Piramid Giza ialah salah satu daripada keajaiban dunia. Namun, siapakah yang membina piramid ini? Benarkah dakwaan bahawa pembinanya ialah Nabi Idris A.S?
Oleh: Helmi Effendy
Piramid ini sebenarnya dibina oleh Firaun Khufu dipercayai memerintah Mesir Purba pada sekitar 2609 SM - 2584 SM. Ejaan nama penuhnya ialah Khunum-Khufwy yang membawa maksud "Khnum Melindungi Aku".
Khnum ini untuk pengetahuan kalian merujuk kepada salah satu dewa purba Mesir Purba yang digambarkan bertanduk seperti kambing dan berkuasa ke atas perkara seperti kesuburan, air dan juga hasil peranakan haiwan-haiwan di ladang.
Jadi, dari fakta awal ini pun kita ketahui bahawa tiada kaitan dengan Nabi Idris A.S. Pertama, tempoh pembinaan itu sebenarnya sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S atau lebih muda lagi. Sedangkan Nabi Idris A.S hidup ratusan, malahan ribuan tahun lebih awal daripada Nabi Idris A.S.
Dan tak mungkin Khufu itu sendiri ialah Nabi Idris A.S kerana daripada namanya sahaja menunjukkan bahawa Khufu tidak mengganut agama Monoteism yang wujud pada pada waktu itu, sebaliknya pengganut pagan.
Dan tujuan pembinaan Piramid itu sendiri sebenarnya berasaskan kepercayaan pagannya pada ketika itu. Khufu percaya bahawa piramid ini merupakan tangga untuk ke syurga dan kehidupan selepas kematian.
Terdapat sebuah penemuan sebuah perahu di dasar piramid Giza yang konon dibina untuk membawa Khufu di alam selepas kematian, menghadap Dewa Ra Matahari. Kapal ini sepanjang 143 kaki dan selebar 20 kaki.
Penemuan-penemuan ini di piramid Mesir sudah cukup memberitahu kita bahawa tidak mungkin ianya dibina sebagai binaan untuk menghadapi banjir besar, ataupun dakwaan-dakwaan lain.
Piramid Giza yang dibina oleh Khufu hari ini adalah tanda kepada betapa efisyennya pemerintahan Khufu itu sendiri kerana mampu mengerahkan tenaga kerja untuk membina piramid yang dikatakan mengambil tempoh selama 23 tahun.
Jumlah blok batu yang digunakan untuk membangunkan binaan yang setinggi 431 kaki atau 132 meter ini dikatakan sebanyak 2,300,000 dengan setiap satu dikatakan seberat 2.5 tan! Bayangkan betapa beratnya sebuah bongkah batu tersebut!
Walaupun betapa gahnya pembinaan piramid ini, tidak banyak pula yang diketahui mengenai firaun yang mengarahkan pembinaanya.
Satu-satunya gambaran berbentuk artifak yang merujuk kepada baginda ialah sekadar sebuah patung kecil berukuran 9cm, itu pun tidak ditemui berdekatan dengan Giza tetapi di lokasi lain di dalam Mesir Purba itu sendiri.
Oh sudah tentu apabila membicarakan tentang piramid ini, kita harus berterima kasih kepada arkitek dibelakang pembinaan piramid giza iaitu Hemiunu yang merupakan anak saudara kepada Khufu dan juga penasihat peribadi Khufu. Sekali lagi tiada bukti Nabi Idris pembinanya.
Walaupun Firaun Khufu dipercayai dikebumikan disini, masih belum ditemui sebarang mayat Khufu. Terdapat sebuah bilik yang dipanggil sebagai Kamar Raja, namun yang dijumpai di dalam khamar itu adalah sebuah keranda firaun lama yang kosong yang diperbuat daripada batu granit merah.
Bilik yang berada di kawasan tengah piramid ini dipanggil sebagai Bilik Permaisuri, tetapi tidak pernah ada seorang pun permaisuri yang disemadikan di sini. Berikut ialah gambar peta dalaman isi Piramid Giza itu sendiri.
Jadi, bagaimana binaan sehebat ini dibangunkan? Betul ke zaman dulu dah ada teknologi canggih? Atau betul ke dakwaan History Channel bahawa ianya dibina oleh alien?
Bagi memudahkan urusan pekerja dan pegawai yang memantau, sebuah bandar juga dibina di mana ia terdiri daripada jeti, kuil-kuil, berek tentera dan kawasan tanah perkuburan.
Ini berdasarkan penemuan arkeologi membabitkan kuil-kuil dan kawasan perkuburan dipercayai kubur pekerja-pekerja pembinaan piramid berhampiran kawasan piramid.
Kebanyakan batu yang dibawa untuk proses pembinaan piramid diambil dari kuari-kuari berbentuk ladam kuda yang terletak di selatan kawasan piramid. Untuk mengangkutnya sahaja memerlukan ia diletakkan di atas peluncur yang boleh ditolak atau ditarik oleh sekumpulan pekerja.
Bagi membolehkan ia ditarik atau ditolak dengan mudah, pasir di bahagian hadapan peluncur akan disiram dengan air. Berdasarkan kajian sepasukan ahli fizik dari Universiti Amsterdam pada tahun 2014, ia bertujuan mengurangkan geseran dan melancarkan lagi pergerakan peluncur.
Menurut Profesor Daniel Bohn, ketua pasukan penyelidikan kajian itu, membasahkan pasir di hadapan peluncur turut mengurangkan bilangan pekerja diperlukan untuk menarik atau menolak batu sampai ke tapak projek.
Ini ditambah dengan pelbagai lukisan Mesir Purba di kuil-kuil yang menunjukkan pekerja membasahkan pasir di hadapan peluncur.
Kebanyakan pengkaji Mesir Purba bersetuju selepas batu-batu ini sampai di tapak projek, satu sistem tanjakan digunakan untuk membawa batu-batu naik ke atas.
Pada tahun 2018, pasukan arkeologi dari Universiti Liverpool dan Institut Arkeologi Oriental Perancis menemui sisa sistem tanjakan dari sebuah kuari alabaster di Hatnub.
Sistem tanjakan ini dikatakan sudah wujud semasa era pemerintahan Khufu. Menurut pengarah misi bersama Yannis Gourdon, sistem tanjakan ini diapit oleh dua tangga dengan banyak lubang tiang.
Tanda tanya dalam kalangan pengkaji berkenaan reka bentuk tanjakan yang digunakan untuk mengangkut batu-batu seberat beberapa tan ke atas.
Tidak banyak bukti tanjakan ini terselamat tetapi sudah ada pelbagai reka bentuk tanjakan yang dicadangkan sebagai reka bentuk tanjakan yang digunakan semasa pembinaan piramid.
Kebanyakan pakar membuat teori tanjakan yang digunakan sama ada tanjakan lurus, tanjakan yang dilengkungkan sepanjang dinding atau tanjakan yang dibina dalam piramid itu sendiri.
Yang pasti, bukanlah terlalu misteri pembinaan piramid ini. Orang zaman dulu masih lagi berkemampuan untuk membinanya walau teknologi masih lagi primitif pada zaman setua Mesir Purba.
RUJUKAN:
1. Winkler, Andreas. (2018). The economy of Ancient Egypt laid the groundwork for building the pyramids. Quartz. qz.com/africa/1478773…
2. Little, Becky. (2018). How Did Egyptians Build the Pyramids? Ancient Ramp Find Deepens Mystery. History. history.com/news/ancient-e…
"Burung Hering Tersesat di Jejambat i-City, Shah Alam!"
Semalam, seekor burung hering spesies Himalayan griffon ditemui tersesat di jejambat i-City, Shah Alam. Kisah ini memukau ramai dan memberi peringatan tentang keajaiban migrasi burung.
Promosi Tahun Baru Cina!
25 Jan - 5 Februari 2025
Diskaun 20% untuk semua buku Patriots.
Rebut peluang di sini: s.shopee.com.my/40R8vFk8rg
Pada 24 Januari 2025, burung ini ditemui oleh orang awam dalam keadaan keletihan. Jabatan Perhilitan Selangor bertindak pantas menyelamatkannya dan membawanya ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) untuk rawatan.
"Thutmose III dan Pertempuran Megiddo: Jejak Firaun di Tanah PLSTIN."
Pernah tak dengar kisah Thutmose III dan Pertempuran Megiddo pada tahun 1457 SM? Satu jejak Firaun di tanah PLSTIN yang membawa pengajaran sangat besar?
"PLSTIN: Dari Sungai ke Segara."
Buku @AymanRashdanW ini mengupas sejarah PLSTIN dari zaman Bani Isra'il hingga ke kegemilangan Islam.
Ia memberi pemahaman mendalam tentang konflik, mitos, & propaganda, menjadikan ia bacaan wajib bagi pencinta sejarah. s.shopee.com.my/60BgpX7SwG
[Siapakah Thutmose III?]
Thutmose III, Firaun Dinasti Ke-18 Mesir, dikenali sebagai "Napoleon Mesir Purba."
Baginda adalah pemimpin dan panglima perang yang cemerlang, membawa Mesir ke puncak kekuasaan dan pengaruh.
Peninggalan ini telah diletakkan di dalam sesebuah peti yang dikatakan bertatahkan emas dan mempunyai sayap dikiri dan kanannya. Di dalam kotak ini mengandungi tongkatnya Nabi Musa AS dan beberapa relik suci bagi kepercayaan Yahudi.
“Bagaimana PADINI Melahirkan Anak Syarikat Seperti VINCCI?”
Ramai yang tak menyangka bahawa jenama ini sebenarnya berasal dari Malaysia. Begitu juga dengan rangkaian jenama yang berada di bawah kumpulan syarikatnya.
Nak tahu bagaimana prinsip kecil boleh mencipta kejayaan besar?
THE DIARY OF A CEO yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini ialah buku yang mendedahkan strategi dan falsafah hidup usahawan berjaya.
Pra-tempah sekarang dan ketahui rahsia di sebalik menjadi usahawan empayar berjaya. s.shopee.com.my/1LPAQ6FUC8
Inilah kisah jenama PADINI yang bermula sebagai Syarikat Pengilang Pakaian Hwayo pada tahun 1971 di mana ia bergabung dalam pembuatan dan pemborongan pakaian. Pengasasnya, Yong Pang Chaun, menyertai seorang peniaga tekstil di Singapura selepas tamat pendidikan menengahnya.
2025 – Tahun Anda Keluar dari Belenggu Kewangan & Mula Membina Kekayaan Secara Sedar
MasyaAllah, hidup adalah ujian. Dalam cabaran kewangan, ramai terperangkap dalam hutang dan rutin tanpa perubahan. Namun, kekayaan tidak berlaku secara kebetulan.
2025 adalah peluang terbaik untuk berubah. 💡
Berikut 7 langkah praktikal untuk anda membina kekayaan secara sedar. 👇
Langkah 1: Mulakan Dana Kecemasan Awal (RM1,000)
Ini adalah perlindungan asas apabila kecemasan kecil berlaku (kereta rosak, perubatan).
RM1,000 mungkin nampak kecil, tetapi ia membantu elak mengambil hutang baru.
Dengan ketenangan ini, anda lebih fokus pada langkah seterusnya
“Kek Secret Recipe Bermula Daripada Seorang Pendandan Rambut?”
Anak kelahiran Kota Bharu ini tidak pernah menjangka ideanya untuk membuka sebuah kedai kek yang boleh dinikmati semua bangsa telah membawanya sehingga mencecah ratusan cawangan di seluruh Malaysia dan luar negara.
Nak tahu bagaimana prinsip kecil boleh mencipta kejayaan besar?
THE DIARY OF A CEO yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu ini ialah buku yang mendedahkan strategi dan falsafah hidup usahawan berjaya.
Pra-tempah sekarang dan ketahui rahsia di sebalik menjadi usahawan empayar berjaya. s.shopee.com.my/1LPAQ6FUC8
Segalanya bermula pada tahun 1997, apabila Dato’ Steven Sim, yang pada awalnya seorang pendandan rambut, melihat satu jurang dalam industri kafe dan kedai makan. Beliau memperoleh idea untuk membuka sebuah kafe moden dengan citarasa tempatan.