Pertama kali, seorang kenalan aku mengadu tentang masalah bisnes dia. Long story short, masalah terjadi apabila syarikat bapanya cuba dicucuk masuk oleh adik beradik bapanya yang mahu tumpang senang.

Tanpa berfikir panjang, aku terus cakap, "Burn it all"
Bagi korang yang boleh tangkap istilah aku tu, tahniah. Itu adalah taktik "Bumi Hangus". Sebuah taktik yang melibatkan risiko dan perjudian yang tragis untuk dilakukan walaupun kau adalah Warlord otai.
Bumi Hangus (Scorched Earth) adalah taktik memusnahkan sumber makanan/duit/senjata atau segala sumber yang perlu untuk musuh yang sedang mara. Contoh tentera British bakar padi dan loji minyak semasa berundur supaya askar Jepun tiada sumber semasa mara di Semenanjung Tanah Melayu
Jurulatih aku semasa kursus Ilmu Medan Perang (IMP), pernah juga beritahu, dia pernah gunakan taktik bumi hangus semasa kejar komunis di Pahang. Sebabkan bagpackyang penuh dengan supply makanan, mobiliti jadi lambat, so mereka musnahkan makanan tersebut.
setiap tin makanan akan ditebuk pisau, dicampur pasir dan ditanam hingga food supply dari seminggu, hanya cukup untuk 48jam sahaja. Kita hanya ada masa 2 hari sahaja untuk buru komunis, kalau tak kami akan mati kebuluran. Satu percaturan yang sangat berisiko.
Beberapa minggu kemudian, sahabat aku tu hantar dokumen company seperti financial statement dan aset syarikat. Syarikat dia ni adalah core pertanian. Dia cakap,

"aku setuju nak ikut cara kau. Tolong bantu aku"
Aku setuju untuk bantu, dan juga minta dia sedar risiko kalau benda ni gagal. So langkah pertama dimulakan dengan "membakar" aset- aset syarikat seperti kereta dan mesin pertanian. Aset itu semua dijual pada beberapa individu yang dipercayai denga harga murah.
kemudian aku minta dia canang cerita yang syarikat mengalami kerugian, dan minta dia untuk meracun separuh dari hasil tanaman dia. Untuk tunjuk berlaku penyakit pada pertanian.
Dalam tempoh sebulan, bila taktik bumi hangus telah dibuat dan menunjukkan kesa. Aku minta sahabat aku ni merayu bantuan pada adik beradik ayahnya untuk melihat siapa yang sudi membantu. Dan seperti dijangka, tiada orang pun sudi untuk membantu, walaupun
Masing-masing ada kenalan banker yang boleh buat loan mudah. Masa tu kawan aku mengalami kerugian kerana hasil pertanian tidak boleh dikeluarkan, dan risau peraih sayur akan cabut lari ke kebun lain. So, aku cadangkan dia buat satu surat lawyer, panggil meeting bersama
Benda ni aku minta dirahsiakan dari sesiapa pun, termasuk bapa dan isterinya. Semasa meeting pun, dia merayu pada adik beradik bapanya lagi sekali, dan bapanya hanya duduk di tepi meja. Tak cakap apa-apa.
Dia kemudian minta setiap orang sain surat lawyer yang menunjukkan persetujuan untuk tidak terlibat secara langsung dalam perniagaan ini, jika tiada yang ingin membantu. Semua orang sain surat itu, dan ini menyebabkan mereka tidak boleh lagi cuba untuk masuk dalam perniagaan itu.
Kawan aku kerugian 6 bulan hasil pertanian, termasuk kehilangan 3 orang pekerja, dan juga peraih sayur dari Pasar Borong Selayang. Itulah harga yang perlu dibayar taktik Bumi Hangus ni.
Lupa nak cakap, aset seperti 2 buah kenderaan dan beberapa jenis mesin rotor tanah/mesin pam/racun itu telah berjaya diambil semula, selepas 3 bulan. Sebab aset itu semua dijual pada kawan aku yang tidak diragui kesetiaan dan amanahnya. Alhamdulillah.
Aku tak jangka kesan kerugian begitu besar, namun yang penting, kawan aku gembira kerana unsur "hostile takeover" company bapanya berakhir, walaupun pihaknya cedera parah.
Taktik Bumi Hangus adalah taktik yang aku akan buat sebagai pilihan terakhir. Aku pernah cadang untuk why not JV je. Tapi dia berkeras yang adik beradik bapanya adalah kaki kikis dan parasit. Terbukti di meja meeting. Cuma nak tumpang senang dan tinggalkan bila susah.
Aku happy dapat membantu, dan paling utama menggunakan taktik terulung 'bumi hangus" dari empayar Rome dan Mongol.
Sahabat aku sekarang masih berniaga, namun berdepan kesukaran secara langsung hasil dari "bumi hangus" kerana hasil tidak sebanyak dulu, namun lebih gembira dan kurang stress. Aku percaya dia boleh bangkit setelah COVID ni selesai.

Radio Silent.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Projek Hitam

Projek Hitam Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @projekhitam

14 Nov
Ini adalah thread POCA vs Kumpulan Jenayah Terancang (KJT)
Beberapa tahun lepas PDRM telah mengeluarkan senarai rasmi Kumpulan Jenayah Terancang (KJT) dan dibanteras melalui OPS CANTAS KHAS. Melibatkan tangkapan skala besar ahli dan ketua organisasi.
KJT adalah kumpulan yang melakukan jenayah guna konsep pensyarikatan seperti Sdn Bhd yang sebenar. Mempunyai akaun, aset, tenaga kerja, dan juga pelanggan. Organisasi lebih tersusun kerana ada pangkat setiap lapisan.
Read 20 tweets
13 Nov
Polis tak bodoh nak tahan 29 orang tanpa court order. Buang karen.
Ambil video ni p buat report dan fight di mahkamah, buat aduan dipukul polis. Easy.

Polis pun bukan sesaja kumpul 29 orang tak tahu hujung pangkal.
@apizzahoe keep updating me this issue.
thestar.com.my/news/nation/20…

Ini statement pada 5 NOV 2020. 29 suspek ditahan bawah SOSMA
Read 8 tweets
8 Sep
Kes pencemaran alam sekitar oleh Syarikat Swasta yang jarang didedah atau diambil peduli di Malaysia . Tapi ada pihak yang memerhati. Ini adalah "Corporate Espionage"
Corporate Espionage (CE) rujuk pada risikan korporat yang mana organisasi swasta akan bersaing antara mereka melalui cubaan curi maklumat, curi pekerja dan juga tiru rahsia bisnes. Tapi tahap CE yang aku akan sebut ni berkait rapat dengan PDRM, dan Cawangan Khas secara khusus.
Kes pencemaran air di Selangor oleh Kilang Swasta ini memberi impak terus kepada rakyat dari sudut ekonomi dan sosial. Siapa yang sepatutnya melindungi rakyat untuk isu macam ni dan apa langkah pencegahan?
Read 10 tweets
14 Aug
After being busy dengan kerja, ops and so on, semalam aku call mak. Talk about relationship and future. All of sudden she open a story yang aku tak pernah tahu about her love story. I want to share this story for inspiration and also lesson.
I never share story about love with my mother until recently. She ask me about my future and semalam i open up with her, with my story plus with problem i faced.
" Dulu masa mama kawin dengan abah, arwah nenek memang anti dengan mama. Sebab mama ni orang kampung dan abah orang bandar. Masa mula bercinta dulu, arwah nenek dan atuk sanggup ikut mama and abah naik bas sekali. Atuk masa tu garang. Bayangkan perasaan mama masa tu"
Read 15 tweets
7 Apr 19
Ini adalah bebenang tentang 'Kaedah Travel Ke Luar Negara' yang sering diamalkan oleh anggota dari pasukan keselamatan Malaysia. Setiap tips yang dikongsi adalah hasil dari pengalaman dalam bidang mereka sendiri, dan tidak sensitif dikongsi untuk tatapan umum

pic : The Vocket
Aku dijanjikan untuk bertemu dengan seorang pegawai kerajaan wanita. Beliau mempunyai reputasi sebagai seorang yang selalu travel ke luar negara atas urusan kerja dan juga peribadi. Pertemuan yang lama dirancang namun tidak pernah kesampaian kerana sibuk kerja. Callsign: Aurora
Aurora setuju untuk berjumpa dengan aku, di kedai kopi berhampiran kawasan bandar. Masa aku datang, Aurora duduk dengan seorang wanita dan meja penuh dengan dokumen bank dan kalkulator. Aku duduk bila Aurora nampak aku, dan terus pesan air dari waiter.
Read 19 tweets
13 Mar 19
Ini adalah thread berkaitan ancaman CBRN di Malaysia, dan sejauh mana kesan terhadap kedaulatan negara.

#PasirGudang
Sedang tweet ini ditulis, sahabat kita di Selatan tanah air, Pasir Gudang telah diuji dengan satu bentuk krisis yang merupakan salah satu cabang baru ancaman moden, iaitu ancaman Kimia,Biologikal,Radioaktif, dan Nuklear (CBRN).
Mengikut fakta kes, ancaman berpunca dari sisa kimia yang dibuang di sungai berdekatan dan menyebabkan tindakbalas berlaku pada atmosfera sekitar kawasan berdekatan Pasir Gudang, menyebabkan berlaku sesak nafas dan badan lemah terhadap orang awam khusus di sekolah sekitar.
Read 12 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!