Dgn kenyataan dan ugutan terbaru dari konsulat Korea Utara. Kita sebagai rakyat Malaysia ada yg risau apakah Malaysia akan terancam terutama dari segi keselamatan?
Ini ialah bebenang kenapa kita tk perlu risau
Oleh Abdul Muein Abadi
Ada empat sebab utama kita tidak perlu gentar (namun perlu tetap berwaspada dan berhati-hati) dengan ancaman terbaru Korea Utara: pertama, masalah konsistensi kemampuan Korea Utara, kedua, kemampuan agensi perisikan, keselamatan, dan ketenteraan kita (Cawangan Khas SB PDRM, dan
Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM). Ketiga, kepentingan negara sekutu kita seperti Five Power Defence Arrangements (FPDA) melibatkan United Kingdom, Australia, New Zealand, dan Singapura. Keempat, faktor kepentingan Amerika Syarikat dan China.
Masalah konsistensi kemampuan Korea Utara: meski pun Korea Utara memiliki keupayaan teknologi nuklear selepas kejayaan bom hidrogen pada 2016, namun sistem peluru berpandu Intercontinental Ballistic Missile (ICBM) mereka masih bermasalah.
Dua peluru berpandu ICBM Korea Utara yang mampu menyerang Malaysia pada jarak lebih 4000 kilometer ialah Hwasong-12 dan Hwasong-14 dengan siri kejayaan ujian pada 2017. Namun begitu, para pakar mempersoalkan dari segi konsistensi kemampuan ICBM Korea Utara
ini berikutan kadar kegagalan ketika ujian yang agak tinggi.
Malah, jika Korea Utara cuba melancarkan ICBM ke arah Malaysia dari dalam negara mereka sekali pun, ia akan dikesan terlebih dahulu oleh sistem THAAD (Terminal High Altitude Area Defense) milik Amerika Syarikat di Korea Selatan.
THAAD bahkan mampu memintas dan memusnahkan peluru berpandu di altitud melebihi 40 km.
Agensi perisikan, keselamatan, dan pertahanan kita juga jangan sama sekali dipandang rendah: Cawangan Khas atau SB (Special Branch) agensi perisikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup berpengalaman dengan taktik Komunis bukan sahaja ketika era Perang Dingin dan Darurat,
bahkan ketika ancaman keselamatan kontemporari. Dengan ancaman terbuka Korea Utara hari ini, pastilah SB akan mengambil langkah lebih bersiap-siaga menjangka pelbagai senario, termasuklah kemungkinan Korea Utara melakukan taktik seperti sabotaj
,pembunuhan bersasar, atau pun menyasarkan kemudahan awam strategik di negara kita.
Angkatan Tentera Malaysia juga kini memiliki Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang bertugas ‘Mengkoordinasi semua aspek sistem siber dan elektromagnetik pertahanan melibatkan operasi dan latihan’, ‘bekerjasama dengan semua agensi kerajaan
dan swasta berkaitan komunikasi dan elektronik bagi kepentingan ATM’, dan juga ‘bekerjasama dengan Angkatan Tentera negara-negara sahabat ke atas semua aspek komunikasi dan elektronik bagi kepentingan bersama’.
Kita juga memiliki FPDA: Five Power Defence Arrangements (FPDA) bersama-sama Australia, United Kingdom, New Zealand, dan Singapura di mana kelima-lima negara ini akan serta-merta membincangkan bertindak balas sekiranya salah satu daripada
mereka diserang secara serangan ketenteraan konvensional. Meski pun ia tidak memiliki komitmen ketenteraan yang mengikat seperti NATO, namun FPDA cukup kritikal dalam menjamin survival Malaysia dan Singpura selepas British memberikan kemerdekaan pada 1957
(asalnya AMDA Anglo-Malayan Defence Agreement).
Bagi dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China, Malaysia adalah cukup penting untuk dipertahankan atas sebab strategik dan ekonomi. China tidak akan menuruti segala kehendak Pyongyang; meski pun kedua-dua negara ini berkongsi ideologi Komunis, namun
mereka berpegang pada versi berbeza. China menerima modal asing secara terkawal, tidak tertutup seperti Korea Utara, dan tidak menjadikan mana-mana keluarga sebagai dinasti pemimpin seperti Kim di Korea Utara.
Malah, Korea Utara membangunkan nuklear pada 1980-an sebagai lanjutan ideologi usaha untuk ‘berdikari’ (Juche) bebas daripada China dan Soviet pada 1977.
Bagi China, lokasi negara kita yang strategik antara Lautan Hindi, Selat Melaka, serta Laut China Selatan yang membekalkan lebih 80% import tenaga kepada mereka, laluan industri perkapalan mereka, ditambah dengan projek-projek mega mereka di Malaysia seperti ECRL,
akan mendorong Beijing untuk mencegah Korea Utara daripada bertindak agresif secara ketenteraan konvensional ke atas Malaysia.
Bagi Amerika Syarikat pula, Malaysia adalah antara pembekal elektronik dan semikondukor yang tidak kurang kritikal kepada komponen ketenteraan mereka untuk pembuatan pelbagai aset dari pesawat pejuang hinggalah ke ‘aircraft carrier’.
Ditambah dengan lokasi Malaysia sebagai antara destinasi pelaburan dan modal Amerika, tentulah sebarang cubaan Korea Utara untuk menggodam atau memusnahkan infrastruktur kewangan kita akan cuba untuk dicegah dan dihalang dengan kerjasama selektif.
Faktanya, kes ini meletus kerana kita menangkap dan mengekstradisi Mun Chol Myong ke Amerika di bawah Seksyen (13) (b) Akta Ekstradisi 1992, penggubahan wang haram serta melanggar sekatan PBB.
Kita juga memiliki Artikel 11(4) Triti Ekstradisi di antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Amerika Syarikat, maka langkah kita menghormati Triti ini seharusnya turut mendorong Washington untuk menunjukkan sokongan yang sama seandainya
kita benar-benar berdepan ancaman serius Pyongyang kelak.
Sama-sama kita doakan semoga agensi perisikan, keselamatan, dan ketenteraan kita seperti Cawangan Khas SB PDRM dan Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM
di bawah koordinasi Majlis Keselamatan Negara (MKN) dipelihara dalam melindungi keselamatan dan kedaulatan negara kita
Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Tentera Laut Rusia dijangka akan menerima 3 buah kapal selam nuklear tahun ini dengan merancang menambah 2 kapal selam strategik lagi dibuat oleh United Shipbuilding Limited
Panglima Tentera Laut Rusia, Laksamana Nikolai Evmenov menyatakan Tentera Laut Rusia akan menerima kapal selam Knyaz Oleg Borei-A dan Projek Kapal Selam Kazan dan Novosibirsk pada akhir tahun ini. Kazan dijangka diserahkan pada Mei 2021
This year, two strategic missile submarines Knyaz Potemkin and Dmitry Donskoy will also be laid down, the name of which will pass from the ship of the previous generation. It will continue to perform the tasks of testing new systems of weapons and equipment,”
French General Directorate of Armaments (DGA) telah memesan misil MICA NG daripada MBDA untuk pesawat tempur Dassault Rafale dengan kontrak bernilai 1.8 Bilion Euro
Kontrak telah ditandatangani pada 5 Mac 2021 dan penghantaran dijangka bermula dari 2028 hingga 2031
Selain pesanan 367 misil operasi MICA NG. Pesanan baru ini termasuk 150 buah kenderaan latihan Mica. Ia turut termasuk naiktaraf misil Mica Perancis ketika ini untuk
memanjangkan umur penggunaaan misil sehingga 2030.
MICA NG akan menggantikan misil udara ke udara Mica yg akan tamat perkhidmatan pada 2030. Pesanan ini sebahagian daripada Program Military Programming Law(LPM) 2019-2025 yg melibatkan 567 misil Mica NG akan dibeli
Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan dua inisiatif baharu bagi penambahbaikan fasiliti di Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) (Para).
Saya meluluskan peruntukan bagi menaik taraf 196 unit Rumah Keluarga Angkatan Keluarga Tentera (RKAT) Kelas G jenis dua bilik kepada tiga bilik pada tahun 2022.
“Selain itu peruntukan bagi menaik taraf Dewan Sri Terengganu juga diluluskan bagi kemudahan
warga 18 RAMD (Para),” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapanya semasa Lawatan Kerja ke 18 RAMD (Para) di iringi Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain pada 20 Mac 2021.
Menteri Kanan Pertahanan telah meninjau ke kawasan kem bagi melihat tapak
Singapura telah mengurangkan pilihan kepada 3 pangkalan udara untuk meletakkan pesawat F-16 dan F-35 mereka di US. Pada 17 Mac 2021 delegasi Singapura melawat
Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Ebbing, Fort Smith Arkansas. Bendera Singapura berkibaran di Fort Smith ketika ketibaan delegasi itu yang ketika ini sedang menilai untuk meletakkan F-16 dan F-35 di salah satu pangkalan di US
Antara yang telah dilawati delegasi Singapura ialah Pangkalan Udara Buckley di Aurora, Colorado. Pangkalan Bersama San Antonio-Lackland, Pangkalan Udara Hulman Timur Indianapolis dan Pangkalan Udara Pengawal Kebangsaan Selfridge, Detroit
Menurut laporan daripada The Defenstar dan IDRW. India sedang ditawarkan pakej khas untuk F-15EX berbanding pelanggan yang lain di Asia. Ketika ini fasiliti Boieng di Missouri sedang bersedia mengenainya.
Setiausaha Pertahanan US Lloyd Austin akan ke India bulan ini untuk berbincang mengenai tawaran berkenaan yg sudah lama dicadangkan Pentagon
Antara yg ditawarkan ialah misil AIM-120C-8 advanced medium-range air-to-air missiles (AMRAAM) dan misil AIM-120C-7 yg lebih baik
dan misil berkenaan tidak akan ditawarkan kepada Armada F-16 Pakistan. Misil AIM-260 Joint Advanced Tactical Missile sedang dipertimbangkan untuk beberapa negara dan India dipercayai salah satu daripadanya. AIM-260 menggunakan novel propulsion yang lebih baik berbanding