Mulai awal 2021 ini tanam azam untuk sentiasa upgrade ilmu! Kalau Leader tak sediakan kelas bisnes apa nak buat? Kemon gaisssss tunggu apa!
Bukak langkah kanan bukan lari tukar produk lain tapi kau sendiri pantas cari segala ilmu yang kau perlukan!
Awasss bukan buka langkah kanan pegi cari produk yang leader atau founder nya aktif share ilmu bisnes untuk bantu team,
Kemudian kau berpaut kat situ sedut ilmu dendiam. Produk orang tu kau buat cam tak nampak. Itu keji. 🤣
✅ Tak ada modal tinggi —> pegi kelas bisnes pada harga ekonomi
✅ Tak ada moda langsung —> usaha GOOGLE dan ringankan jari membaca sharing sharing percuma kat sosial media!
—> segigih kau mencari maklumat nak stalk orang atau membawang
.
2. #SISTEM
Sentiasa usaha cari sistem yang dapat bantu pantas dan mudahkan kerja kita. Sistem ni bukan sekadar maksudnya kau kena keluar duit banyak lepastu beli apps atau software itu ini.
SISTEM —>langkah demi langkah yang kita buat untuk capai sesuatu tujuan yang kita perlukan
✅ Kalau dulu, catat database customer seketul seketul dalam buku 555. Sekarang kena cari cara mudah nak simpan database di tempat yang mudah di simpan dan nak akses kat mana mana.
Bayangkannn anak tertumpah kan air atas buku 555 tu, kat mana nak korek backup database yang korang tulis?
Bayangkannn rumah banjir atau buku 555 tercicir, kat manaaa nak nak korek backup database yang korang tulis?
✅ Kalau dulu, catat sales manual dalam buku nota anak lebih lebih tak pakai. Sekarang dah kena cari cara macam mana nak mudahkan cara untuk rekod sales harian, bulanan dan tahunan.