitar.
"Burung Hering Tersesat di Jejambat i-City, Shah Alam!"
Semalam, seekor burung hering spesies Himalayan griffon ditemui tersesat di jejambat i-City, Shah Alam. Kisah ini memukau ramai dan memberi peringatan tentang keajaiban migrasi burung.
Promosi Tahun Baru Cina!
25 Jan - 5 Februari 2025
Diskaun 20% untuk semua buku Patriots.
Rebut peluang di sini: s.shopee.com.my/40R8vFk8rg
Pada 24 Januari 2025, burung ini ditemui oleh orang awam dalam keadaan keletihan. Jabatan Perhilitan Selangor bertindak pantas menyelamatkannya dan membawanya ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan.
"Thutmose III dan Pertempuran Megiddo: Jejak Firaun di Tanah PLSTIN."
Pernah tak dengar kisah Thutmose III dan Pertempuran Megiddo pada tahun 1457 SM? Satu jejak Firaun di tanah PLSTIN yang membawa pengajaran sangat besar?
"PLSTIN: Dari Sungai ke Segara."
Buku @AymanRashdanW ini mengupas sejarah PLSTIN dari zaman Bani Isra'il hingga ke kegemilangan Islam.
Ia memberi pemahaman mendalam tentang konflik, mitos, & propaganda, menjadikan ia bacaan wajib bagi pencinta sejarah. s.shopee.com.my/60BgpX7SwG
[Siapakah Thutmose III?]
Thutmose III, Firaun Dinasti Ke-18 Mesir, dikenali sebagai "Napoleon Mesir Purba."
Baginda adalah pemimpin dan panglima perang yang cemerlang, membawa Mesir ke puncak kekuasaan dan pengaruh.
Peninggalan ini telah diletakkan di dalam sesebuah peti yang dikatakan bertatahkan emas dan mempunyai sayap dikiri dan kanannya. Di dalam kotak ini mengandungi tongkatnya Nabi Musa AS dan beberapa relik suci bagi kepercayaan Yahudi.
“Bagaimana PADINI Melahirkan Anak Syarikat Seperti VINCCI?”
Ramai yang tak menyangka bahawa jenama ini sebenarnya berasal dari Malaysia. Begitu juga dengan rangkaian jenama yang berada di bawah kumpulan syarikatnya.
Nak tahu bagaimana prinsip kecil boleh mencipta kejayaan besar?
THE DIARY OF A CEO yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini ialah buku yang mendedahkan strategi dan falsafah hidup usahawan berjaya.
Pra-tempah sekarang dan ketahui rahsia di sebalik menjadi usahawan empayar berjaya. s.shopee.com.my/1LPAQ6FUC8
Inilah kisah jenama PADINI yang bermula sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo pada tahun 1971 di mana ia bergabung dalam pembuatan dan pemborongan pakaian. Pengasasnya, Yong Pang Chaun, menyertai seorang peniaga tekstil di Singapura selepas tamat pendidikan menengahnya.