Mari aku ceritakan kisah Kesultanan Melayu yang berliku dari selatan tanah air ini sehingga ada yg mempertikaikan kebenaran status kesultanannya.
- KESULTANAN JOHOR -

Mohon RT sebarkan sejarah bangsa Melayu ini.
Lagipun ilmu perlu disebarkan.

Bebenang Sejarah Melayu yg panjang Image
ADAKAH KESULTANAN JOHOR KINI BUKAN SULTAN YANG SEBENAR?
Personally (dgn merujuk kpd fakta2 Sejarah yg dicatat oleh Sejarawan), Sultan Johor kini ialah sultan yang sah. Penerangan lanjut boleh baca di bawah.
Sebelum menjawab persoalan ini, perlu kita fahami dulu konsep ketaatan rakyat terhadap pemerintah yang sudah berubah seiring peredaran masa. Atau lebih tepat lagi konsep pelantikkan seseorang raja/sultan.
Sebelum abad ke-17, orang2 Melayu di Nusantara ini taat kepada Sultan dengan berlandaskan kepercayaan kpd Lagenda Bukit Seguntang (Keturunan Iskandar Zulkarnain). Dek kerana itulah, susur galur kesultanan Melaka tetap ditaati.
Namun, konsep ketaatan ini tidak selari dengan keadaan dunia ketika itu. Yakni konsep naungan/jajahan kerajaan2 yg lebih berkuasa selain Kesultanan Melaka. Contoh paling mudah, kisah naungan Srivijaya, Majapahit, Dinasti China dan Siam.
Kuasa-kuasa yg diakui lebih besar di rantau Nusantara ini berkuasa melantik raja/sultan di mana-mana wilayah kuasa kecil dibawah naungan/jajahannya. Pengiktirafan lebih dipandang di mata dunia, bukan kepercayaan mitos semata-mata.
Seawal abad ke-17, ketika era penjajahan, kuasa2 Barat mula menjadi kuasa paling kuat di Nusantara, sehingga kuasa-kuasa besar Nusantara yg lain terpaksa tunduk dan akur. Ini bukan soal pro-barat atau tidak, cuma memang begitulah realitinya politik dunia, termasuk Nusantara.
Jadi, selesai dengan fahaman tentang konsep kuasa raja2 dahulu. Maka mari kita singkap kisah panjang Kesultanan Johor yang menarik ini. Image
ADINASTI MELAKA
1.Sultan Melaka yang Terakhir
-1511, detik jatuhnya Melaka ke tangan Portugis, Sultan Mahmud menyelamatkan diri ke Bertam, lalu ke Pagoh dan seterusnya ke Pahang selepas diserang oleh Portugis.
Dari Pahang, Sultan Mahmud dan pengikutnya turun ke Bentan dan mula membina penempatan di sana. Sultan Mahmud yg merupakan Sultan Melaka ini masih ditaati oleh wilayah2 naungan Melaka (Singapura, Siak, Kedah, Perak, Pahang dll) termasuk orang laut.
Mendengar sahaja Sultan Mahmud membina penempatan di Bentan, maka ramai yg datang untuk membantu Sultan Mahmud dan hidup di Bentan, di bawah pemerintahan Sultan Mahmud.
-Dari Bentang, Sultan Mahmud cuba utk mendapatkan Melaka kembali. Banyak kali serang Melaka sehingga Portugis geram. ‘Selagi ada Sultan Mahmud, selagi itulah Melaka tidak aman’. Maka Portugis pun serang Bentan
sehingga akhirnya Sultan Mahmud terpaksa berundur ke Kampar, mangkat di sana (tetapi, ada catatan Portugis yg kata SM berundur ke Kota Tinggi dan mangkat di sana – malangnya pendapat ini tidak selari dgn lanjutan kisah Sejarah seterusnya).
-1528, Sultan Mahmud mangkat di Kampar, anaknya Raja Ali diangkat utk gantikan Sultan Mahmud dgn gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II (1528-1564). Dgn ini, berakhirnya Kesultanan Melaka (tapi keturunannya masih ada) dan bermulanya Kesultanan Johor-Riau.
2.Kesultanan Johor-Riau
-Sultan Alauddin meninggalkan Kampar dan menubuhkan petempatan di Ujong Tanah, Johor dan meneruskan usaha ayahandanya, Melaka terus diserang sehingga akhirnya Portugis geram lalu menyerang balas semula sehingga Johor-Riau kalah dan terpaksa berpindah.
-Tidak cukup dgn Portugis, Johor-Riau ketika ini juga sudah terlibat dgn perperangan dgn Jambi, Aceh dan Belanda. Semakin lama, kuasa Kesultanan Johor-Riau semakin kecil. Naungan2 yg dulunya di bawah Melaka, sudah mula membebaskan diri dan berkerajaan sendiri.
1606, Kesultanan Johor-Riau pernah bekerjasama dgn Belanda utk menewaskan Portugis di Melaka. Belanda akhirnya menduduki Melaka. Johor-Riau akhirnya berkembang menjadi salah satu pelabuhan besar di Nusantara di bawah perlindungan Belanda.
(Johor-Riau menjadi negeri Melayu yg pertama iktiraf dan akui pendudukan Belanda di Nusantara).

-Kita pendekkan kisah Dinasti Melaka ke tahun 1699, kisah Sultan Mahmud Shah II mangkat dijulang. Ketika kemangkatannya, dikatakan Sultan Mahmud Shah II tidak memiliki waris.
Maka, Bendahara Abdul Jalil mengambil alih pemerintahan dgn gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718) sekaligus memulakan pemerintahan Dinasti Bendahara di Johor-Riau.
BDINASTI BENDAHARA
1.Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (1699-1718)
-Dalam Kesultanan Johor-Riau, keluarga Bendahara berperanan utk melantik pengganti2 Sultan dgn merujuk kepada jurai sultan tersebut. Mudah kata, keluarga Bendahara ini penjaga kesucian darah-darah diraja.
Namun, selepas Sultan Mahmud Shah II tidak meninggalkan waris, Bendahara Abdul Jalil tidak ada pilihan lain selain drpd menjadi Sultan Johor-Riau bagi mengelakkan kesultanan melayu itu lenyap.
-Memandangkan Sultan Abdul Jalil bukan drpd keturunan sultan (tidak ada kaitan Lagenda Bukit Seguntang), maka tidak semua rakyat Johor-Riau suka dgnnya. Tapi Sultan Abdul Jalil teruskan menjadi sultan dan mentadbir Johor-Riau terutamanya drpd segi perdagangan
(pedagang mengakui kesultanan Sultan Abdul Jalil).
2.Raja Kechil (1718 – 1721)
-Putera dari Siak datang ke Johor-Riau mengaku sbg waris Sultan Mahmud Shah II dan membawa surat perakuan drpd Raja Minangkabau (Raja Minangkabau ini juga jurai drpd Lagenda Bukit Seguntang)
-Ramai yg meninggalkan Sultan Abdul Jalil dan menangkat Raja Kechil jadi Sultan Johor-Riau.
-Tidak berpuas hati dgn keadaan tersebut, anak Sultan Abdul Jalil meminta bantuan bugis utk mendapatkan kembali Johor-Riau
(keluarga Bendahara yg menjaga kesucian darah diraja tidak percaya Raja Kechil itu waris Sultan Mahmud Shah II)
3.Bantuan Bangsa Bugis.
-Dgn bantuan bugis, Dinasti Bendahara dikembalikan (selepas orang melayu tidak menerima penguasaan Bugis) Sultan Sulaiman (anak Sultan Abdul Jalil) naik takhta.
-
Raja Kechil yang kembali ke Siak banyak kali cuba serang Johor-Riau, tetapi dgn bantuan Bugis, Johor-Riau sentiasa menang.
-1756, apabila Bugis mula lebih berkuasa drpd Sultan, Sultan Sulaiman minta bantuan Belanda utk memerangi bugis di Linggi dan Rembau. Walaupun menang, Sultan Johor-Riau masih risau dgn pengaruh bugis yg masih kuat. Maka, dgn sokongan dan naungan drpd Belanda,
Johor-Riau kekal aman dgn Sultan Sulaiman sebagai sultan. Bugis tidak ada pilihan lain selain drpd tunduk kepada pemerintahan Sultan Sulaiman yg dinaungi oleh kuasa besar Belanda itu.
-1835, keamanan Johor-Riau di bawah pemerintahan Dinasti Bendahara akhirnya rapuh selepas kemangkatan Sultan Hussien (1819-1835) selepas Perjanjian London 1824.
-
Perlu ditekankan di sini, ketika ini di Nusantara, British dan Belanda sudah menjadi kuasa yang paling kuat. Sedangkan Siam (kuasa Nusantara yang masih teguh) juga tunduk kepada British dan Belanda.
CDINASTI TEMENGGUNG
1.Perebutan Takhta Johor-Riau
-Selepas Sultan Mahmud Shah III mangkat, anak2 baginda berbut takhta Tengku Abd Rahman & Tengku Long.
-Secara hakikinya, Tengku Long sepatutnya dilantik menjadi Sultan Johor-Riau yg seterusnya, tetapi Yamtuan Muda Raja Jaafar (bugis) lantik Tengku Abdul Rahman jadi Sultan Abdul Rahman yg bersemayam di Lingga. Tengku Long di Singapura yg ditadbir oleh Temenggung Abdul Rahman.
2.Perjanjian London 1824
-S. Raffles datang ke Singapura utk membuka pelabuhan. Selepas bertemu dgn Temenggung Abdul Rahman, Raffles pergi berjumpa Sultan Abdul Rahman utk meminta kebenaran. Tetapi Raja Jaafar tidak benarkan sbb Johor-Riau ketika itu dibawah pengaruh Belanda.
-Kembali ke Singapura, Raffles yg tahu kisah perebutan takhta Sultan Johor-Riau berjumpa dgn Tengku Long dan mengiktiraf Tengku Long sbg Sultan Johor-Riau yg sah dgn gelaran Sultan Hussien. Temenggung Abdul Rahman kekal sebagai temenggung (Bendahara Ali di Pahang).
-Kisah ini melibatkan pertembungan dua kuasa besar di Nusantara ketika itu. British dan Belanda. Jadi, pengiktirafan kedua2 Sultan ini diperakui kerana kedua-dua kuasa yg mengiktiraf ialah kuasa besar.
-Tak berpuas hati, VOC Belanda cuba berperang dgn EIC British. Tetapi perperangan tidak berlaku sbb Belanda dan British di Eropah setuju utk tandatangan perjanjian Inggeris Belanda 1824.
-Maka, tamatnya Empayar Johor-Riau, dan bermula Kesultanan Johor dan Kesultanan Riau-Lingga.
3.Bermula Dinasti Temenggung
-1840, Sultan Hussien mangkat, dan anak baginda Raja Ali cuba dilantik menjadi Sultan Johor. Tetapi, British tidak mahu kerana ketika itu Sultan Ali hanya berusia 11 tahun, tetapi ingin melantik Temenggung Abdul Rahman menjadi Sultan.
-Sebagai Temenggung, Abdul Rahman berbincang dgn British utk melantik Sultan Ali agar tidak berakhir Kesultanan Johor di situ. British setuju. 1855, akhirnya Sultan Ali dilantik di sbg Sultan Johor tetapi dia hanya berkuasa di bhgian Kersang.
Kawasan selebihnya, British arahkan Temenggung Abdul Rahman tadbir (Persetiaan 1855 – permulaan Dinasti Temenggung)
-1877, Sultan Ali mangkat. Kali ini British bertegas utk x melantik putera Sultan Ali (Tengku Mahmud & Tengku Alam) krn British tidak melihat kepentingan tersebut.
-Reminder : ketika ini sudah tidak ada keluarga Bendahara yg menguruskan urusan pelantikan Sultan. Bendahara Johor-Riau yg terakhir telah dihantar ke Pahang. Apabila Johor-Riau hancur, Bendahara di Pahang pun memerintah Pahang tanpa naungan siapa.
Jadi, sebagai kuasa besar di Nusantara ketika itu (dan Johor berada dibawah Jajahan Takhluknya), British berhak menentukan pengganti sultan yg seterusnya.
-Maka, British melantik Tun Abu Bakar (anak kpd Daeng Ibrahim yg merupakan anak kepada Temenggung Abdul Rahman) sebagai Sultan Johor secara rasmi pada 1886.
-Bermula drpd Sultan Abu Bakar (Maharaja), Dinasti Temenggung memegang tampuk pemerintahan Kesultanan Johor di bawah naungan British.
Sultan Abu Bakar telah mengubah dan memodenkan Johor dgn bekerjasama dgn kuasa-kuasa Barat bagi mengelakkan Kesultanan Johor dijajah oleh kuasa-kuasa barat walaupun akhirnya selepas zaman Sultan Ibrahim, Kesultanan Johor semakin tidak mampu mengekang British.
Sehingga ke hari ini, Dinasti Temenggung menduduki Kesultanan Johor. Image
KESIMPULANNYA…
Kisah Kesultanan Johor memang dinamik dgn perubahan dinasti2 pemerintah sehingga banyak manuskrip yg ditulis utk mencatatkan dinamiknya kesultanan ini – dan menjadi rujukan para sejarawan kini.
Walaupun pernah wujud tuntutan drpd Raja Kechil yg mengaku sebagai waris Sultan Mahmud Shah (dlm Hikayat Siak), namun sejarawan berpendapat kisah tersebut ditulis utk menghalalkan tuntutan (devine right) Raja Kechil (kerana Hikayat Siak ditulis dgn jelas Siak-Sentrik).
Jadi, sama ada Kesultanan Johor kini sah atau tidak, rasanya saya sudah jawab dalam lambakan fakta di atas. Silakan buat kesimpulan sendiri.
.
Terima kasih sudi baca.
SUMBER :
Pensejarahan Melayu Johor oleh Mardiana
Sulalatus Salatin.
Pusat2 pemerintahan Johor, UM
Andaya, Winstedt, Buyong Adil….

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Awan W. ⛅️

Awan W. ⛅️ Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!