Sebelum kita mulakan perbincangan kita, kita kenal dulu Hibah dan Nama Namanya dalam sistem kewangan serta pengurusan harta pusaka.
secara asasnya hibah ini hadiah, hadiah yang di berikan kepada sesiapa yang kita mahukan. hadiah ( pemberian ) itu perlulah daripada harta kita.
harta yang milikan kita 100%, bukan pinjaman atau perkongsian. Hibah di berikan semasa hidup secara umumnya.
4 Rukun Hibah.
1. Pemberi 2. Penerima 3. Barang 4. Ijab Qabul
Di Malaysia Kini sibuk kita asyik dengar perkataan HIBAH.
daripada pihak Bank, Perunding Takaful, Unit Amanah sampailah kepada perangcangan PUSAKA, Hibah. Adakah sama semuanya?
contoh Hibah Tabung Haji Berikan dan Takaful??
Hibah sebenarnya adalah salah satu cara dalam menguruskan Harta dan juga pengurusan pusaka.
Harta ( asset) adalah nama kekayaan kita semasa kita hidup manakala Pusaka (estate) apabila sudah jiun.
Setiap instutusi/ individu yang mengunakan #hibah membawa maksud pertama iaitu hadiah, pemberian tanpa perlu ada sebarang ketetapan (nilai) atau mahukan balasan atas pemberian yang di berikan.
Hibah Mutlak adalah pemberian serta merta dimana rukun syarat Hibah telah dipenuhi. iaitu mempunyai pemberi Hibah, penerima Hibah, harta untuk dihibahkan, dan Sighah (Ijab dan Qabul) yang sah.
𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧
Hibah Mutlak ini akan memberi kesan segera dimana pemindahan harta yang ingin diberikan melalui Hibah kepada Penerima Hibah dilakukan serta merta.
Setelah pemindahan harta tersebut, Pemberi Hibah tidak lagi memiliki sebarang hak milik ke atas harta tersebut, baik terhadap ‘ayn (secara fizikal) mahupun terhadap manfaat harta tersebut.
Contoh pemberian suami kepada isteri, pemberian sahabat kepada sahabat, pemberian ayah kepada anak angkat.
mahupon begitu pemberian (HIBAH) Ayah kepada ANAKm Atuk kepada Cucu boleh di tarik balik.
𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐚𝐡
adalah dimana Pemberi Hibah mengisytiharkan untuk memberikan harta yang dihibahkan kepada benefisiari ( penerima hak/manfaat ) dan beliau melantik pemegang amanah untuk memegang harta tersebut untuk kepentingan benefisiari ( penerima hak/manfaat)
Perisytiharan pemberian ini dibuat di dalam suatu Deklarasi Hibah.
𝐊𝐞𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧
Melalui Deklarasi Hibah, hak dan kepentingan Pemberi Hibah akan terjaga kerana pindah milik tidak berlaku serta merta. Beliau masih lagi mempunyai kawalan ke atas harta hibah tersebut.
Pemegang Amanah akan melaksanakan pindah milik harta tersebut kepada Penerima Hibah selepas kematian Pemberi hibah.
tambahan terma
- 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁
𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮, 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐫𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐁𝐚𝐧𝐤/𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧/𝐀𝐒𝐁) tertakluk kepada IFSA 2013 di bawah BNM.
secara ringkasnya HIBAH jenis ini hanya pelaksanaan dan salah satu cara menguruskan manfaat/duit atau pelaburan yang ada dalam sistem kewangan di bawah BNM.
HIBAH ini tergolong dalam HIBAH BERSYARAT
salah faham tentang terma dalam HIBAH takaful.
Takaful hayat menyediakan manfaat kepada pemilik polisi semasa mereka hidup dan kepada waris selepas mereka tiada.
manfaat ini merangkumi jenis jenis sijil dan manfaat yang di ambil dalam sijil takaful tadi.
Contoh manfaat:
Pampasan Kematian
- di sebabkan kemalangan
- di sebabkan mati biasa/sakit
Pampasan Hilang Upaya.
- di sebabkan kemalangan
- di sebabkan mati biasa/sakit
Pampasan Hilang Anggota di sebabkan kemalangan
Pampasan akibat menghidapi sakit kritikal
Semua pampasan dini akan diberikan kepada pemilik sijil semasa mereka hidup.
Apabila mereka sudah tiada (mati) manfaat ini adalah milik waris.
melalui 2 cara.
1. secara HIbah ( terus kepada siapa yang mahu di berikan)
2. secara faraid.
Hibah bersyarat ini berfungsi melalui syarat syarat yang kita tetapkan, biasanya untuk menjaga kepentingan individu ( diri sendiri) atau golongan tertentu ( ahli keluarga)
di bawah IFSA 2013, pemberian HIbah adalah kalis kreditor dan terus kepada penerima tanpa boleh di cabar.
untuk pengetahuan semua, Harta yang dihibahkan terkeluar daripada pusaka dan harta sepencarian.
𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠 𝐇𝐚𝐣𝐢
Hibah Amanah TH merupakan pemberian harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah (pendeposit TH) semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang,
secara sukarela tanpa paksaan dan, tanpa mengenakan sebarang balasan serta berlakunya ijab qabul antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah.
Harta Hibah Amanah ini akan dipegang oleh Pemberi Hibah Amanah yang bertindak sebagai Pemegang Amanah dan akan diserah milik kepada
Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah dan / atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu.
jawapannya menggunakan Hibah amanah.
himpunkan semua polisi dan sijil takaful dalam 1 Hibah Amanah.
-Design Pemberian dan pelaksanaan semua manfaat melalui hibah amanah. contoh ingin berikan secara lump sum atau berkala.
- Pembayaran hutang dan meletakkan duit di dalam pelaburan.
bukan semua waris mampu untuk menggunakan duit yang banyak sekali gus. mengunakan hibah amanah untuk melaksanakan pemberian manfaat takaful adalah terbaik.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh