Ha kapal selam Malaysia takleh selam?. Siyes ah. Mana ada lah

#BiodataIN

Sempena HUT TLDM ke 87 TLDM Siaga Kedaulatan Terpelihara

Mari mengenal antara Aset Cegah Rintang Berbisa Negara

Kapal Selam Scorpene Kelas Perdana Menteri

Ini ialah bebenang
2 kapal selam Malaysia ialah KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak merupakan kapal selam Scorpene buatan syarikat French Direction des Constructions Navales (DCNS) dan syarikat Sepanyol Nevantia yg kini dipanggil Naval Group
KD Tunku Abdul Rahman kapal selam pertama dipesan pada Jun 2002 dan ditauliahkan pada Januari 2009 manakala KD Tun Abdul Razak dipesan pada Jun 2002 dan ditauliahkan pada 25 Januari 2010.

Dua kapal ini diberi nama berdasarkan PM Malaysia yg pertama dan kedua
Kapal selam ini merupakan jenis diesel elektrik dan berpangkalan di bawah Markas Angkatan Kapal Selam di Teluk Sepanggar, Sabah

Markas ini dipimpin oleh Laksamana Pertama (Laksma) Mohd Razib bin Tahir.
CIRI TEKNIKAL SECARA KASAR KAPAL SELAM INI

Berat sesaran : 1,602 tan (semasa di permukaan)
1,711 tan(semasa menyelam)
Panjang : 67.4 m
Rasuk : 6.2 m
Kedalaman selaman(Ujian) : 300 meter
Ketahanan : 40 hari menyelam, 50 hari normal
Kelajuan : 20.5 knot(38.0 km/h)(Permukaan), 12 knot(22 km/h)

Enjin : Enjin diesel 2 × SEMT-Pielstick 12 PA4 200SM
DS
1 × Jeumont Industrie motor 4,700 kuasa kuda (3,505 kW) dan 1 shaft

Jarak operasi : 11,000 km pada 8 knot di permukaan.
670 meter pada kelajuan 4 knot

Kedalaman(Ujian) : 300 meter

Peralatan lain yang sulit antaranya pencari aktif dan pasif, sonar frekuensi sederhana dan alat peperangan elektronik.
PERSENJATAAN

Excoet SM39. Misil anti kapal ini boleh ditembak ketika menyelam sejauh 40 km dgn kelajuan Mach 0.93. Ia turut digunakan dalam kapal selam Chile, Brazil, Pakistan dan Perancis.
Maaf sepatutnya time post ni dh siap semua tapi entah masalah internet dia post sikit je. jadi tunggu sebentar ya
Torpedo Blackshark

Torpedo ini dibuat oleh WASS Itali dan merupakan torpedo jenis heavyweight yg boleh menembak sejauh 50 km dgn kelajuan 50 knot. Ia digunakan antaranya kapal selam Chile dan Kapal Selam Nuklear Perancis Kelas Barracuda
Typo yg kedalaman tu 670 kilometer dgn kelajuan 4 knot
FAKTA MENGENAI KAPAL SELAM INI

1) Kapal Selam KD Tun Abdul Razak merupakan antara kapal selam paling effektif dan senyap di dunia

2) 2 Kapal Selam ini telah merekodkan lebih 11,600 Jam selaman setakat 2019. Ha sapa yg kata tak boleh selam tu habaq mai sikit
Isu berkaitan kapal selam Malaysia takleh selam ni berlaku waktu dia memula sampai dulu padahal Panglima TLDM dh explain kata kapal tu ada masalah teknikal dan skrg sudah diselenggara dan boleh menyelam

Lagi satu kedalaman Selat Melaka tu 200 meter cetek dan sibuk jadi
berbahaya utk kapal selam menyelam. Sbb tu depa tak menyelam bukan tak boleh menyelam

3) Kapal Selam Malaysia bukan jadi muzium

Kapal selam yg duk jadi Muzium tu ialah kapal selam latihan yg Perancis bagi kat kita. Ouessant yang kini dipamerkan di Melaka merupakan
kapal selam kelas Agosta yang pernah digunakan oleh Tentera Laut Perancis sebelum dilucut tauliah dan diklasifikasikan sebagai kapal selam simpanan. Kapal selam Ouessant kemudiannya diaktifkan semula bagi menjadi platform latihan kepada kumpulan awal anggota kapal selam TLDM.
Jadi sesiapa yg nak tgk kapal selam tentera ada apa serba sedikit boleh ke Pantai Kelebang Melaka. bayor RM 3 je
4) KD Tun Abdul Razak pernah mengunci sasaran tanpa gagal Kapal Selam Nuklear SSN Rubis Perancis semasa Submarine-Antisubmarine Warfare Exercise

5) Kapal Selam Scorpene diambil dari varian Kapal Selam Nuklear Perancis Kelas Charles De Gaulle
6) Angkatan Kapal Selam Malaysia adalah guru dan melatih Angkatan Kapal Selam Arab Saudi

7) Isu kapal selam ini merupakan isu utama politik jika berkaitan pertahanan

8) Isu pembelian ini pernah dikaitkan dgn pembunuhan popular Altantunya Sharibuu
dibuktikan kesahihannya

9) Kapal Selam ini tidak ada Air Independent Propulsion(AIP) yg boleh tambah masa selaman sehingga 21 hari. Dijangka akan ditambah pada masa akan datang(Kalau bajet ada hahahaa)
10) Pembelian kapal selam ini menggemparkan rantau Asia Tenggara dan membawa kepada pemodenan segera aset kapal selam rantau ini(Maleh nak sebut negara mana tapi memang depa gelabah waktu kita beli ni)

11) Kapal selam ini dibeli dgn harga RM 4.7 Bilion
12) TLDM merancang mahu menambah sehingga 4 buah kapal selam berdasarkan Program 15 ke 5 TLDM

13) Kapal Selam Malaysia merupakan kapal selam termoden dan tercanggih di Asia Tenggara.
14) Kapal selam ini akan menjalani penyelenggaraan utama atau REFIT setiap 7 tahun operasi dan memakan masa setahun setengah

15) Kapal selam ini boleh berkhidmat sehingga 2035
Kapal selam Malaysia ini juga diselenggara sendiri oleh kita iaitu syarikat Boustead Heavy Industries Corporation

Pusat Latihan Kapal Selam di Teluk Sepanggar telah melahirkan puluhan krew kapal selam yang berkaliber, dan menjadi pusat menajamkan kemahiran kombat, pengurusan
sistem, kemahiran pengendalian sistem senjata dan sonar, dan lain lain kemahiran yang mana ia mengekalkan standard yang tinggi dikalangan pegawai dan anggota setiap masa. Ya kita melatih sendiri krew kita, dengan kelengkapan dan simulator ultra moden yang tidak terdapat dirantau
ini. Semua ini dibuat dalam jangkamasa 8 tahun. Latihan lain ialah ilmu peperangan dan seni menyelinap dibawah permukaan, dengan adanya fasilitas yang ultra moden seperti simulator pusat informasi kombat, simulator hakiki menyelamat dari kedalaman,
simulator hakiki kebakaran dab kawalan kerosakan, selain kelas kelas kajian taktikal dan peperangan kapal selam yang ekstensif.
HOW TO BECOME SUBMARINER

Macam mana nak sertai Angkatan Kapal Selam Malaysia

Ini ialah syaratnya

1) Mestilah Parajurit TLDM
2) Mendapat pelepasan pegawai untuk menyertai ujian
3) Cemerlang dalam akedemik (Best of the best student)
4) Lulus ujian fizikal. kesihatan,
5) Lulus ujian kemahiran (peperiksaan) & kecergasan minda
6) Tidak buta warna, tidak rabun, tiada penyakit yg boleh menjejaskan operasi

7) kelebihan kpd pelatih yang senang menghafal, & mempunyai daya ingatan yang kuat dalam semua situasi
8) mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi

9) Kriteria khas (Sulit)

Jika lulus pemilihan, parajurit akan ditawarkan latihan untuk menjadi kru kapal selam di dalam & luar negara
Latihan Kru Kapal Selam Merangkumi latihan secara individu,
berkumpulan & bertumpu kepada fungsi tertentu sahaja dibawah bimbingan pegawai.

Merangkumi:
• Kawalan selamat operasi kapal selam dan pemasangannya
• Latihan sebagai posisi pemerhati
• Latihan spesifik untuk pertempuran kapal selam
KURSUS KHAS

Pasukan Kapal Selam Malaysia turut mempunyai beberapa kepakaran khas iaitu

PEGAWAI PEMERHATI
Pegawai Dek yg bertugas untuk memerhati dan mengawal kawalan navigasi di pusat kawalan kapal(Ship Bridge)
PEGAWAI OPERASI

Pegawai Operasi mengarah, mengurus dan mengoperasikan serangan armada, misil balistik dan misil berpandu kapal selam

Ketua Jabatan Propulsi Tenaga
Berkaitan dgn kawalan penukaran tenaga dan mesin berputar dlm kapal selam
Koordinator Sistem Tempur Taktikal

Mengoperasikan Sistem Maklumat Informasi Digital iaitu data taktikal antara kapal selam, kapal dan pesawat dalam Kumpulan Tempur

Operator Sonar

Pakar dalam manipulasi sensor audio sensitif dalam air utk mengesan, mencari kapal selam musuh
Operator Peperangan Elektronik EW (electronic warfare)

Bertempur di medan peperangan tidak nampak yg akan memberi maklumat risikan supaya komunikasi effektif. Peranan juga utk memintas alatan elektronik dan serangan di luar dan dalam negara
Ciri teknikal di atas merupakan antara ciri ciri tidak sulit atau kasar. Angkatan Kapal Selam Malaysia mempunyai byk perkara sulit antaranya cara latihan, tempur dan juga persenjataan

Walaupun begitu ini menjadi bukti bahawa aset kita ini sangat digeruni
Jadi saya nak berpesan kepada sesiapa yg cuba menganjing atas dasar politik berhentilah. hang nak hina parti yg duk pi tarik pahlawan negara tu pasal apa

Mereka berkorban utk masa depan negara menyelam di laut dalam yg penuh cabaran
Kerajaan pun tolong peruntukan lebih sikit tambah kapal selam. 2 kapal ini beroperasi dgn kadar sgt tinggi dan hendak lindungi perairan kita yg sgt luas tau. 2 tidak cukup
Yg ni pembunuhan tu belum terbukti kesahihannya. Typo di situ siot lah

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Irfan_newboys🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @Marchfoward

26 Apr
ICELAND SERTAI PASUKAN EKSPEDISI UK

#BeritaIN

Iceland menjadi negara kesepuluh menyertai Pasukan Ekspedisi UK atau Joint Ekspedition Force(JEF) hasil tandatangan Nota Sertai antara Setiausaha Pertahanan UK Ben Wallace dan Duta Besar Iceland ke UK Sturla Sigurjónsson
Perjanjian ini adalah untuk meningkatkan kerjasama dan kefahaman pertahanan serantau, koordinasi bantuan bencana dan kecemasan awam untuk Iceland

Negara lain dalam JEF ialah UK, Denmark, Estonia, Finland, Latvia, Lithuania, Belanda, Norway and Sweden
JEF merupakan satu pakatan yg ditubuhkan pada 2014 yg dibuat utk menunjukkan komitmen kepada demokrasi, undang undang dan hak asasi. JEF juga mempunyai tugasan utama melindungi Selatan Eropah dan beroperasi di Rantau Baltik dan Utara Atlantik
Read 4 tweets
26 Apr
BAJET PERTAHAHAN DUNIA MENINGKAT 2.6 PERATUS PADA 2020

#BeritaIN

Stockholm International Peace Research Institute(SIPRI) mengeluarkan data mengenai bajet pertahanan dunia 2020 dan menyimpulkan bahawa peningkatan sebanyak 2.6 peratus meskipun pandemik Covid 19 melanda dunia
Bajet ketenteraan dunia pada tahun lepas meningkat 2.6 peratus kepada 1.981 Trilion USD dengan US iaitu 778 Bilion USD atau 39 peratus dari bajet keseluruhan dan bajet terbesar. China di tempat kedua dgn 252 Bilion USD, India 72.9 Bilion USD dan UK 59,2 Bilion USD (
Pembelanjaan ketenteraan utk 15 negara bajet terbanyak meningkat ke 1.603 Trilion USD atau 81 peratus daripada perbelanjaan global. Berlaku perubahan kedudukan antara 15 negara itu antara 2019 dgn 2020 di mana Israel memasuki top 15 dgn UK mengatasi Arab Saudi sbg
Read 5 tweets
26 Apr
UK MAHU BELI 14 CHINOOK

#BeritaIN

UK mahu beli 14 buah Helikopter Boieng H-47 ER Chinook dengan nilai kontrak bernilai 2 Billion USD. UK sedang berbincang dengan Pentagon utk menangguhkan penghantaran sehingga 3 tahun berikutan pandemik Covid 19
Tindakan ini memberi kesan kepada Boieng yg sedang terdesak mahu mencari pelanggan baru untuk Chinook utk mengelak dari penutupan fasiliti helikopter ini

Keadaan menjadi lebih tertekan apabila Tentera Darat US merunding semula pesanan sebelum ini. Boieng harus mengeluarkan
18 buah helikopter ini untuk memastikan perniagaan kekal stabil dan tidak membuang pekerja
Read 4 tweets
25 Apr
Jadi Malaysia ambiklah iktibar dari Kisah Tragedi KRI Nanggala ni

Kerajaan jangan berkira kalau ATM nak aset baru. Penyelenggaraan punya peruntukan pastikan ada dan mengikut jadual serta standard yg ditetapkan

Jangan dh jadi camni baru nak menyesal

Muhasabah ya
Aset tu sekali guna boleh tahan 20-50 tahun

Bukan aset je infrastruktur pun. Ni tidak terhad kepada ATM tapi semua elemen-elemen Keselamatan Malaysia

Ingat beli aset ni cam order shopee ke order hari ni minggu depan bulan depan sampai..Ia ambik masa
Kroni pun buat kerja elok elok sikit

Ni kapal perang pun tak siap on time

Belum campur hal hal lain lagi
Read 4 tweets
25 Apr
CHINA LANCAR KAPAL SELAM NUKLEAR, PEMBINASA DAN KAPAL PENDARAT DI HARI YANG SAMA

#BeritaIN

Tentera Laut China mentauliahkan Kapal Selam Berkuasa Nuklear Type 09IV , Pembinasa Type 055 seberat 10,000-tan dan kapal serangan amfibia pertama Type 075 pada Jumaat lepas Image
Ia sempena ulang tahun ke 72 Tentera Laut China. Kapal selam nuklear itu diberi nama Chengzeng 18, kapal pembinasa diberi nama Dalian dan kapal serangan amfibia diberi nama Hainan di Pelabuhan Tentera Laut China di Sanya, Negeri Hainan China Selatan lapor PLA Daily
Chengzeng 18 merupakan kapal selam nuklear yg dinaik taraf dari varian asal Type 09IV dgn lebih ketepatan tembakan misil dan senyap

Dalian merupakan pembinasa seberat 13,000 tan dan mengatasi Pembinasa Kelas Arleigh Burke dan Kelas Tinconderoga US
Read 4 tweets
25 Apr
AUSTRALIA SHOPPING 1.6 BILION USD

#BeritaIN

Jabatan Negara US telah meluluskan penjualan senjata kepada Australia dgn nilai jualan 1.6 Bilion USD. Penjualan itu akan diserahkan kepada Kongres US dalam masa terdekat Image
Pembelian itu ialah 12 Weapons-Ready MQ-9B, Remotely Piloted Aircraft, 15 Sensor Raytheon Multi-Spectral Targeting Systems-D (MTS-D) EO/IR 16 Lynx AN/APY-8 Synthetic Aperture Radars (SAR) dengan Ground Moving Target Indicator (GTMI); 15 RIOTM Communication Intelligence Systems
36 buah Embedded Global Positioning System/Inertial Navigations Systems (EGI) dgn Selective Availability Anti-Spoofing Modules (SAASMs)
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!