Takpun makan nasi goreng sedap kat restoran bawah tu. Heheheh
Sambil tunggu customer, sambil pack parcel sebab Sab jual online jugak. Tak boleh tunggu balik rumah - esok nya Isnin 6am dah naik KTM pegi kerja.
Masa tu ramai customer Sab student yang keluar weekend.
Sportingggg gila diorang! Ada minggu sale slow, ada minggu sampai licin stock!
Sab kerap jugak bukak booth kat MSU! Dekat situ lagi lahhh bila bawah jenis tudung baru, semua diorang licin kan. Sampai kena restock lepas tutup booth!
Bestnya bila buka booth ni, kita boleh tengok ragam orang lalu lalang. Ada yang pandang kita semacammm; ada yang menjeling.
Maklumlahhh kita bukak booth ‘jeee’. 😛😛😛😛
Semalam call mak, tanya mak buat apa
“Kita tengah buat kerja lahh...kita pun rajin macam you jugakkk!”
Hehehehe mak Sab kenal sangat anak dia. Rajin cari duit dari zaman student lagi. Kadang mak call tanya kat mana, Sab jawab
“Kat office lagiiiii cari duittttt!” 😛
Masa Sab dapat invitation masuk tv, Sab cakap kat mak. Mak cakap :
Nak berjaya - process. Doa dan redha mak ayah pun penting. Kalau niat kita betul, trust me Tuhan akan permudahkan semuanya.
Mudah; bukan tak ada dugaan / cabaran
Tapi cabaran tu kita boleh lawan dan bangun dengan lebihhhh kuat dari sebelum nya!
Kalau baru harini buat bisnes, seminggu tak ada customer dah giveup..macam mana nak hadap dugaan bisnes yang lagi dahsyat?
Semua orang nak berjaya, tapi laluan kejayaan tak mudah untuk setiap orang. Panjang pendek tempohnya, teruskan buat.
Hanya kita tahu apa kita nak capai!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh