Muhammad Fahmi Profile picture
Dec 16, 2020 30 tweets 6 min read Read on X
Saya memulakan tanda pagar (hashtag) #MasyarakatPerluTahu bagi membetulkan beberapa salah faham dalam isu agama yang masih bertebaran.

1- #MasyarakatPerluTahu bahawa seorang suami tidak menanggung dosa isteri. Demikian juga seorang bapa tidak menanggung dosa anak gadisnya.
2- #MasyarakatPerluTahu bahawa doa yang mustajab itu ada pada setiap sujud solat. Ia tidak terkhusus kepada sujud terakhir sahaja.

Rakan-rakan juga boleh tambah menggunakan tanda pagar yang sama. Jika saya setuju dan rasakan sesuai, saya akan masukkan dalam senarai bebenang ini.
3- #MasyarakatPerluTahu bahawa bacaan Al-Fatihah di dalam solat perlu dibaca dengan suara yang didengari oleh telinga sendiri. Bukan baca Al-Fatihah dalam hati.
4- #MasyarakatPerluTahu bahawa perkataan silaturrahim merujuk kepada hubungan kekeluargaan atau kaum kerabat sahaja. Kawan-kawan atau jiran tetangga tidak termasuk dalam rahim.
5- #MasyarakatPerluTahu bahawa bukan menjadi satu syarat untuk jawapan istikharah yang kita lakukan itu, diperoleh menerusi mimpi.

Bahkan, selama kita dilapangkan dada dan dipermudahkan untuk membuat sesuatu urusan dan keputusan, itulah petunjuk dari istikharah yang dilakukan.
6- #MasyarakatPerluTahu bahawa menjulurkan / menghadapkan kaki ke arah kiblat itu bukanlah suatu yang dilarang di sisi syarak.

Ia tidaklah haram dan tidak pula makruh.

Bahkan hukumnya adalah harus.
7- #MasyarakatPerluTahu bahawa amalan sunat adalah amalan yang dituntut untuk dibuat. Bukan dijadikan alasan :

“Alah, tak buat pun tak apa, kan sunat sahaja”.

Sedangkan tuntutan syarak itu hukumnya dua, iaitu wajib dan sunat.

Terima kasih sahabat saya Ustaz @_muhaimin26
8- #MasyarakatPerluTahu bahawa TIADA DALIL yang jelas bahawa digalakkan hubungan seks antara suami isteri pada malam Jumaat.

Yang ajaibnya, gol. LGBT pun saban minggu nak dapat ‘fadilat’ malam jumaat.

Bahkan Imam Al-Nawawi kata, pendapat tersebut adalah lemah atau batil.
9- #MasyarakatPerluTahu bahawa sebutan yang betul adalah “bukan mahram”. Manakala sebutan “bukan muhrim” dalam konteks tersebut, tidak betul.

Mahram - orang yang haram kita berkahwin dengannya. Bukan mahram - halal berkahwin dengannya.

Muhrim - Orang yang sedang berihram.
10- #MasyarakatPerluTahu bahawa tidak ada iktikad atau kepercayaan berkenaan KARMA di dalam agama Islam.
11- #MasyarakatPerluTahu bahawa maksud fitnah dalam ayat : Dan fitnah lebih besar dari membunuh, adalah : Syirik.

Iaitu dosa syirik lebih besar berbanding dosa membunuh.

Ia bukan fitnah yang difahami masyarakat iaitu : Mengatakan sesuatu kepada seseorang, apa yang dia tak buat.
12- #MasyarakatPerluTahu bahawa Al-Quran fungsinya sebagai panduan hidup. Ia bukan diturunkan sebagai “spells” yang apabila dibaca surah tertentu, jadi kaya. Baca ayat tertentu, jadi cantik & kacak.

Boleh rujuk Al-Baqarah ayat (2), & (185) untuk faham sebab Al-Quran diturunkan.
13- #MasyarakatPerluTahu bahawa ‘Ayat 1000 Dinar’ bukan bermaksud apabila dibaca, digantung di rumah @ kedai, maka seseorang itu jadi kaya.

Tidak sama sekali.

Intipati ayat itu suruh supaya kita bertakwa. Apabila kita bertakwa, rezeki akan datang dari jalan yang tak disangka.
14- #MasyarakatPerluTahu bahawa perkataan rezeki itu tidak terhad kepada harta benda @ material semata.

Sebaliknya, kesihatan yang baik, makanan yang halal, masa yang terisi dengan manfaat, zuriat yang baik, harta yang berkat, semua ini termasuk dalam rezeki.
15- #MasyarakatPerluTahu bahawa BOLEH membaca Al-Quran meski aurat terdedah.

BOLEH baca Al Quran dalam keadaan berbaring.

BOLEH baca Al Quran tanpa menghadap kiblat.

BOLEH baca Al Quran tanpa wuduk sekiranya membacanya tanpa memegang mushaf.
16- #MasyarakatPerluTahu bahawa TIDAK TERDAPAT sebarang riwayat yang sahih berkenaan larangan bercakap semasa makan.

Ia dibolehkan sebenarnya. Bahkan sebahagian ulama mengatakan hukum bercakap ketika makan adalah mustahab (sunat) khususnya untuk memuliakan para tetamu.
17- #MasyarakatPerluTahu bahawa tidak disyaratkan solat sunat taubat untuk menjadikan taubat seseorang itu diterima.

Selama seseorang itu menyesal, berhenti melakukan dosa, dan tidak mengulanginya kembali, maka dia telah menepati ciri-ciri taubat nasuha (التوبة النصوح)
18- #MasyarakatPerluTahu bahawa maksud anak yatim adalah : Anak yang KEMATIAN BAPA dan dia belum mencapai usia BALIGH.

Kalau umur dah 20 30 tahun, kemudian ayah meninggal dunia, maka ini sudah tidak dinamakan sebagai anak yatim.
19- #MasyarakatPerluTahu bahawa Allah S.W.T apabila mengkehendaki sesuatu, Dia tidak menyebut “Kun Fayakūn” akan tetapi yang Allah sebut adalah “Kun” sahaja.

Kun bermaksud : “Jadilah”.
20- #MasyarakatPerluTahu bahawa tidak ada dalil spesifik yang menyatakan bahawa sedekah subuh memiliki kelebihan khusus berbanding sedekah pada waktu-waktu yang lain.
21- #MasyarakatPerluTahu bahawa tidak terdapat sebarang dalil daripada Al-Quran atau hadis-hadis sahih yang menyebutkan Nabi Yusuf A.S berkahwin dengan Zulaikha.
22- #MasyarakatPerluTahu bahawa tidak terdapat sebarang hadis yang sahih berkenaan doa semasa melihat cermin. Hadis doa Nabi SAW :

اللهم أحسنت خلقي فأحسن خلقي

Ini adalah hadis sahih, tanpa diikat dengan membacanya ketika melihat cermin.
25- #MasyarakatPerluTahu Lafaz niat itu bukanlah niat. Yang wajib adalah niat manakala lafaz niat hukumnya sunat. Niat tempatnya di dalam hati manakala lafaz niat tempatnya di lidah.

Sebabnya, banyak poster bertebaran tentang niat ibadah adalah sekian², sedangkan itu lafaz niat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Muhammad Fahmi

Muhammad Fahmi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @fahmirusliMFR

Apr 28, 2022
Malam ini merupakan malam ke- 27 Ramadan. Ia merupakan malam yang amat diharapkan berlaku padanya Lailatul Qadr. Lebih-lebih lagi, malam ini juga merupakan malam Jumaat.

Kata Abu al-Muzaffar Ibn Hubairah :

وإن وقع في ليلة من أوتار العشر ليلة جمعة ، فهي أرجى من غيرها
Maksudnya : Sekiranya malam ganjil dari 10 malam yang terakhir itu jatuh pada malam Jumaat, maka malam tersebut lebih diharapkan (berlakunya malam al-qadr) berbanding malam selainnya.

Rujuk Lata’if al-Ma’arif, Ibn Rajab (463)
Antara ulama yang berpendapat malam al-qadr merupakan malam ke- 27 ialah dua orang sahabat Rasulullah SAW iaitu Ubai bin Ka’b dan juga Ibn Abbas R.Anhuma.

Kata Ubai bin Ka’b :
Read 5 tweets
Apr 27, 2022
Lailatul Qadr itu merupakan malam yang bersih. Kebaikannya juga tidak akan diperoleh melainkan bagi mereka yang jantung hatinya juga bersih.

Inilah yang ditafsirkan oleh Imam Qatadah dan Ibn Zaid terhadap ayat سَلَامٌ هِي. Iaitu :

هي خير كلها ليس فيها شر إلى مطلع الفجر
Maksudnya : Malam tersebut adalah baik keseluruhannya. Tidak terdapat sebarang keburukan pada malam tersebut sehinggalah terbitnya fajar.

Rujuk Tafsir Al-Quran al-‘Azim, Ibn Katsir (8/445)

Demikian Imam Ibn Rajab al-Hanbali berkata :
كم من قائم محروم ، وكم من نائم مرحوم ، هذا نام وقلبه ذاكر ، وهذا قام وقلبه فاجر

Maksudnya : Berapa ramai orang yang melakukan qiyam itu terhalang (dari mendapat kebaikan). Dan berapa ramai orang yang tidur itu mendapat rahmat. Orang ini tidur sedang jantung hatinya berzikir.
Read 7 tweets
Apr 27, 2022
Atas faktor inilah kalau sesiapa perasan akan penulisan saya di FB, Twitter, atau Telegram, hampir setiap hari 10 malam terakhir ini saya akan kongsikan pendapat para ulama dan sandaran dalil mereka bahawa malam sekian-sekian, berkemungkinan berlaku padanya malam al-Qadr.
Tujuan perkongsian cuma satu :

Sebagai satu galakan dan anjuran untuk para pembaca menghidupkan malam tersebut dengan ibadah.
Tetapi sebahagian orang tidak faham. Mereka kata apabila saya kongsikan malam sekian ada ulama berpendapat ia merupakan malam al-qadr, saya telah menyebabkan orang lain berputus asa dari ibadah pada malam-malam lain.
Read 4 tweets
Apr 27, 2022
Asasnya, tiada seorang pun yang mengetahui secara pasti bilakah setepatnya malam al-qadr.

Khilaf berkenaan isu ini sahaja melebihi 40 pendapat oleh para ulama.

Setiap ulama keluarkan pendapat dengan kefahaman mereka yang berbeza, meski menggunakan dalil hadis yang sama.
Salah satu pendapat menyebut, malam al-qadr itu berada pada 10 malam terakhir Ramadan. Maka, malam-malam terakhir di situ meliputi malam witir (ganjil) dan juga malam syafa’ (genap).

Justeru ada kemungkinan malam al-qadr itu berlaku pada malam ganjil juga.
Tambahan pula, ada riwayat yang sahih bahawa Rasulullah SAW bersabda :

أنزل القرآن لأربع وعشرين مضت من رمضان

Maksudnya : Diturunkan al-Quran pada 24 hari yang telah berlalu dari bulan Ramadan.

Riwayat al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab.

24 adalah hari genap.
Read 13 tweets
Apr 26, 2022
Kita biasa dengar sebahagian orang berkata : “tak apa, Allah ada”, “jangan risau, kita ada Allah”.

Ucapan-ucapan sebegini, hakikatnya merupakan suatu bentuk sangka baik (husn al-zan) kepada Allah.
Sangka baik kepada Allah ini merupakan antara ibadah paling utama yang turut diamalkan oleh para Rasul. Nabi Musa A.S berkata :

إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهْدِينِ

Maksud : Sesungguhnya bersama denganku adalah Tuhanku, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepadaku.

Al-Syu’ara’ (62)
Akhirnya, sangka baik ini mendatangkan pertolongan Allah SWT serta menatijahkan keselamatan kepada Nabi Musa AS. Allah SWT berfirman :

وَأَنجَيْنَا مُوسَىٰ وَمَن مَّعَهُ أَجْمَعِينَ

Maksudnya : Dan Kami selamatkan Musa dan seluruh yang bersama dengannya.

Al-Syu’ara’ (65)
Read 7 tweets
Apr 26, 2022
Ganjil di situ merujuk kepada angka yang ganjil, lawan kepada genap. Itulah maksud bagi kalimah witir. Rasulullah SAW sebut :

تحروا ليلة القدر فِي الوتر مِن الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Maksudnya : Carilah malam al-qadr pada malam-malam ganjil dari 10 terakhir Ramadan.
Riwayat al-Bukhari (2017)

Begitu juga dengan solat witir. Ia bukanlah merujuk kepada solat yang aneh atau pelik. Sebaliknya ia solat yang dilakukan dengan bilangan rakaat yang ganjil iaitu 1, 3, 5.
Demikian juga sabda Rasulullah SAW :

إن الله وتر

Maksudnya : Sesungguhnya Allah itu witir.

Riwayat Abu Daud (1416).

Witir di sini merujuk kepada tunggal. Allah Maha Esa (الأحد) dan Allah Maha Tunggal (الواحد)
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(