Gaji saya kecil sahaja, adakah saya perlu buat Medikal Kad?
Kalau anda gaji bawah RM 1,500 WAJIB baca sampai habis tau!
(INFORMATIVE THREAD ALERT)
Assalamualaikum, semua. Soalan ni sering ditanya oleh prospek saya, dengan gaji kecil, adalah beliau perlu buat medikal kad. Jawapan saya mudah sahaja, orang yang bergaji kecil WAJIB buat Medikal Kad. Jauh lebih wajib daripada orang yang mempunyai gaji besar, pasai apa agaknya?
Orang yang gaji kecil, simpanannya juga mungkin kecil. Let say, lelaki bujang, kerja Rider Food Panda, umur 21, gaji RM 1,500 dan setiap bulan boleh menyimpan 10% daripada gaji iaitu RM 150.
Dalam masa 2 tahun, beliau sudah menyimpan RM 3,600. (Contoh saya kasi ni memang paling realiti la dekat Malaysia)
Katakanlah, selepas 2 tahun tersebut, beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya, dan beliau memerlukan RM 10,000 untuk membiayai kos pembedahan di Hospital.
Sekarang, dalam simpanannya hanya ada RM 3,600 sahaja. Maka beliau terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapatkan lagi baki RM 6,400. Dan wang tersebut mestilah datang dengan SEGERA (dah nama pun Pembedahan, mana boleh tangguh-tangguh, no money, doktor takkan proceed).
So apakah alternatif untuk beliau dapatkan wang dengan segera? Ada 3 cara paling common dekat Malaysia,
1.Pinjam dengan bank
2.Pinjam dengan Ahli Keluarga dan Kawan Rapat
3.Gadai Emas/Motor/Kereta dan sebagainya
Akhirnya, duit simpanannya lebur, malah siap berhutang pula, atau bergadai harta semata mata untuk meneruskan pembedahan di Hospital. Inilah realiti di Malaysia.
Begitu ramai rakyat yang akhirnya lemas dalam hutang akibat kos perubatan dan pembedahan.
Semua ini datang tanpa diminta dan dalam keadaan tidak bersedia, iyalah, ini merupakan perkara yang berada diluar kawalan kita, kemalangan tak pernah berbau. Jadi, bagaimanakah cara untuk mengatasinya?
Caranya ialah dengan membetulkan semula Financial Planning dari awal. Jom saya tunjukkan caranya...
Kita ambil kes sama seperti tadi. Instead of menyimpan RM 150, kali ini beliau menyimpan RM 50 sahaja sebulan, dan RM 100 lagi beliau gunakan untuk membayar caruman Medikal Kad (read Medical Insurance). Setelah 2 tahun, beliau telah mengumpul RM 1,200.
Dan apabila beliau perlukan wang RM 10,000 untuk membiayai kos pembedahan, beliau tidak perlu korek wang simpanannya malah tidak perlu meminjam duit, Medikal Kad yang akan bayarkan kesemua kos tersebut kepada pihak Hospital.
Takde pening kepala. Inilah yang kita namakan sebagai Saving Protection Plan, atau bahasa mudah, Rancangan Perlindungan Wang Simpanan.
Sekarang anda sudah tahu bagaimana Medikal Kad boleh mengelakkan wang simpanan kita dirobek oleh perkara di luar kawalan kita.
Tapi tahu sahaja tidak cukup, anda harus bertindak segera, kerana applikasi Medikal Kad sangat bergantung kepada kondisi Kesihatan anda sekarang, sekiranya anda sudah sakit, insyaAllah application Medikal Kad anda akan direjek!
Dapat sesuatu?
Sekiranya anda nak tahu lebih banyak lagi berkenaan Medikal Kad, silalah DM saya, insyaAllah saya akan bantu anda.
Kalau korang suka content sebegini, cuba klik Follow dan RT sebagai tanda Support!
Terima Kasih 😇
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
hanya yang mempunyai 5 sebab utama ini wajib untuk mempunyai Takaful Hayat atau Takaful Hibah atau Income Replacement Plan atau Pampasan Kematian whatever you called it!
Let’s go! (THREAD PENDEK)
Bayangkan selama ni mereka bergantung harap pada income kita. Once kita TPD atau Lumpuh, kita pula yang mereka perlu tanggung. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Kalau duit dalam account pelaburan/simpanan korang dah banyak dan mampu beranak pinak sehingga cukup keperluan setiap bulan, maka korang tak perlu ada lah Income Replacement Plan.
Contoh dlm Tabung Haji ade 2 juta, if dividen 5% setahun dah dpt 100K. Cukup sangat nak hidup kan.