Saya risau kalau anak-anak tak solat dengan baik. Kalau perkara lain saya tak kisah.

Tapi jika solat, saya sangatt risau. Tiang agama kita tu. Runtuh tiang, runtuhlah bangunannya.

Macam mana nak pupuk anak2 untuk solat?

INI BEBENANGNYA. CARA PUPUK SOLAT MENGIKUT UMUR ANAK-ANAK
IBU BAPA MENJADI CONTOH ANAK-ANAK.

Nak kasi anak-anak familiar dengan solat, mak ayah perlu dahulu untuk bersolat! Kalau tak solat macam mana nak expect anak2 pun bersolat :D

Apa contoh tunjukkan teladan yang baik?
-ayah pergi masjid
-ibu berisap-siap solat bila azan
-sentiasa bersolat berjemaah bersama2.
UMUR 0-2 TAHUN (wujudkan suasana soleh)

Serius ke kena mula dari baby?

YUP! Serius, kena mula sejak dari bayi!

Umur macam ni, otak anak2 kita ni macam span. Mudah nak serap apa yang didengar, dilihat, dirasa.
Oleh itu, ibu-ayah boleh buat apa?
-zahirkan pergerakan2 sola pada anak2
-kuatkan bacaan Al-Quran semasa solat (diluar solat)
-banyakkan berdialog dengan anak2 walaupun mereka tak faham, tapi tak mengapa.
Contohnya;
“tunggu sebelah ibu ya, ibu nak solat”
“nanti dah besar, abang boleh ikut ayah ke masjid”
“ahmad nak masuk syurga? Solat penuh ya”

Dialog2 ini sebenarnya merangsang otak anak2 dan diserap pada minda mereka.
UMUR 2-3 TAHUN. (AJAK SOLAT)

Sentiasa ajak mereka solat. Ya, walaupun mereka ikut dengan x teratur atau main2, x mengapa memang itulah yang sepatutnya mereka buat. BERMAIN!

Dengan bermain, mereka akan lebih biasa dengan solat. Maka nanti x susah nak ajarkan solat kepada mereka.
UMUR 4-6 TAHUN (KENAPA KITA SOLAT?)

Umur macam ni, minda mereka akan dibanjiri dengan bermacam2 soalan!

Jangan abaikan soalan2 mereka. Bahkan, raikan IQ mereka dengan menjawab soalan2 mereka.

Termasuklah berkenaan solat. Rangsang minda mereka supaya faham kenapa kita bersolat.
Kita nak didik mereka supaya solat dengan ilmu, faham dan taat. Bukan hanya sekadar rutin harian

Wujudkan dialog2 berkenaan kepentingan bersolat. Contohnya

“Allah suka kalau kita solat"
Anak: “Kenapa?”
”Kalau kita solat, nanti Allah sayang. ibu Ayah sayang. boleh masuk syurga!"
Selain itu, kerap bawa mereka ke masjid untuk sesuaikan mereka dengan suasana solat beramai-ramai yang menyeronokkan.
UMUR 7–9 TAHUN (PENEKANAN DAN TANGGUNGJAWAB)

Umur begini adalah antara yang sangat kritikal.

Pada umur sebegini, ibu ayah sudah boleh mengarahkan (bukan mengajak) anak-anak bersolat.
Ya, walaupun masih ada lompong dalam bacaan dan pergerakan mereka, tapi sekurang-kurangnya kita dah melatih dan membiasakan mereka dengan solat sejak lahir betul x?

Pada umur 9 tahun ni, ibu ayah dah boleh bertegas denan mereka supaya mereka tidak mengambil ringan perihal solat.
UMUR 10 TAHUN KE ATAS (DENDA)

Dengar macam garang kan? Tapi ini biasa saja. Sesekali kena ada denda jika buat salah terutama meninggalkan solat.

Tujuan denda untuk mendidik bukan untuk menghukum dan menyakitkan mereka.
Bahkan, memukul ini adalah jalan terakhir jika semua usaha gagal dan mereka masih berdegil. Pukul dengan adil dan mendidik ya. Ingat tu ibu ayah!

Dalam hadith pun, Nabi membenarkan kita memukul anak kita jika mereka meninggalkan solat. Tapi ada 1 persoalan yang kita kena tanya.
‘sudahkah aku memberi pelajaran dan pemahaman kepada mereka berkenaan solat dengan baik?’

Jika sudah, bagus. Jika belum, silalah muhasabah dan mulakan dari sekarang!
DOA

Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim. Proses ajar anak solat dan pentarbiyyahan tidak terhenti setakat itu sahaja

Ia adalah proses yang amat panjang. Usah jemu dalam proses pentarbiyyahan ini. Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibubapa dalam mengajak anak bersolat
Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.

Semoga generasi yang lahir dari benih dan rahim kita ini adalah mereka yang kuat memasakkan tiang2 agama seterusnya menegakkan agama Allah ini
jemput follow @MommyHappyByHM untuk perkongsian berkenaan anak-anak dan keibubapaan. 🙂
ni saya ada sediakan buku panduan solat lengkap untuk anak-anak kita 😁

waktu kita zaman2 duduk gua dulu, mana ada kain2 kad imbas guna QR code ni.

sekarang nak belajar solat, scan saja QR kod, dah boleh belajar solat dan ambil wuduk.

jom order.

maaf atas kecuaian penggunaan ilustrasi. 💯 salah kami kerana cuai dalam penggunaan gambar.

design memang diambil dari templat ready-made.

lepas ini akan lebih berhati-hati dalam penggunaan ilustrasi.

terima kasih atas teguran semua. akan diperbaiki pada masa hadapan. 😊

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Mommy Happy

Mommy Happy Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!