1. Bayaran pampasan berhenti kerja (macam VSS kat Malaysia) maksimum adalah 19 bulan sahaja. Dikurangkan dari 32 bulan
Nak kurangkan kemarahan rakyat, Kerajaan kata akan topap lagi 6 bulan untuk pampasan berhenti kerja. Kira depa dapat 19 + 6 bulan. Masih kurang 7 bulan!
2. Maksimum OT hanya 4 jam sehari dan 18 jam seminggu. Cuti pula syarikat dibenarkan bagi cuti SEHARI SAHAJA berbanding dua hari sebelum omnibus law.
Selagi boleh perah, depa perah
3. Warga asing dibenarkan kerja apa sahaja. Semua kerja Warga Asing boleh sebat, tak kisah kerja apa
Maknanya rakyat Indonesia kena bersaing dengan warga asing untuk merebut kerja. Bayangkan kat tanah air sendiri kerja tak cukup, tambah kena bersaing lagi dengan warga asing 🤦🏻♂️
4. Syarikat juga tak perlu buat environmental assessment. Hanya perlu buat kalau dikategorikan high risk.
Kalau kat Malaysia macam kita buat Kajian Kebolehlaksanaan (Feasibility Studies), kat sana tak payah buat.
Gila ke apa depa ni?
5. Cukai korporat direndahkan. Bab ni memang betul-betul nak tarik pelabur asing. Daripada 25% turun ke 20%.
Tambah lagi kalau company tu trade 40% business dalam Pasaran Saham Indonesia, depa boleh dapat diskaun lagi 3%
Korporat tax 17% je jadinya!
Kepala bana murah woi!
Itu sahaja sebagai asas.
Kat bawah aku sertakan rujukan.