Bilangan jemaah Solat Fardhu Jumaat, Fardhu 5 waktu dan solat sunat Tarawih di kawasan PKP di Selangor dihadkan. (Rujuk jadual dibawah)
Ketetapan ini berkuatkuasa pada 6 Mei 2021 (Khamis) mulai Solat Fardhu Subuh sehingga ketetapan baru dikeluarkan oleh JAIS.
- Pengarah JAIS
Aktiviti masjid & surau di daerak pelaksanaan PKP
1. Kuliah / Tazkirah jumaat
- BOLEH, syaratnya oleh pentazkirah & pengkuliah bertauliah, TIDAK DIBENARKAN panggil mereka di luar daerah dari masjid / surau berkenaan.
- Kuliah Dhuha khas bagi muslimat DITANGGUHKAN.
2. Kutipan zakat Fitrah oleh amil2 yg dilantik LZS terus dibenarkan, ikut SOP yg disediakan.
3. Solat Jenazah di surau dan masjid DIBENARKAN dgn ketetapan separuh dari jemaah Solat Fardhu 5 waktu.
Susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor;
Semua institusi pendidikan di seluruh negeri Selangor (tidak terhad kepada daerah yang terbabit dengan PKP sahaja) akan mulai ditutup sepanjang tempoh PKP bermula Khamis, 6 Mei 2021.
Bazar Ramadan tidak lagi dibenarkan beroperasi bermula Sabtu, 8 Mei 2021.
Bazar Raya dan pasar malam dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP sehingga jam 10 malam dengan syarat yang ketat iaitu;
-Jumlah pengunjung pada satu-satu masa adalah dihadkan mengikut saiz bangunan / premis;
Selangor menunjukkan tren laporan kes COVID-19 harian yang tinggi selama beberapa minggu ini.
Faktor yang amat membimbangkan adalah apabila rakyat Selangor yang dijangkiti COVID-19 tetapi tidak mengetahuinya, atau diistilahkan sebagai silent carriers.
Mereka ini adalah golongan yang tidak bergejala dan sihat. Golongan ini amat merisaukan kerana mereka boleh menularkan dan menjangkiti kumpulan yang berisiko tinggi.
Bagi memulakan Fasa Mitigasi Wabak Pandemik COVID-19 Negeri Selangor, Pelan Tindakan Kesihatan Awam Negeri akan melaksanakan program pengawasan melalui langkah active case detection ataupun mengenal pasti kes secara aktif.