Kami punya angka!

Kerana besok pabila kami berkuasa
Kamu masih pergi kerja macam biasa
Hasil upah masih tak cukup biaya keluarga
Purih pemodal masih menindas seperti sediakala
Orang kaya makin gila bergaya dengan harta

Baca karya "SELEBU" di #Wattpad my.w.tt/fuvUs6e319
Orang miskin papa kedana
Sudah jatuh ditimpa tangga.

Kami punya angka!

Kerana besok pabila kami berkuasa
Kamu masih menjadi hamba sahaya
Ditunggang ke sana ke mari laksana kuda
Dikerah tenaga bagai lembu dicucuk hidungnya
Agama dan bangsa masih menjadi gula sandiwara
Banua Raja dihenyak untuk tembolok hantu raya
Masih menjual nama pejuang mandat anakbanua.

Kami punya angka yang tinggi!

Sokonglah kami dan angkatlah tinggi-tinggi
Supaya kamu semua mati ditipu siang hari
Kami tak pernah peduli
Bukan masalah kami
Kamu bukan kami
Duduk dan berdiri tidak sama tinggi
Ukurlah baju di badan sendiri
Takkan tak sedar diri?

Yang benar,
Kami; segerombolan ungka yang suka berjanji.

: Angka-Angka Ungka
Tulisan oleh Long Kelana

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with W ꥀꥇꤺꤿ 🇲🇾❤️🌺

W ꥀꥇꤺꤿ 🇲🇾❤️🌺 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @warkahwijaya

Sep 27, 2020
Membahaskan nama 'Melayu' itu pasti akan ada perselisihan samada ia adalah etnik (suku), bangsa (ras) dan beka (bahasa).

1. Melayu adalah etnik ✔️
2. Melayu adalah bangsa ✔️
3. Melayu adalah bahasa ✔️
Di Indonesia, takrif Melayu adalah sebagai salah satu etnik kerana perbezaan rencam bahasa serta ragam budaya dengan etnik-etnik lain.

Namun, pemersatuan kesemua etnik itu dilakukan melalui perantara yang sama iaitu Bahasa Indonesia; yang juga berasal dari Bahasa Melayu.
Di Malaysia, Melayu itu menyatukan etnik-etnik lain yang serumpun (bahasa dan budaya) dibawah satu payung besar iaitu bangsa.

Melayu-Minang, Melayu-Bugis, Melayu-Jawa, Melayu-Kedah, Melayu-Johor, Melayu-Patani dan lain-lain semuanya ditakrif sebagai Melayu.
Read 33 tweets
Sep 11, 2020
Bahasa Melayu bahasa Mala
Dari Champa sampai Srivijaya
Menyerap sanskrit memperkaya kosa kata
Hilang kedatuan berganti kesultanan
Menggembur pengetahuan berpaksikan Islam
Larik waratan menambah perisa usai keyamtuanan dilanggar penjajah
Biarpun ngari berubah seratus lapan puluh darjah
Bahasa Melayu masih ditutur jelata
Masih bertulis dan merewak jagatraya
Menyebar luas ia akan sarjana dan sastera
Bukan hanya membising membingit di pasar-pasar
Read 5 tweets
Aug 30, 2020
Tembah Hari Malaya Tanamelayu yang ke-63 tahun!

Dirgahayu Malaysia! 🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️🇲🇾❤️
Marlayar Mahardika.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Nafiri angkar berilun jujai runut wijaya
Panji gemilang naik berkibar menjunjung takhta
Alah Peringgi berganti serampak durjana
Runtuh Melaka naik berdiri ranah Malaysia

1/n
Dapunta Malayu bergilir-gilir menjulang tulah
Biarpun beranak-pinak saka tinggalan penjajah
Berhempas pulas ia merenyuk perpaduan
Tak henti-henti ralit menjolok sarang tebuan
Panji diterbalikkan, jata dijenakakan
Apakah ia mendukung Perlembagaan?

2/n
Read 10 tweets
Jul 20, 2020
Jika andaikan ini benar, maka Puteri Hajar anak kepada Firaun (pemerintah Mesir) merungkai petunjuk berikut;

1. Hubungan bangsa Mesir purba dengan bangsa Mala
2. Rahsia nama isteri ketiga Ibrahim; Keturah
3. Rahsia gelaran Firau Mesir
Menurut catatan Mesir kuno, diriwayatkan satu ceritera tentang perlayaran yang terkandas di negeri berpulau diperintah oleh ular besar (merong) bernama Raja Perahu.

Beliau dan isterinya Permaisuri Hati memberi banyak kemenyan dan wangian untuk dibawa pulang ke tanah Mesir.
Citra itu dipahat pada salah satu kuil sembahyang di piramid Mesir dengan lakaran Raja Perahu bersisip pisau pendek di pinggang (seperti tata letak berkeris).

Maka demikian mereka memakai gelaran Firaun atau dalam bahasa asalnya Perahu; prahu, prau, proa, pharoah.
Read 8 tweets
Jul 19, 2020
Maka campuran baka itu semua akhirnya membentuk apa yang dinamakan sebagai Malayu.

Khmer mencatat perkataan malayang sebagai negeri orang Mala.

Malayu kini menjadi Melayu setelah mereka masuk Jawi.
Masuk Jawi adalah masuk Islam

Agama Jawi adalah agama yang dibawa Nabi Ibrahim

Bangsa Jawi adalah bangsa Malayu yang beriman kepada Allah

Tulisan Jawi adalah tulisan bangsa Malayu Islam pengaruh Arab dan Parsi

Masuk ISLAM juga bererti masuk MELAYU
Dapatan ini memberitahu;

1. Sebelum Islam Muhammad tiba di Alam Melayu, agama tauhid Ibrahim telah sampai dahulu.

2. Alam Melayu didatangi akan agama tauhid Ibrahim, agama-agama pecahan Ibrahim dan Islam Muhammad.

3. Bangsa Melayu sentiasa mengembara ke arah ketuhanan.
Read 6 tweets
Jul 19, 2020
Tulisan Palawa dan Kawi beranak dari Brahmi, manakala Rencong berpancar dari Phoenicia.

Apa hubungan bangsa Melayu dengan tamadun Tanah Kanaan?
Ini pula memberi petunjuk kenapa kosakata Ibrani kuno berada dalam perkataan Melayu

Abba = abah (father)
Daath = datu (lord)

Apa yang bangsa Melayu dahulu kala buat dengan pancar Nabi Ibrahim?
Petunjuk tersebut akan melahirkan persoalan seperti;

1. Siapa pancar Ibrahim itu?
2. Siapa yang membawa perkataan Ibrani ke dunia Melayu?
3. Apa hubungan Ibrahim dengan Melayu?

Pastinya Melayu purba menganut pecahan agama Ibrahim bernama Brahma dan kini menjadi Hindu.
Read 10 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(