Kenangan dilanda Covid.

Pada 24/4, saya dan rakan bersahur seperti biasa, saya tidak rasa nak demam mahupun rasa penat.

Lepas waktu subuh, saya tidur sekejap memandangkan hari tu hari cuti.

Pukul lapan pagi saya tersedar dan mula rasa nak demam.
Tapi disebabkan baju bertimbun dan banyak pinggang yang perlu dicuci,

Maka saya gagahkan untuk selesaikan kerja-kerja rumah terlebih dahulu.

Tapi keadaan makin memburuk dan saya terasa teramat penat.

Malah mula rasa sukar nak bernafas.
Maka saya buat keputusan untuk buka puasa tetapi tidak banyak kedai yang buka waktu itu memandang ia masih sekitar pukul 10 pagi.

Yang ada hanyalah mekdi.

Saya order nasi lemak dan air 100 plus.

Malangnya tiada ayam original kecuali yang pedas sahaja. Saya iyakan sahaja.
Selesai makan, saya rasa keadaan makin teruk dan mula maklumkan kepada keluarga.

Kemudian saya mengambil keputusan untuk tidur.

Disebabkan makin tidak selesa, saya membuat keputusan untuk ke hospital.

Mula-mula disyaki denggi dan doktor sarankan untuk membuat ujian darah.
Selepas sejam ujian darah dilakukan, denggi disahkan negatif tetapi ada jangkitan kuman.

Maka doktor sarankan untuk buat ujian swab pula. Tetapi keputusan hanya diketahui selepas 24 jam.

Selepas balik saya terus kurung diri kedalam bilik sehingga keluar keputusan.
Sebelum dapat keputusan, saya bermimpi tiga kali dan dalam mimpi tersebut saya melihat keputusan saya adalah positif.

Sekitar pukul 9 malam baru dapat panggilan dari KPJ.

Mereka maklumkan saya disahkan positif dan mereka minta saya untuk bertenang dan banyak minum air.
Saya hanya dihubungi oleh KKM dua hari selepas disahkan positif dan mereka minta saya untuk hadir ke pusat Covid di Stadium Malawati pada hari rabu.

Saya bersyukur kerana diminta untuk hadir beberapa hari selepas saya demam.

Kerana kalau saya diminta hadir terlebih awal
Saya yakin saya tak larat untuk beratur dengan begitu lama.

Kesemua pihak KKM disana sangat membantu dan menjalankan tugas dengan amat baik.

Walaupun ada ketika mereka terpaksa meninggikan suara, tetapi saya faham sebab mereka memakai pelitup muka.
Selepas beberapa jam, maka saya dipakaikan gelang kuarantin dan diminta untuk kuarantin kendiri di rumah.

Saya akur dan patuh atas arahan tersebut.

Sehinggalah pada 4/5 barulah saya keluar untuk memenuhi janji dengan pihak KKM untuk pemotongan gelang kuarantin.
Saya juga seperti orang lain, kadangkala ada masa kita cuai tetapi tidak dihukum.

Ada masa kita cuai dan mendapat hukuman.

Maka saya pun tak pasti bagaimana dan dari mana saya mendapat jangkitan Covid.

Tetapi saya redha atas ujian ini dan anggap ia setimpal dengan kudrat saya.
Barulah saya faham kenapa ada sesetengah orang tidak dapat melawan virus ini dan mengakibatkan nyawanya melayang.

Ia benar-benar melemahkan tubuh saya dan tekak saya teramat pedih.

Tidur tak selesa, baring tak aman. Duduk untuk makan pun terasa penat.
Saya tahu dah beratus orang tulis kenangan mereka dengan Covid ini.

Tetapi saya tetap berharap kalian semua tidak dikenakan ujian Covid ini.

Lagi-lagi yang ada anak kecil dan orang berusia.
Saya juga sedar ramai mula endah tak endah dengan SOP atas ketidak jujuran kerajaan.

Tetapi jangan sesekali tinggal dua perkara ini,

Pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan. Insya’Allah selamat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Hasyir Husam

Hasyir Husam Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!