NATRAH Profile picture
10 Feb, 27 tweets, 4 min read
Ringkasan Lex Talk "World Hijab Day v Dehijabing" anjuran NATRAH pada 7 Februari 2021 yang lalu.
Panelist pertama merupakan seorang peguam bernama Cik Hidayah Ibrahim. Pengamal undang-undang ini merupakan seorang aktivis persatuan The International Women's Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ).
Panelis kedua pula merupakan Puan Nik Aidawati Yussof, seorang bekas penggiat seni yang berpengalaman menjadi DJ Radio, Pengacara TV dan Pembantu Penerbit TV.
Panelis pertama menjelaskan tiga faktor utama mendorong fenomena dehijabing iaitu seseorang Muslimah yang mengambil keputusan untuk berhenti bertudung secara kekal atau “on off”.
Pertama, kurang kefahaman tentang tujuan memakai tudung. Amalan menutup aurat sering dikaitkan dengan anologi menyarung atau membalut sesuatu, misalnya lolipop yang dihurung serangga kerana balutannya dibuka.
Padahal, pemakaian hijab itu merupakan identiti Muslimah. Apabila kita berkelana ke serata pelosok dunia kita dapat mengetahui seseorang wanita itu adalah Muslimah jika dia mengenakan hijab.
Panelis memetik hadis Sahih Bukhari berikut. Hadis ini menunjukkan bahawa wanita yang menutup auratnya sebaik sahaja diberitahu tentang pensyariatannya, adalah bukti bahawa pemakaian hijab merupakan tanggungjawab peribadi seorang Muslimah kepada Sang Pencipta.
Panelis juga berpendapat bahawa hijab menjadi suatu bentuk pelindungan wanita daripada eksploitasi seksual seperti menjadi bahan lucah dan sebagainya. Pemakaian hijab sedikit sebanyak menghalang perkara tersebut daripada berlaku kepada wanita Muslimah.
Faktor kedua fenomena dehijabing ini ialah kurangnya hormat dalam kalangan masyarakat. Kisah seorang pelakon berhijab yang membongkar bahawa produksi tempatan telah meminta beliau untuk melakonkan watak freehair membuktikan pihak itu tidak menghormati wanita berhijab.
Pernyataan pelakon yang membongkar kan bahawa kebanyakan pihak yang memintanya untuk membuka hijab merupakan Muslim. Ini merupakan satu tamparan hebat kerana tentangan terhadap hijab itu datang dari penganut Islam itu tersendiri.
Panelis kedua menambah bahawasanya amalan diskriminasi penggiat seni terhadap wanita berhijab bukanlah suatu isu baru bahkan sudah sekian lama berduri daging dalam industri itu. Amalan ini seharusnya dihentikan.
Faktor ketiga merupakan persepsi salah bahawasanya pemakaian hijab adalah suatu kesan sistem patriarki. Panelis telah bertanya kepada wanita-wanita berhijab yang dikenalinya dan mendapati tiada seorang pun yang mengakui mereka berhijab atas paksaan ayah, suami atau abang mereka.
Persepsi ini merupakan suatu momokan yang menjadi propaganda utama golongan pro-dehijabing. Kebanyakan Muslimah menyatakan mereka bertudung atas alasan memenuhi tuntutan agama, menjadi identiti muslimah dan menunaikan tanggungjawab mereka kepada Allah Azza Wajalla.
Meskipun wujud segelintir kecil Muslimah yang dipaksa menutup aurat oleh ahli keluarga lelaki mereka tetapi ia merupakan kes terpencil dan tidak membuktikan dakwaan amalan berhijab adalah kesan sistem patriarki semata-mata.
Panelis kedua menambah bahawa ada juga wanita yang mencabut tudung kerana merasakan pemakaian hijab mengurangkan kecantikan mereka. Mereka ingin bebas berfesyen tanpa kongkongan batas agama.
Seterusnya, promosi fenomena dehijabing ini memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Kesan pertama ialah ia menimbulkan kekeliruan dan ketidakharmonian dalam golongan wanita Muslimah.
Panelis berkongsi pengalamannya berperang dengan dirinya sendiri apabila beliau mengetahui tentang fenomena dehijabing ini. Penyokong dehijabing yang membuat kenyataan awam boleh memberi pengaruh kepada wanita Muslimah terutamanya golongan muda.
Jelasnya, fenomena ini membuatkan wanita Muslimah meragui kewajipan bertudung. Seharusnya rujukan utama berkaitan hukum berhijab ini adalah para ilmuan dan asatizah. Mengambil pendapat golongan yang tidak mempunyai ilmu adalah sia-sia.
Seterusnya, tindakan mempromosi budaya dehijabing ini seakan-akan suatu tindakan untuk mencabar undang-undang Syariah di Malaysia. Kontroversi seorang wanita yang menerbitkan buku dehijabing bertajuk ‘Unveiling Choices’ telah mendapat pelbagai reaksi masyarakat.
Buku yang menjelaskan kenapa penulis berhenti berhijab itu mendapat sokongan NGO seperti Sisters in Islam (SIS).
Penulis tersebut telah dipanggil oleh pihak berkuasa bagi membantu siasatan kesalahan di bawah bekesalahan seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Terdapat dua solusi yang dicadangkan oleh panelis untuk menghentikan gerakan dehijabing ini.
Pertama, wanita Muslimah perlu mengikuti kisah penghijrahan selebriti di Malaysia untuk mendapat inspirasi. Antara selebriti hijabi yang terkenal ialah Neelofa, Lisa Surihani dan MissNina.
Ketiga-tiga figura popular ini seringkali berkongsi tentang keputusan merek berrhijab dan kisah peribadi mereka. Mereka adalah contoh terbaik yang sepatutnya menjadi tauladan dalam golongan hijabi di Malaysia.
Selain itu, tindakan undang-undang perlu diambil untuk menghenti gerakan ini. Buktinya, penulis buku Unveiling Choices telah disiasat oleh pihak berkuasa. Ini tindakan yang tepat untuk memantau kegiatan yang boleh mencemarkan dan menghina Syariah Islam.
Gerakan pro-dehijabing yang mempromosikan nilai-nilai bertentangan dengan Syariah Islam tidak seharusnya dibiarkan. Panelis pertama menjelaskan bahawa penggunaan tiket ‘kebebasan bersuara’ untuk menghalalkan gerakan dehijabing ini merupakan hujah yang lapuk.
Golongan pro-dehijabing perlu berdialog dengan lebih banyak wanita Muslimah dalam mendalami isu ini dan tidak bersandarkan emosi dan pengalaman peribadi semata-mata. Mereka tidak seharusnya berhujah dengan fahaman-fahaman barat yang tiada berasaskan pegangan agama dan keilmuan.
Kesimpulannya, mendalami ilmu agama daripada pihak yang ahli adalah sangat penting. Muslimah seharusnya menjadikan kitab-kitab fiqh sebagai rujukan utama disamping mendapatkan inspirasi daripada ikon-ikon hijabi dalam usaha untuk kekal istiqamah dalam menutup aurat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with NATRAH

NATRAH Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!