Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture
Sep 24, 2020 16 tweets 3 min read Read on X
Menyirap sy baca kisah yg kawan fb kongsikan ni. Budaya prank yang menjahanamkan!

"Aku baru lepas tengok satu video ni berkenaan sorg budak 2 tahun guna tandas kat McD. Tapi kejadian ni bkn berlaku di Malaysia lah ye.

Budak ni budak perempuan. Umur baru 2 tahun lebih macam tu.
Masa kat McD tu, dia kata kat mak dia yang dia nak guna tandas sendiri kat McD.

Mak dia pun kata ok lah sebab mak dia fikir sebab anak dia tu memang dah pandai guna tandas sendiri. Lagipun, tandas kat McD ni mungkin tak ada apa apa yang berbahaya.
Jadi, si mak ni pun bawalah anak dia ke tandas McD. Dia tunggu kat luar, anak dia masuk dalam. Bila masuk tandas McD, dalam tu ada beberapa kubikel.

Mak dia tak ikutlah sekali masuk kubikel tu, mak dia hanya tunggu kat luar.
Masa mak budak ni tunggu kat luar, ada dua orang perempuan remaja keluar dari tandas sambil gelak gelak. Mak budak ni terus ada rasa syak wasangkan kat dua orang budak perempuan remaja tu.
Tak lama lepas tu, dia dengar suara anak dia menjerit dari dalam tandas. Si mak ni pun terus meluru masuk dan dia tengok anak dia tengah berdiri depan kubikel yang dia masuk.
Si mak ni terkejut bila tengok anak dia yang umur 2 tahun tu, kakinya berlumuran darah. Bila dia tengok belakang anaknya, dia tengok kulit anaknya dah terkopek kopek sampai berdarah.
Lepas tu dia tengok atas lapik jamban duduk yang anak dia guna, dia tengok ada kulit kulit anak dia yang dah tertanggal.
Bila check, rupa rupanya atas lapik jamban duduk tu ada gam kuat atau dalam bahasa inggeris, super glue. Jadi, bila anak dia duduk atas tu, dan kemudian bangun dalam keadaan memaksa, itu yang terkopek kulit sampai berdarah.
Bila disiasat, rupa rupanya dua budak perempuan remaja tu yang letak dan mereka akhirnya ditangkap pihak polis. Bila ditanyakan kenapa buat macam tu, mereka kata itu adalah sekadar nak prank je.
Budaya prank ni senang aku cakap, budaya bangang. Lebih lebih lagi yang sampai mencederakan orang. Tak kisahlah cederakan fizikal ataupun emosi, dua dua bangang.
Orang Malaysia ni, ramai dah yang ikut nak buat sebab nak jadikan content kat youtube. Yelah, terikut ikut budaya barat kan. Tapi diorang taktau yang prank ni sesuatu yang menjengkelkan dan berbahaya.
Tapi entahlah. Mungkin diorang tau, tapi saja saja buat tak tau. Konon kelakar. Kelakar my ass.
Kalau aku sendiri kena prank oleh orang orang yang nak buat content ni, memang aku tumbuk je. Aku tak kenal kau, tiba tiba kau nak prank aku apahal?

Siapa yang bercita cita nak buat video prank ni, hentikan jelah. Bangang weh. Serius bangang.
Aku up benda ni pun sebab geram bila tengok video tu. Tak pasal pasal budak umur 2 tahun pun jadi sakit, jadi terseksa sebab duduk atas super glue dek kerana ada orang nak buat prank.

Bangang!"
Kisah ini dari fb Tuan Norizwan Azlan : m.facebook.com/story.php?stor…

Di fb sejak bbrp bulan lepas, terlalu byk prank bodoh dari barat dan ditonton puluhan bahkan ratus juta.

Trend prank sebegini semakin diikuti oleh pembuat konten video di Malaysia.

Sudah-sudahlah tu.
Ralat : budak 4 tahun, bukan 2 tahun.

Tonton :



Baca :

independent.co.uk/news/uk/home-n…

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Akhi Fairuz Al-Jengkawi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @akhifairuz_

Sep 22, 2021
Bahaya sebenarnya kalau salah didik anak sulung.

Anak sulung ni memang byk kelebihan. Mengikut kajian mereka ada IQ yg tinggi tetapi cara didik anak sulung yg salah boleh buatkan :

⚠️ Jadi pemarah

- mudah melenting dgn adik2 & selalu tinggikan suara bila bersama adik adiknya
⚠️ Anak sulung jadi terlampau sensitif ( oversensitive )

- anak sulung jadi mudah menangis, mudah tersinggung dan sangat mudah merajuk hingga membuatkan mak ayah tertekan kerana setiap hari perlu memujuk
⚠️ Anak sulung jadi terlampau dominan ( bossy)

- anak sulung menjadi terlampau menguasai adik adiknya, tak suka berkongsi dan selalu gunakan kemarahan untuk menguasai
Read 14 tweets
Jul 12, 2021
Siapa Bella? Apa yang dah berlaku kepada anak kecil ini? Kenapa beza sangat keadaan beliau pada tahun ni?

Ini threadnya...

#JusticeForBella

Bella (2020) Bella (2021)
Adik Bella ni anak Down Syndrome yg berusia 13 tahun. Beliau ditemui sekitar usia 7 tahun sedang mundar mandir seorang diri di sekitar Kuala Lumpur.

Ada yg maklumkan, Bella anak yatim piatu. Tapi tak dapat disahkan secara rasmi. Adalah hamba Allah laporkan pasal Bella ni ke JKM.
Jadi, pihak JKM ambik adik Bella dan tempatkan beliau di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Negeri Sembilan.

Segalanya baik di sana. Bella happy. Segalanya baik-baik sahaja.

Sehinggalah usianya mencecah 12 tahun.
Read 36 tweets
Jun 4, 2021
Bila KJ aka Khairul Jamain ajak saya untuk join event Qurban & Aqiqah kat Tanzania, tertanya2 jugak, kenapa sampai ke Afrika tu.

Kat Malaysia ni pun ramai lagi kan yang memerlukan.

Tapi bila baca IG Story beliau ni, sebaklah pulak rasa. 😢
Ini pengalaman KJ ketika jayakan misi kemanusian di salah sebuah negara di benua Afrika.

Sedih guys! 😢
Sekolah depa. Cikgunya duduk di luar. Bilik guru tak ada.
Read 14 tweets
Apr 20, 2021
Tahun ke 3 dan 4 perkahwinan, saya dan isteri benar-benar struggle. Anak dah masuk 2 orang, duduk pula di KL. Masuk je gaji, sehari dua lepas tu mesti cemas dok fikir celah mana nak cekau duit beli pampers dan susu anak.
Pinjamlah duit kawan2, juga ada ketika terpaksa tebalkan muka minta belas ihsan dari keluarga sendiri. Syukur Alhamdulillah, keluarga sentiasa faham & doakan kami dimurahkan rezeki.

Akhirnya, isteri cadangkan untuk buat lunchbox. Kebetulan beliau pandai masak & suka memasak.
Saya pun buatlah poster dan buat hebahan di facebook. Nak kata dapat sambutan tu tak juga, tapi Alhamdulillah ramai kenalan fb yang order.

Sehari sebelum, kami awal-awal lagi dah ke NSK Selayang cari barang. Kadang tu awal-awal pagi ke Pasar Borong Selayang atau Pasar Borong KL.
Read 27 tweets
Jan 29, 2021
Beberapa minggu lepas, saya terbaca satu kisah di page IIUM Confession.

Seorang wanita, 5 tahun usia perkahwinan, memberi tips utk rumahtangga bahagia.

Cuma, yg menjengkelkan point ke 4 inilah.

- suami tgok porn, onani, isteri tgok porn juga sbb nak belajar caranya
Saya terus rasa macam..
.
.
What?!!!

Yang si laki pun awat jadi lagu tu?

Bila isteri mengadu penat, cuba check apa yang dia buat sehari suntuk kat rumah.

Tak bantu bini urus rumahtangga dan anak ke?

Ke sibuk main games dan layan porn je?

Alih2 bini jugak yang disalahkan.

🤦
Porn ni dadah alaf baru. Jangan normalisasikan ia.

Jgn kata yang lelaki, yang perempuan pun anggap porn ni benda biasa.

Saya pernah tulis pasal isu ni kat fb.

Suami kantoi kat bahagian history, share masalah kat page KRT, sekali ini komen yang muncul 👇
Read 18 tweets
Jan 28, 2021
Bila buku Dr @anayasminazmi berjudul Our Eyes Are A Gift From Allah sampai kat rumah, saya terus belek-belek isi kandungannya.

Tajuk nampak biasa, namun isi ceritanya luar biasa! Kisah dalam buku bermula bila si anak kecil masuk ke bilik ibunya tanpa minta izin.
Jadi, ibunya terus cakap, lain kali nak masuk bilik parents, ketuk pintu dulu. Kemudian minta izin untuk masuk.

Bila anak bertanya kenapa kena buat macam tu, si ibu terus jawab bilik tidur ini adalah ruang privacy di rumah.
Ia adalah tempat untuk berehat, salin pakaian, kadang-kadang ternampak aurat individu yang lain, jadi nak taknak kena minta izin dulu. Khuatir mata ni tengok hal yang tak sepatutnya.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(