Adakah mendesak PM meletak jawatan sebagai menderhaka pada titah YDPA?
Untuk memahami perkara ini kita kena balik semula pada asas perlembagaan Malaysia yang mana Malaysia adalah negara Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.
Sebagai Demokrasi Berparlimen, kita ada pemisahan kuasa (seperation of power) antara , kehakiman, eksekutif dan legistatif. Tujuan pemisahan kuasa ini adalah utk melindungi kepentingan rakyat jika ada mana2 pihak yang cuba hendak melanggar Perlembagaan untuk cita-cita peribadi.
Pada post lepas saya sudah jelaskan yang Najib Razak cuba pinda Akta MKN untuk ambil alih secara kecil ( tidak di jelaskan secara teliti skala dia) kuasa untuk isytihar Darurat dari YPDA. Dia sendiri bulldoze akta tersebut tanpa kelulusan YPDA ( jelas ini sebenarnya yang ..
..menderhaka pada YPDA sebab semua ordinan kena di persembahkan pada YDPA dahulu secara tertibnya).
PH naik, revert balik akta tersebut tapi PN melalui Muhyidin cuba resuscitate MKN dari kubur. Jelas PN cuba menderhaka pada YDPA bila hendak ambil alih kuasa YDPA isytihar darurat
Ahli politik di bayar elaun untuk berpolitik; itu tugas mereka dalam legistatif. Jadi mana-mana ahli politik sepatutnya boleh berpolitik selagi dalam lingkup perlembagaan persekutuan. Ini yang diulang secara tuntas oleh MRR supaya semua pihak menghormati keluhuran perlembagaan.
Hak dan kebebasan bersuara juga di jamin dalam perlembagaan persekutuan dalam Perkara 10 Kebebasan bersuara. Ahli Parlimen pula di beri hak yang lebih luas dalam kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan yang mana mereka di beri kekebalan
dari apa-apa tindakan mahkamah jika di parlimen; ini untuk memberi kuasa yang luas bagi ahli Parlimen berbahas dengan lebih luas tanpa prejudis.
Dalam PP perkara 43 fasal 3 and 4 jelas tulis yang Perdana Menteri yang tidak mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat kena
letak jawatan dan ini termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Fasal 3 juga kata jemaah menteri bertanggungjawab pada parlimen dan ini yang kerajaan PN tidak buat. Sebab PN tergesa-gesa tukar Speaker Parlimen dan kini kita sudah nampak speaker berat sebelah bila speaker nafikan
hak AP untuk usul undi tidak percaya. Padahal untuk tidak percaya termaktub dalam perlembagaan negara. Tapi nak tahu apa yang tidak ada dalam perlembagaan negara?
Scheme of thing. Baca perkara 48c PP yang kata mana-mana AP yang pegang sesuatu jawatan berpendapatan telah hilang kelayakan jadi ahli parlimen. Kalau ikut senarai MP yang di lantik dalam GLC, ada dalam lingkungan 30 lebih MP dari PN sudah hilang jawatan AP.
Perkara 48e pula explain kenapa Muhyidin melalui Peguam Negara lepaskan Menteri Sawit kononya tak di beri borang 14B. Sebab kalau masuk mahkamah dan sudah ada duluan yang rakyat biasa kena denda lebih dari 2 ribu, bermakna Menteri Sawit dalam tangan sudah hilang kelayakan.
Itu belum masuk yang Muhyidin telah cuba menghina parlimen dengan prorogue Parlimen hampir kepada pemburan dalam perkara 55(1). Jadi di sini jelas yang cuba cemar perlembagaan kita adalah kerajaan perikatan nasional bila, nafi usul undi tidak percaya,
prorogue Parlimen, cuba hidupkan akta MKN dan rasuah jawatan GLC (juga kesalahan rasuah di bawah akta SPRM 2009). Apa akan jadi kalau Muyiddin berkeras tidak mahu letak jawatan dan undi tidak percaya ditolak? AP boleh bersetuju untuk tolak budget 2021 dan ikut Komanwel,
kalau kerajaan kalah undi belanjawan, Perdana Menteri hendaklah meletak jawatan. Dan Perdana Menteri baharu yang dapat kepercayaan majoriti perlu di lantik dan boleh membawa usul yang sama kedalam dewan.
Untungnya dengan kaedah ini ialah kita boleh tahu intipati budget Muhyiddin sebab selama ini dia hanya berani umum peruntukan tambahan luar parlimen.
Bila dia kena bentang budget 2021, baru kita tahu berapa cadangan perbelanjaan kerajaan untuk mengurus,
berapa banyak untuk pembangunan, DARI MANA SUMBER YANG DIA DAPAT UNTUK MENGURUS dan berapa pula ujuran fiskal negara sebab menteri bankers optimistic kata 6% surplus padahal semua agensi kredit rating kata negatif.
Jadi kesimpulanya kita sebagai rakyat kena jadi cerdik, jangan mudah terpersona dengan bacaan doa padahal dia sendiri tak tau apa. Tak percaya?
Tunjukan saya satu visi dan misi Muhyidin untuk negara ini, apa hala tuju yang dia hendak bawa negara Malaysia ini? Sebab itu dia hanya berani buat perutusan dan bukan sidang media, kalau buat sidang media orang tahulah dia ini tong kosong dan sama macam lebai malang.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Bayangkan jika MRR setuju untuk buat darurat. Kita akan ada PM yang sama, jemaah menteri yang sama terutama sekali menteri kesihatan. Dengan pseudoscience dia minum air suam dapat bunuh Covid, rasa-rasanya kes akan jadi lagi teruk atau baik?
Ini yang orang kata isim; buat benda yang sama berulang kali dan jangka dapat keputusan yang berbeza. Lepas tu kalau MY boleh lulus Budget 2021 dan katalah 50% daripadanya 150B untuk kesihatan dan Covid. Adakah kita expect keajaiban dari jemaah menteri yang lemah pemikiran?
Sedangkan KP Kesihatan semalam ikut jumpa Agong pun 3 orang Menteri PN tak boleh ganti sidang media MOH, do you expect yang double the fund for MOH would makes any different?
It does not matter if you have the fastest F1 car, you will still lose if the driver is incompetent .
1) Semuanya lebih teruk di zaman PN dari x3 2) Kesemua MP PN mendapat jawatan rashwah Menteri dan GLC 3) Forecast MIER 2.4 juta Pekerja Hilang pekerjaan 4) Menteri Maskot Agama yang tak ada function macam bunga plastik hiasan
5) Acap kali anggota keselamatan mati kena langgar akibat pemabuk 6) DAP belum di haramkan 7) Dong Zhong belum di haramkan 8) UEC belum di haramkan siap TAR college dapat extra fund 9) Mutfi Ghadr masuk gua janji nak tegur MY
10) Kali pertama parlimen hanya ada titah YPDA dan tak bersidang; tapi rampas Dun berjalan lancar
11) Reza Aziz bebas lepas pulangkan separuh wang curi
12) Air Suam boleh bunuh Covid
13) Ada 500 negara dalam dunia
14) Unit mengukur berat jisim sudah tukar jadi 10 kilometer