Jadi malam semalam saya dan #waghih@rezarazali pakat nak dapatkan pandangan ramai tentang #mydigital blueprint yang baru dilancarkan YAB PM @MuhyiddinYassin jadi kami kongsikan sedikit apa yang kami dapat untuk perhatian pihak prihatin
👇thread
Rata-rata masih samar-samar apa matlamat sebenar #mydigital
Dalam memahami blueprint ini masih di peringkat dasar, namun intipati pendigitalan kerajaan sudah lama digerakkan bertahun2 menjadikan matlamat agenda ini menjadi tanda tanya kebanyakan mereka
Bandingan pendekatan antara #mydigital dengan kerajaan Singapura
Baru-baru ini kerajaan jiran menubuhkan agensi khas yang terdiri dari ribuan teknokrat untuk tambah baik kehidupan rakyatnya VS kerajaan masih utamakan para birokrat yang dikhuatiri melambatkan progresif
Kompetensi agensi kerajaan dipersoal
Dengan pengenalan blueprint #mydigital ia beri indikasi ada lopong kompetensi agensi2 kerajaan dalam melahir usahawan, bina pasaran digital dan digital society kerana beberapa butiran yang dicadangkan tidak masuk akal spt lahirkan unicorn
Rungutan tentang cara kerajaan melaksana strategi sejak dahulu
Memahami kerajaan dikenali sebagai pembuat dasar yang cemerlang, namun strategi perlaksanaan selalu dipersoal mengambil iktibar dari kesilapan kerajaan2 terdahulu dan juga kerajaan sekarang.
Ada yang sangsi kalau ada elemen kepentingan politik dalam agenda #mydigital
Secara tipikal, rakyat tak dapat pisahkan skeptikal campur tangan politik dalam pembangunan blueprint ini. Mungkin rakyat perlu diyakinkan secara serius?
Komuniti teknokrat, usahawan dan korporat seolah-olah tidak dilibat sama
Ada yang berpendapat pembuatan blueprint #mydigital hilang inspirasinya kerana tidak mengambil kira penglibatan input pakar digital dan teknologi yang dipelopori komuniti teknokrat tempatan.
Blueprint #mydigital tidak cukup menarik minat bakat anak 🇲🇾 di luar negara
Ada yang kata lanskap digital dan teknologi negara ketinggalan berdekad jika dibandingkan dengan negara maju jadi kerajaan sekarang sedang alami ‘kemarau bakat’ anak tempatan yang berada di luar negara
Ada ajakan untuk kemuka blueprint alternatif #mydigital dari sektor swasta
Ambil cth Silicon Valley yang bermula tanpa ada blueprint dan ia dimula gerak oleh komuniti teknokrat sendiri. Hari ini SV dah jadi rujukan kerajaan lain untuk membina agenda pendigitalan mereka sendiri
Ini sedikit sebanyak pendapat yang dapat kami rumuskan untuk makluman kerajaan. Thread ini tiada niat mengecam, cuma pendapat di #clubhousemalaysia yang prihatin yang mungkin boleh dimanfaatkan pihak kerajaan dalam menambah baik #mydigital di fasa seterusnya.
Dalam kalangan yang sangsi, tidak dinafikan ada juga ajakan untuk menerima #mydigital secara positif dan terbuka. Ia masih lagi berstatus blueprint maka kesemua pasti ternanti apakah susulan baharu yang akan diperkenalkan dari fasa pelancaran ini. Semoga bermanfaat!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh