THROW BACK.

Peristiwa penting yg rakyat perlu tahu

Peristiwa Pertama

Menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerap membuat perbincangan mengenai siapakah yang akan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri ke-7.

Ini adalah bebenang
Oleh kerana ketika itu @anwaribrahim masih di dalam penjara manakala @chedetofficial pula sudah agak lanjut usianya maka @MuhyiddinYassin merasai dirinya layak dicalonkan. Di sinilah bermulanya episod kerjasama di antara @MuhyiddinYassin dengan @AzminAli.
@MuhyiddinYassin telah menemui @anwaribrahim di mahkamah utk mendapatkan persetujuan beliau. Janji beliau kepada Anwar akan menjadi PM untuk tempoh 2 tahun saja & kemudian akan menyerahkan jawatan PM sebaik selepas Anwar mendapat pengampunan & kembali semula ke Parlimen.
@anwaribrahim dengan berlapang dada bersetuju & menyokong cadangan @MuhyiddinYassin seterusnya meminta bawa cadangan tersebut & berbincang dlm Majlis Presiden PH. @limkitsiang juga difahamkan pernah mengusulkan nama @MuhyiddinYassin sebagai PM ke- 7 sementara Anwar dibebaskan.
Sebelum cadangan ini dibawa ke Majlis Presiden PH, @MuhyiddinYassin terlebih dahulu membentangnya dalam satu mesyuarat MT Bersatu. Di situ, Muhyiddin turut memberitahu mesyuarat tersebut bahawa @AzminAli akan dilantik sebagai TPM jika PH berjaya membentuk kerajaan dalam PRU14.
Cadangan @MuhyiddinYassin tidak mendapat restu dan sokongan majoriti ahli MKT Bersatu lantas perdebatan hangat telah berlaku di antara penyokong @chedetofficial dengan Muhyiddin. Pertikaman lidah turut berlaku di antara Zahid Mat Arif dengan @MuhyiddinYassin
@chedetofficial meminta supaya mesyuarat tidak lagi membincangkan akan isu siapa yang harus menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana apabila tiba masanya beliau (TDM) dan Tun Daim akan berbincang dengan @anwaribrahim sendiri.
Perancangan awal @MuhyiddinYassin-@AzminAli inilah antara punca utama mengapa Azmin menolak cadangan Majlis Presiden PH kemudiannya apabila Majlis Presiden PH telah menamakan @chedetofficial sebagai calon Perdana Menteri ke-7.
Di khabarkan @AzminAli dengan marah dan muka merah bertindak meninggalkan dewan mesyuarat.

Justeru tindakan Azmin yang diketahui ramai sekarang iaitu meninggalkan @chedetofficial dan menyokong @MuhyiddinYassin bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Peristiwa Kedua

Peristiwa ini berlaku selepas Pakatan Harapan memenangi PRU14. Sebaik sahaja SPR mengumumkan kemenangan Pakatan Harapan, @chedetofficial terus bertanya kepada @MuhyiddinYassin jawatan apakah yang beliau mahu.
@MuhyiddinYassin ketika itu meminta jawatan Menteri Kewangan diberi kepadanya atas alasan beliau adalah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dan pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan. @chedetofficial bersetuju dengan permintaan Muhyiddin itu.
Setelah mendengar persetujuan dan janji @chedetofficial itu, @MuhyiddinYassin dengan penuh yakin pulang ke Johor Bahru untuk menyembah nama calon Menteri Besar Johor kepada Baginda Sultan.
Sekembalinya @MuhyiddinYassin ke Kuala Lumpur beliau mendapat tahu bahawa jawatan Menteri Kewangan telah diberikan @chedetofficial kepada @guanenglim manakala beliau pula diberikan jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri.
@MuhyiddinYassin bergegas bersemuka dengan @chedetofficial lalu menagih janji Tun Mahathir padanya. Tun Mahathir menerangkan kepada Muhyiddin bahawa DAP telah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri-2
Namun setelah perbincangan dan sebagai tindakan tolak ansur @chedetofficial telah berjanji untuk melantik @guanenglim sebagai Menteri Kewangan
Dengan perasaan amat kecewa dan marah dengan alasan yang diberikan @chedetofficial, @MuhyiddinYassin lantas memberitahu kepada @anwaribrahim Ibrahim bahawa beliau akan meletakkan jawatannya.
@anwaribrahim dengan tekun dan penuh hormat meminta agar @MuhyiddinYassin bersabar kerana kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional pada PRU14 adalah lebih besar ertinya dari sebuah jawatan.
Kata @anwaribrahim, apa yang berlaku kepada @MuhyiddinYassin adalah terlalu kecil berbanding jumlah jawatan dalam kabinet yang diberi kepada KEADILAN walaupun KEADILAN pada selepas PRU itu memiliki kerusi parlimen terbanyak.
@anwaribrahim berkali-kali meminta agar @MuhyiddinYassin bersabar kerana sukar bagi beliau nanti untuk melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Muhyiddin meletakkan jawatan beliau.
Pada ketika itulah @anwaribrahim berjanji akan melantik @MuhyiddinYassin sebagai TPM apabila Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada @chedetofficial dalam tempoh dua tahun seperti yang dijanjikan oleh Tun Mahathir.
Peristiwa Ketiga

Peristiwa ini berlaku beberapa bulan sebelum Langkah Sheraton apabila @chedetofficial minta @MuhyiddinYassin mengharamkan UMNO. Tindakan mengharamkan UMNO adalah strategi akhir Tun Mahathir bilamana tidak ramai Ahli Parlimen UMNO menyeberang & menyertai Bersatu.
Matlamat akhir @chedetofficial ialah untuk membina Parti Bersatu sebagai pengganti UMNO.

@MuhyiddinYassin bersetuju dan turut menyokong langkah ini. Fail dan dokumen untuk membatalkan pendaftaran UMNO telah disediakan dan sudah pun berada di atas mejanya.
Hal ini pernah diceritakan oleh Presiden UMNO @DrZahidHamidi kepada MKT UMNO bagi menghalalkan langkahnya untuk berunding dengan @chedetofficial
Apabila rancangan untuk mengharamkan UMNO ini diketahui @anwaribrahim, beliau bergegas menemui @MuhyiddinYassin dan berhujah menyanggah tindakan itu.
Kata @anwaribrahim, UMNO adalah legasi perjuangan Melayu menuntut kemerdekaan yang turut disertai ibu ayah dan keluarga kita semua. Pengharaman UMNO akan menjadi satu tragedi hitam yang akan menyayatkan hati seluruh umat Melayu termasuk Raja-raja Melayu.
Kata @anwaribrahim lagi kepada Muhyiddin, jika pengharaman ini berlaku maka Tun Mahathir dan Pakatan Harapan akan dikutuk oleh orang Melayu dan kita semua akan dicatat sebagai pengkhianat bangsa.
Hujah @anwaribrahim, UMNO tidak berdosa tetapi yang berdosa ialah pemimpinnya. Sekiranya UMNO diharamkan sudah pasti proses di Mahkamah akan memakan masa dan kerajaan PH tidak mampu menumpukan seluruh perhatian kepada pembinaan semula negara yang hampir muflis.
Lebih parah lagi rakyat akan percaya dengan dakyah pembangkang bahawa PH adalah kuda tunggangan DAP. Pakatan Harapan pasti akan kalah pada PRU akan datang.

Alhamdulillah akhirnya @MuhyiddinYassin akur dengan hujah @anwaribrahim dan UMNO terselamat darpada diharamkan.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada seluruh ahli-ahli UMNO sekiranya UMNO berjaya diharamkan?

Yang pasti, tentu sekali pada hari ini tidak akan wujud Perikatan Nasional jika UMNO diharamkan dan sudah tentulah @MuhyiddinYassin tidak akan menjadi Perdana Menteri ke-8.
Deluruh Ahli Parlimen dan ahli Umno juga wajar berterima kasih kepada @anwaribrahim kerana sosok yang pernah difitnah dan diaibkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO inilah yang telah bertindak menyelamatkan UMNO daripada diharamkan.
Maka, tepuk dada tanyalah hati berfikirlah dengan nurani yang tulus untuk menilai pengorbanan sebenar antara @anwaribrahim dengan @MuhyiddinYassin dan juga pemimpin politik yang lain.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Zack Rockstar

Zack Rockstar Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!