"Doktor, ada kesan ke anak yang tiada figur bapa dalam keluarga?"
Seorang ibu bertanya,
Dia baru kehilangan suaminya😢
Saya diam dan tenung wajahnya yang memang mahukan jawapan..
Ini situasi yang tak dapat dielak,
Perginya seorang ayah..
Ayah yang memang tiada.
RUGI kalau keluarga yang ada ayah tapi tak nampak fungsinya.😢
Tahu tak,
Satu kajian dibuat di US,
85%remaja bermasalah, bila dikaji latar belakang mereka.. Tiada figur seorang bapa.
71% remaja yang berhenti sekolah juga tiada figur bapa..
Tapi kenapa bapa ya🤔
Ibu saja tak cukup ke?
Ibu memang jantung keluarga.
Tapi ayah ada peranan dan fungsi yang tersendiri.
Ibu..
buat anak yakin diri melalui attachment, bonding,
Figur ibu yang penyayang buat anak rasa cukup dalam dirinya,
Tetapi figur ayah.
Ayah 'role model' untuk anak faham tentang
nilai dan prinsip,
Integriti..
Risk taking..
Disiplin..
Berani..
Ketegasan, bila perlu bertegas..bila berlembut..
Pendek kata ciri maskulin dalam keluarga.
Anak perempuan pula akan jadikan ayahnya role model. Lelaki yang dia akan jadikan calon suami..
Sama ada dia akan cari macam ayahnya
Atau opposite ayahnya (sebab ayah ganas misalnya)
Sebab.. ayahnya terpahat
dalam subconscious mind dia..
Tu belum lagi bab paling penting
Iaitu iman dan kerohanian dalam keluarga..
sebenarnya lebih mengesani jika disampaikan oleh si ayah..
Kalau ditakdirkan Allah menguji.. ayah tiada..
Gantikanlah figur itu dengan atuk atau pakciknya..
Apa-apa pun jangan lupa.
Allah yang sebenarnya mendidik anak kita,
Kita usaha sahaja.