#TERKINI #Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Speaker DUN akan menghadap Sultan Perak petang ini. Ahmad Faizal mengesahkan perkara itu dalam temu bual bersama @501Awani
#PolitikPerak Saya dalam perjalanan ke Ipoh. InsyaAllah saya akan berlintas lansung di hadapan Istana Kinta jam 5 petang nanti, jika cuaca mengizinkan. Image
#TERKINI #PolitikPerak Menteri Besar @PejaOfPerak memasuki perkarangan Istana Kinta jam 5.15ptg untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak @PejaOfPerak berkata beliau masih kekal sebagai MB Perak di bawah ‘caretaker government’ sehingga lantikan baharu dibuat @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permintaan 3 Ketua Parti yang mewakili #PakatanHarapan menghadap jam 11.00 pagi esok di Istana Kinta. Mereka adalah @NgaKorMing (DAP), @FarhashWS (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah). @501Awani
#PolitikPerak Pagi ini, Sabtu 5 Dis - bendera rasmi Sultan Perak berkibar, menandakan Sultan Nazrin bersemayam di Istana Kinta, Ipoh

1. 3 pemimpin PH akan menghadap - 11 pagi

2. Datuk Saarani, Pengerusi UMNO Perak akan menghadap 11.30 pagi

@501Awani Image
#PolitikPerak 10:05 pagi: Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar 8) Negeri Perak, Datuk Dr Afifi Al-Akiti dilihat memasuki Istana Kinta @501Awani
#PolitikPerak 10:38pagi: Nga Kor Ming (DAP), Farhash Wafa (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah) tiba di Istana Kinta @501Awani
#PolitikPerak 10:44 pagi: Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen. (b) Datuk Seri DiRaja Tan Sri Mohd. Zahidi Zainuddin & Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini tiba di Istana Kinta @501Awani
#PolitikPerak
1. Sultan Perak gesa parti politik mencari formula terbaik dalam menyelesaikan krisis politik

2. Bukan tanggungjawab Sultan Nazrin selesaikan permasalahan yang berlaku

3. Calon MB baharu? Ia masih lagi dalam rundingan peringkat parti @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak Sidang Media Khas oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu @PejaOfPerak @501Awani Image
#TERKINI #PolitikPerak Alhamdulillah pada jam 3.00 ptg, 5 Dis 2020, saya telah diperkenankan untuk menghadap Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Alhmarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Almarghfullah. - @PejaOfPerak @501Awani Image
#TERKINI #PolitikPerak Saya amat menjunjung kasih di atas perkenan Paduka Seri Sultan dan di kesempatan berkenaan saya telah menyembahkan warkah perletakan jawatan saya sebagai Menteri Besar Perak dan seluruh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak - @PejaOfPerak @501Awani Image
#TERKINI #PolitikPerak Saya menyembahkan rasa penghormatan untuk berkhidmat di bawah naungan kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan. - @PejaOfPerak @501Awani Image
#TERKINI #PolitikPerak “Jumpa di Seri Satria nanti,” itu ayat terakhir diungkap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media terakhir beliau sebagai Menteri Besar Perak. ‘Seri Satria’ merujuk kepada kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya. @501Awani Image
#PolitikPerak Namun, beliau dilihat berketawa kecil selepas mengungkapkan perkataan itu. Ia sekadar berseloroh kepada media. @501Awani
#PolitikPerak 8.12pm: Presiden UMNO DS @DrZahidHamidi tiba di Bangunan UMNO Perak di Ipoh. Kelihatan adalah kepimpinan UMNO Perak. Turut hadir sebelum itu adalah DS Nazri Aziz @501Awani
#PolitikPerak DS Nazri Aziz enggan ulas hasil mesyuarat, kini mesyuarat bersambung melibatkan ADUN UMNO Perak. @501Awani
#PolitikPerak DS @DrZahidHamidi enggan memberi ulasan hasil mesyuarat #UMNO malam ini. Beliau dijadual menghadap Sultan Perak pukul 10 pagi esok di Istana Kinta @501Awani
#PolitikPerak #TERKINI Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak semalam. @501Awani Image
#PolitikPerak 9:47am: DS @DrZahidHamidi tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran politik baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri ini. Namun, DS @DrZahidHamidi berharap kerajaan lalu dapat dikekalkan. @501Awani
#PolitikPerak Para pemimpin parti seperti dari UMNO, Bersatu, PAS dan DAP - kebanyakkannya berada di KL. Parlimen sedang bersidang, mesyuarat parti peringkat pusat dilaporkan akan diadakan di ibu negara @501Awani

astroawani.com/berita-malaysi…
#PolitikPerak Istana memaklumkan, sehingga pagi ini (Isnin), tiada individu dilaporkan akan menghadap Sultan Perak. Saya akan kongsikan kini dari semasa ke semasa @501Awani
#PolitikPerak Selain Mesyuarat UMNO malam ini, turut dijadualkan adalah Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan jam 3.30 petang ini di Parlimen. Tumpuan kini beralih kepada keputusan gabungan oleh parti-parti di peringkat pusat @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah perkenan untuk menerima menghadap Presiden UMNO, DS @DrZahidHamidi jam 10 pagi di Istana Kinta, Ipoh esok (8 Dis) - Sumber Istana @501Awani
#PolitikPerak Sekiranya Sultan Perak perkenan melantik nama yang diusulkan oleh @DrZahidHamidi sebagai MB Perak Ke-14 pagi ini, berkemungkinan majlis angkat sumpah MB baharu akan berlangsung petang ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. @501Awani
#PolitikPerak Ini apa yang diputuskan oleh MT UMNO malam tadi. Ini bermakna status quo kerjasama politik mereka kekal, tiada penjajaran semula politik @501Awani

astroawani.com/berita-malaysi…
#PolitikPerak Selang beberapa minit selepas Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan malam tadi, DS Hamzah Zainuddin pula kemuka reaksi/pandangan Bersatu. @501Awani

astroawani.com/berita-malaysi…
#PolitikPerak 9:50am: Presiden UMNO, Datuk Seri @DrZahidHamidi tiba di Istana Kinta sekitar jam 9.50 pagi tadi. Beliau yang menaiki kenderaan peribadi sempat membuka tingkap dan melambai ke arah media sebelum memasuki perkarangan istana. @501Awani
#PolitikPerak Selang beberapa minit, kenderaan yang membawa Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad (ADUN Kota Tampan) memasuki Istana Kinta @501Awani
#PolitikPerak UMNO telah mempersembahkan cadangan nama calon MB Perak kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk dipertimbangkan. Presidennya, DS @DrZahidHamidi berkata pengumuman rasmi berkenaan calon tersebut hanya akan dimaklumkan oleh Sultan Nazrin @501Awani
Foto BERNAMA Image
@DrZahidHamidi juga optimis pihaknya mempunyai majoriti, lebih dari mencukupi untuk membentuk Kerajaan Negeri @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memanggil ADUN Bersatu dan Pas Perak menghadap hari ini untuk buktikan UMNO punyai majoriti bentuk kerajaan. Sultan Nazrin perlu diyakinkan terlebih dahulu - Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini @501Awani
#PolitikPerak #TERKINI Pemimpin utama PH Perak, Farhash Wafa (PKR), Nga Kor Ming (DAP) dan Datuk Asmuni Awi (Amanah) memasuki Istana Kinta antara jam 2.55 petang dan 3.05 petang. @501Awani
#PolitikPerak #TERKINI Pas Perak memaklumkan kepada Istana Kinta bahawa majlis menghadap yang dijadual 3.00 petang ini dibatal susulan arahan Pas Pusat @501Awani
#PolitikPerak #TERKINI Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (UMNO - Pangkor) dan Datuk Saarani Mohamad (UMNO - Kota Tampan) dititah menghadap Sultan Perak - Sumber Istana @501Awani
#PolitikPerak #TERKINI “Kami cuma update Tuanku je tadi” - Asmuni

“Sekarang situasi ‘very fluid’, selalu berubah” Farhash

Sokong Datuk Saarani?
(Mereka hanya tersenyum)

@501Awani
#PolitikPerak #TERKINI Tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah sekaligus gagal meyakini Sultan Nazrin untuk melantik Menteri Besar Perak Ke-14. - Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini @501Awani
Foto @JPenerangan Image
#PolitikPerak Tidak banyak perkembangan yang berlaku di negeri Perak hari ini. Tumpuan kini adalah untuk menentukan gabungan politik yang berjaya meraih majoriti sekaligus membentuk Kerajaan Negeri Perak. Media terus menanti di perkarangan Istana Kinta @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak Tiga parti setuju kekalkan status quo. Tiga parti juga setuju namakan Datuk Saarani Mohamad sebagai calon MB Perak. Kenyataan media ini dikongsikan oleh TS @AnnuarMusa @501Awani Image
#TERKINI #PolitikPerak Sultan Perak perkenan untuk terima menghadap ADUN dari Pas dan Bersatu jam 4.30 petang ini - Sumber Istana @501Awani
#PolitikPerak #TERKINI 3 ADUN PAS telah menghadap Sultan Perak untuk menyembah maklum keputusan dicapai pucuk pimpinan parti @501Awani
#TERKINI #PolitikPerak Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenan melantik ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak.
@501Awani
Baginda menetapkan 24 Rabiulakhir 1442 bersamaan 10 Disember 2020 jam 11 pagi untuk istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di Istana Iskandariah, Perak @501Awani
#PolitikPerak Ikuti laporan menyeluruh Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak jam 11 pagi ini di saluran @501Awani dan platform media sosial kami. Image
#TERKINI #PolitikPerak Datuk Saarani Mohamad selesai mengangkat sumpah sebagai MB Perak Ke-14 dan Ahli Dewan Negara Perak @501Awani Image
PETIKAN TITAH SULTAN NAZRIN SHAH:

Sesungguhnya punca kuasa yang dimiliki, bersumberkan ALLAH SUBHANAHU WATA’ALA, lantas akan mengabdikan seluruh kesetiaan kepada ILAHI. Dia akan cekal menegakkan yang makruf - tegas menentang yang mungkar. @501Awani
Dia tidak perlu menawarkan sogokan atau imbuhan untuk mendapat sokongan yang belum terjamin berkembar dengan kesetiaan; @501Awani
...begitu juga, dia tidak perlu melakukan ugutan atau ancaman untuk membina kekuatan diri, kerana kekuatan yang diperoleh secara demikian, teramat rapuh sifatnya. @501Awani
Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa, betapa kata tidak lagi dikota, atau kata akan bertukar nada – berlainan irama, bersedia mengatakan yang hitam itu putih, dan yang putih itu hitam. @501Awani
Watak sebenar insan akan terpamer, apabila seseorang telah memiliki kekayaan dan harta, lalu lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, di sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak. @501Awani
Sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum keempat belas, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan; perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini. @501Awani
Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan. @501Awani
Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat. @501Awani
Tambah Sultan Nazrin, setiap ahli Dewan Negeri yang dipilih adalah atas kepercayaan rakyat yang meletakkan harapan @501Awani
.. bahawa ADUN akan dapat membantu untuk menambah baik kawasan tempat tinggal, membantu menyediakan pelbagai keperluan dan perkhidmatan, membantu meningkatkan taraf ekonomi serta membantu memenuhi sebanyak mungkin keperluan sosial mereka. @501Awani
Rakyat dalam semua kawasan Dewan Negeri, sama ada diwakili oleh ADUN Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan, sama ada orang Melayu, orang Asli, orang Cina dan orang India,... @501Awani
begitu juga penganut Islam, penganut Kristian, penganut Hindu dan pengikut Buddha, serta yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan, mempunyai keperluan yang sama, menanggung penderitaan yang sama, memiliki harapan yang sama, menagih perhatian yang sama. @501Awani
Semua rakyat di negeri ini, Melayu, Orang Asli, Cina, India; Islam, Kristian, Hindu dan Buddhist, ialah makhluk ciptaan ILAHI; kesemua mereka rakyat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak;... @501Awani
kesemuanya mahukan sebuah negeri yang aman lagi makmur, dengan pemerintahan yang melaksanakan keadilan dan membina kerukunan, agar rakyat hidup dalam semangat saling menghormati penuh harmoni. @501Awani
Rakyat jelata, terutama dalam kalangan berpendapatan rendah dan miskin, rakyat yang semakin ramai kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat pandemik COVID-19, jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu. @501Awani
Titah tegas Sultan Perak:
“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan ILAHI, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud” @501Awani
Beta amat menghargai petugas-petugas media yang berkampung di hadapan Istana Kinta di bawah terik panas matahari dan dibasahi hujan... @501Awani
...melaksanakan tugas secara tekun lagi komited, melaporkan dan menyiarkan berita secara bertanggungjawab kepada rakyat jelata yang mengikuti perkembangan yang sedang berlaku. @501Awani
Mewakili rakan kerja ASTRO AWANI @501Awani, patik sekalian menjunjung kasih atas keprihatinan Tuanku.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Harits Asyraf Hasnan

Harits Asyraf Hasnan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AsyrafAWANI

9 Apr 19
TERKINI: Datuk Osman Sapian berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad semalam dan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Besar Johor. Pada masa kini Johor tidak mempunyai Menteri Besar. - Tun M @chedetofficial @501Awani
"MB Johor telah letak jawatan semalam dengan menghantar surat kepada saya & akan hantar surat kepada Sultan Johor. Tentang siapa pengganti, kita belum tentukan, tapi kalau ikut perjanjian dalam Pakatan Harapan, MB Johor hendaklah dari Bersatu" - Tun M @chedetofficial @501Awani
Dia (Osman) menghadap ‘duli yang maha mulia’ Mahathir Bin Mohamad dengan dua surat. Satu surat adalah kepada saya untuk menyatakan peletakan jawatannya, dan satu lagi surat adalah untuk Sultan Johor dan saya berhak membacanya - Tun M @chedetofficial @501Awani
Read 4 tweets
17 May 18
Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh bersama puluhan pegawai dan anggota @PDRMsia dilaporkan berada dalam Pavillion Residences @501Awani
10.30pm: Kelihatan pegawai dan anggota @PDRMsia keluar masuk di Pavillion Residences. Difahamkan operasi di sini akan berlanjutan hingga awal pagi @501Awani
10.44pm: Beberapa anggota @PDRMsia yang membawa kamera dan peralatan rakaman digital keluar dari Pavillion Residences @501Awani
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!