ARAB SAUDI BUKA SEMULA SEMPADAN DAN RUANG UDARANYA DENGAN QATAR

#BeritaIN

Arab Saudi akan membuka semula sempadan darat dan ruang udara kepada Qatar, menurut sumber rasmi Amerika Syarikat (AS) dan Kuwait. Keputusan penting Arab Saudi itu dijangka mengakhiri perselisihan Image
diplomatik dua negara yang menyaksikan Riyadh sebelum mengetuai pakatan Negara Teluk memulaukan Doha.

Pengumuman itu dibuat pada persidangan tahunan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dianggotai enam negara, berlangsung di Al-Ula, Arab Saudi.
Menurut Pejabat Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al-Thani akan menghadiri persidangan itu selepas tidak menghadiri acara itu tiga tahun lalu.

Riyadh mengetuai gabungan Negara Teluk dan seterusnya memutuskan hubungan dengan Qatar pada tahun 2017, sambil mendakwa negara itu
terlalu hampir dengan Iran dan menyokong kumpulan radikal Islam, tetapi dakwaan itu dinafikan Qatar.

Washington sebelum ini turut meningkatkan tekanan terhadap Qatar dengan pelbagai resolusi yang disifatkan Doha sebagai 'sekatan'.
AS menegaskan perlunya kesatuan dalam kalangan Negara Teluk untuk memulaukan musuh negara itu iaitu Iran ketika Donald Trump menjelang kejatuhannya sebagai Presiden.
Sumber rasmi AS mendakwa, menantu yang juga penasihat kanan Trump, Jared Kushner, dikatakan 'singgah' di wilayah
itu untuk berunding dan menghadiri majlis menandatangani 'kejayaan' menamatkan pemulauan itu hari ini.

Menteri Luar Kuwait, Ahmad Nasser Al-Sabah, menerusi saluran televisyen tempatan mengumumkan negara itu bersetuju membuka semula ruang udara dan sempadan darat dan laut antara
kerajaan Arab Saudi dan Qatar bermula malam ini.

Beliau berkata, perjanjian itu berdasarkan usul oleh Emir Kuwait, Sheikh Nawaf al-Ahmad Al-Sabah yang menggambarkan usaha berterusan negara itu untuk memulihkan krisis.
Suasana di lebuh raya Salwa di selatan Doha menuju ke sempadan Abu Samra, Arab Saudi menjadi hingar bingar dengan bunyi hon kenderaan sambil pemandu melambaikan tangan mereka susulan pengumuman itu. AFP

Kredit: @bharianmy

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Marchfoward

4 Jan
Ramai cikgu dah ulas dh benda ni

Especially sekolah rendah. Bukan mudah nak suruh semua budak ikut SOP dgn kini dh takleh rotan. Sekolah ni dibuka supaya ada di antara mak ayah dpt pergi kerja dgn tenang anak dijaga cikgu

Yeah it is time ticking bomb
It is an open secret man. Ramai gunakan guru untuk jaga anak kat sekolah

Mungkin Cikgu @k_izzuddin boleh ulas dgn lebih baik
SOP sukar dilaksanakan di sekolah. Nak buat penjarakan. Ada sekolah padat

Acano
Read 4 tweets
4 Jan
TENTERA LAUT IRAN MENAHAN KAPAL TANGKI KOREA SELATAN

#BeritaIN

Menurut laporan yang baru diterima daripada media Iran, Tasnim. Tentera Laut Iran atau IRGC Navy menahan kapal tangki Korea Selatan. Berkemungkinan ini merupakan langkah balas Iran terhadap Korea Selatan
Korea Selatan sudah menahan aset Iran bernilai hampir 7 Bilion USD ketika ini

Menurut Tasnim, mereka ditahan kerana mencemarkan perairan Teluk Parsi dengan bahan kimia dan minyak
Laporang menyebut bahawa kapal berkenaan ialah kapal tangki bahan kimia bernama Hankuk Chemis yg berkait dengan Emirate of Fujairah

Kapal berkenaan sudah dibawa ke pelabuhan Iran
Read 5 tweets
4 Jan
JACK MA HILANG?

#BeritaIN

Bilionair China dan Pengasas Alibaba Group Jack Ma dipercayai hilang selepas gagal memunculkan diri semasa episod akhir talent show Jack Ma sendiri iaitu Africa’s Business Heroes lapor The Telegraph UK
Ma digantikan oleh Eksekutif Alibaba dan gambarnya turut dikeluarkan dari website rasmi rancangan berkenaan

Jurucakap Alibaba menyatakan bahawa Ma tak boleh berada di sana kerana konflik jadual lapornya kepada The Financial Times
Sejak 2 Bulan Ma tidak menonjolkan dirinya kepada umum selepas ucapan kontroversinya pada 24 Oktober 2020 yang mengkritik sistem pengawasan kewangan di China

Ucapan berkenaan dilakukan di Bund Summit di Shanghai di depan pemimpin kewangan China seperti Zhou Xiaochuan
Read 7 tweets
4 Jan
TNI AL MASIH BELUM MEMASTIKAN PEMILIK SEAGLIDER

#BeritaIN

Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut(TNI-AL) menyatakan bahawa tiada perincian mengenai Seaglider yang ditemui nelayan di Laut Selayar, Sulawesi Selatan.
Ciri ciri asal negara pembuat Seaglider itu tidak ditemui, Tidak ada apa apa tulisan ditemukan dan tidak ada perubahan yang dilakukan, Seaglider dalam simpanan skrg sama dengan yg kali pertama ditemui nelayan. kata Ketua Staf TNI-AL Laksamana TNI Yudo Margono
dalam sidang media di Pusat Hidrografi dan Oseanografi (Pushidrosal) TNI AL, Ancol, Jakarta Utara

Seaglider ini ditemukan oleh nelayan bernama Saeruddin berusia 60 tahun pada pagi 26 Disember 2020. Seaglider itu punya dua sayap 50 cm, panjang 225 cm, baling-baling (propeller)
Read 5 tweets
4 Jan
SENAT US MEMBATALKAN KUASA VETO TRUMP BERKAITAN BAJET PERTAHANAN US 2021

#BeritaIN

Dewan Senat US mencipta sejarah hari ini apabila berjaya membatalkan kuasa veto Presiden dlm sejarah negara itu apabila memperoleh majoriti 2/3 undi di Dewan Senat dan Perwakilan
untuk menghalang Trump daripada membatalkan Bajet Pertahanan US 2021 atau National Defense Authorization Act(NDAA) bernilai 741 Bilion USD. Undian di Senat menyaksikan 13 menyokong Trump manakala 83 lagi menentang. Dewan Perwakilan pula menyaksikan undi
335 menentang Trump dan 78 menyokong menyaksikan dua dewan berkenaan berjaya memperoleh 2/3 bagi menghalang kuasa veto Presiden Trump

Ini menyaksikan Bajet Pertahanan US 2021 akhirnya diluluskan. Antara perkara dlm bajet 741 Bilion USD berkenaan ialah
Read 5 tweets
4 Jan
TURKI DAN PAKISTAN MEMULAKAN PERBINCANGAN TAHAP TINGGI BERHUBUNG PROGRAM SENJATA NUKLEAR

#BeritaIN

Beberapa perbincangan terbaru delegasi Turki dan Pakistan menimbulkan khabar angin bahawa kemungkinan Turki akan menyokong dana pembesaran program senjata nuklear Pakistan
Perkara yg paling terbaru ialah perbincangan semasa 15" Turkey-Pakistan High-Level Military Dialogue Group (HLMDG) pada 22-23 December 2020, Setiausaha Pertahanan Pakistan Lt. Jen(B) Mian Muhammad Hilal Hussain mengetuai delegasi Pakistan manakala Timbalan Panglima Angkatan
Tentera Turki Jeneral Selcuk Bayraktaroglu mengetuai delegasi Turki

Perbincangan ini merupakan sebahagian daripada beberapa perbincangan untuk meningkatkan pembelian senjata dan kerjasama teknologi antara dua negara. Perkara yang diketahui ialah daripada
Read 14 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!