Ikhwan Profile picture
May 10, 2021 1026 tweets >60 min read Read on X
Allahuakbar. Siren baru berbunyi di sekitar Masjid Al Aqsa. Dilaporkan Briged Al Qassam telah melancarkan peluru berpandu ke arah Jerusalem sebagai tindak balas pendudukan tidak sah Israel di Sheikh Jarrah dan Al Aqsa. Doakan mereka! #SavePalestine
Peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam ke arah bandar-bandar di Israel setelah Israel gagal untuk patuh kepada tuntutan mengosongkan Sheikh Jarrah dan Al Aqsa. Kali terakhir peluru berpandu dilancarkan ke sana adalah pada 2014.
Hamas baru saja mengaku yang pihak mereka bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Jerusalem sebentar tadi. Ini sebagai permulaan.
Media Israel melaporkan beberapa roket anti-tank telah jatuh di Jerusalem.
Sekurang-kurangnya 10 peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam dari arah Gaza menuju Jerusalem. Siren dan amaran dikeluarkan di banyak tempat.
Dilaporkan satu peluru berpandu telah kena tepat ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Zionis.
Saat dimana peluru berpandu dilancarkan dari Tebing Gaza ke arah Jerusalem sebentar tadi. Dilaporkan penduduk Israel kini bertempiaran lari.
Gambar menunjukkan kenderaan tentera Zionis terbakar akibat peluru berpandu yang dilancarkan oleh Briged Al Qassam. Image
Israel mula melancarkan serangan balas peluru berpandu untuk memintas (intercept) peluru berpandu oleh Briged Al Qassam. Keadaan sangat kritikal sekarang.
Allahuakbar. Briged Al Qassam tidak berhenti melancarkan serangan peluru berpandu dari Tebing Gaza ke arah Israel sekarang. Israel membuat serangan balas dengan mensasarkan kepada peluru berpandu Briged Al Qassam. ImageImageImageImage
Di bahagian Bab Al Amud, kedengaran rakyat Palestin bersorak apabila peluru berpandu dilepaskan ke arah Israel. Amaran dikeluarkan Israel kepada penduduknya untuk mendapatkan tempat berlindung. Mereka sedang bertempiaran lari.
Video menunjukkan kenderaan Zionis terbakar hangus selepas peluru berpandu Briged Al Qassam kena tepat ke atasnya.
Penduduk Israel mula berlari mendapatkan perlindungan selepas peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam.
Parlimen Israel atau Knesset dilaporkan telah dihentikan sebentar tadi akibat serangan bertubi-tubi dari Gaza. Tentera Zionis akan melancarkan serangan dalam skala besar. Doakan Palestin!
Seorang anggota kanan Hamas Mohamed Abdullah Fadhi terbunuh di Utara Gaza. Briged Abu Al Mustaffa berjanji Israel dan pemimpinnya akan membayar segala keganasan dan pencerobohan ke atas Al Aqsa dan Sheikh Jarrah.
Setakat ini serangan peluru berpandu Israel dilaporkan telah membunuh 9 orang rakyat Palestin termasuk 3 orang anak kecil. Dijangkakan Israel akan terus membuat serangan ke atas Gaza menjelang malam.
Detik-detik sebuah kenderaan milik tentera Zionis meletup selepas sebuah peluru berpandu Briged Al Qassam mengenai tepat ke atas sasaran.
IDF telah diberikan kebenaran untuk melancarkan serangan ke atas Gaza.
Azan Maghrib berkemundang saat ini dari Masjid Al Aqsa. IDF memberitahu Hamas bahawa mereka akan menyerang Gaza untuk beberapa hari ini dengan kekuatan tentera yang menyeluruh. Allahuakbar doakan Palestin!
Seorang lagi kanak-kanak disahkan maut di Gaza. Pihak berkuasa telah mengeluarkan 4 nama kanak-kanak tersebut. Al Fatihah buat mereka. Tenanglah, pergilah bersama Tuhanmu:

Ahmed Ibrahim Abdullah Al-Masry
Ibrahim Youssef Al-Masry
Muhammad Ali Naseer
Mohammed Abdullah Fayyad
Jet pejuang Zionis baru saja mengebom sebuah rumah penduduk di Tebing Gaza. Ketua Angkatan Tentera Zionis mengatakan mereka sedang merangka pelan untuk melawan serangan Hamas, termasuklah mengerahkan tentera di daratan. Doakan Palestin!
Allahuakbar kelihatan api sedang marak berhampiran Qubbat As Sakhar atau Dome of The Rock di Masjidil Aqsa tadi. Doakan Palestine! Image
Agensi berita Israel melaporkan Israel mengarahkan semua sekolah dalam radius 40 kilometer dari Tebing Gaza ditutup rentetan serangan tidak henti antara Briged Al Qassam dan IDF.
Allahuakbar Allahuakbar im shaking now. Kebakaran besar sedang berlaku dalam Masjid Al Aqsa. Ya Allah lindungi Masjid suci kami ya Allah. Teruskan doa untuk Palestin!
Siren berbunyi lagi. Briged Al Qassam meneruskan serangan peluru berpandu dari Tebing Gaza menuju Israel selepas waktu berbuka tadi.
Ketika Al Aqsa dalam api, di sebalik tembok pula penceroboh Israel bergembira melihat kebakaran.
Wakil Briged Al Qassam memberi amaran kepada Zionis jika mereka terus menyerang rumah-rumah di Gaza, demi Allah Briged Al Qassam akan membalas dan beri serangan yang paling menyakitkan dan memedihkan.
Lagi gambar kebakaran sedang berlaku dalam Al Aqsa berhampiran Dome of The Rock. Agensi berita lokal melaporkan tentera Israel mula menceroboh masuk ke Al Aqsa dan campak grenade. ImageImage
Alhamdullilah Ya Allah kebakaran berjaya dikawal oleh pasukan bomba Palestin. Teruskan berdoa untuk Palestine!!!
Satu video baru saja direleased yang menunjukkan sebuah kenderaan Zionis meletup terkena peluru berpandu Briged Al Qassam di Tebing Gaza.
Agensi berita Israel melaporkan Iron Dome telah memintas beberapa peluru berpandu oleh Briged Al Qassam yang tembak dari Gaza menuju Tel Aviv. Iron Dome adalah sebuah teknologi oleh Israel untuk pertahanan bagi memintas peluru berpandu jarak dekat.
Ketika langit mereka dihujani peluru berpandu dari kedua belah pihak dan ada sesetengah yang lain sedang melawan tentera Zionis yang ceroboh masuk Al Aqsa, ada juga yang pilih untuk solat Isyak dan Teraweeh. Doakan mereka! Image
Keadaan tegang di sekitar Masjid Al Aqsa. Ketika iqamat untuk Isyak dilaungkan, tentera Zionis mula mencampakkan bom tangan dan gas pemedih mata. Mereka ini sebenarnya sedang siap sedia nak Isyak dan Teraweeh.
Kalau dengar betul-betul, setelah Ummul Kitab, Imam baca surah Al Qiyamah. Suatu surah yang dimulakan dengan sumpah.

"Aku bersumpah dengan hari Kiamat. Dan aku bersumpah dengan Nafsul Lawwamah bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati."
Gambar diambil oleh agensi berita Al Qastal sebentar tadi. Ketika yang lain sedang membalas bom tangan tentera Zionis dengan batu, mereka ini pula bersujud pada Allah Azzawajala. Image
Sekurangnya 20 orang telah mati syahid dan 65 yang lain cedera. Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan turut tercedera. Tentera Zionis kini mensasarkan kawasan yang diduduki oleh penduduk Palestin. Tolong doa untuk mereka! ImageImageImageImage
Pertembungan terus berlaku di luar Qubbat As Sukhra atau Dome of The Rock. Semakin ramai tentera Zionis memasuki perkarangan Al Aqsa dan melepaskan bom tangan.
Sementara itu, Briged Al Qassam masih terus menerus melepaskan peluru berpandu ke arah Israel namun hampir semuanya berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh Iron Dome Zionis laknatullah.
Ketika ini kedengaran masjid-masjid menggunakan menara dan pembesar suara meminta semua pejuang Palestin merapatkan saf dan terus melawan tentera Zionis. Demi Hari Kiamat, Allah dan para malaikat sedang menyaksikan. Doakaan mereka!
Kawasan penduduk di barat Tebing Gaza baru saja terkena tembakan peluru berpandu tentera Zionis. Doakan keselamatan mereka!
Laman Twitter rasmi Zionis berbangga Iron Dome mereka berjaya memintas peluru berpandu dari Gaza. Laknat Allah ke atas kalian wahai Zionis.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan mesej kepada Zionis dengan mengatakan jika kamu terus mencabar kami, kami akan terus membalas. Jika kamu menyerang dengan kuat, kami pun akan menyerang yang lebih kuat.
Ketika ini serangan peluru berpandu Israel masih bertubi-tubi ke arah Tebing Gaza. Mereka laknatullah mensasarkan kawasan penduduk awam Khan Yunis di Barat Tebing Gaza. Semalam 6 orang Yahudi cedera setelah peluru berpandu Briged Al Qassam jatuh di Ashkelon.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 22 orang telah mati syahid termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan wanita tua. Sejakbmalam tadi, Israel mensasarkan kawasan perumahan awam. Sekurang-kurangnya 120 orang cedera parah.
Walaupun Tebing Gaza diserang peluru berpandu Zionis laknatullah tanpa henti, namun pemuda-pemuda Palestin yang berani bermati-matian melindungi Masjid Al Aqsa. Video menunjukkan saat tentera Zionis berundur dari Masjid Al Aqsa dan pemuda-pemuda Palestin ini melaungkan takbir.
Sekarang lebih kurang jam 7 pagi di Tebing Gaza. Briged Al Qassam baru melancarkan peluru berpandu ke arah Israel. Wakil Briged Al Qassam mengatakan jika Israel tidak menyerah kalah, mereka akan menjadikan Ashkelon ibarat neraka.
Seorang lagi rakyat Palestin telah mati syahid di Kem Shati. Israel mensasarkan kawasan-kawasan penduduk awam dan kem-kem perlindungan. Demi Allah Zionis akan dilaknat hingga kiamat.
2 orang lagi disahkan mati syahid di Kem Perlindungan Shati. Seorang lelaki tua kurang upaya dan anak lelakinya ditemui di bawah timbunan runtuhan. Ini menjadikan 3 orang telah mati syahid di Kem Shati. Di sekitar Gaza juga boleh dilihat beberapa bangunan awam terbakar. ImageImage
Video yang diambil di Ashkelon sebentar tadi menunjukkan Iron Dome milik Zionis laknatullah memintas peluru berpandu dari Gaza. Ashkelon ialah sebuah bandar yang terletak 50km dari Tel Aviv. Menurut agensi berita Israel, lebih 200 peluru berpandu telah dilepaskan Briged Al Qassam
Briged Al Qassam menyatakan mereka menggunakan peluru berpandu jenis A120 ke atas Israel dan bersumpah akan terus menyerang Israel selagi mereka tidak keluar meninggalkan Palestin. Gambar menunjukkan persediaan Briged Al Qassam sebentar tadi. Image
Video menunjukkan Briged Al Qassam sedang melancarkan peluru berpandu jenis A120 yang pertama kali digunakan oleh mereka menuju Ashkelon. Peluru ini mampu ditembak sejauh 120km.
Serangan oleh Briged Al Qassam dari Tebing Gaza diteruskan lagi. Agensi berita Israel melaporkan siren amaran telah dibunyikan di beberapa tempat seperti Mivtachim, Amioz dan Yesha. Mereka percaya serangan Briged Al Qassam kini mensasarkan tempat-tempat tersebut. Image
Gambar menunjukkan peluru berpandu baru saja dilepaskan oleh Israel menuju kawasan-kawasan di Tebing Gaza. Doakan penduduk Palestin! ImageImage
Dilaporkan tentera Zionis mula meninggalkan Masjid Al Qibli di dalam Al Aqsa setelah mendapat halangan daripada penduduk Palestin yang berada di sana sekarang. Tiada pertempuran berlaku di Masjid Al Aqsa ketika ini.
Setakat tengah hari waktu Malaysia, Kementerian Kesihatan Hamas melaporkan 24 orang telah maut termasuk 9 orang kanak-kanak. Tenanglah mereka bersama Tuhan sekarang. Amin.
Sebuah kenderaan dilaporkan terbakar setelah terkena bom tangan molotov cocktail oleh penduduk Palestin di bandar Gush Etzion. Kawasan ini adalah betul-betul dihadapan Barat Jerusalem.
Gambar-gambar kemusnahan di Kem Perlindungan Shati yang diserang oleh Zionis laknatullah pagi tadi. Di kem ini menyaksikan 3 orang Palestin telah mati syahid termasuk seorang orang kurang upaya. ImageImageImageImage
Sebuah kawasan di selatan Israel bernama Kerem Shalom baru saja membunyikan siren amaran kepada penduduknya untuk melindungi diri. Pejuang Briged Al Qassam baru melepaskan peluru berpandu menuju selatan Israel. Image
Media Israel melaporkan pihak polis dan tentera Zionis kini mengarahkan 8 briged kumpulan simpanan mereka untuk mengawal ketegangan yang sedang memuncak di Jerusalem.
Satu video baru muncul yang menunjukkan beberapa orang pemuda Palestin di kawasan Al Lid melemparkan batu ke arah tentera Zionis yang lengkap bersenjata. Dikhabarkan seorang telah maut terkena tembakan.

Batu lawan senjata api.
Video daripada kejadian malam tadi ketika tentera Zionis yang lengkap bersenjata cuba menceroboh masuk ke Masjid Al Aqsa.
Mesir ketika ini menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel dalam rencana untuk gencatan senjata. Namun wakil Briged Al Qassam memberitahu bahawa selagi tentera Zionis tidak keluar dari Sheikh Jarrah, Aqsa dan berhenti menyerang penduduk Palestin, mereka akan menyakiti Israel.
Sebuah peluru tentera Zionis baru saja memusnahkan sebuah tanah pertanian di dalam Gaza. Selain mensasarkan tempat kediaman awam, tentera Zionis juga mensasarkan ladang pertanian serta tempat yang dipercayai oleh mereka bahawa Hamas sedang menyembunyikan senjata.
Wakil Briged Abu Ali Mustafa berkata mereka kini bersiap sedia untuk menyerang kenderaan tentera Zionis di sekitar kawasan Khuza'a. Mereka lengkap dengan bom mortar dan peluru berpandu. Briged ini adalah cabang bersenjata parti PFLP. Image
Media Israel melaporkan 26 orang penduduk di Ashkelon cedera setelah serangan bertubi-tubi peluru berpandu oleh Briged Al Qassam. Menurut mereka, ada beberapa peluru tersebut gagal dipintas Iron Dome.
Penduduk Israel di Tebing Barat mula bertempiaran lari. Laman portal Walla milik Israel melaporkan serangan non-stop dari Gaza membuatkan ramai penduduk mereka keluar dari rumah untuk mencari perlindungan. Allahuakbar campakkan rasa takut dalam jiwa mereka ya Allah. Image
Masjid Bilal Bin Rabah di Beit Hanoun baru saja ditimpa bom dari kapal udara tentera Zionis.
Video menunjukkan peluru berpandu oleh tentera Zionis yang jatuh di kawasan sekitar Utara Gaza. Yang dapat dilihat di depan itu adalah tembok pemisah.
Seorang pemuda Palestin tercedera setelah terkena peluru hidup di pertempuran di Bethlehem sebentar tadi. Image
Media Israel melaporkan @IDF sedang menyiapkan senjata mereka untuk menyerang Gaza. Menurut mereka, senjata ini adalah bertujuan untuk "melenyapkan".

Allahuakbar doakan Palestin!!!
Dua orang pemuda Palestin dilaporkan telah ditangkap semasa serbuan oleh tentera Zionis di Tulkarm sebentar tadi. Dalam masa yang sama, kapal laut milik Zionis sedang giat melancarkan peluru berpandu ke arah Tebing Gaza. Zionis laknatullah sedang melipat gandakan serangan.
Tentera Zionis dilaporkan naik ke tempat-tempat tinggi di Bandar Tuqu', selatan Bethlehem sebentar tadi. Dilaporkan pertempuran antara penduduk Palestin yang bersenjatakan batu dan tentera Zionis yang sarat dengan senjata api sedang berlaku. ImageImage
Helikopter milik tentera Zionis baru saja dilaporkan menembak sebuah bengkel milik penduduk Palestin di kawasan Abasan, timur Khan Yunis. Tentera Zionis telah mengarahkan tentera laut dan udara mereka untuk menggandakan serangan.
Sderot dan Ashkelon dihujani peluru berpandu oleh Briged Al Qassam ketika ini. Namun kebanyakkannya dipintas oleh Iron Dome tentera Zionis.
Media Israel melaporkan Sderot dan Ashkelon mungkin bakal lumpuh melihat kepada banyaknya peluru berpandu dari arah Gaza yang menyerang kedua kawasan itu tanpa henti.
Major General Zionis, Gadi Shamani mengatakan mereka tidak pernah melihat tentangan dari Gaza yang hebat seperti sekarang sebelum ini. Memasuki Gaza melalui jalan darat adalah satu kesilapan besar jika dilakukan.
Menurut laporan Kementerian Kesihatan Hamas, 25 orang telah mati syahid termasuk 9 orang kanak-kanak. Hari ini masuk hari kedua serangan antara kedua belah pihak Hamas dan Zionis. Sebentar tadi majlis pengebumian 25 orang yang mati syahid baru saja dilakukan. Al Fatihah. ImageImageImageImage
Israel pula melaporkan hingga sekarang 9 orang penduduknya rata-rata dari Ashkelon tercedera dan dirawat di hospital.
Jet pejuang Israel baru saja menjatuhkan bom ke atas sebuah apartmen di Al Remal dalam Gaza sebentar tadi. Bunyi letupan yang kuat kedengaran hingga berkilometer. Doakan mereka!
Video menunjukkan sebuah bangunan ditimpa bom tentera Zionis.
Pengeboman aparment di Al Remal menyaksikan 5 orang telah cedera parah termasuk 2 orang kanak-kanak. Menurut Israel, sehingga saat ini lebih kurang 345 peluru berpandu dilancarkan dari Gaza namun 255 telah dipintas oleh Iron Dome.
Pengeboman ke atas sebuah apartment sebentar tadi menyaksikan seorang telah mati syahid dan 8 yang lain cedera. IDF melaporkan pengeboman itu dilakukan oleh skuad dron. ImageImage
Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz sebentar tadi meluluskan penggunaan 5 ribu orang askar simpanan Zionis untuk dikerahkan masuk ke Gaza.
Seorang kanak-kanak dilihat sedang menangis dan meronta apabila mengiringi ayahnya yang mati syahid akibat serangan tentera Zionis hari ini. Allahuakbar syurgalah buat mereka.
Penduduk di sebuah apartment di Al Remal yang baru dibom sebentar tadi bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Zionis laknatullah mensasarkan kawasan kediaman. 2 telah mati dan 8 cedera parah dalam serangan itu tadi.
Di Hebron pula, penceroboh Israel sedang berarak dengan mengibarkan bendera Israel dan memasang lagu menuju ke Masjid Ibrahimi. Tempat dimana makam Nabi Ibrahim, Nabi Ishak, Nabi Yusuf, Nabi Yaakub dan isteri mereka ditempatkan. Lokasi ini telah menjadi tempat keagamaan Yahudi.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan mesej berbunyi:

"Kami telah memberi amaran untuk tidak menyerang bangunan kediaman tapi kamu semua tidak dengar. Sekarang rasakan serangan dari kami yang menyakitkan kamu."
Penduduk awam yang menjadi korban pengeboman oleh tentera Zionis laknatullah ke atas sebuah apartment di Al Rimal sebentar tadi. ImageImageImageImage
Menteri Pertahanan Israel baru saja memberitahu Mesir agar tidak mencampuri urusan peperangan antara Israel dan Palestin serta menolak rancangan perdamaian. Mereka akan menambahkan kekuatan serangan ke atas Gaza.
Pasukan Briged Al Qassam baru saja melepaskan satu siri serangan peluru berpandu ke arah Ashkelon. Pagi tadi mereka berkata, kalau Israel masih terus berdegil, mereka akan jadikan Ashkelon ibarat neraka.
Siren-siren amaran untuk berlindung dibunyikan di Ashkelon dan Negev sejurus serangan peluru berpandu dari Gaza.
10-12 peluru berpandu dari Gaza dipintas oleh Iron Dome Zionis laknatullah.
TV Israel sedang bersiaran langsung menunjukkan Iron Dome milik mereka yang memintas peluru dari Gaza. Hamas berkata mereka kini mensasarkan Ashkelon, Ashdod dan Gakera. Image
Langsung sekarang ni dari langit Ashkelon dan Ashdod. Peluru dari Gaza dipintas oleh Iron Dome Zionis laknatullah. Kalau tak ada Iron Dome tu, dah lama rasanya hancur binasa Israel. ImageImage
Keadaan sangat genting sekarang. Siren amaran tidak henti berbunyi di Ashkelon dan Ashdod. Israel melaporkan satu siri serangan 35 peluru berpandu oleh Briged Al Qassam. Boleh dengar kekecohan di sana sekarang. Allah campakkan rasa takut dalam hati mereka.
Dua peluru berpandu dari Gaza jatuh di Ashkelon dan Ashdod setelah gagal dipintas Iron Dome. Allahuakbar!
Siaran langsung sekarang dari Israel. Peluru berpandu milik Briged Al Qassam jatuh di atas tanah Ashdod. Teruskan berdoa agar Iron Dome mereka gagal!
Gambar menunjukkan kawasan di Ashdod yang ditimpa peluru dari Gaza. Namun setakat ini Israel belum melaporkan sebarang kecederaan. Image
Siri serangan balas oleh Briged Al Qassam ini adalah rentetan daripada pengeboman oleh dron Zionis laknatullah ke atas sebuah apartment di Al Remal tadi yang menyaksikan ada yang mati syahid. Amaran telah diberi oleh merek pada Israel. ImageImageImageImage
Israel sedang ketakutan. Peluru berpandu dari Gaza jatuh secara terus di Ashdod. Dilaporkan ada kecederaan ringan. ImageImage
Gaza dilaporkan meluaskan lagi kawasan serangan mereka ke atas Israel sebagai tindak balas dan amaran kepada Zionis yang enggan keluar dari Palestin dan mensasarkan kawasan awam. Setakat ini Ashkelon dan Ashdod paling teruk terkena serangan oleh Briged Al Qassam.
Media Israel melaporkan satu lagi siri serangan peluru berpandu dari Gaza sekarang menuju Ashkelon. Nampaknya Briged Al Qassam betul-betul mahu jadikan Ashkelon sebagai 'neraka' seperti mereka katakan pagi tadi.
Satu lagi peluru berpandu dari Gaza yang gagal dipintas oleh Iron Dome. Sasaran jatuh di Ashkelon baru saja tadi. Koresponden media melaporkan keadaan di Ashkelon dan Ashdod sebagai 'mad'.
Gambar kesan peluru dari Gaza yang menimpa Ahskelon sebentar tadi. Tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan oleh media Israel. Iron Dome gagal memintas beberapa peluru berpandu dari Gaza. Image
Israel melaporkan 3 orang cedera akibat serangan oleh Gaza di Ashdod sebentar tadi.
Polis Israel melaporkan terdapat 6 peluru milik Briged Al Qassam yang jatuh di Ashkelon dan 2 di Ashdod. 45 minit telah berlalu dan Gaza masih tanpa henti melepaskan serangan ke atas Israel. Iron Dome telah gagal untuk memintas beberapa peluru Gaza. Image
Video impak serangan oleh Briged Al Qassam di Ashkelon sekarang. Allahuakbar! Iron Dome tentera Zionis laknatullah gagal memintas berpuluh peluru Gaza.
Media Israel melaporkan 60 peluru Briged Al Qassam menuju Ashkelon dan Ashdod sejak sejam yang lalu. 6 orang cedera ringan dan 17 yang lain dilaporkan mengalami anxiety. Iron Dome gagal!!! Allahuakbar!!!
Media Israel sedang melaporkan mereka tidak menyangka serangan ke atas Ashkelon dan Ashdod dan mula melabel Briged Al Qassam sebagai terrorist! Media barat juga turut memainkan sentimen Palestin sebagai pengganas. Laknat Allah atas mereka yang kafir. ImageImage
Israel dalam ketakutan setelah Iron Dome gagal memintas peluru berpandu dari Gaza. Teruskan berdoa kawan-kawan di minit-minit akhir nak berbuka. Video impak ke atas Ashkelon sekarang. Iron Dome gagal!!!
Pelabuhan di Ashkelon pula yang kena peluru Briged Al Qassam. Hamas menyebut mereka telah melepaskan 135 peluru berpandu dalam masa 5 minit. Iron Dome gagal!!!!
Briged Al Qassam benar-benar marah. Media Israel melaporkan berpuluh peluru dari Gaza menimpa selatan Israel di Ashkelon, Kfar Azza dan Nir Israel sekarang ini. Iron Dome gagal!!!
Media Israel mula melaporkan kerosakan akibat serangan Briged Al Qassam di Ashkelon. ImageImage
Sudah 1 jam 20 minit sejak Gaza melancarkan siri serangan ke atas Ashkelon. Pagi tadi, Hamas memberi amaran jika Israel tidak berhenti menyerang rumah-rumah Palestin, mereka akan jadikan Ashkelon ibarat neraka. Iron Dome gagal!!! ImageImageImage
Ashkelon kini bertukar menjadi medan perang. Media Israel melaporkan ramai yang bertempiaran lari. Iron Dome gagal!!!! ImageImageImageImage
Di Al Abri, seorang tentera Zionis laknatullah cedera parah setelah diserang oleh penduduk Palestin yang bersenjatakan batu sebentar tadi.
Media Israel melaporkan 21 orang cedera di Ashkelon dan Ashdod sejak 1 jam 30 minit permulaan serangan balas oleh Briged Al Qassam kepada Zionis laknatullah yang mengebom apartmen di Al Remal dimana seorang maut dan ramai cedera.
IDF baru saja mengarahkan pihak polis membantu penduduk di Ashkelon untuk berlindung dalam bunker anti bom. Mereka menjangkakan beratus lagi peluru dari Gaza akan jatuh di Ashkelon dalam masa beberapa jam ini.
Satu lagi peluru jatuh ke sebuah kawasan di Ashkelon setelah Iron Dome gagal untuk memintas.
Beberapa minit yang lalu satu lagi peluru dari Gaza mengenai sasaran di Ashkelon. Peluru berpandu yang terlampau banyak secara serentak telah menggagalkan Iron Dome milik Zionis laknatullah. Teruskan berdoa untuk Palestin! Iron Dome gagal! ImageImageImage
IDF mengeluarkan amaran kedua kepada penduduk Ashkelon. 130 ribu orang Israel di Ashkelon diarahkan segera berlindung di bunder anti bom. Menurut media Israel, ini adalah amaran yang tidak pernah dikeluarkan sebelum ini di Ashkelon. Iron Dome telah gagal! Image
Hamas baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menggunakan misil jenis S40 ke atas Ashkelon. Demi Allah Ashkelon akan menjadi neraka. Iron Dome gagal! Image
Pusat Kesihatan Barzilai di Ashkelon melaporkan mereka menerima 52 orang Israel yang cedera ringan daripada kaca dan mengalami anxiety.
Satu lagi direct impact dari peluru Gaza mengenai bangunan di Ashkelon sebentar tadi. Demi Allah Ashkelon kini dalam huru-hara.
200 peluru berpandu dilepaskan Briged Al Qassam dalam masa 2 jam ke atas Ashkelon dan Ashdod. Penduduk kedua tempat ini dalam proses evakuasi ke bunker anti bom.
Ashkelon melaporkan korban pertama dalam masa 2 jam sejak Briged Al Qassam memulakan serangan tanpa henti. Iron Dome gagal!
Israel melaporkan korban kedua baru saja tadi menjadikan jumlah korban mereka seramai 2 orang. Palestin pula melaporkan jumlah korban seramai 25 orang termasuk 9 kanak-kanak dan beratus yang lain cedera parah.
Ashkelon kembali digegarkan oleh serangan peluru berpandu dari Gaza. Pasukan Briged Al Quds menggunakan peluru berpandu grenade ke arah Ashkelon. Video baru beberapa minit lalu dimana Iron Dome memintas beberapa peluru berpandu Briged Al Quds.
Penduduk di Ashdod pula diarahkan untuk mencari tempat perlindungan bom sementara keadaan makin memuncak di sana.
Sementara itu di Gaza, beberapa tempat di kejiranan Sheikh Radwan ditimpa bom daripada kapal udara tentera Zionis laknatullah. ImageImage
Briged Al Qassam dalam kenyataan mereka sebentar tadi memaklumkan bahawa taktik pengeboman tidak henti dan bertubi-tubi oleh mereka adalah untuk bypass Iron Dome dan ternyata ianya berjaya.
Beberapa letupan dilaporkan berlaku di timur kawasan kejiranan Al Zaytoun. Pesawat tempur Zionis laknatullah juga memulakan siri serangan udara di Al Tunq dan Al Sabra. Mereka mensasarkan tempat perlindungan orang awam. Doakan Palestin!
Video oleh media Israel menunjukkan Ashkelon diserang sebuah peluru berpandu dari arah Gaza. Ketika ini Briged Al Quds dan Briged Al Qassam telah memulakan siri serangan bertubi-tubi yang baharu ke arah Ashkelon.
Laporan baru saja diterima oleh media Palestin dimana seorang rakyat Palestin bersama seorang anak perempuan kecil maut manakala 4 lagi cedera setelah diserang oleh tentera Zionis laknatullah di jalan Al Nafaq, Bandar Gaza. Al Fatihah!
Israel baru saja mengeluarkan amaran merah di Ashkelon, Karmia dan Netiv Haasara di selatan Israel berikutan serangan bertubi-tubi dari Gaza. Image
Gaza melaporkan beberapa letupan di bandar itu sebentar tadi. Angka kematian kini menjadi 28 orang. Al Fatihah untuk mereka! ImageImageImageImage
Rakaman oleh media Israel menunjukkan beberapa peluru dilepaskan dari Gaza menuju Ashkelon.
Media Israel baru saja melaporkan tentera Zionis laknatullah sedang mengeluarkan aset-aset mereka untuk bertempur di Gaza. Netanyahu laknatullah sebentar tadi mengarahkan tenteranya untuk memperbanyakkan lagi serangan ke atas Gaza.
Allahuakbar Gaza kini diserang dari udara dan darat. Correspondent berita Palestin melaporkan 3 kanak-kanak yang baru pulang dari kelas mengaji terbunuh dan kini dibawa ke Hospital As Shifa di Gaza. Keadaan semakin meruncing.
Gaza melaporkan beberapa buah rumah telah menjadi subjek serangan Zionis. Mereka kini mula memasuki kawasan-kawasan perumahan. Media Israel pula melaporkan 635 peluru berpandu telah dilepaskan dari Gaza sejak semalam dimana menurut mereka Iron Dome berjaya memintas 90% jumlah itu
Lebih daripada 30 serangan darat telah dilakukan di beberapa tempat di Gaza sejak beberapa minit yang lalu. Ini sebagai serangan balas ke atas serangan tak henti Briged Al Qassam dan Briged Al Quds ke atas Ashkelon, Ashdod dan beberapa tempat lain di Israel.
Rakaman video sebentar tadi menunjukkan beberapa buah kereta kebal Zionis laknatullah dalam perjalanan menuju sempadan Gaza. Allahuakbar lindungi hambaMu di Palestin!
Sebuah rumah yang diduduki oleh sebuah keluarga di Al Shujaiya baru saja diletupkan oleh Zionis laknatullah manakala seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah dalam serangan di Muqhraqa, Gaza.
Seorang pemuda Palestin baru saja ditembak di Kem Shuafat. Manakala correspondent Al Jazeera melaporkan tentera Zionis laknatullah dengan pelbagai jenis senjata dan alatan perang sedang menuju sempadan Gaza dalam rangka untuk menyerang menggunakan jalan darat.
Video oleh media Israel sebentar tadi menunjukkan Iron Dome memintas peluru berpandu dari Gaza di Ashkelon.
Dua orang Yahudi cedera dilempar batu di Masjid Ibrahimi, Hebron. Manakala Menteri Luar Negeri Mesir Sameh Shoukry memberitahu bahawa pihaknya tidak menerima respon yang baik daripada Israel untuk gencatan senjata. Pertempuran antara kedua pihak dijangka akan berlarutan berhari.
Video oleh orang awam yang menunjukkan seorang pemuda Palestin ditahan dan dipukul oleh tentera Israel di pintu Kem Shuafat di Jerusalem sebentar tadi.
Menteri Pertahanan Israel baru sahaja mengarahkan lagi 3000 tentera simpanan Zionis untuk bekerja di pelbagai tempat dan juga untuk menjaga bateri Iron Dome yang semakin melemah. Sehingga kini Gaza masih menyerang Israel bertubi-tubi.
Sebuah Iron Dome dilaporkan mengalami kerosakan sehingga menyebabkan beberapa peluru berpandu Gaza berjaya lolos ke beberapa tempat di Ashkelon.
Delegasi Arab Saudi ke OIC mengatakan Kerajaan Arab Saudi menolak sekeras-kerasnya pengusiran tidak sah rakyat Palestin di Sheikh Jarrah.
Channel 13 Israel melaporkan beberapa Iron Dome kini dalam proses penukaran bateri. Sejak beberapa jam yang lalu, Briged Al Qassam, Briged Al Quds dan beberapa pasukan lain tidak henti melepaskan peluru berpandu ke arah Ashkelon dan Ashdod serta tempat lain berhampiran Gaza.
Portal Walla milik Israel melaporkan sebuah tanki minyak di selatan Ashkelon telah meletup apabila sebuah peluru berpandu dari Gaza mengenainya sebentar tadi.
Ini tanki minyak di Selatan Ashkelon yang sedang marak terbakar akibat terkena peluru berpandu dari Gaza. ImageImage
Media Israel baru saja melaporkan terdapat dua orang pemuda Palestin ditembak mati di checkpoint Za'atara, selatan Nablus setelah dikatakan mereka berdua cuba merempuh sekatan tentera Zionis.
Dua orang polis Israel dilaporkan cedera setelah pertempuran antara pasukan mereka dan orang awam Palestin di Lod. Orang awam tersebut baru selesai mengebumikan seorang korban bernama Musa Hassouna.
Ini gambar 2 orang pemuda yang ditembak mati oleh tentera Zionis laknatullah di checkpoint Za'atara, selatan Nablus setelah dikatakan mereka berdua cuba merempuh sekatan tentera Zionis. Image
IDF melaporkan 80 buah pesawat udara Zionis laknatullah sedang bersiap sedia untuk meletupkan Gaza. Keadaan dijangka akan makin bertambah kritikal menjelang malam ini waktu tempatan.
IDF baru saja mengeluarkan sebuah video satelit menunjukkan mereka telah memusnahkan kediaman commander Unit ATGM di Gaza.
Jurucakap Briged Al Qassam baru saja memberi amaran kepada Zionis, jika mereka tidak menghentikan serangan ke atas Gaza dan rakyatnya, Briged Al Qassam akan menjadikan Tel Aviv sebagai next target setelah Ashkelon. Tel Aviv adalah sebuah bandar pentadbiran Israel yang padat.
Allahuakbar, IDF baru saja melaporkan 80 pesawat mereka kini telah masuk ke langit Gaza dan sedang memusnahkan rocket launchers yang berada di daratan. Doakan Palestin!
IDF mengatakan operasi serangan udara mereka dijangka akan berterusan selama beberapa jam. Operasi ini bertujuan untuk memusnahkan semua pelancar roket milik Hamas. Serangan skala besar sedang berlaku. Image
Pertempuran antara orang awam dan tentera Zionis laknatullah baru saja berlaku di perkampungan asal Nabi Saleh di Ramallah. Tentera Zionis laknatullah dilaporkan sedang melepaskan gas pemedih mata. Allahuakabar lindungi mereka.
Media Israel melaporkan kereta kebal dan kenderaan perang darat yang lain sedang bersiap sedia di sempadan masuk ke Gaza. ImageImage
Jet tentera Zionis laknatullah mensasarkan Menara Hanadi yang merupakan tempat tinggal lebih 80 keluarga Palestin di Gaza. Menara ini adalah menara tempat tinggal terbesar di Gaza.
Jet Zionis laknatullah baru saja mengebom Menara Hanadi yang menjadi tempat tinggal 80 keluarga Palestin. Allahuakbar doakan mereka, jangan putus!
Amaran untuk semua penghuni keluar dari bangunan tersebut.
Zionis betul-betul ingin mencabar Hamas apabila pengeboman ke atas Menara Hanadi sedang dilakukan. Hamas berjanji akan menyerang Tel Aviv, bandar metropolitan pentadbiran Israel jika ia menyerang bangunan penduduk awam.
Allahuakbar Allahuakbar Menara Hanadi dilaporkan oleh media Palestin sebagai telah "completely destroyed"!
Correspondent media Israel pun geleng kepala apabila Menara Hanadi diserang. Mereka mengatakan "Oh God Tel Aviv be prepared!". Image
Gambar dari Menara Hanadi mulai membanjiri media Israel. Dikatakan bangunan ini memiliki 18 tingkat dan rumah kepada 80 keluarga. Masih belum ada laporan tentang penduduk di situ. Image
Video menunjukkan Menara Hanadi setelah diserang Zionis laknatullah. Kalau ikutkan, sekarang baru masuk waktu berbuka di Palestin.
Pesawat perang Zionis laknatullah kini mensasarkan Kem Yarmouk di timur Shejaiya, Gaza.
Lagi video menunjukkan Menara Hanadi musnah diserang Zionis laknatullah. Ini sebagai respon amaran oleh Hamas untuk menyerang Tel Aviv. Menurut laporan awal, penduduk di Menara Hanadi sempat keluar namun kini mereka adalah homeless.
Allahuakbar Briged Al Qassam telah memutuskan bahawa mereka kini bersedia menyerang Tel Aviv setelah melihat kemusnahan di Menara Hanadi. Mereka berjanji serangan ke atas Tel Aviv akan melebihi serangan di Ashkelon yang menyaksikan 2 orang Yahudi maut.
Menara Hanadi runtuh menyembah bumi diserang Zionis laknatullah. Image
Media Israel melaporkan siri serangan peluru berpandu di Sderot dan Netivot. Image
Video yang merakam detik-detik Menara Hanadi dibom dan jatuh tersungkur di Gaza. Zionis, laknat Allah ke atas kalian.
Nama dua pemuda yang ditembak jarak dekat oleh tentera Zionis di Nablus telah diedarkan. Al Fatihah buat MUHAMMAD ALI AL NUBANI dan AHMER ABDEL FATTAH. Mereka merupakan ahli General Intelligence Service.
Briged Al Qassam memberitahu media bahawa mereka akan membuat siaran langsung kepada rakyat Palestin dan Tel Aviv bila-bila masa dari sekarang.
Briged Al Qassam mengeluarkan video ini tadi. Manakala Abu Hamza dari Briged Al Quds bertanya "bagaimana jika kami berada di langit Tel Aviv dan kamu melihat peluru berpandu kami?"
PALESTINE ISLAMIC JIHAD atau PIJ memaklumkan mereka akan menyerang Tel Aviv pada jam 9 malam waktu tempatan. Sekarang jam 840 malam. Ada lagi 20 minit. Allahuakbar wallahi berdebar. It is gonna be a long night.
IDF memaklumkan mereka bersedia menerima serangan ke atas Tel Aviv setelah memusnahkan Menara Hanadi sebentar tadi.
ALLAHUAKBAR TEL AVIV TELAH MULA DISERANG.
Rata-rata media Israel mengatakan Zionis telah gila. Mereka tidak menyangka serangan ke atas Tel Aviv.
Berpuluh puluh peluru dari Iron Dome serentak dilepaskan sejurus peluru dari Gaza menyerang Tel Aviv!!! Allahuakbar meremang rasa. Doakan tentera Islam!!! ImageImage
130 peluru berpandu dilancarkan serentak ke Tel Aviv dari Gaza. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Peluru berpandu tak henti-henti dari Gaza menuju Tel Aviv!!! Allahuakbar!
Lagi video serangan dari Gaza ke Tel Aviv. Beratus-ratus peluru berpandu dilepaskan serentak oleh semua Briged Pejuang Jihad Islam.
Media Israel melaporkan impak pertama di Holon, Tel Aviv. Ada peluru berpandu dari Gaza yang gagal dipintas oleh Iron Dome!!!
Allahuakbar IDF memaklumkan mereka TIDAK PERNAH melihat serangan dalam skala besar begini dalam sejarah ke atas Israel. Wallahi aku meremang segala bulu roma sekarang.
Media Israel melaporkan IDF telah silap percaturan perang apabila merendahkan kekuatan Pasukan Jihad Islam Palestin.
15 minit telah berlalu. Walaupun banyak peluru berpandu Gaza telah dipintas oleh Iron Dome, tapi jumlah serangan non stop telah membuatkan Iron Dome gagal memintas beberapa peluru dari Gaza. Allahuakbar!!!
Briged Al Qassam memberitahu:

"Jika kamu kembali lagi ke Palestin, kami akan menyakiti kamu."
Wakil Briged Al Qassam memberitahu Zionis, jangan kembali ke Palestin atau kami akan kembali juga.
Lihatlah wahai para pelindung Masjid Al Aqsa, Tel Aviv sedang dalam ketakutan.
Gambar menunjukkan Tel Aviv dalam api. Image
Tel Aviv berada dalam kucar-kacir yang mereka tak pernah lalui dalam sejarah. Kebakaran besar di Tel Aviv. Semalam kamu bakar Masjid Al Aqsa kami dan kamu menari di luar tembok, lihat kehancuran kamu.
Allahuakbar Tel Aviv memaklumkan Iron Dome mereka tidak berfungsi. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Kami saksi segalanya malam ni Ya Allah.
Penduduk Tel Aviv sedang menyaksikan kebakaran di bandar mereka.
Tel Aviv melaporkan kes kematian pertama.
Langit Tel Aviv penuh dengan peluru dari Gaza dan peluru dari Iron Dome yang cuba memintas. Lihatlah pelindung Masjid Al Aqsa, musuh kalian dalam ketakutan.
Satu lagi roket Gaza jatuh di Shilat Tel Aviv. Allah kami saksi kejadian malam ini. Gaza dilaporkan memulakan fasa kedua serangan ke atas Tel Aviv.
Siri serangan kedua oleh barisan briged Pejuang Jihad Islam Palestin telah bermula ke atas Tel Aviv. Doakan mereka kalah! Image
Amaran siren telah dibunyikan di Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv. Hampir 40 minit, dikatakan Palestin telah melancarkan beratus peluru berpandu secara serentak ke Tel Aviv.
Lihatlah wahai pembela Masjid Al Aqsa. Musuh musuh kamu sedang dalam ketakutan. Video menunjukkan penduduk dan tentera Tel Aviv sedang berlindung.
Mereka sempat ketawa sebelum sebuah roket Palestin jatuh berhampiran mereka.
Sementara itu di Masjid Al Aqsa, penduduk Palestin sedang menunaikan solat Isyak dan Teraweeh. ImageImageImage
Wakil Pasukan Jihad Islam berkata:

"Musuh kami perlu membayar kesombongan dan kemusnahan yang telah mereka lakukan, dan oleh itu Gaza akan kekal hebat."
Laporan media Israel mengatakan ada direct impact dari peluru berpandu Gaza di bandar Givatayim. Iron Dome telah gagal memintas beberapa peluru. Setakat ini 2 orang Yahudi terkorban.
Kucar-kacir di lapangan terbang Tel Aviv. Ya Allah kami saksi bahawa malam ini musuh-musuh kami sedang dalam ketakutan.
Gambar-gambar kemusnahan di Tel Aviv. ImageImageImageImage
Israel mengumumkan seorang lagi rakyatnya mati di Gush Dan Tel Aviv. Sebelum serangan ini, Briged Al Qassam telah beri amaran jangan kacau rumah rakyat Palestin. Tapi Israel sombong dan bom Menara Hanadi. Sekarang Tel Aviv dalam api.
PM Israel Netanyahu dan Menteri Pertahanan Benny Gantz akan bersiaran langsung dari HQ Kementerian Pertahanan sebentar lagi. Laporan mengatakan Zionis sedang merangka satu serangan ke atas Gaza dalam skala besar.
Tentera laut Israel dalam perjalanan menuju Tebing Gaza untuk satu operasi serangan besar-besaran bagi membalas serangan ke atas Tel Aviv. Allahuakbar media Israel melabelkan perang kali ini sebagai perang sampai mati.
Tel Aviv masih dalam kebarakan di merata tempat.
Pasukan tentera Zionis sedang menceroboh masuk ke sebuah bangunan tempat tinggal di Shabaka, Gaza. Laknatullah ni cuma berani masuk ke dalam tempat-tempat kediaman je lah.
Tentera Zionis laknatullah baru saja mengebom Menara Al Jawhara yang merupakan bangunan kedua terbesar di Gaza. Ada lebih kurang 160 orang tinggal di situ. Laknat Allah ke atas Zionism
Dua lagi bangunan kediaman iaitu Menara Al Ghafri dan Menara Al Sharouk yang menempatkan ratusan penduduk Palestin kini menjadi sasaran serangan bom tentera Zionis laknatullah. Doakan mereka, jangan putus doakan mereka malam ini.
Briged Al Qassam melaporkan bahawa serangan ke atas Tel Aviv adalah menggunakan roket Al Attar dan salah satu roket telah mengenai Lapangan Terbang Ben Gurion.
Allahuakbar masjid-masjid di Gaza sedang melaungkan:

"Rapatkan saf kalian, pegang tangan antara satu sama lain, bersabarlah, bersatulah, sama ada menang atau mati syahid!"
Wang Israel sedang susut nilai sebanyak 1.4% dari US Dollar setelah Tel Aviv diserang.
Dua kanak-kanak dilaporkan baru saja meninggal dunia setelah kawasan mereka dibom di tengah Gaza.

Sama ada menang atau mati syahid.
Media Israel melaporkan serangan kini mensasarkan saluran minyak Israel. Sebuah tangki sedang terbakar sekarang.
Ketua Politik Hamas Ismail Haniyeh sedang berucap.

"Apa yang Israel lakukan telah memaksa kami menjauhkan tentera mereka dari Masjid Al Aqsa dan kawasan sekitarnya."
"Salam kami ucapkan buat semua yang mati syahid dalam mempertahankan Baitul Maqdis. Sesungguhnya kami berdiri bersama kalian di sini."
Ismail Haniyeh:

"Kami telah mempertahankan Gaza. Dan kami tak akan biarkan Al Aqsa bersendirian. Tindakan menceroboh Jerusalem tidak lagi dapat kami terima."
"Rakyat Palestin telah menghancurkan perancangan Zionis. Jerusalem berada dalam hati Gaza dan Gaza berada dalam hati Jerusalem. Kami akan mempertahankan Al Aqsa."
Rakyat Palestin bangkit malam ini. Baru tadi sebuah bas membawa tentera Zionis menuju sempadan Gaza ditahan di Wadi Ara. Perarakan beramai-ramai sedang berlaku di Beit El, utara Ramallah. Sebuah balai polis Zionis diserang di Lod.
PM Netanyahu sedang berucap.

"Misi serangan ini akan mengambil masa namun kami akan memastikan kita akan aman. Mereka (Hamas) akan membayar segala perbuatan mereka malam ini."
Menteri Pertahanan Israel:

"Kamu akan menyaksikan lebih banyak menara-menara jatuh ke bumi. Ini hanya lah permulaan ke atas Gaza."
Joe Biden baru menghubungi Presiden Abbas dan meminta Palestin menghentikan serangan dan mencapai genjatan senjata.
Ismail Haniyeh:

"Kami menerima banyak panggilan untuk gencatan senjata, untuk tenang namun mesej kami pada semua, pihak yang membakar Jerusalem dan Al Aqsa serta Gaza akan menerima balasan perbuatan mereka."
Terkini: pertempuran dikatakan sedang berlaku di Masjid Al Aqsa. Allahuakbar!
Tentera Zionis dilaporkan sedang mencampak grenades ke arah Dome of The Rock atau Qubbat As Sakhra tempat dimana menyaksikan Rasulullah naik ke langit semasa Israk Mikraj.
Tentera Zionis menceroboh masuk ke Masjid Al Aqsa melalui pintu Bab Al Silsila dan menembak peluru getah dan grenades ke arah mereka yang sedang solat di Masjid Al Aqsa.
Detik-detik tentera Zionis merempuh masuk ke perkarangan Masjid Al Aqsa tadi. Allahuakbar berdoalah kalian untuk Masjid Al Aqsa.
Correspondent di Masjid Al Aqsa mengatakan tentera Zionis laknatullah sedang giat menyerang mereka yang sedang solat di Masjid Al Aqsa.
Rakyat Palestin di Masjid al Marwani (dalam kawasan Masjid Al Aqsa) dilempar gas pemedih mata. Dikatakan mereka sedang solat dan mengaji Quran. Image
Tentera Zionis laknatullah kini mula menyerang Masjid Al Qibli pula. Masjid dimana ianya merupakan kiblat pertama umat Islam. Walaupun diserang, dapat didengar di perkarangan Masjid Al Aqsa laungan Allahuakbar yang sangat kuat.
Api terus marak di Ashkelon ketika ini. Siren amaran masih kedengaran dan peluru berpandu dari Gaza masih jatuh ke atasnya. Image
ALLAHUAKBAR TENTERA ZIONIS TAK BERTAHAN LAMA DI MASJID AL AQSA APABILA PEMUDA-PEMUDA PALESTIN MENYERANG BALAS DENGAN HEBAT. TENTERA ZIONIS LAKNATULLAH BERUNDUR DARI MASJID AL AQSA. ALLAHUAKBAR
Jerusalem kini menjadi medan perang. Pertempuran hebat sedang berlaku di Ras Al Amud. Image
Tel Aviv lumpuh. Bekalan eletrik terputus dan semua kedai tutup. Kebakaran masih kelihatan di banyak tempat.
Datuk Bandar Lod (15km dari Tel Aviv) sedang berucap:

"Kami telah hilang kawalan ke atas bandar ini dan jalan-jalan disini sedang menyaksikan perang antara Islam dan Yahudi. Aku menyeru Netanyahu untuk membantu kami dan masukkan tentera ke sini segera."
Anggota Security Council PBB termasuk China dan Norway menyeru agar satu persidangan diadakan segera esok bagi membincangkan keadaan di Palestin.
Video memaparkan anggota Bulan Sabit Merah dikasari dan dihalang oleh tentera Zionis untuk masuk ke Masjid Al Aqsa sebentar tadi bagi membantu mereka yang cedera. Jijik!
Kesan kerosakan di Masjid Al Aqsa sebentar tadi. Image
Kerajaan Netanyahu sedang pertimbang untuk mengisytiharkan darurat di Lydda setelah pertempuran hebat di sana. Netanyahu juga mengarahkan tentera Zionis laknatullah berpindah dari sempadan Gaza ke Lod dan Tel Aviv segera.
Pertempuran hebat juga sedang berlaku di Jericho. Seluruh tempat di mana Yahudi berada kini berada dalam keadaan terancam. Sekarang jam 12:09 tengah malam di sana dan rakyat Palestin ramai-ramai bangkit ke jalanan.
Keadaan di Lod sekarang. Setelah seorang pemuda Palestin dipukul, kini seluruh Lod berada dalam api dan telah lumpuh.
Pertempuran sedang berlaku juga di Hebron. Hebron adalah tempat dimana Masjid Ibrahimi berada dan juga makam para Nabi dan Rasul juga banyak disitu.
Netanyahu, Menteri Perang, Menteri Keselamatan, ketua polis dan anggota kanan pertahanan akan bersidang bagi membincangkan situasi di Lod yang telah sepenuhnya lumpuh.
Haifa, sebuah bandar pelabuhan di Israel juga sedang terbakar. Dikatakan hampir separuh bandarnya sudah lumpuh.
Menteri Kesihatan Hamas: 32 mati syahid termasuk 10 kanak-kanak dan 220 cedera sejak kali pertama perang antara Palestin dan Israel yang bermula pada 10 Mei.
Lod telah diisytiharkan sebagai kawasan pertama yang darurat oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri setelah melihat bandar itu tidak lagi mampu dikawal dan berada dalam keadaan yang teruk.
Menteri Israel mengumumkan larangan keluar rumah (curfew) di seluruh Bandar Lod. Ini adalah kali pertama sejak 1966. Lod adalah tempat yang direkod dalam hadis Rasulullah dimana dikatakan nanti Nabi Isa Bin Maryam akan membunuh Dajjal laknatullah (hadis riwayat Tarmidzi).
Keadaan di Lod. Pada tahun 1948, Zionis telah merampas tanah ini daripada penduduk Palestin. Hari ini, pada Ramadhan 2021, anak cucu penduduk Palestin merampasnya kembali. Image
Jurucakap Hamas, Hazem Qassem:

"Kami terhutang budi di atas sikap patriotik rakyat Palestin yang melawan pencerobohan di Lod, Rahat, Umm Al Fahm dan bandar-bandar lain."
Pertempuran antara penduduk Palestin dan polis Israel di Haifa. Dikatakan separuh daripada bandar ini juga telah lumpuh.
Abu Ubaidah, tentera masyhur Briged Al Qassam:

"Wahai penduduk di Tebing Barat dan seluruhnya, kami akan berikan kamu semua pedang dan perisai. Kamu adalah kami dan kami adalah kamu! Bangkitlah wahai penduduk Palestin!". Image
Pertempuran sedang berlaku di Bandar Qalansuwa.
Sebuah balai polis Israel di Al Zangariya berhampiran Tiberias dibakar oleh penduduk Palestin.
Pasukan khas polis Israel dan tentera Zionis baru saja tiba di Lod setelah menteri Israel mengumumkan darurat di sana.
Pertempuran hebat sedang berlaku di Tal Al Hawa. Jet pejuang Zionis laknatullah mensasarkan sebuah bangunan bersebelahan kedai kek Al Yazji. Ketika ini, banyak bandar-bandar yang dijajah Israel telah jatuh. Allahuakbar
Tiga orang Palestin termasuk seorang kanak-kanak mati syahid di Tal Al Hawa setelah sebuah apartment di bandar itu dibom oleh Zionis laknatullah sebentar tadi. Image
Api sedang menjilat sebahagian bandar Umm Al Fahm yang terletak berhampiran Haifa.
Sebuah keluarga Palestin maut setelah Zionis laknatullah mengebom rumah mereka di Gaza sebentar tadi. Muhammad Oudeh Al Talbani mati syahid bersama isteri dan anak-anak lelakinya. Al Fatihah!
Allahuakbar Al Aqsa sedang diceroboh lagi sekarang di awal pagi. Tentera Zionis laknatullah sedang bersiap sedia untuk bertempur dengan para mujahidin pelindung Masjid Al Aqsa. Wahai pencinta Nabi dan Rasul, berdoalah untuk Al Aqsa!!! ImageImage
Kelihatan para pemuda pelindung Al Aqsa sedang siap sedia dengan senjata mereka di dalam dewan solat Masjid Al Qibli. Senjata mereka hanya batu dan keberanian bak singa. Doakan mereka. Al Aqsa milik umat Islam! Image
Kedengaran puteri puteri Palestin sedang melaungkan kata-kata keberanian dalam menghadap tentera Zionis laknatullah di perkarangan Al Aqsa. Wahai pencinta Masjid Al Aqsa, doakan mereka!
Adegan tembak menembak baru saja berlaku di Kem Qalandia, Jerusalem antara penceroboh Zionis laknatullah dan penduduk Palestin.
Pencerobohan sedang berlaku di banyak tempat di Gaza sekarang. Ada penduduk melaporkan mereka mengalami pedih mata dan kesukaran bernafas. Disyaki tentera Zionis laknatullah menggunakan senjata kimia.
Correspondent media Palestin baru saja melaporkan lebih daripada 10 peluru berpandu menimpa bandar Yan Khunis di selatan Gaza. Mereka describe Gaza sebagai "sedang menangis". Doakan mereka semua!
Menteri Dalam Negeri Palestin mengatakan Zionis laknatullah telah memulakan siri serangan udara ke atas Gaza dan mensasarkan bangunan-bangunan kerajaan. Dilaporkan semua bangunan ibu pejabat polis Palestin telah musnah dibom Israel.
Bandar Yan Khunis selatan Gaza sedang ditimpa serangan udara Zionis laknatullah. Media Palestin melaporkan 30 tempat menjadi sasaran dalam masa 5 minit. Image
Serangan di Yan Khunis oleh tentera Zionis laknatullah mensasarkan bangunan-bangunan polis pula di barat dan tengah Yan Khunis. Seorang rakyat Palestin melaporkan 14 pesawat tentera Israel mengebom Gaza dalam masa serentak.
Saksi mata di Hebron mengatakan pesawat jenis F35 baru saja menjatuhkan beberapa bom di Hebron. Hebron adalah tempat di mana makam para Nabi dan Rasul berada termasuklah makam Baginda Nabi Ibrahim.
Pesawat Zionis laknatullah sedang mensasarkan Apartment Al Sousi di jalan Al Sinaa Bandar Gaza. Sejak kelmarin, mereka mensasarkan bangunan kediaman dimana bermula dengan Menara Hanadi dan Menara Al Jawahara yang telah jatuh menyembah bumi.
Video yang menunjukkan Zionis laknatullah memulakan serangan udara di Gaza sebentar tadi. Dikatakan 100 bom dijatuhkan dalam masa beberapa minit. Gaza sedang bergegar.
Gambar pengeboman di Gaza tadi. Turut dilaporkan Universiti Islam Gaza juga telah dibom oleh Zionis laknatullah. ImageImageImageImage
Serangan udara yang ganas sedang menimpa kampung Abu Yusef Al Quqa, kampung Imad Abu Qadoos dan Kampung Badr. Zionis laknatullah mensasarkan kawasan tempat tinggal awam.
Seorang rakyat Gaza memberitahu, mereka bila bila masa saja akan mati syahid. Wahai rakyat Gaza, katakanlah Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Rasul Allah.
Gaza baru saja ditimpa satu siri serangan udara oleh Zionis laknatullah secara serentak.
Tanah jajahan Israel, Barsheba dan Nevatim baru saja terkena peluru berpandu dari Gaza. Iron Dome gagal untuk memintas.
Sementara itu, pertempuran masih berlaku di perkarangan Masjid Al Aqsa. Media Palestin melaporkan seorang pemuda cedera terkena peluru getah Zionis laknatullah. Walaupun namanya peluru getah, namun ianya bisa menembus badan. Doakan untuk Masjid Al Aqsa, ini masjid kita semua! Image
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin Ashraf Al Qudra melaporkan bahawa 43% mangsa yang dirawat di hospital sekarang adalah wanita dan kanak-kanak. Ini adalah akibat serangan oleh Zionis laknatullah terhadap rumah-rumah dan bangunan kediaman. Jijik!!!
Sebuah tangki minyak di Ashkelon masih terbakar walaupun sudah 5 jam berlalu setelah terkena bedilan roket dari Gaza.
Zionis telah berundur diri dari perkarangan Masjid Al Aqsa setelah menerima tentangan hebat putera dan puteri Palestin yang berbekalkan batu. Tapi Zionis ni syaitan, tak lelah nak ceroboh Al Aqsa. Ya Allah turunkanlah para malaikat dan tentera langit Mu untuk melindungi Al Aqsa. Image
Media Palestin melaporkan seorang kanak-kanak lelaki baru saja mati syahid setelah ditembak semasa pertempuran di Kampung Aqraba, Tubas sebentar tadi.
Nama kanak-kanak ini masih belum diketahui media namun lihatlah, darah di wajahnya itu akan menjadi saksi dihadapan perhitungan Allah nanti. Al Fatihah. Image
Keadaan di Gaza sekarang setelah dibom tanpa henti sejak Subuh. Waktu sekarang ialah 7.40 pagi di sana. Kelihatan banyak tempat sedang terbakar/berasap.
Lagi video dari seorang rakyat Palestin yang merakamkan keadaan Gaza semasa matahari sedang terbit di sana sekarang. Kelihatan beberapa tempat dibom bertubi-tubi.
AMARAN: VIDEO INI BOLEH MENGANGGU FIKIRAN.

Video rakaman jarak dekat semasa pengeboman ke atas Gaza sebentar tadi. Kedengaran suara perakam yang tak henti menyebut Tiada Tuhan Selain Allah, Tiada Tuhan Selain Allah!
Pemilik bangunan Al Jawhara yang dibom malam tadi:

"Segala puji bagi Allah dan Allah yang Maha Mengetahui takdir. Esok saya akan beli pakaian untuk Hari Raya Aidilfitri buat anak-anak saya dan kami akan menyambut hari kemenangan orang Islam. InsyaAllah kami akan terus berjuang." Image
Jurucakap @IDF memberitahu media bahawa mereka tidak akan berhenti menyerang Gaza dan kawasan-kawasan lain buat masa ini. Hari ini dah masuk hari ketiga sejak perang tercetus rentetan dari peristiwa Sheikh Jarrah dan pencerobohan Masjid Al Aqsa.
Seorang korban Palestin baru saja tiba di Bangunan Hospital Nasser di Khan Yunis.
Seorang pemuda Palestin, Zaki Diriyah ditangkap oleh tentera Zionis pagi ini di bandar Beit Fajjar, Bethlehem. Kelihatan beliau tidak gentar sambil membuat isyarat tangan. ImageImageImage
Seorang penduduk Gaza berkongsi video keadaan di Gaza sekarang. Kelihatan jalan raya dan bangunan banyak yang rosak. Sebetulnya, inilah yang mereka lalui sejak bertahun-tahun.
Video menunjukkan keadaan Gaza yang dibom tanpa henti pagi tadi. Bunyi yang mungkin penduduk di sana dah lali dengar.
Lagi video yang menunjukkan kesan selepas pengeboman di Gaza.
Presiden Iran Hassan Rouhini mengutuk tindakan Israel ke atas Palestin dan menggesa negara-negara Arab untuk ambil tindakan campurtangan dan hentikan kebisuan mereka.
Amnesty International berkata Israel telah bertindak melampau dah melanggar undang-undang antarabangsa ke atas Palestin. Kebanyakan tempat di Gaza masih dihujani bom terutama di kawasan Barat Gaza.
Organisasi perkhidmatan kaunseling dalam talian Israel, Eran memberitahu bahawa sejak pagi tadi dan rentetan ketegangan antara Tel Aviv dan Gaza, mereka menerima 2000 panggilan telefon oleh penduduk Israel yang tertekan minda. Sepertinya ramai penduduk Israel yang koyak. Image
Portal berita Israel, Yediot Ahronot memaklumkan bahawa satu siri combat oleh helikopter ke atas Gaza akan dilakukan. Tambahnya lagi, pasukan tentera payung terjun juga telah dikerah untuk membantu operasi. Beribu tentera mereka dikerah tapi insyaAllah tak mampu lawan Palestin.
Syeikh Yusuf @alqaradawy hari ini membuat ciapan meminta semua umat Islam membantu para pejuang di Masjid Al Aqsa dan membantu mujahidin di Gaza dan lain-lain tempat. Sesungguhnya mereka menjaga kedaulatan Palestin dari kesombongan Zionis laknatullah. Image
Israel hampir tewas walaupun ramai tentera mereka dikerah. Baru saja tadi PM Benjamin Netanyahu meminta bantuan Mesir untuk genjatan senjata. Untuk rekod, semalam Mesir memberitahu Israel enggan melakukan genjatan senjata dan menyuruh Mesir untuk tidak campur tangan. Allahu!
Delegasi Mesir memberitahu mereka akan segera ke Gaza dan Jerusalem bagi membantu proses genjatan senjata yang diminta oleh Israel. Laknat Allah ke atas Zionis!!!
Baru saja tadi @IDF laknatullah memaklumkan mereka telah mengebom sebuah rumah dipercayai tempat Hamas menyembunyikan senjata perang. Video satelit Israel menunjukkan rumah itu hancur.

Oh the cursed one, surrender for you will be eternally damned.
IDF memaklumkan sebuah roket anti kereta kebal telah dilancarkan dari Gaza ke kawasan jajahan Israel sebentar tadi. Pasukan kecemasan dalam perjalanan ke sana rentetan terdapat laporan kecederaan yang banyak.
Dilaporkan 2 orang Israel kritikal mana satu lagi cedera akibat roket yang dilancarkan dari Gaza sebentar tadi.
Ambulans bergegas ke Netiv Shaara setelah pasukan Israel diserang oleh peluru berpandu Gaza.
Briged Al Qassam berterusan melepaskan peluru berpandu ke arah Netiv Shaara dimana tentera Zionis laknatullah sedang berkumpul.
5 orang petani Palestin maut setelah kenderaan dinaiki mereka dibom oleh pesawat tentera Zionis laknatullah.
Siren amaran dan tanda merah terus diaktifkan di Netiv Haasara. Serangan bertubi-tubi oleh Briged Al Qassam ke atas perkumpulan Zionis laknatullah disitu. Netiv Haasara adalah sebuah tempat yang berada sangat hampir dengan sempadan Gaza. Image
Recap apa berlaku semalam dan hari ini:

1) Ashkelon dibedil peluru berpandu Al Qassam.

2) Zionis menyerang Kem Shati.

3) Zionis mengebom apartment di Al Remal.

4) Al Qassam beri amaran jangan serang rumah penduduk.

5) Zionis bom Menara Hanadi.

6) Jam 9, Tel Aviv diserang.
7) Al Qassam melepaskan 130 peluru berpandu serentak.

8) Tel Aviv terbakar.

9) Lapangan Terbang Ben Gurion ditutup terkena peluru berpandu.

10) Zionis bom Menara Al Jawhara dan Al Ghafri.

11) Zionis serang Al Aqsa.

12) Penduduk Palestin bangkit.

13) Lod diserang dan lumpuh.
14) Pertempuran berlaku di hampir semua bandar; Hebron, Lod, Gaza, Jerusalem, Jericho, Haifa dan lain-lain.

15) Israel isytihar Lod sebagai darurat.

16) Pagi ini Al Aqsa diserang lagi.

17) Gaza dibom tanpa henti.

18) Hebron dibom.

19) Al Qassam serang Netiv Haasara.
Zionis baru saja menyerang Menara Zayed di utara Gaza yang menempatkan beberapa keluarga. Video menunjukkan asap hitam daripada menara tersebut.
Rumah milik keluarga Wahdan di Beit Al Hanoun, utara Gaza baru saja dibom oleh pesawat Zionis laknatullah. Dilaporkan Zionis laknatullah kini mensasarkan orang awam dan rumah kediaman. Pengecut! Image
6 orang telah mati syahid apabila tentera Zionis mengebom 2 buah kereta yang dinaiki mereka sebentar tadi.
Zionis laknatullah memusnahkan dengan mengebom sebuah rumah milik keluarga Yazji di jalan Al Nafaq, tengah Gaza sebentar tadi. Image
Selain peperangan antara Palestin dan Israel, mereka di Gaza turut berhadapan dengan ancaman coronavirus. Sehingga hari ini, 6 orang telah mati dan 373 kes baru dicatat selepas 1191 diuji. Moga Allah angkat virus corona dari muka bumi. Cukuplah derita perang mereka hadapi.
Media Israel melaporkan delegasi dari Mesir akan tiba di Gaza dalam beberapa jam lagi. Ini selepas PM Israel Benjamin @netanyahu (laknat Allah ke atasnya) meminta Mesir campur tangan untuk genjatan senjata. Namun begitu, Israel baru tadi mengatakan mereka akan menambah kekuatan.
Sebuah kereta dibom oleh Zionis laknatullah di selatan Gaza yang membunuh 4 orang warga Palestin. ImageImageImageImage
Sebuah lagi bangunan kediaman di kejiranan Al Shujaiya dibom oleh Zionis laknatullah sebentar tadi. Image
Israel menggesa sekutunya untuk mengecam tindakan Palestin. Baru tadi Israel meminta Ireland untuk bersuara dan mengutuk Hamas.
Presiden Turki baru sahaja membuat panggilan rasmi kepada Presiden Russia untuk membincangkan keadaan di Jerusalem. Turki menegaskan perlunya bantuan antarabangsa untuk membantu Palestin. Image
IDF mengebom Khan Yunis beberapa minit yang lalu. Laknat Allah ke atas Zionis.
Briged Al Qassam mensasarkan peluru mereka ke arah sebuah pacuan empat roda yang sedang membawa pegawai kanan Israel. 1 terbunuh dan 1 lagi cedera parah.

Zionis balas balik dengan bom orang awam di Gaza.
Sehingga sekarang 43 warga Palestin telah mati syahid termasuk wanita dan kanak-kanak.
Menteri Kabinet Israel:

"Serangan ke atas Gaza akan berhenti bila Hamas terima akibat yang selayaknya. Saya tahu genjatan senjata adalah solusinya tapi kami tak akan biar mereka menyakiti warga Israel dan saya rasa Gaza faham hal itu."

Kabinet Israel sedang bersidang.
Presiden Turki Racep Tayyip berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk menghantar pasukan mereka demi melindungi rakyat Palestin. Mereka akan berbincang dengan Rusia untuk bantuan. Image
Sebuah kedai runcit di Ashkelon terkena peluru dari Gaza.
Menurut media Palestin, wanita yang terkorban dalam serangan ke atas sebuah kenderaan awam tadi baru saja membeli ikan segar untuk dimasak sempena Aidilfitri esok. Dapat dilihat lelaki di dalam video memegang ikan yang dibeli. Allahu, kerajaan Palestin semalam umum esok raya.
Kementerian Kesihatan baru saja mengumumkan bahawa 48 orang telah mati syahid termasuk 14 kanak-kanak dan 3 wanita manakala 304 yang lain cedera dan sedang dirawat.
AMARAN: GAMBAR INI MUNGKIN MEREMUKKAN HATI ATAU TIDAK MENYENANGKAN ANDA.

Berlegar di media Palestin, wajah seorang kanak-kanak yang mati syahid di Gaza hari ini. Menurut mereka, jelas terlihat kanak-kanak ini seolah-olah sedang tersenyum. Image
Briged Al Qassam baru mengeluarkan satu video mereka sedang melakukan persediaan untuk melepaskan peluru berpandu dan serangan ke atas Tel Aviv malam semalam.
Siren amaran merah diaktifkan di Ashdod sebentar tadi. Dilaporkan beratus peluru berpandu datang dari arah Gaza. Waktu tempatan sekarang ialah 2:53 petang. Image
Briged Al Qassam baru mengaku mereka bertanggungjawab melepaskan 50 butir peluru berpandu ke Ashdod beberapa minit yang lalu. Allahuakbar! Semalam Ashkelon dan Tel Aviv, hari ini Ashdod pula. Pagi tadi, Gaza teruk dibom dan ramai ORANG AWAM yang mati syahid dan cedera.
Iron Dome cuma berjaya memintas 15 daripada 50 butir peluru berpandu di langit Ashdod. Media Israel melaporkan peluru berpandu jatuh di pelbagai tempat terbuka.
Kementerian Kesihatan Hamas baru kemaskini jumlah yang terbunuh dan cedera. 53 orang telah mati syahid termasuk 14 kanak-kanak manakala 320 lain cedera dan sedang dirawat.
Ashdod dalam panik! 50 butir peluru berpandu Briged Al Qassam menjengah langit Ashdod.
Hamas menjemput semua penduduk Jerusalem untuk hadir Masjid Al Aqsa pada pagi esok bagi meraikan Aidilfitri. Semalam Palestin mengumumkan mereka akan menyambut Aidilfitri pada hari esok.
Media Israel melaporkan bahawa sebutir peluru berpandu baru saja mengenai pelabuhan di Ashdod. Allahuakbar! Image
Video menunjukkan detik-detik sebuah pelabuhan di Ashdod terkena peluru berpandu Briged Al Qassam!
Video di lokasi pelabuhan Ashdod yang ditimpa peluru berpandu Briged Al Qassam. Ashdod kini berada dalam panik apabila peluru-peluru berpandu dari Gaza menghentamnya.
Bilik mayat di sebuah hospital di Gaza penuh dengan tubuh-tubuh ahli Syurga yang terkorban hari ini. Image
IDF mengeluarkan senarai tentera Hamas yang menjadi sasaran mereka petang tadi. Mereka adalah Briged Commander Gaza, Head of the Missile Improvement Project, Head of Weapon Production dan 6 yang lain.
Briged Al Qassam baru melancarkan sebuah peluru berpandu menuju saluran gas Israel yang terletak di perairan Gaza.
Satu tubuh wanita Palestin yang mati syahid baru saja berjaya dikeluarkan dari runtuhan di rumah keluarga Arafa di Khan Yunis.
Briged Al Qassam melepaskan 15 butir peluru berpandu ke arah bandar Dimona. Bandar ini terletak dalam daerah Negev, 30 kilometer dari Laut Mati.
Ibu kepada seorang pemuda bernama RASHID ABU ARA berusia 16 tahun yang maut siang tadi, meratapi tubuh anaknya yang akan dikebumikan. Allahu moga mereka bertemu di syurgaMu. Berbahagialah wahai ibu, anakmu insan terpilih. ImageImageImageImage
IDF kembali menyerang Gaza. Beberapa menara dikatakan telah terkena serangan udara pesawat tempur Israel. Image
Rentetan perang Saif Al Quds dan konfrontasi yang sedang berlaku ke atas orang awam oleh Zionis, Briged Mujahidin Abu Ali Mustafa mengumumkan bahawa mereka akan melepaskan puluhan peluru berpandu ke arah Bandar Beersheva malam ini.
Seorang remaja perempuan merakamkan detik-detik rumahnya dihentam oleh peluru berpandu Zionis laknatullah.

Amaran video ini mempunyai klip audio tangisan dan distressed.
Pesawat udara tentera Zionis memusnahkan sebuah bangunan kediaman 3 tingkat di Jalan Al Mukhabarat, barat Gaza. ImageImageImage
Orang ramai berpusu-pusu berebut untuk mengangkat dan mengusung jasad salah seorang ketua Briged Al Qassam bernama Issa Abu Samad yang tewas di medan perang di Gaza hari ini.
European Union menghubungi Gaza dan meminta mereka menghentikan serangan peluru berpandu jarak dekat, atau mereka tidak akan memberi bantuan keamanan.
Akhbar Israel Yediot tadi memaklumkan Menteri Sumber Tenaga Israel mengarahkan kerja-kerja di platform Tamar dihentikan serta-merta ekoran serangan peluru berpandu Hamas.

Platform Tamar adalah pelantar minyak milik Israel di perairan Gaza.
IDF mengesahkan seorang tentera Zionis bernama Sarjan Omer Tabib terbunuh semasa serangan di sempadan Gaza hari ini. Image
Sehingga jam 5 petang waktu Gaza, Kementerian Kesihatan mengesahkan jumlah bilangan yang terkorban naik ke 56 orang termasuk 14 kanak-kanak manakala 335 cedera dan sedang dirawat.
Siasatan oleh IDF mendapati Briged Abdul Qassam telah menggunakan misil Kornet yang berteknologi tinggi untuk menyerang sekumpulan skuad elit Briged Nahal milik Zionis di sempadan Gaza petang tadi. Agak menarik kerana Kornet ini milik tentera Rusia sebenarnya.🤭 Image
Bangunan terkemuka di tengah bandar Gaza ini telah diarahkan untuk dikosongkan segera. Dipercayai ianya telah menjadi sasaran pengeboman oleh Zionis. Image
Bandar Lod yang telah lumpuh dan diisytihar darurat semalam kini terputus hubungan dengan dunia luar setelah pasukan tentera dan polis Zionis mengambil alih. Pihak media sedang cuba untuk mendapatkan maklumat dari dalam Lod.
Bandar Eilat dan Haifa milik Israel diarahkan oleh untuk buka pusat perlindungan bom mereka. Walaubagaimanapun, hingga sekarang Hamas tidak mengeluarkan sebarang pengumuman untuk menyerang bandar bandar Israel seperti dibuat oleh Hamas semalam apabila hendak menyerang Tel Aviv.
Media Israel melaporkan kabinet kerajaan Israel baru saja memulakan persidangan. Sementara itu Ketua Briged Al Qassam dan Pejuang Jihad Palestin memberi amaran:

“Kami akan berikan kalian lampu merah (siren amaran).”
Jurucakap Briged Saraya Al Quds:

“Kami sudah membuat persiapan berbulan-bulan dan kematian beberapa orang pemimpin kami tidak akan membuatkan kami berhenti, malahan kamu akan melihat serangan yang lebih dasyat.”
Zionis laknatullah baru saja menutup jalan masuk menuju Tel Rumeida dan Jalan Al Shuhada di tengah Hebron setelah pihaknya menembak seorang lelaki Palestin yang cuba menyeberangi checkpoint. Image
Satu poster baru diedarkan kepada penduduk Palestin di sekitar Jerusalem untuk mengajak mereka datang ke Al Aqsa buat menunaikan solat Aldifitri. Mereka diminta memakai tali merah di pergelangan tangan sebagai tanda bersama Gaza, Sheikh Jarrah dan Palestin keseluruhannya. Image
Menara Sharouk di Gaza baru saja dibedil oleh peluru berpandu Zionis laknatullah dan langsung jatuh menyembah bumi. Berpuluh lagi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal. Pengecut!
Berita yang baru diterima: 2 adik beradik maut selepas Zionis laknatullah mengebom kawasan Al Fakhori di Khan Yunis. Kedua anak kecil itu ialah AMMAR TAYSEER AL AMOR, 11 tahun dan HAMADA ATIYAH AL AMOR, 13 tahun. Bacakan Al Fatihah untuk ahli syurga ini!
Seorang penduduk Gaza berjaya merakam detik-detik Menara Al Sharouk dibedil Zionis laknatullah sebentar tadi. Lihatlah kegilaan Zionis laknatullah ini!
Gambar-gambar menunjukkan para ayah dan ibu mengendong anak-anak kecil dalam dakapan untuk lari dari keganasan tentera Zionis laknatullah. Tiada satu detik pun mampu untuk kita bayangkan diri kita di kedudukan yang mereka harus tempuhi setiap hari. Allahuakbar! ImageImageImageImage
Keadaan di Khan Younis. Dapat dilihat asap naik ke langit. Dilaporkan beberapa helikopter Apache milik tentera Zionis laknatullah sedang giat mengebom tempat penduduk awam di sana. Doakan mereka. Sekarang dah hampir waktu nak berbuka puasa di sana!
Serangan oleh tentera Zionis laknatullah sedang berlaku di Masjid Al Ihsan di Nuseirat di tengah Gaza. Terdapat laporan umat Islam yang cedera. Sekarang dah nak berbuka di sana, lagi beberapa minit. Laknat Allah ke atas Zionis!!!
Laporan awal mengatakan ada 3 orang mati syahid di Masjid Al Ihsan sekarang. Mereka hendak berbuka puasa di sana ya Allah. 😭
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan kenyataan bahawa mereka telah melancarkan 130 butir peluru berpandu ke bandar Ashkelon, Netivot dan Sderot. Ini adalah sebagai tindak balas ke atas Zionis yang mengebom Bangunan Al Sharouk tadi! Gambar di Sderot, Iron Dome gagal pintas. Image
Ashkelon turut baru melaporkan beberapa peluru berpandu telah mengenai banyak tempat di Ashkelon. Iron Dome gagal untuk memintas. ImageImageImage
Video yang menunjukkan kerosakan di Ashkelon setelah terkena peluru berpandu Briged Al Qassam dari Gaza.
Impak peluru berpandu Briged Al Qassam di Netivot sebentar tadi. ImageImage
Video yang merakamkan saat saat Briged Al Qassam melepaskan 130 peluru berpandu ke bandar Ashkelon, Netivot dan Sderot. Kesemua tempat ini menerima impak apabila Iron Dome gagal memintas.
Laporan awal menyebut serangan Briged Al Qassam pada waktu berbuka puasa tadi ke atas Israel telah mengorban 6 nyawa rakyat Israel. Dijangkakan malam ini akan ada pertempuran dan serangan balas yang lebih dasyat dari semalam.
Delegasi Mesir, Qatar dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menemui jalan buntu untuk tindakan genjatan senjata. Manakala Turki pula sedang bersiap sedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza.
Lagi rakaman Ashkelon ditimpa peluru berpandu Briged Al Qassam sebentar tadi.
Ini wajah-wajah pemuda Palestin yang mati syahid di Nuseirat semasa waktu berbuka puasa tadi. Mereka diserang oleh pesawat tentera Zionis yang mengsasarkan tempat awam. Image
Mesyuarat kabinet menteri Israel baru saja tamat dimana satu resolusi telah diluluskan untuk meluaskan lagi kawasan serangan ke atas Gaza di bulan Syawal. Sementara itu, Briged Al Qassam mengatakan malam ini langit Palestin akan dipenuhi dengan kemarahan dan pembalasan!!!
PM Israel Benjamin @netanyahu melalui ciapannya tadi mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha US Tony Blinken atas sokong tidak putus-putus kepada Israel untuk hak membela diri. Terbukti US adalah sekutu utama Israel. Sebelum ini Turki dan Rusia berbincang untuk masuk campur.
BRIGED AL QASSAM DAN BARISAN PEJUANG JIHAD PALESTIN MEMBERI AMARAN KEPADA ISRAEL:

"KITA AKAN BERTEMU (PERANG) JAM 9 MALAM INI").

LAGI 10 MINIT.
Penduduk Palestin digesa naik ke atap rumah masing masing untuk melihat langit yang akan bertukar merah. Allahu meremang bulu roma!!!
Perang telah dimulakan. Peluru berpandu dilancarkan menuju Ashkelon!
Poster yang dikeluarkan sebentar tadi.

"Lihatlah kematian kalian pada pukul 9 ketika langit bertukar merah." ImageImage
Siren amaran merah dibunyikan di merata tempat di Israel terutamanya Ashkelon.
Beratus peluru berpandu dilancarkan serentak menuju Yad Mordechai, Netiv Haasara, Carmia dan Ashkelon. Nantikan video dan gambar akan menyusul.
Banyak bunyi letupan kedengaran di Ashkelon sekarang ini. Iron Dome gagal untuk bertindak memintas peluru berpandu yang terlalu banyak dari Briged Al Qassam, Briged Saraya Al Quds dan barisan Pejuang Jihad Palestin.
Siren amaran merah di merata tempat sekitar Ashkelon. Image
Rakaman oleh penduduk Gaza dari atas atap. Peluru berpandu menuju Ashkelon. Boleh didengar bacaan takbir hari raya puasa di belakang. Allahuakbar!
Siren amaran merah di Ofakim. Image
Lagi video dari Gaza saat beratus peluru berpandu dilancar serentak dari Gaza menunju Ashkelon, Netiv dan lain-lain.
Video dari orang Israel merakamkan Iron Dome memintas beberapa peluru berpandu walaupun tak semua berjaya dipintas di langit Ashkelon.
Sementara itu di Lod, pertempuran antara tentera Zionis dan pemuda Palestin sedang berlaku. Masjid Besar Omari dibakar oleh orang kafir. Imam Masjid meminta pemuda Palestin naik ke kubah dan melindungi masjid ini! Allahuakbar allahuakbar
Berpuluh peluru berpandu dari Gaza menuju Tel Aviv dan Damina.
Di perkampungan Zeitoun, Gaza pembunuhan besar besaran oleh Zionis laknatullah sedang berlaku apabila tempat itu dibom oleh tentera Zionis.
Sorakan dari anak anak Gaza ketika peluru berpandu baru saja dilepaskan lagi menuju Ashkelon. Mereka berkata, setelah sekian lama mereka sengsara, enough is enough!
Penduduk di Sheikh Jarrah memohon bantuan Gaza dan Jerusalem. Mereka diserang oleh orang Israel yang ingin menghalau mereka keluar dari rumah sendiri.
Video imam Masjid Besar Omari di Lod merayu kekuatan pemuda Palestin untuk melindungi Masjid Besar Omari yang hendak dibakar oleh orang Israel.
Pertembungan antara penduduk Sheikh Jarrah dan orang Israel serta tentera Zionis tadi.
Pesawat tempur F16 milik Zionis iblis laknatullah telah mengebom sekurangnya 10 tempat di Gaza. Seluruh bandar Gaza bergegar.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan video serangan mereka ke atas sebuah pacuan empat roda Zionis laknatullah berhampiran sempadan Gaza petang tadi. Mereka menggunakan senjata jenis Kornet.
AMARAN VIDEO INI MUNGKIN MENGGANGGU JIWA.

Seorang rakyat Palestin dibelasah oleh warga Israel dibantu tentera Zionis di Acre. Kedengaran seorang wanita cemas sambil menyebut Ya Allah Ya Allah Ya Allah!
Masjid Al Aqsa ketika ini masih tenang. Takbir raya sedang berkumandang.
Sekumpulan warga Israel membelasah beramai-ramai seorang anak muda Palestin di Beit Yam tadi.
Tentera Zionis mengambil pembesar suara milik penduduk Sheikh Jarrah yang sedang bersolidariti dan menyambut malam hari raya. Booo loser!
Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Sheikh Saleh Arouri:

"Israel jangan fikir kami akan lemah apabila ketua kami telah mati syahid. Tindakan balas dan serangan kami akan bertambah. Semua usaha untuk merampas Jerusalem akan gagal, sungguh sejarah dan masa kini adalah buktinya!"
AMARAN VIDEO INI MENGANDUNGI VISUAL GANAS.

Seorang warga Palestin dipukul beramai-ramai oleh warga Israel dibantu askar Zionis sebentar tadi. Dikhabarkan mangsa kini parah dan tak sedarkan diri.

Video ini bukti kekejaman mereka.
Sheikh Saleh Aurori:

"Setakat ini kami hanya menggunakan peluru berpandu kami yang lama sahaja dan yang berlebihan. Sebenarnya kami belum menggunakan senjata kami yang moden dan padu lagi."
"Tuntutan kami hanyalah tinggalkan Al Aqsa dan serahkan Sheikh Jarrah kepada kami."
Sheikh Saleh Arouri:

"Peluru berpandu ditembak oleh Al Qassam setakat ini adalah yang daripada bekalan lama, kami dah tak mahu lagi dan ingin habiskan semuanya." 😂😂😂😂😂😂
Bank Nasional Palestin baru saja diletupkan oleh IDF.
Kumpulan penceroboh Zionis memasuki bandar Tiberia dan menyerang rumah-rumah warga Palestin sambil menjerit "Matilah lah orang Arab!"
Keadaan di perkarangan Masjid Al Aqsa ketika ini. Semalam Hamas menyeru warga Palestin hadir ke Masjid Al Aqsa dan menunaikan solat sunat Aidilfitri. Allahuakbar! Image
Imam Masjid Al Aqsa membacakan doa untuk keselamatan dan kemenangan Palestin semasa solat Subuh di pagi 1 Syawal.
Lagi gambar di waktu Subuh pada pagi 1 Syawal. Aidilfitri adalah satu perayaan penting untuk warga Palestin. Ketika ini, Zionis masih membedil Gaza tanpa henti. ImageImageImageImage
Ketika ini dapat didengar di perkarangan Masjid Al Aqsa, hadirin sedang melaungkan Demi Allah Demi Allah, bantu Gaza, Ya Allah!
Video menunjukkan rata-rata pemuda Palestin yang berani sedang melaungkan "Ya Allah Ya Allah Bantu Gaza Ya Allah. Lindungi Al Aqsa Oh Ya Allah!" di pagi 1 Syawal.

Moga Allah mencampakkan rasa yang paling berani ke dalam jiwa mereka.
Ribuan warga Palestin di Jerusalem hadir ke Masjidil Aqsa untuk sambutan 1 Syawal. Ketika ini menurut laporan, terdapat juga tentera Zionis yang mengawal di luar pintu-pintu masuk ke Masjidil Aqsa. Image
Video di perkarangan Masjidil Aqsa ketika ini untuk sambutan 1 Syawal.
Saat ini warga Palestin baru saja memulakan solat sunat Aidilfitri dengan aman tanpa gangguan Zionis laknatullah. Image
Video menunjukkan langit Tel Aviv sebelum Subuh tadi ketika ratusan peluru berpandu dilepaskan dari Gaza. Yang meletup di udara itu adalah peluru berpandu yang dipintas oleh Iron Dome.
Saat ini di perkarangan Masjid Al Aqsa. Ketika yang lelaki menunaikan solat, wanita pula sedang menjaga anak-anak dan membuat perhiasan di tiang-tiang yang ada di situ.

Sebak rasanya memandangan keadaan di luar Masjid Al Aqsa terutamanya di Gaza masih kedengaran siren amaran. ImageImage
Sungguh ini saksi bahawa warga Palestin sememangnya orang yang berani dan mempunyai sikap tawakal yang tinggi. Gambar ketika solat sunat Aidilfitri yang sedang berlangsung. ImageImageImage
Di satu sudut yang lain, kelihatan puteri puteri Palestin turut sedang menunaikan solat sunat Aidilfitri. Image
Solat sunat Aidilfitri baru saja selesai di Masjid Al Aqsa. Ketika ini khutbah sedang disampaikan. Permulaan khutbah sebentar tadi:

"Berbahagialah kalian di pagi Syawal dan jangan turunkan panji-panji kalian kerana panji Islam masih tegak berdiri."
Para jemaah di Masjid Sunni di Khan Yunis sedang menunaikan solat sunat Aidilfitri. Tahukah anda dalam masa yang sama sebutir bom baru saja dijatuhkan oleh pesawat tentera Zionis laknatullah di tengah kota Khan Yunis? Allahuakbar. ImageImageImageImage
Caught in action! Moga kamu membesar jadi pemuda yang berani dan berjasa untuk tanah air. Image
Terbaru: Presiden Turkey Erdogan
"Kami mahu serangan ke atas Al Aqsa dan Islam dihentikan. Tindakan Israel yang tidak selari dengan hak asasi dan undang-undang antarabangsa mesti ditamatkan! Saya seru seluruh dunia untuk melawan serangan Israel ke atas Masjid Al Aqsa dan Islam!"
Ibupejabat Bank Palestin di Khan Yunis baru saja terkena bom tentera Zionis laknatullah. ImageImage
Bank Palestin yang terkena bom di Khan Yunis. Image
Israel menutup operasi lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv dan memindahkan semua penerbangan ke lapangan terbang Ramon di selatan Negev lantaran isu keselamatan di Tel Aviv.
Seorang anak kecil melihat ke arah kamera ketika menunggu walinya untuk solat sunat Aidilfitri di Masjid Al Aqsa. Image
Seorang ibu sedang menawarkan kopi hangat kepada semua pengunjung yang sedang lalu lalang di perkarangan Masjid Al Aqsa.
Ketika takbir Aidilfitri berkumandang, kawasan Abu Qadra di Bandar Gaza ditimpa bom oleh Zionis laknatullah hingga menyebabkan kerosakan yang teruk.
Zionis laknatullah masih terus mengebom bandar Gaza ketika ini di pagi 1 Syawal.
Pejabat Pos Rafah di Gaza baru saja dimusnahkan menggunakan bom oleh Zionis laknatullah.
Kesan kemusnahan teruk di Bank Palestin setelah dibom tadi. ImageImageImageImage
Pembangkang kabinet kerajaan Benjamin Netanyahu kini membuat demonstrasi ke atas Perdana Menteri Israel itu kerana dituduh sengaja menghalang mereka dari mengambil alih pucuk kepimpinan. Moga porak peranda datang dari dalam mereka sendiri.
Baru jam 830 pagi, kini giliran Rafah pula menjadi mangsa pengeboman Zionis laknatullah. Mereka mensasarkan bangunan-bangunan kerajaan dan kediaman. Image
Anak-anak kecil Palestin kini sedang dihiburkan dengan kehadiran badut-badut di perkarangan Masjid Al Aqsa. Moga mereka merasa kebahagiaan ini untuk selamanya. ImageImageImageImage
Timbalan Presiden Turki baru menyatakan;

"Israel adalah teroris dan walau apa mereka lakukan, Jerusalem milik warga Palestin dan Masjid Al Aqsa adalah masjid orang Islam. Walaupun Palestin kini diserang, masih ada negara yang menyokong Israel dan menuduh Palestin tanpa malu!"
Sebuah rumah di Jalan Al Wehda, tengah Gaza baru saja dibedil oleh pesawat udara Zionis.
Bangunan Al Walid yang terletak berhampiran Menara Shawwa, kawasan Al Remal, Gaza baru saja dimusnahkan oleh pesawat tentera Zionis laknatullah. Tak tahulah apa yang dicari dalam bangunan awam ni. Keadaan kucar kacir di Gaza, pengeboman tanpa henti sekarang. ImageImage
Hospital Al Shifa di Gaza memaklumkan pemeriksaan ke atas mayat-mayat yang dibawa ke situ mendapati kesemua mereka maut akibat sesak nafas. Autopsi lanjut mendapati mangsa menyedut asap toksik namun masih belum dikenalpasti kimia apa yang digunakan.
Sedang berlangsung majlis pengebumian dua orang pejuang yang mati syahid dari kampung Al Fakhori, timur Khan Yunis. Mereka adalah AMMAR TAYSEER AL AMOR dan HAMADA ATIYA AL AMOR. Al Fatihah, syurga buat kalian. ImageImageImageImage
Wajah anak-anak Palestin yang dipotret berhadapan Qubbat As Sakhra semasa sambutan 1 Syawal di Masjid Al Aqsa. Moga mereka membesar dengan sihatnya. ImageImageImageImage
IDF baru saja mengumumkan bahawa mereka akan mengerahkan tentera mereka untuk melakukan serangan darat setelah mendapat kelulusan kabinet untuk meluaskan lagi kawasan serangan di Gaza. Di laporkan kereta kebal kini sudah berada di sempadan masuk Gaza.
Sebuah lagi bangunan dibedil Zionis sebentar tadi. Menurut IDF mereka menyerang bangunan-bangunan yang dipercayai menjadi tempat tinggal ahli Hamas. IDF juga mengatakan telah menjumpai terowong yang digunakan Hamas. ImageImageImage
Kementerian Kesihatan Palestin baru mengesahkan bahawa angka terkini korban adalah 72 orang termasuk 17 orang kanak-kanak dan 6 orang wanita.
Pesawat tentera Israel baru saja melepaskan bom di kawasan Issa Al Batran di Kem Perlindungan Al Burejj berhampiran tengah Gaza sebentar tadi. ImageImage
Raja Jordan Raja Abdullah II baru saja mengarahkan kerajaannya untuk segera menghantar bantuan perubatan dan makanan ke Tebing Barat dan Gaza.
Jaringan elektrik di kawasan Omar Al Mukhtar, Gaza dibedil Zionis mengakibatkan keseluruhan kawasan terputus bekalan elektrik. Kerja-kerja pemulihan sedang giat dijalankan.
Briged Al Qassam yang merupakan pejuang barisan hadapan melawan Zionis laknatullah baru saja mengeluarkan video sempena Syawal. Video ini memaparkan doa kepada Allah untuk kemenangan dan keselamatan Palestin dan Al Aqsa. Berlatar belakangkan tentera berbaju serba hitam.
Media Israel melaporkan sebuah kenderaan milik tentera Zionis baru saja dibedil oleh Briged Al Qassam menggunakan peluru berpandu berteknologi tinggi Kornett yang mampu mensasarkan target secara tepat. Image
Laporan awal memberitahu 4 anggota tentera Zionis pangkat tinggi maut dalam insiden sebentar tadi.
Penduduk Gaza baru saja diberi amaran untuk tidak menggunakan motorsikal atau kereta di atas jalanraya. Tentera Zionis sedang membuat serangan rawak ke atas Gaza.
Gaza bergegar lagi apabila Zionis laknatullah menjatuhkan bom secara rawak di pelbagai lokasi sekarang. Doakan mereka yang di Gaza. Hari ini masuk hari keempat sejak perang mula tercetus antara Palestin dan Israel.
Kawasan jajahan Israel, Netivot dikatakan menerima hujan peluru berpandu dari arah Gaza sekarang. Gambar menunjukkan Iron Dome telah memintas beberapa peluru berpandu. ImageImage
Pesawat Lockhead C-130H Hercules milik tentera udara Zionis dilihat sedang melintas Ashkelon saat ini. ImageImage
Kementerian Kesihatan Palestin baru saja mengesahkan angka kematian meningkat kepada 83 orang termasuk 17 kanak-kanak dari 72 orang sejak dikemaskini beberapa jam yang lalu.
Radio tentera Zionis memberi amaran kepada penduduk Ashkelon untuk berlindung diri kerana dipercayai serangan ke atas Ashkelon akan meningkat mendadak dalam jam berikutnya.
Video yang sedang hangat tular di Palestin. Sebuah keluarga dirempuh rumah mereka secara ganas oleh Zionis laknatullah malam tadi.
Kolej Universiti Rabat di Gaza baru saja dibedil bom oleh Zionis laknatullah. Sementara itu, Hamas berkata Briged Al Qassam sudah bersedia menggunakan 'stok' baru peluru berpandu mereka yang lebih canggih untuk serangan dalam jam-jam mendatang. Allahuakbar!
Penduduk Sderot mula bertempiaran lari setelah hujan peluru berpandu turun di sana. Kebanyakan mereka menuju ke kawasan sekitar Laut Mati. Image
Sedang berlangsung majlis pengebumian salah seorang ketua Briged Al Qassam yang mati syahid dalam pertempuran melawan Zionis semalam. Al Fatihah. Image
Delegasi Majlis Keselamatan dari Mesir baru tiba di Tel Aviv sebentar tadi. Walaubagaimanapun, kabinet Benjamin @netanyahu semalam sebulat suara menolak rancangan genjatan senjata.

Di Gaza, Masjid Al Hawa menerima amaran bahawa ianya akan menjadi sasaran tembakan peluru Zionis.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan pesanan:

"Wahai saudara kami, tolong jangan menggunakan media sosial dan merakam saat-saat kami melepaskan peluru berpandu ke arah musuh kerana ia membahayakan pertahanan kami jika lokasi kami diketahui. Jadilah pelindung kami disini."
Seorang wanita merakam saat-saat kawasan tempat tinggalnya dibom dan letupan berlaku betul-betul di depan matanya di Gaza. Allahuakbar!
Seorang penduduk Gaza merakam imej statik apabila sebuah peluru berpandu Zionis jatuh ke atas sebuah rumah. Image
Persona paling digeruni oleh Israel dalam Briged Al Qassam, Abu Ubaidah akan membuat ucapan sebentar nanti. Image
Amerika Syarikat menggunakan kuasanya untuk menghalang Majlis Keselamatan PBB daripada mengeluarkan kenyataan media menghentam tindakan ganas Israel. Dilaporkan 14 daripada 15 ahli Majlis Keselamatan telah bersetuju dengan kenyataan media itu. Pengecut punya Amerika!
Zionis kini sedang mencari rumah salah pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh yang berada di Kem Pelarian Al Sharati dan bersedia mengarahkan pesawat tenteranya untuk mengebom kawasan tersebut. Image
Abu Ubaidah sedang memberi ucapan secara langsung kepada semua. 18.4 ribu orang sedang menonton termasuk saya. Image
"Wahai saudara kami dan barisan pertahanan kami, terima kasih dan tahniah kepada kalian walaupun ada yang sedang luka di hari raya Syawal ini. Perang Pedang Al Quds Jerusalem adalah untuk meraih kebebasan dan mencapai kemenangan untuk Palestin dan Sheikh Jarrah."
"Percayalah, kami mempunyai bekalan senjata yang banyak yang kalian tidak sangkakan, angkatlah tangan dan senjatamu, banggakan barisan pertahanan kamu, pejuangnya, para syuhada dan semua yang melawan Israel."
"Wahai Israel, amatlah mudah untuk kami menyerang kalian lebih mudah daripada hendak meminum air jika kesabaran kami terus diuji dan kesucian Palestin dicemar."
"Wahai Israel, walaupun kita berbeza kemampuan senjata, namun peluru berpandu yang kami lancarkan ke atas kalian sangatlah besar, tiada mana mana negara yang berani melakukan hal itu kepada kalian sejak peristiwa Nakba!"
"Wahai Israel, kamu tidak akan dapat apa apa daripada kami melainkan pedang Al Quds dan api dan masa depan yang terpecah sebagai bukti. Kumpulkan lah apa saja kalian ada, kerana kami telah siap sedia untuk bawa kematian kepada kalian dan buat kalian memaki diri sendiri!"
"Wahai saudara saudara kami di seluruh Tebing Barat, senjata kami adalah senjata kamu, darah kami adalah darah kamu dan masa depan kamu adalah masa depan kami!"
Tel Aviv dan Beersheva baru saja mengaktifkan siren amaran merah mereka. Setelah ucapan daripada Abu Ubaidah tadi, dijangkakan serangan malam ini akan ditingkatkan ke Tel Aviv.
Abu Ubaidah;

"Dengan arahan Ketua kami Khaled Muhammad Al Deif, dengan ini kami melancarkan peluru berpandu ke arah Lapangan Terbang Ramon menggunakan peluru berpandu Ayyash 250 yang mampu pergi 250 km dan kesan binasa yang besar. Ini untuk Al Aqsa dan para syuhada kami!"
Serangan ke arah Lapangan Terbang Ramon baru dimulakan. Briged Al Qassam menggunakan senjata baru iaitu Ayyash 250 yang boleh terbang sejauh 250km dan kesan binasa yang lebih dasyat. Sebelum ini Lapangan Terbang Ben Gurion telah ditutup dan dipindah ke Lapangan Terbang Ramon.
Abu Ubaidah:

"Kami menggunakan Ayyash 250 untuk memberitahu musuh kami bahawa dari utara ke selatan Palestine, kami mampu pergi. Ini lah senjata pemusnah kami yang baru terbang ke langit Palestin ke arah target kami dengan izin ALLAH YANG BERKUASA!"
Nama peluru berpandu Ayyash diambil sempena nama pembuatnya Yahya Ayyash. Seorang jurutera;ketua bahagian pembuatan senjata Briged Al Qassam. Beliau sangat digeruni Israel kerana kecerdikannya. Ayyash 250 adalah buatan Briged Al Qassam 100% dan bukan dari negara luar! Allahuakbar Image
Kata pagar #عياش_250 🇵🇸 atau (#Ayyash250) sedang trending di Palestin.
ISRAEL MENGISYTIHARKAN 70% KAWASAN JAJAHANNYA TELAH DIHUJANI PELURU BERPANDU #AYYASH250!!!! ALLAHUAKBAR!!!
Israel memaklumkan berpuluh bangunan di Tel Aviv dan Beersheva ditimpa #Ayyash250. Iron Dome gagal memintas kebanyakan daripadanya.
MEDIA ISRAEL MEMBERITAHU BENJAMIN NETANYAHU DAN BEBERAPA PEMIMPIN LAIN TELAH MEMASUKI BUNKER BOM UNTUK PERLINDUNGAN. ALLAHUAKBAR! #Ayyash250
Video baru diterima. Kesan impak #Ayyash250 berhampiran Zohar, Israel!
Sebahagian tubuh #Ayyash250 yang jatuh sebentar tadi di tanah jajahan Israel. Image
LAPANGAN TERBANG RAMON BARU SAJA DIISYTIHARKAN LUMPUH DAN DITUTUP. INI BERMAKNA KEDUA DUA LAPANGAN TERBANG ISRAEL TELAH LUMPUH. ALLAHUAKBAR! #Ayyash250
Israel memberitahu serangan #Ayyash250 sangat pantas hingga ada beberapa tempat tidak sempat untuk dibunyikan siren amaran dan terus hentam. Benar janji Abu Ubaidah semalam, stok baru senjata mereka akan bawa neraka pada Israel.
Briged Al Qassam memberitahu mereka kini bersedia melepaskan dron dron pemusnah ke arah Israel.
Media Israel melaporkan hospital hospital menerima jumlah pesakit yang ramai apabila mereka datang mengadu anxiety attack.
Laluan udara antarabangsa Israel kini ditutup ekoran kedua lapangan terbangnya lumpuh. Kesemua penerbangan dibatalkan. ImageImage
Media Israel melaporkan penduduk di sempadan Gaza diarahkan untuk memutuskan semua hubungan elektronik mereka selepas mendapat risikan bahawa Briged Al Qassam sedang menggodam sistem Israel untuk mendapatkan maklumat.
Seorang wanita Israel dirakam sedang mengalami anxiety attack apabila mendengar bunyi siren walaupun sebenarnya tak ada apa pun di langit. Kesian ek kesiann
Poland baru saja mengumumkan mereka membatalkan semua penerbangan ke Israel.
Allahuakbar IDF memaklumkan mereka tidak mampu memintas 100% roket #ayyash250 kerana terlalu banyak. Sementara itu, media Israel melaporkan ada glitched di dalam sistem komputer mereka dipercayai sedang digodam.
Serangan drone berani mati di Israel oleh Briged Al Qassam sekarang. Nachal Oz dan Alumim membunyikan siren amaran drone setiap 10 minit. Setakat ini IDF hanya berjaya memusnahkan 1 drone sahaja. Serangan masih diteruskan.
Poster yang dikeluarkan oleh Briged Al Qassam. Mereka gelar perang ini sebagai Perang Pedang Al Quds atau Battle of The Al Quds Swords. Setakat ni kejayaan besar adalah mengebom Lapangan Terbang Ramon yang pertama kali diserang dalam sejarah. Image
Parti Politik Pembangkang Israel menyalahkan Netanyahu kerana membawa seluruh Israel ke lembah kekacauan ini. Mereka sudah mula bergaduh antara satu sama lain.
IDF baru saja memanggil 7000 askar simpanan mereka untuk masuk bertugas. Keadaan semakin dasyat di seluruh tanah jajahan Israel.
Media Israel melaporkan bahawa Hamas telah membawa perang yang sangat hebat ke atas Israel, paling hebat dalam sejarah dan Israel di ambang kekalahan. Ini bukan kerana banyaknya roket Briged Al Qassam tetapi kerana kecerdikan mereka memintas Israel yang leka dan tak cakna.
Briged Al Qassam:

"Kami perkenalkan drone berani mati buatan tangan;bernama Shehab. Drone ini akan menuju base tentera kalian di sepanjang tebing Gaza. Ini adalah tindak balas kerana kamu membunuh ketua dan jurutera kami semalam. Kami janji kalian akan terima yang lebih dasyat."
China dan Norway baru saja menggesa Persatuan Bangsa Bangsa bersatu untuk satu sesi meja bulat bagi menghentikan kegilaan di Tebing Barat sekarang.

Presiden Palestine petang tadi memberitahu "dont beg to me, beg to the people of Gaza instead."
Nama drone berani mati baru Briged Al Qassam; Shehab, diambil namanya sempena jurutera ulung Briged Al Qassam, pakar bahan letupan yang telah syahid iaitu Shihab Al Natsheh. Tadi Ayyash pun nama jurutera mereka yang hebat.
Anda nak lihat macam mana rupa drone Shihab? Ni lah dia. Briged Al Qassam baru keluarkan video drone Shehab berani mati mereka yang kini telah terbang ke merata tempat di Israel. Drone ini buatan tangan mereka sendiri. Buatan jurutera hebat mereka sendiri. Dengan nama Allah.
Telah berlaku satu pembunuhan dasyat di kem Bureij di tengah Gaza apabila Israel menjatuhkan sebuah bom tepat ke atas rumah yang sarat dengan orang awam. Pasukan Bulan Sabit Merah masih sedang mengeluarkan mangsa mangsa dari timbunan. Al Fatihah.
Presiden Rusia Vladimir Putin baru saja menelefon Setiausaha Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu, Guterres untuk memberi pesan kepada Israel: "STOP THE VIOLENCE IMMEDIATELY!"
Rumah seorang ketua Briged Al Qassam, Abu Anas Shabana baru saja diletupkan di Gaza. Namun dipercayai Abu Anas tiada di situ semasa kejadian sebentar tadi.
Bandar Rafah, 30 km dari Bandar Gaza sekarang sedang dasyat dijatuhkan bom secara rambang oleh Zionis. Doakan mereka!
Correspondent media Palestin di Gaza sekarang memaklumkan bahawa sebuah pesawat menjatuhkan bom ke atas sebuah taman permainan. Ketika itu, ada seorang kanak-kanak sedang bermain buaian ditemani ibu dan kakaknya. Ketiga-tiga mereka dipercayai telah meninggal dunia. Al Fatihah.
Orang ramai berpusu-pusu mengambil kesempatan untuk solat jenazah dan mengebumikan 13 syuhada yang maut hari ini. Ya Allah, jemputlah mereka ke syurgaMu dengan ucapan dariMu sendiri ya Allah. Salamun qaulan min rabbi rahim. ImageImageImageImage
Pasukan Bulan Sabit Merah dan orang ramai telah berjaya mengeluarkan 3 sekeluarga yang maut apabila rumah mereka ditimpa bom Zionis di Buirejj sebentar tadi. Ketiga-ketiga mereka maut. Al Fatihah. Image
Briged Saraya Al Quds memaklumkan mereka baru saja mensasarkan peluru berpandu mereka ke sebuah tapak di mana beberapa Iron Dome Zionis laknatullah diletakkan berhampiran Nir Ishaq.
Video yang dirakamkan dari rumah seorang Yahudi di Sderot sebentar tadi menunjukkan Iron Dome sedang cuba memintas #Ayyash250
Seluruh kawasan utara Beersheva kini diisytiharkan bahaya. Siren amaran tanda merah diaktifkan di setiap tempat. Image
Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza. Beliau mengajak pemimpin-pemimpin dunia untuk "take a stand or shame on you!".
Briged Al Qassam berkata mereka baru saja melancarkan roket balistik Q20 ke arah Israel. Roket Q20 adalah antara roket awal yang dicipta oleh jurutera Briged Al Qassam. Roket ini adalah jenis "self guided" dan mampu pergi pada jarak dekat sahaja sekitar 5-20 kilometer. Image
Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu berkata mereka akan bersidang untuk kali ketiga esok bagi membincangan isu Palestin-Israel. Tiada yang mampu menggoncang Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu melainkan Palestin. Pening kepala semua negara, takut punya pasal.
Amerika Syarikat baru saja mengumumkan mereka telah memanggil pulang kesemua 120 orang tentera mereka yang berada di Israel sekarang atas isu keselamatan setelah melihat keadaan di sana yang makin meruncing.
Beberapa buah negara lain dikhabarkan akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat untuk memanggil pulang rakyat mereka yang berada di Israel atas isu keselamatan.
Satu poster baru saja diedarkan oleh Briged Al Qassam dengan mesej dalam Bahasa Ibrani dan Arab berbunyi:
"Celaka atas kalian, akan kami berikan neraka." Image
Kementerian Kesihatan Palestin baru mengemaskini data mereka dimana 87 orang telah mati syahid setakat ini termasuk 18 kanak kanak dan wanita.
Media Palestin baru saja memaklumkan bahawa pihak tentera Zionis laknatullah telah melepaskan bom gas phosphorus di Al Atatra, Beit Lahiya, Lod. Lod kini sedang darurat setelah lumpuh semalam. Tentera dan polis Israel sedang ambil alih. Ini kesalahan antarabangsa!
AMARAN VIDEO INI MENGANDUNGI VISUAL BERDARAH

Sebuah peluru berpandu Briged Al Qassam telah mengenai sebuah kenderaan yang membawa 4 orang polis Israel di Beersheva. Seorang cedera parah manakala yang lain maut.
Presiden Perancis Emmanuel Macron memberitahu bahawa mereka berhasrat untuk membawa keamanan ke atas perang yang sedang berlaku dengan cara bekerjasama antara pihak Israel dan Palestin. Image
Seorang warga Israel bertindak mengejar orang awam Palestin dengan sebilah pisau rambo.
IDF mengarahkan 9000 askarnya untuk bersedia di sempadan Gaza. Dilaporkan mereka bersedia untuk operasi secara jalan darat.
Jurucakap kepada Perdana Menteri @netanyahu berkata bahawa pihak Hamas yang berhasrat ingin meneruskan lagi perang ini, mereka yang terlebih dahulu menyerang Jerusalem.
Akhbar The Times of Israel melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Benny Gantz baru saja meluluskan perekrutan lagi 9000 askar simpanan yang terdiri daripada unit kombat dan pusat arahan. Image
Zionis dilaporkan sedang melakukan pembunuhan beramai-ramai di kampung Bedoin dan Beit Hanoun di utara Gaza, pertempuran senjata hebat sedang berlaku. Sementara itu sebuah kenderaan wartawan di Beit Hanoun telah diserang Zionis, 3 cedera.
Bandar Negev di kawasan tanah jajahan Israel baru saja mengaktifkan siren amaran merah selepas beberapa peluru berpandu dikatakan dilepaskan menuju kawasan itu. Image
Agensi berita Shehab baru melaporkan Briged Al Qassam telah berjaya memusnahkan 2 Iron Dome milik tentera Zionis laknatullah di Khan Yunis. Image
Satu keluarga baru dikeluarkan dari runtuhan sebuah rumah di Sheikh Zayed.
Raafat Muhammad At-Tanani, 39 tahun
Rawiyah Fathi At-Tanani, 37 tahun
Ismail Raafat At-Tanani, 7 tahun
Adham Raafat At-Tanani, 6 tahun
Amir Raafat At-Tanani,5 tahun
Muhammad Raafat At-Tanani, 4 tahun
Kumpulan pemuda Palestin baru saja tiba dari Jerusalem bagi melawan penduduk Israel yang dikatakan akan melakukan upacara ala The Purge di sana. Mereka melaungkan sokongan demi Palestin, demi Al Aqsa.
Tentera Zionis laknatullah kini sedang menyasarkan sebuah rumah milik keluarga Al Rantisi di kawasan Al Jeneina, belakang Masjid Istiqomah di Rafah. Pengeboman di Rafah telah berlangsung beberapa jam.
Gambar menunjukkan seorang lelaki yang sedang duduk di atas timbunan rumahnya yang telah dibom oleh Zionis laknatullah. Hey @IDF, does this man look 'dangerous' to you? In the name of Prophet Jesus, stop attacking the civilians. ImageImage
Pertempuran antara orang Yahudi dan orang Palestin di Lod.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan video terbaru mereka yang mempamerkan peluru berpandu #Ayyash250. Peluru berpandu ini adalah buatan mereka sendiri dan mampu pergi sejauh 250km dan memberi impak besar. Allahuakbar!
Beberapa buah howitzer milik tentera Zionis dilihat telah berada di sempadan Gaza. ImageImageImage
Beberapa orang kanak-kanak yang menjadi mangsa kekejaman tindakan pengeboman Zionis laknatullah di Rafah petang tadi. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak. ImageImage
Zionis laknatullah hari ini bertanggungjawab di atas kematian seorang bayi bernama IBRAHIM AL RANTISI semasa mengebom sebuah rumah yang didiami oleh sebuah keluarga di Rafah pada petang 1 Syawal.

Media Palestin meminta gambar ini disebarkan sebagai bukti kekejaman Zionis. Image
Briged Al Qassam baru saja melancarkan serangan ke atas Ashkelon. Beberapa impak ke atas bandar tersebut telah berlaku. ImageImage
ALLAHUAKBAR MEDIA ISRAEL MELAPORKAN TERDAPAT 3 PELURU BERPANDU DATANG DARI ARAH AL QIQALAH DI SELATAN LUBNAN!!!! PELURU BERPANDU PERTAMA DARI LUAR GAZA!!! LUBNAN KE ISRAEL LEBIH KURANG 500KM!!!
Perdana Menteri Lubnan Saad Hariri, anak kepada Rafiq Hariri sudah bertahun mengecam Israel dan keganasan mereka ke atas negara lain.
Risikan Israel mengatakan negara kedua yang akan melepaskan peluru berpandu ke arah Israel ialah Syria. Israel sebelum ini juga telah melakukan keganasan ke atas Syria.
Presiden Mahmoud Abbas:

"Salam Rasulullah. Jika nyawa saudara kamu gugur, Allah akan meletakkan rohnya berada bersama burung hijau dan tinggal di istana emas syurga. Jika mereka minum dari sungai syurga, pasti mereka akan berkata "andai kalian tahu apa Allah telah sediakan."
Media Israel mengatakan insiden melibatkan peluru berpandu Lubnan itu telah mengenai Bandar Galilee. Tentera Israel sekarang dikerah untuk mengawal ruang udara sempadan Lubnan-Israel. Gambar menunjukkan saat peluru berpandu Lubnan jatuh di Galilee. Image
Media Israel melaporkan bahawa peluru berpandu dari Lubnan itu telah dilancarkan oleh kumpulan militan yang berada di sempadan Lubnan-Israel dan bukan dari tentera Lubnan.
Media Israel mula menyalahkan Syed Hassan Nasrullah yang merupakan ketua angkatan militan jihad Islam, Hezbollah sebagai terlibat dalam insiden peluru berpandu dari Lubnan tadi. ImageImageImage
Kementerian Kesihatan Palestin mengemaskini angka korban seramai 103 orang, termasuk 27 kanak-kanak dan 11 wanita manakala 580 yang lain cedera.
Briged Al Qassam melaporkan mereka telah melepaskan 90 butir peluru berpandu ke arah Ashkelon. Video menunjukkan Iron Dome cuba memintas sebentar tadi.
Abu Ubaidah:

"Kami maklum tentang ugutan Israel untuk serangan darat dan dengar apa aku ingin katakan; insyaAllah setiap serangan di darat adalah peluang kami untuk mematikan musuh kami dan menjadikan mereka tawanan. Kami bersedia, dengan izin Allah, mengajar mereka kesakitan." Image
Sekumpulan penduduk Israel dengan ditemani tentera Zionis dikatakan telah memasuki Sheikh Jarrah. Warga tempatan melaporkan bahawa satu serangan telah diarahkan untuk dijalankan di sini ke atas penduduk Palestin.
Fokus kini beralih ke Sheikh Jarrah, tempat dimana bermulanya isu yang membawa ke peperangan Israel Palestin sekarang. Penceroboh Israel mula mengasari penduduk tempatan Sheikh Jarrah sambil diperhatikan oleh tentera Zionis laknatullah.
Peluru berpandu Briged Al Qassam terkena sebuah bangunan di Ramla.
Sekumpulan warga Yahudi yang cuba masuk ke kawasan perumahan warga Palestin di Akra gagal apabila pengawal keselamatan menembak pistol ke udara sebagai amaran. Akra sebelum ini menjadi tempat pertempuran namun sejak malam tadi, Akra sedikit tenang.
Sebuah lagi video menunjukkan impak di Ramla. Namun kali ini peluru berpandu dari Gaza itu jatuh di sebuah padang terbuka.
Lapangan Terbang Ben Gurion yang telah ditutup sejak 2 hari lepas selepas dibedil peluru berpandu Briged Al Qassam baru saja membunyikan siren amaran merah mereka.
Jurucakap Briged Jerusalem, Abu Hamza:

"Kami ingin tegaskan sekali lagi kepada musuh kami yang bodoh, Gaza adalah tempat yang kamu akan menyesal untuk datang. Tanyalah saja pada Ghassan Alayyan dan tikus-tikusnya semasa mereka berhasrat melakukan serangan darat di Gaza."
Jurucakap Briged Jerusalem, Abu Hamza:

"Pasukan kami akan terus berada di sini tak berganjak. Kami masih mampu melawan walau beratus serbuan dan kemusnahan yang kamu Zionis lakukan. Kalian tidak akan mematahkan semangat kami untuk melindungi orang-orang kami, demi Allah."
Ketua Delegasi Nasional Palestin:

"Dengan semangat keazaman kami dan demi kebenaran, pasukan pejuang Palestin ingin memberitahu kamu wahai Israel bahawa Israel adalah sebuah entiti yang rapuh dan lemah!"
Seorang jurugambar Shauban ElSousi memuatnaik beberapa keping gambar seorang anak kecil yang memeluk patung beruang pink sedang duduk di atas runtuhan rumahnya di Gaza. ImageImageImageImage
Ucapan Abu Hamza dari pasukan Briged Saraya Al Quds Jerusalem sebentar tadi. Sebahagian terjemahan semasa live tadi ada tweets atas.
Video menunjukkan seorang rekrut pasukan simpanan tentera Zionis yang menangis meronta untuk tidak dihantar ke sempadan Gaza kerana takut mati. Inilah sikap sebenar kebanyakan daripada mereka. Pengecut!
Seorang pemuda Palestin tanpa senjata telah dibelasah oleh sekumpulan tentera Zionis di Haifs. Laknat Allah ke atas Zionis.
Berpuluh peluru berpandu Sejjil baru saja dilepaskan dari Gaza ke arah pangkalan tentera udara Hatzerim yang merupakan tempat Zionis melancarkan banyak serangan ke atas Gaza.
Polis Israel dan pemuda-pemuda Palestin sedang bertempur di Bandar Baqa Al Gharbiya sekarang .
Pertempuran juga dilaporkan sedang berlaku di Ma'ale Adumim di timur Jerusalem dengan kebakaran di beberapa tempat.
Gaza dalam keadaan cemas sekarang apabila IDF memulakan serangan udara dan darat. Walaupun telah diberi amaran oleh Briged Al Qassam dan Briged Saraya Al Quds untuk tidak teruskan. Seorang penduduk Gaza menyifatkan malam ini sebagai malam paling menakutkan dalam hidupnya.
Netanyahu mengumumkan pasukan darat Zionis kini menyertai serangan ke atas Gaza. "Tonight Gaza will fall." ujarnya.

Video menunjukkan keadaan Gaza sekarang. Saya tahu ramai rakyat Malaysia tengah tidur sekarang tapi kalau ada yang baca sekarang, Gaza sangat memerlukan doa kita.
Zionis laknatullah mendapat arahan Netanyahu untuk masuk dari utara, timur, barat dan selatan Gaza melalui jalan darat. Netanyahu berkata:

"Kami sudah ingatkan Hamas yang mereka perlu bayar semua ini dengan darah mereka. Itu yang kami sedang lakukan. Gaza akan jatuh."
Tembakan senapang dan letupan bom dapat didengari di seluruh Gaza sekarang. Seorang penduduk mengatkan dia dapat merasakan gegaran di cermin bilik rumahnya. Ya Allah, bantu Gaza malam ni ya Allah.
Tentera Zionis laknatullah baru saja meledakkan bom gas phosphorus di timur Al Senati dan Khuzaa, timur Khan Yunis.
Abu Ubaidah:

"Musuh kami sedang menjalankan operasi yang bertujuan untuk sabotaj dan memusnahkan Gaza, ini adalah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan kami. Namun kami tak akan lemah, insyaAllah kami tak akan lemah."
Lebih daripada 100 bom dijatuhkan di seluruh Gaza. Letupan tak henti-henti.

Mana yang bangun Subuh tu, doa banyak banyak. Saya pun tak sanggup nak baca semua rintihan penduduk Gaza sekarang. Semua menangis.
Ambulans mengalami kesukaran untuk ke tempat tempat yang dibom kerana Zionis telah memusnahkan jalan utama di Al Amria dan Al Tawam.
Berita Palestin melaporkan tentang operasi darat Zionis ke atas Gaza sekarang.
Correspondent dan penduduk Gaza kini tidak dapat memberitahu dunia tentang apa yang berlaku sekarang. Keadaan teramat kucar kacir dengan elektrik mula terputus. Mereka sedang dalam kegelapan dengan tiada tempat perlindungan untuk dituju. Wahai Al Qasam, hadirlah.
Serangan udara secara rambang sedang berlaku di merata tempat di Gaza.

Bangun solat subuh dan doakan mereka!
3 keluarga iaitu keluarga Naseer, Al Yazji dan Fayyad maut semuanya setelah dibunuh oleh Zionis di Beit Hanoun.
Israel melaporkan Al Qassam membalas serangan dengan melancarkan berpuluh peluru berpandu ke arah Ashdod.
Bangunan bangunan di utara Gaza sedang dibom secara rambang. Waktu di sana sekarang ialah jam 1 pagi. ImageImage
Penduduk Gaza melaungkan nama Allah dan memanggil "Oh Abu Ubaidah Oh Abu Ubaidah!"
Imej satelit menunjukkan kawasan sumber elektrik di Askhelon diletupkan oleh Briged Pejuang Palestin. Image
Bangunan bangunan di Gaza mulai bergegar akibat bedilan tanpa henti peluru berpandu Zionis ke atas tanah Gaza sekarang. Letupan besar selang seli.

Tolong semua doakan Gaza, biar para Malaikat angkat doa kita terus ke Arasy Allah. InsyaAllah siapa tahu ada doa antara kita makbul.
"Ya Allah Ya Allah"

Jam sekarang menghampiri 1.30 pagi. Bom masih meletup di merata tempat.
Tu bukan matahari terbit tapi letupan besar di bandar Gaza baru sahaja tadi. Jam sekarang 130 pagi di sana. Allahuakbar tolong doakan lah. 😭😭😭 ImageImageImageImage
Rumah sebuah keluarga baru saja dibom. Allahu boleh dengar suara anak kecil dan wanita. Gaza perlukan doa kita!
Seorang warga Palestin mengatakan:

"Aku akan rakam dan bersiaran lamgsung kejadian yang menimpa kami supaya kalian tahu di mana nak cari mayat kami nanti."
Media Palestin menafikan satu serangan darat berlaku namun apa yang digembar-gemburkan IDF dan Netanyahu cuma sekadar propaganda untuk menakutkan Gaza.
IDF kini mengalami konflik dalaman apabila jurucakap tenteranya Avichai Adrai membuat pernyataan palsu kepada media internasional tentang ground invasion di Gaza. Avichai telah menarik balik pernyataannya. Namun serangan udara masih diteruskan dari semua arah termasuk pantai.
Tiada kata dapat menjelaskan keadaan di Gaza yang sarat menerima serangan udara. Letupan selepas letupan pada jam 2 pagi waktu tempatan.
Dua orang kanak-kanak terkejut ketika sedang berselimut apabila bunyi letupan yang kuat berlaku di luar rumah tadi. Allahuakbar. Apa yang dicari oleh Israel di rumah awam?
Rakaman suara penduduk Gaza yang berada dalam keadaan cemas apabila serangan udara tak henti-henti sejak lagi. Di awal hari syawal kedua, mereka terpaksa berdepan dengan takut. Tapi mulut masih tak lekang dengan nama Allah dan syahadah.
Setakat jam 12.30 waktu Malaysia, 115 orang telah dilaporkan mati syahid di Palestin dengan 27 daripadanya adalah kanak-kanak dan 11 wanita manakala 600 yang lain cedera. Sementara itu, US menghalang rakyatnya pergi ke Tebing Barat atas isu keselamatan. Semua penerbangan dibatal.
Beberapa peluru berpandu dilancarkan oleh Briged Al Qassam ke arah Ashkelon untuk melumpuhkan aset-aset penting Israel. Ashkelon merupakan sebuah bandar di pinggir laut dimana terletaknya Sea Water Reverse Osmosis Plant, tempat Israel proses air laut untuk dijadikan air terawat. Image
Gambar menunjukkan keadaan Gaza pada pagi tadi setelah menerima lebih daripada 100 butir peluru berpandu oleh skuad tentera udara Zionis. ImageImageImage
Penduduk di Beit Hanoun hanya mampu melihat kesan kerosakan ke atas rumah-rumah mereka yang dibom secara rambang oleh Zionis malam tadi. Keseluruhan kejiranan ini telah musnah menyebabkan berpuluh keluarga hilang tempat tinggal.
Gambar menunjukkan kemusnahan sebuah kawasan kejiranan di Beit Hanoun selepas dibedil Zionis. Mengikut media Israel, IDF telah menjatuhkan lebih daripada 160 butir peluru berpandu di seluruh Gaza malam tadi sahaja. Gaza menjadi sasaran kerana mereka percaya markas Hamas disitu. ImageImageImageImage
Proses pemindahan beberapa keluarga yang hilang tempat tinggal akibat pengeboman dasyat di Gaza. Dilaporkan mereka akan ditempatkan di sebuah sekolah di pinggir bandar Gaza. ImageImageImageImage
Seorang kanak-kanak perempuan ini hanya mampu membaca Quran dengan suara yang keras tatkala Gaza dibom.

Sedengar telinga saya, surah yang dibaca adalah Surah Ar Rad (Petir) bermula ayat 15 dan 16. Ayat ini menyebut kekuasaan Allah sebagai pentadbir dunia dan tempat berlindung.
Beberapa buah keluarga yang terdiri dari kanak-kanak, wanita dan orang tua kini berlindung di fasiliti milik Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu. Kesemua mereka telah hilang tempat tinggal sejak pengeboman dasyat Zionis malam tadi. Image
Baru beberapa minit yang lalu, jet pejuang Zionis mengebom tempat tinggal milik keluarga Ashour di kawasan kejiranan Al Daraj di bandar Gaza. Laporan rasmi angka kematian adalah 119 orang termasuk 31 orang kanak-kanak. Image
Media melaporkan kemusnahan ditanggung Gaza akibat pengeboman dasyat malam tadi adalah antara paling teruk dalam sejarah. Zionis mensasarkan rumah-rumah orang awam di kawasan komuniti kejiranan. ImageImageImage
Media Israel melaporkan angka terkini korban peluru berpandu Briged Al Qassam yang membedil Ashkelon, Ashdod, Sredot, Nevgot dan lain-lain tempat kini ialah 7 orang dan 500 cedera ringan dan mengalami anxiety attack.
Jurucakap Briged Al Qassam berkata mereka baru saja berjaya membedil sebuah kilang bahan kimia milik Israel di Nir Oz menggunakan drone gempur berani mati Shehab. Kelmarin, Briged Al Qassam juga berjaya membedil sebuah tangki minyak berhampiran Ashkelon.
Dua buah kenderaan pacuan empat roda yang membawa tentera Zionis laknatullah terpaksa berpatah balik dan lari setelah diserang menggunakan batu bata oleh penduduk lokal di perkampungan Nabi Saleh.
Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan pintu sempadan Palestin-Mesir akan dibuka bagi membenarkan mereka yang cedera dapat di hantar ke hospital-hospital di Mesir ekoran pertambahan bilangan mangsa. Sempadan Palestin-Mesir terletak berhampiran Rafah. Image
Pasukan-pasukan pejuang Islam Palestin dalam satu kenyataan memberitahu penduduk Palestin untuk sama-sama turun ke jalanan selepas waktu solat Jumaat sebagai tanda sokongan kepada Gaza dan Jerusalem yang kini telah bertukar menjadi medan perang.
Sekumpulan besar warga Jordan kini berada di sempadan Jordan-Palestin sambil dikawal oleh polis Jordan. Dilaporkan mereka berada di sini untuk memberi tanda solidariti bersama saudara seagama di Palestin. Sempadan Jordan-Palestin terletak di Jerusalem bersebelahan Amman.
Sekumpulan penganut Kristian dari bandar Jerusalem tiba di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah bagi menunjukkan solidariti mereka. Penganut Kristian juga pernah dilaporkan menerima layanan teruk daripada Zionis. Penganut Kristian membentuk 2% populasi di Israel. Image
Kumpulan besar warga Jordan sebentar tadi mendesak kerajaan Jordan untuk membuka sempadan mereka di Amman bagi membolehkan mereka masuk ke Jerusalem. Mereka kini berada di pos kawalan sempadan Jordan-Palestin. Image
Kumpulan besar warga Jordan yang sedang berada di sempadan Amman-Jerusalem.
Kumpulan besar warga Jordan di sempadan Amman-Jerusalem berkata sekarang bukan lagi masa untuk mereka cuma melihat dari jauh. Dikhabarkan mereka baru solat Jumaat dan terus menunggu di sempadan hingga pintu Amman-Jerusalem dibuka.
Masih banyak convoy warga Jordan hadir dari bandar Amman menuju sempadan Amman-Jerusalem. Dikhabarkan kumpulan ini sekarang sudah mencecah 5000 orang yang siap masuk ke Palestin.
Imam Masjid Al Aqsa semasa khutbah Jumaat:

"Dari mimbar Al Aqsa, saya ucapkan terima kasih kepada semua warga Jordan yang bangkit membela Al Aqsa. Saya seru umat Islam seluruh dunia untuk beri tekanan kepada ketua negara masing-masing untuk mempertahankan Masjid Nabi Muhammad!"
Satu pertempuran antara jemaah di Masjid Al Aqsa dan tentera Zionis baru berlaku sebentar tadi waktu solat Jumaat. Mereka ditembak menggunakan peluru getah dan dikejar menggunakan kayu baton.
Alhamdullilah tentera Zionis laknatullah telah berundur dari bertempur dengan jemaah di Masjid Al Aqsa. Kini di lapangan hadapan Qubbat As Sakhra diadakan perkumpulan beramai ramai.
Biged Mujahidin baru saja berjaya membedil sebuah kem pesawat tentera Zionis yang sedang mendarat di Nahal Oz menggunakan machine gun. Pesawat itu dikatakan telah rosak. Manakala itu sebuah kilang di Ashkelon baru saja terkena peluru berpandu dari Gasa dan mengalami kerosakan. Image
Sebuah tanah perkuburan Islam telah dirosakkan dengan teruk oleh penduduk Yahudi di Lod sebentar tadi. Mereka turut menconteng dinding kawasan itu (saya tak boleh baca perkataan Hebrew tu).

Keji tak keji, orang dah mati pun dia sakit hati lagi. Laknat Allah atas kalian. ImageImageImageImage
Tulisan di dinding kawasan tanah perkuburan Islam itu adalah MAVET LA'ARAVIM atau maksudnya MATILAH ORANG ARAB! Image
Satu pertempuran antara penduduk Islam dan tentera Zionis sedang berlaku di Hebron. Tentera Zionis bertindak membuat tembakan bebas (free shooting) ke arah warga Palestin dan mencampak bom asap. ImageImageImageImage
Agensi berita Israel, Kann News melaporkan kumpulan besar Jordan telah melepasi kawalan keselamatan di sempadan Jordan-Palestin dan sekarang menuju ke zon tentera di tanah Palestin. Kejadian ini berlaku di Al Shuna dan kumpulan ini menggunakan ladang persendirian untuk masuk.
Sementara itu, di sempadan Lubnan Palestin pula, berhampiran Metula, dilihat kumpulan pejuang Hezbollah sedang mengibar bendera Hezbollah, Lubnan dan Palestin. Dikatakan mereka sedang menuju masuk ke tanah Palestin.
Kumpulan Pejuang Hezbollah kelihatan makin hampir dengan sempadan Palestin-Lubnan.
Wartawan Israel melaporkan bahawa kumpulan pejuang Lubnan telah berjaya melepasi sempadan Metula menuju masuk ke tanah jajahan Israel. Dikatakan askar Zionis bersiap sedia untuk menembak jika mereka maju.
Zionis telah menembak kumpulan pejuang Hezbollah dan kini kumpulan itu sedang berpatah balik ke tanah Lubnan untuk perlindungan.
Pertempuran hebat sedang berlaku antara kumpulan pejuang Lubnan dan tentera Zionis. Dilaporkan bilangan peserta kumpulan Lubnan melebihi tentera Zionis sekarang. Zionis telah meminta bantuan dari Tel Aviv.
Di sempadan Jordan-Palestin pula, beberapa pemuda Palestin telah bertindak membakar pos kawal tentera Zionis. Image
Berbalik semula ke sempadan Lubnan-Palestin, seorang lelaki kumpulan pejuang Lubnan telah ditembak.
Tentera bantuan Zionis telah sampai ke sempadan Lubnan- Israel. Mereka menemui beberapa lubang di pagar dipercayai digunakan untuk menyelinap masuk. Namun setakat sekarang, pasukan pejuang Lubnan masih belum berjaya rentas sempadan. ImageImage
Tentera Zionis sedang menembak tanpa henti ke arah kumpulan pejuang Lubnan yang beradi di sempadan. Dilihat kumpulan itu telah berlindung di sebalik pokok dan meniarap ke tanah.
Kumpulan pejuang Lubnan masih kukuh pertahankan posisi di sempadan Lubnan Israel walaupun ada yang cedera. Makin ramai tentera Zionis ke sana. ImageImageImageImage
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sedanf bersiaran langsung. Dia memaklumkan yang Hamas akan menerima padas atas apa yang berlaku dan serangan Zionis akan diteruskan. Seterusnya, enyenyenyenye je lah.
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan video yang menunjukkan mereka berjaya meletupkan sebuah kilang bahan kimia di Kibbutz Nir Oz petang tadi. Allahuakbar!
Beersheva baru saja mengaktifkan siren amaran merah. Briged Al Qassam telah melancarkan puluhan peluru berpandu tadi. Image
Republik Czech baru saja mengumumkan sokongan tidak berbelah bagi kepada Israel apabila mereka mengibarkan bendera Israel di bangunan kerajaan. Menurut Czech, Israel adalah sebuah negara yang sah dan Palestin adalah teroris. Presidennya Milos Zeman adalah sahabat baik Netanyahu. Image
Penduduk Palestin di Neblus bertindak membakar 2 buah kereta polis Israel setelah seorang warganya maut ditembak jarak dekat.
Agensi berita Reuters memaklumkan pihak tentera Jordan dan Israel telah melepaskan bom pemedih mata terhadap sekumpulan besar warga Jordan yang berada di sempadan Jordan-Palestin berhampiran Jambatan Raja Hussein. 5000 orang dikatakan berada di sana.
Video yang baru diterima menunjukkan sekumpulan warga Jordan ditembak semasa cuba merentas sempadan ke tanah Palestin. Mereka bertempiaran lari sebaik saja tembakan diarahkan kepada mereka. Allahuakbar!
Jurucakap Hamas Fawzi Barhoum baru saja menyampaikan amanat kepada Palestin:

"Sesiapa yang mempunyai senjata-tak kiralah batu atau pisau-dia hendaklah keluar dan melawan Zionis. Dan dengan itu, kita akan menang. Rampaslah hak kalian kembali. Rampaslah maruah kalian!" Image
Zionis laknatullah baru saja melepaskan bom gas merbahaya semasa pertempuran dengan warga Palestin di Abu Dis, Jerusalem.
Detik-detik Bank Al Intaj dibom oleh Zionis laknatullah di barat Gaza. Bangunan bank tersebut serta merta jatuh menyembah bumi.
Ketua Pasukan Gerakan Islam Sheikh Kamal Khatib dilaporkan telah ditangkap Zionis setelah rumah keluarganya diserbu. Image
Perdana Menteri Israel Benjamin Setanyahu yang kini sedang berada di Lod berkata pihaknya akan mengerahkan seluruh kekuatan bagi memenangi perang ke atas pengganas Hamas.
Jurucakap rasmi Jordan, Sakher Dudin mengecam tindakan pengawal sempadan Jordan yang mengasari ribuan warga Jordan di sempadan. Beliau mengatakan Jordan berdiri teguh di belakang Palestin dan kemarahan rakyat Jordan hari ini adalah tanda Jordan mengutuk Israel sebagai penjenayah. Image
Warga Yahudi di Sheikh Jarrah melepaskan tembakan arah warga Palestin semasa pertempuran antara keduanya tadi. Pepatah Melayu ada mengatakan kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Itulah warga Yahudi ini yang mengikut peel Zionis.
Kekejaman Zionis dan tanda tanda mereka sebenarnya dayus terus terbukti apabila mereka menggunakan bom gas pemedih mata ke atas penduduk Palestin yang hanya menggunakan batu di Kafr Kanna. Lagenda mengatakan mereka melihat batu itu ibarat batu dari Ababil.
Seorang warga Lubnan, Mohammad Tahan yang ditembak Zionis di sempadan Lubnan-Palestin tadi sudah disahkan maut. Beliau merupakan bekas anggota pasukan militan Hezbollah. ImageImage
Terbaru: Israel mengesahkan mereka mempunyai maklumat bahawa Pasukan Pejuang Iraq bernama Harekat Al Nujaba sedang dalam perjalanan menuju ke sempadan Golan. Image
Sekaligus ini bermakna kumpulan dari 3 buah negara iaitu Lubnan, Jordan dan Iraq hadir untuk membantu Palestin. Walaubagaimanapun, tidak ada satu pihak pun yang berjaya masuk Palestin setakat ini.
Media Israel dan media Palestin melaporkan terdapat rusuhan di setiap bandar-bandar utama. Ini selepas jurucakap Hamas Fawzi Barhoum menyeru rakyat untuk turun ke jalan. Terbaru sebuah stesen keretapi di Jerusalem terbakar. Api dapat dilihat di banyak tempat.
Ketua Briged Saraya Al Quds Abu Hamza bersiaran langsung:

"Hari ini ulangtahun ketiga Trump mengambil keputusan untuk memindahkan kedutaan US ke Jerusalem bagi meluaskan kuasanya dan melenyapkan hak kami di tanah air sendiri. Namun hari ini ternyata ianya keputusan yang bodoh." Image
Abu Hamza:

"Kami sanjungi warga kami di Jerusalem dan semua jemaah di masjid suci Al Aqsa yang hanya berpegang kepada ikatan antara satu sama lain untuk melawan musuh dan itu memberi signal bahawa Jerusalem milik warga Palestin. Pemindahan kedutaan itu tidak mengubah fakta!" Image
Abu Hamza:

"Bersedialah wahai Tel Aviv. Jam 9 malam nanti, kami ada kejutan buat kalian." Image
Israel mengesahkan 3 peluru berpandu telah dilancarkan dari SYRIA ke Galon.

JORDAN, LUBNAN, IRAQ DAN KINI SYRIA.
Keadaan di Sheikh Jarrah sekarang. Tentera Zionis menendang pagar rumah seorang penduduk Palestin untuk menceroboh.
Pertempuran hebat sedang berlaku di tengah Jerusalem.
Jurucakap Al Qassam, Abu Ubaidah:

"Wahai penduduk di Tebing Barat, nyalakan api yang marak dari kaki musuh-musuhmu." Image
Pasukan Briged Jihad Al Aqsa mengumumkan mereka akan menyertai saudara-saudara yang lain dalam memerangi musuh. Briged ini terkenal dengan skil berperang di jalanan, lengkap bersenapang.
Menyahut seruan Abu Ubaidah, kumpulan pemuda awam Palestin mencampakkan bom molotov ke arah balai-balai polis Israel.

"Nyalakan api yang marak dari kaki musuh-musuhmu."
Video menujukkan keluarga Syeikh Suleiman Abu Shawish yang sedang berdoa tiba tiba dikejutkan dengan bedilan bom ke atas rumah mereka di Rafah. Laknat Allah ke atas Zionis.
Briged Jihad Al Aqsa, Fatah menyeru anggotanya untuk membinasakan dan menyasarkan setiap butir peluru musuh. Mereka juga menyeru sahabat sahabat dalam sayap pergerakan lain keluar dari rumah untuk angkat senjata demi Palestin. Fatah dan Hamas sebelum ini tidak sebulu.
Media Israel menggelar apa yang berlaku sekarang sebagai "The New Intifada but with greater force against Israel. We are doomed."
Bendera Palestin dilaporkan dinaikkan di Tahrir Square, Mesir namun ianya telah dialih oleh pihak berkuasa sejurus selepas itu. Image
Keadaan sangat tegang di seluruh Jerusalem. Pemuda pemuda Paleetin berbekalkan bom molotov cocktail meletupkan pos pos polis dan tentera. ImageImageImage
Pemuda-pemuda Palestin bergambar di hadapan api di Haifa. Image
Sekumpulan besar pejuang di Mei Ami, utara Israel kedengaran sedang melaungkan:

"Wahai orang Yahudi, tentera Nabi Muhammad telah kembali!"

Allahuakabar Birruh Biddam Nafdika Ya Aqsa! Dengan roh dengan darah kami bela kau Ya Al Aqsa!
Pemimpin kanan Fatah, Jibril Rajoub berkata:

"Kami di Fatah akan menyertai peperangan melawan Israel demi pembangunan Palestin. Kami tidak mahu anak anak Fatah merasa gundah dan takut. Dan wahai musuh, jika kami berlawan, nantikan pejuang Lubnan dan Jordan di sempadan kalian!" Image
Briged Al Qassam:

"Dengan izin Allah kami mulakan serangan ke atas Ashkelon."

Dilaporkan berpuluh peluru berpandu dilepaskan sebentar tadi. Image
Briged Al Qassam:

"Dengan ini kami mulakan serangan ke atas Hatzerim." Image
Website agensi berita Shehab digodam sebentar dengan mesej mencurigakan. Mereka percaya ianya sebagai perang siber Zionis. Image
Jurucakap Gerakan Jihad Islam di Lubnan:

"Peperangan ini tidak mudah dan akan memakan masa tapi apa yang berlaku sekarang adalah titik permulaan kepada musnahnya Zionis dari muka bumi."
Menghampiri jam 12 malam di Gaza, Israel melancarkan serangan udara di utara dan tengah Gaza. Semalam pun serangan bermula jam 12 malam. Dengan menyasarkan rumah rumah dan bangunan awam.
Utara Gaza baru saja menerima lebih daripada 30 bedilan bom oleh pesawat tentera Zionis. Bekalan elektrik sekarang sudah terputus. Doakan Gaza!! Image
Pemimpim Gerakan Jihad Lubnan, Khaled Abu Hayt:

"Kami warga Lubnan menyertai peperangan ini setelah dipanggil oleh saudara kami di Jerusalem. Dan kami tidak akan berhenti sehingga Masjid Al Aqsa dibebaskan dan penecerobohan di Sheikh Jarrah dihentikan."
Sebuah rumah di Yafa telah dibedil tadi dan 2 orang kanak-kanak cedera terbakar. Laknat Allah atas Zionis.
Tentera udara Zionis masih belum berhenti membedil Gaza. Dianggarkan lebih daripada 100 bom telah dijatuhkan.
Ambulans dari Mesir baru saja tiba di sempadan Mesir-Palestin. Esok pintu sempadan Rafah akan dibuka untuk membenarkan mangsa-mangsa Palestin yang terkorban dibawa ke hospital-hospital di Mesir. Terima kasih Mesir.
Menurut IDF, mereka mensasarkan Gaza kerana mempercayai pejuang-pejuang Hamas berada di dalam bangunan-bangunan tempat tinggal yang diletupkan. Namun hingga hari ini yang ramai menjadi korban adalah orang awam. Setelah 1 jam, Gaza masih tidak henti dibom Zionis.
Detik-detik di mana tentera Zionis laknatullah lengkap bersenjata tapi pengecut ini bertempiaran lari setelah dibaling mercun oleh warga Palestin di Al Issawiya, Jerusalem. Kesian ek kesiann
Siren amaran merah diaktifkan di Ashdod, Jan Yavne, Ashkelon, Tuvibia Beer, Pantai Ashkelon dan Hefele. ImageImage
Peluru berpandu Gaza menghujani langit Ashdod.
Malam tadi, rumah keluarga Abu Hatab yang terletak di Kem Shati telah dimusnahkan secara total. Laporan mengatakan ramai yang terkorban. Namun seorang bayi berjaya diselamatkan dan kini berada dalam pemerhatian hospital. Video menunjukkan bayi tersebut sedang dipangku doktor.
Media Palestin melaporkan insiden di Kem Shati itu telah meragut nyawa 8 orang dimana 6 daripadanya adalah kanak-kanak. Rumah Abu Hatab musnah setelah dibedil oleh pesawat tentera udara Zionis laknatullah dalam insiden yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai. Image
Kementerian Kesihatan Palestin baru mengemaskini angka korban mati syahid dimana 139 telah maut termasuk 39 kanak-kanak dan 22 wanita. Lagi gambar mangsa dari rumah Abu Hatab di Kem Shati. Laknat Allah atas Zionis. ImageImageImageImage
Seorang anggota pasukan kesihatan dilihat tidak dapat membendung perasaan marahnya apabila menerima jumlah korban mati syahid yang terlalu ramai dalam satu malam. Laknat Allah atas Zionis.
Bangunan Ansar di Gaza baru saja dibedil oleh pesawat tentera Zionis laknatullah. ImageImageImageImage
Bangunan Rawda di kawasan kejiranan Tal Al Hawa baru saja menerima bedilan daripada pesawat tentera Zionis laknatullah. Dilaporkan Gaza tidak henti dibedil sejak jam 12 malam semalam dengan sekurang-kurangnya 200 tempat telah menerima impak.
Media Palestin mengongsikan sebuah video yang menunjukkan seorang kanak-kanak sedang mencari alat mainannya di sebalik runtuhan bangunan dan dapat dilihat anak kecil ini cuba untuk menahan sebak. Laknat Allah atas Israel.

Tak tahan tengok mata dia. Allahuakbar 😭
Dua orang kanak-kanak kelihatan gembira selepas ikan peliharaan mereka berjaya diselamatkan selepas rumahnya musnah. Hari ini genap 73 tahun sejak peristiwa Nakba pada tahun 1948 dimana ketika itu 800,000 warga Palestin dihalau dari rumah dan tanah mereka sendiri. #FreePalestine
Muhammad Al Hadidi tidak dapat menahan tangisnya apabila memeluk satu-satu anaknya yang terselamat. Isteri dan 4 anak lain beliau maut dalam pengeboman oleh Zionis laknatullah di Kem Shati semalam. Allahuakbar!
Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin menyampaikan kesedihan Malaysia ke atas apa berlaku di Palestin dan mengecam tindakan rejim Zionis.
Presiden Palestin mengatakan sejak perang antara Hamas dan Zionis bermula pada 10 Mei lalu, tiada satu pun negara Arab menghubungi beliau.

"Dimana telefon kalian? Adakah ianya telah hilang?" Image
Muhammad Al Hadidi mencium sambil menangis teresak-esak tangan bayinya yang terselamat dari pengeboman di Kem Shati. Isteri dan 4 anak lain mati syahid. Allahuakbar! Image
Presiden Perancis Emmanuel Macron mengucapkan takziah ke atas penduduk Israel yang maut dan cedera sambil mengatakan Israel berhak melindungi diri dari pengganas Hamas.

Laknat atas Zionis dan sekutunya. Image
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan 139 warga Palestin telah mati syahid di mana 39 mereka adalah kanak-kanak dan 22 adalah wanita manakala angka mereka yang cedera meningkat kepada 1000 orang. Laknat Allah ke atas Zionis. Image
10 jasad keluarga Abu Hatab yang maut selepas Kem Shati dibom oleh Zionis laknatullah pada waktu Subuh. Dua daripadanya adalah kanak-kanak dan wanita. Malam tadi menyaksikan jumlah korban paling tinggi setakat ini. Al Fatihah moga mereka terus dijemput masuk ke syurga Allah. Image
Briged Al Quds baru saja mengeluarkan video menunjukkan operasi melepaskan peluru berpandu ke arah Israel siang dan malam semalam. Allahuakbar moga setiap peluru berpandu yang jatuh ke Israel membuat mereka takut.
Penduduk Jordan masih meneruskan tunjuk perasaan di sempadan Jordan-Palestin sebagai tanda sokongan. Semalam jurucakap Jordan Sakhen Udin mengatakan kemarahan kumpulan warga Jordan di sempadan adalah juga kemarahan seluruh rakyat Jordan ImageImageImageImage
3 hospital di Mesir bersiap-sedia menerima warga Palestin yang tercedera. Pintu sempadan Mesir-Palestin di Rafah dibuka. Image
Rumah keluarga Al Mubassher di Khan Younis baru saja musnah secara total selepas dibedil bom oleh tentera Zionis laknatullah. ImageImage
Gaza mengucapkan selamat jalan kepada ahli keluarga Abu Hatab dan Al Hadidi yang mati syahid. Jenazah mereka baru selesai disolatkan dan kini menuju ke tanah perkuburan. Al Fatihah. Sementara itu Al Qassam berjanji insiden ini akan dibayar oleh Zionis laknatullah. ImageImageImage
Masjid Qalibo di utara Gaza hancur musnah selepas dibedil oleh pesawat tentera Zionis. ImageImageImageImage
Sebuah rumah dan beberapa kedai musnah dan terbakar selepas dibedil oleh Zionis di kawasan Masjid Al Abrar, Rafah sebentar tadi. Kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan.
Mahmoud Abbas membidas kenyataan Emmanuel Macron yang mengatakan Israel mempunyai hak untuk menyerang Palestin. Menurut beliau, sesiapa yang mengatakan begitu bermakna dia memberi lampu hijau kepada penindasan dan pembunuhan beramai-ramai. Image
"Saya hanya berusia 10 tahun. Saya tak tahu nak buat apa. Saya hanya ingin jadi seorang doktor atau apa-apa saja untuk membantu orang saya."

Seorang kanak-kanak perempuan di Gaza meluahkan perasaannya selepas rumahnya musnah dibedil Zionis.
Briged Al Qassam melepaskan lebih daripada 100 peluru berpandu ke arah Ashdod dan Tel Aviv. Beberapa daripadanya telah gagal dipintas Iron Dome dan jatuh di kawasan terbuka. Video menunjukkan kawasan Ramat Gan, Tel Aviv menerima impak peluru berpandu.
Kawasan di sekitar Lapangan Terbang Ben Gurion telah ditimpa peluru berpandu dari Gaza sebentar tadi.
Tentera Zionis mengarahkan penduduk di sekitar Nahal Oz untuk masuk ke pusat perlindungan bom sebentar tadi. Image
Pusat beli belah perabot Ikea di Tel Aviv baru saja terkena peluru berpandu dari Gaza. Tidak dapat dipastikan keadaan bebola daging ketika ini. Image
Keadaan huru-hara di Ramat Gan, Tel Aviv ketika ini apabila peluru berpandu Gaza mengenai sebuah kedai. Beberapa jam yang lalu, peluru berpandu Zionis telah menyebabkan sebuah rumah dan kedai kedai terbakar di Gaza. What goes around comes around.
Walapun perkampungan mereka baru saja dibedil peluru berpandu Zionis, penduduk Palestin di Tayyibah terus bangkit. Dapat didengar dalam video ini mereka melaungkan:

"Dengan roh kami, dengan darah kami, kami membela Al Aqsa!"
Pengunjung di sebuah pantai Tel Aviv yang sedang leka berjemur dan berhibur bertempiaran lari akibat panik selepas siren amaran dibunyikan tadi.
Bangunan yang menjadi pejabat untuk beberapa agensi berita menjadi sasaran seterusnya Zionis laknatullah dalam misi mengebom Gaza. Mereka cuma diberi masa yang singkat oleh pemilik bangunan untuk keluar sebelum bom dijatuhkan. Turut terjejas ialah pejabat Al Jazeera. Image
Detik-detik ketika bangunan yang menempatkan agensi berita antarabangsa dibedil oleh Zionis laknatullah.
Briged Al Qassam:

"Setelah kalian memusnahkan bangunan-bangunan awam di Gaza, penduduk di Tel Aviv dan sekitarnya akan bertempiaran lari kerana kami akan membawa gempa bumi kepada anda!"
Lagi video yang merakamkan detik-detik pengunjung sebuah pantai peranginan di Tel Aviv yang bertempiaran lari sejurus siren amaran dibunyikan.
Agensi berita Ammalaka melaporkan bekalan sumber elektrik akan ditutup di hampir keseluruhan bandar Gaza atas isu keselamatan selepas ianya ditimpa bedilan peluru berpandu Zionis tanpa henti sejak malam semalam.
Jurucakap Briged Al Qassam baru saja menghantar mesej broadcast mengatakan serangan ke atas Israel akan dipertingkatkan selepas mereka masih berdegil membedil bangunan-bangunan awam. Image
Wartawan di Tel Aviv melaporkan bahawa jalan-jalan di Tel Aviv sangat sepi ketika ini setelah mendapat perkhabaran bahawa Briged Al Qassam akan menbedil bandar metropolitan itu pada bila-bila masa dari sekarang. Tel Aviv telah memberitahu penduduknya untuk pergi ke bomb shelter. ImageImageImage
Rangkaian Berita Al Jazeera mengatakan apa yang dilakukan oleh Zionis adalah tindakan yang tak masuk akal. Mereka mengatakan tiada satu pun anggota Hamas dalam bangunan tersebut dan sebenarnya tindakan Israel adalah untuk menghalang penyampaian berita yang sahih.
Agensi berita Kann memaklumkan penunjuk perasaan warga Lubnan yang kini berada di pintu berhampiran Metula dan Misgav Am telah telah cuba untuk merosakkan dinding batu yang memisahkan Lubnan-Palestin. Warga Lubnan ini telah berada di Metula sejak semalam lagi.
Wartawan New York Times memaklumkan, pihak media antarabangsa telah sengaja diberikan maklumat palsu oleh Zionis untuk memancing Hamas keluar dengan cara contohnya membuat bunyi bising kononnya banyak kenderaan tentera sedang bergerak untuk ground invasion sedangkan tiada pun. Image
Beberapa orang warga Lubnan telah berjaya memanjat dinding pemisah sempadan Lubnan-Palestin di Metula. Image
Ribuan penduduk Sakhnin berkumpul untuk menunjukkan solidariti mereka bersama Gaza yang sudah masuk hari keenam diserang Zionis.
Pemimpin kanan Hamas Ismail Haniyeh kini sedang dalam panggilan telefon bersama ketua Pasukan Quds Iran Ismail Qaani dalam usaha untuk mendapat sokongan mereka dan berbincang tentang keadaan di Gaza. Image
Seorang lelaki melaungkan azan daripada menara Masjid Qalibo yang sudah musnah dibedil oleh Zionis di utara Gaza. Allahuakbar!
Wartawan Al Jazeera Youmna Al Sayed:

"Saya seorang ibu dengan empat anak dan saya telah meninggalkan mereka, ianya bukan senang. Tapi kami akan terus melaporkan kebenaran kerana dunia perlu tahu apa yang berlaku di sini." Bangunan menempatkan Al Jazeera di Gaza telah musnah. Image
Penduduk Palestin di Sheikh Jarrah diserang dengan bom asap oleh tentera Zionis.
Agensi berita Kann melaporkan cubaan memasuki tanah Israel di beberapa titik di dinding pemisah sempadan Lubnan-Israel di Metula. Mereka dikhabarkan menggunakan bom molotov untuk merosakkan dinding pemisah. IDF bertindak menembak secara rambang bagi menakutkan kumpulan ini. ImageImage
Tentera Zionis laknatullah bertindak mengasari beberapa orang wanita yang sedang protes aman di Sheikh Jarrah. Pasukan tentera yang dikatakan paling bermoral ini ternyata merupakan manusia yang menghinakan.
Gambar menunjukkan tentera Zionis laknatullah sedang mengasari seorang wanita yang sehelai sepinggang di Sheikh Jarrah. ImageImageImage
Seorang ibu dan anaknya yang sedang berada di dalam kereta telah dikasari dengan amat teruk oleh tentera Zionis laknatullah di Sheikh Jarrah.
Briged Al Qassam memberi amaran kepada Israel bahawa mereka mempunyai lebih banyak peralatan senjata yang berinovasi tinggi yang akan mengejutkan mereka dan mengelirukan percaturan mereka. Briged Al Qassam baru melancarkan beratus peluru berpandu Q20 dengan jarak 20km ke Ashkelon Image
Peluru berpandu jarak dekat Q20 Briged Al Qassam telah menghujani Ashkelon dan menyebabkan kebakaran besar di beberapa bahagian.
Kementerian Kesihatan Palestin memgemaskini jumlah korban keganasan Zionis kini meningkat kepada 145 orang, 41 adalah kanak-kanak dan 23 wanita manakala 1100 yang lain cedera. Image
Hamas meminta mereka yang berada dalam Menara Moshe di Tel Aviv untuk segera mengosongkannya. Menara Moshe adalah menara kedua tertinggi di Israel. Image
Abu Ubaida:

"Atas arahan ketua kami Syeikh Mohammed Deif, dengan ini kami menangguhkan kawalan pergerakan ke atas Tel Aviv dari jam 10 malam hingga 12 malam. Selepas itu, perang akan diteruskan." Image
Jurucakap Briged Al Quds Abu Hamza:

"Kami telah mencipta peluru berpandu Al Qassem untuk digunakan dalam perang dan kami ada banyak lagi kejutan di dalam simpanan."

Nama peluru berpandu baru Briged Al Quds diambil sempena nama Qaseem Soleimani, bekas ketua mereka yang syahid. Image
Pertempuran hebat sedang berlaku antara pemuda-pemuda Palestin dan tentera Zionis di Shuafat, Jerusalem. Pemuda-pemuda Palestin telah bertindak membaling mercun dan bom molotov ke arah tentera Zionis
Siaran langsung ucapan Perdana Menteri Benjamin Setanyahu:

"Tindakan mereka itu adalah tindakan pengganas. Oleh yang demikian, sesiapa yang menjadi pengganas akan kami layan mereka seperti pengganas juga."
30 minit sebelum jam 12 waktu Tel Aviv dan bermulanya serangan oleh Briged Al Qassam ke atas Tel Aviv seperti dijanjikan mereka tadi. Image
Malam tadi Gaza menyaksikan satu siri serangan pengoboman yang dasyat. Mengikut laporan media Palestin, rumah-rumah dibom tanpa amaran ketika rata-rata penduduk sedang tidur. Antara yang paling terjejas ialah mereka di Jalan Al Wehda. Gambar menunjukkan mereka dibawa ke hospital. ImageImageImageImage
Laporan menyebut ramai mangsa tertimbun di bawah runtuhan bangunan selepas dibom. Setakat ini tiada angka rasmi kematian namun laporan awal mengesahkan 2 orang maut dan berpuluh yang lain cedera. ImageImageImageImage
Siri pengeboman oleh Zionis laknatullah ke atas bangunan-bangunan tempat tinggal itu berlaku lebih kurang jam 2-4 pagi waktu Gaza. Penduduk bertungkus-lumus berganding bahu bersama paramedik bagi mencari mangsa timbunan runtuhan. ImageImageImageImage
Apa yang lebih kejam ialah pesawat tentera udara Zionis bertindak mengebom jalan utama menuju Hospital Shifa, hospital terbesar di Gaza yang mengakibatkan ambulans dan pasukan paramedik sukar ke tempat-tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa runtuhan. Image
Video menunjukkan pasukan paramedik dan orang ramai berjaya mengeluarkan seorang kanak-kanak kecil dari runtuhan. Dapat dilihat ayah kepada kanak-kanak kecil itu tidak henti menyebut Ya Allah Ya Allah dan membuat sujud syukur selepas anaknya diselematkan.
Al Arabi Al Jadid melaporkan Mesir kini dalam usaha bagi menggesa Israel untuk satu genjatan senjata kemanusiaan bagi membolehkan mangsa-mangsa dari runtuhan dapat diselamatkan setelah Gaza dibedil dasyat malam tadi.
Satu lagi video oleh Al Jazeera menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berjaya dikeluarkan dari runtuhan dan ketika berada dalam keadaan panik itu, bertanya tentang ayahnya.
Seorang kanak-kanak lelaki yang berjaya diselamatkan dari runtuhan sempat menunjukkan lambang 2 jari (peace sign ✌️) sebelum dibawa pasukan paramedik ke hospital.
Gambar yang dikongsikan oleh Ahmad Al Khouli menunjukkan kesan kemusnahan di kawasan kejiranan Al Rimal di bandar Gaza setelah dibedil oleh Zionis malam tadi. ImageImageImageImage
Lagi gambar yang menjadi bukti bahawa Zionis telah mengebom kawasan yang rata-ratanya adalah kawasan diduduki oleh orang awam serta turut merosakkan rumah-rumah dan kedai-kedai. ImageImageImageImage
Jurucakap IDF Hidai Zilberman memohon maaf kepada media sebentar tadi atas kesilapan *tidak sengaja* oleh seorang pegawainya yang mengumumkan bahawa mereka akan membuat ground invasion besar-besaran ke atas Gaza. Semalam NYTimes melaporkan berita palsu itu adalah dirancang. Image
Seorang pakar neurologi terkemuka Palestin, Dr. Muin Al Aloul maut setelah rumahnya di jalan Al Wahda dibom oleh tentera Zionis laknatullah malam tadi. Al Fatihah. Image
Seorang lagi mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan sebuah rumah di Jalan Al Wahda, Gaza sebentar tadi.
Seorang mangsa yang telah mati syahid di Jalan Al Wahda berjaya dikeluarkan. Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Palestin belum mengeluarkan statistik rasmi jumlah korban serangan tentera Zionis laknatullah malam tadi.
IDF mengeluarkan satu video imej satelit yang kononnya mereka telah berjaya mengebom laluan bawah tanah yang digunakan oleh Briged Al Qassam yang terletak di bawah rumah-rumah penduduk.
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa-mangsa runtuhan bangunan di Jalan Al Wahda masih giat dijalankan. Dianggarkan 7 telah mati syahid setakat ini.
Kementerian Kesihatan memberitahu bilangan mangsa serangan Israel malam tadi setakat ini ialah 8 orang mati syahid dan 45 lain cedera, kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak. Selain itu jasad doktor pakar Hospital Shifa Dr Ayman Abu Al Auf telah dikeluarkan dari runtuhan.
Pasukan kesihatan menunaikan solat jenazah buat Dr Ayman Abu Al Auf, doktor pakar dan ketua jabatan Hospital Shifa sebentar tadi. Image
Sebuah bangunan apartment di Jalan Yarmouk, tengah bandar Gaza baru saja dibedil oleh pesawat tentera Zionis.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan jumlah mati syahid dari bangunan runtuh di Jalan Al Wahda meningkat kepada 15 orang. Image
Kementerian Kesihatan Palestin baru saja mengemaskini jumlah korban mati syahid di mana sehingga hari ini, 174 orang telah terkorban manakala yang cedera pula adalah seramai 1200 orang. Angka ini dijangka bertambah setelah kerja-kerja menyelamatkan selesai.
Seorang kanak-kanak perempuan dan seorang lelaki berjaya dikeluarkan dari timbunan runtuhan bangunan yang dibedil oleh Zionis malam tadi. Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan angka mati syahid dari Jalan Al Wahda adalah seramai 23 orang. Al Fatihah. ImageImageImageImage
Selain bangunan tempat tinggal, turut menjadi sasaran pengeboman tak bertamadun Zionis adalah pejabat-pejabat kerajaan. Gambar menunjukkan pejabat Kementerian Tenaga Kerja dan Pembangunan Sosial yang rosak teruk. ImageImageImageImage
Asap tebal dapat dilihat dari sebuah bangunan yang dibedil oleh Zionis di Jalan Yarmouk, tengah Gaza.
Dua butir peluru berpandu yang dilepaskan dari Gaza jatuh ke kawasan tengah bandar Netivot sebentar tadi.
Pengunjung sebuah pasaraya berpusu-puru menuju tempat perlindungan bom setelah siren amaran dibunyikan di Ashkelon.
Ashdod juga dilaporkan menerima bedilan beberapa butir peluru berpandu yang dilancarkan dari arah Gaza. ImageImage
Sebutir lagi peluru berpandu dari arah Gaza jatuh di Netivot.
Media Israel melaporkan Ashkelon, Ashdod, Netivot dsn bandar-bandar sekitarnya kini dihujani peluru berpandu yang dilancarkan dari arah Gaza.
Satu persidangan tergempar oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sedang berlangsung ketika ini. Ianya dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal Al Saud. Image
Ketika ini, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jordan Ayman Safadi sedang berucap di persidangan OIC. Beliau mengatakan untuk menghentikan keadaan tegang yang berlaku sekarang, Israel hendaklah menghentikan semua tindakan keganasan dan provokatif ke atas Palestin. Image
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jordan Ayman Safadi:

"Sebarang percubaan untuk menukar sejarah status quo dan perundangan Jerusalem dan tapak-tapak suci yang berada di situ adalah satu perlanggaran undang-undang antarabangsa dan hanya menyebabkan wilayah ini bergolak." Image
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jordan Ayman Safadi:

"Keamanan, keselamatan dan kestabilan tidak akan dapat diperolehi jika Jerusalem tidak dibebaskan oleh Israel dan dijadikan sebagai ibu kota negara Palestin yang merdeka dan berdaulat." Image
Media Palestin melaporkan amaran untuk mengosongkan Menara Moshe di Tel Aviv semalam adalah amaran palsu oleh Zionis yang dibuat bagi memecah belahkan kepercayaan penduduk Palestin kepada Briged Al Qassam bila menyedari sebenarnya bangunan itu tidak diserang pun.
Menteri Luar Negeri Malaysia Hishamuddin Hussein sedang berucap di OIC.

twitter.com/i/broadcasts/1…
Beberapa bandar besar di Amerika Syarikat hari ini menyaksikan perarakan tunjuk perasaan besar-besaran bagi mengutuk tindakan kejam Zionis ke atas Palestin. Antaranya di Washington, Houston, Boston dan New York. Sosial media juga digemparkan dengan kehadiran Bella Hadid. ImageImageImageImage
Supermodel terkemuka dunia saat ini yang juga model untuk Victoria's Secret, @bellahadid yang mempunyai darah Palestin turut bersama-sama berarak bagi menunjukkan sokongan buat Palestin di New York hari ini. ImageImageImageImage
Kementerian Kesihatan Palestin mengemaskini jumlah korban bedilan bom Zionis laknatullah adalah 181 mati syahid dimana 52 adalah kanak-kanak dan 31 wanita manakala 1225 lain cedera. Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dari timbunan bangunan runtuh sedang giat dilakukan. ImageImageImageImage
Menteri Luar Negeri Turki berkata, perdamaian antara dua pihak adalah mustahil ketika ini dan sekali lagi Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu telah gagal, walaupun hanya untuk mengeluarkan kenyataan. Image
Langit Netivot ketika ini dihiasi dengan pertembungan dua roket dari Israel dan Palestin. Sejak jam 12 tengah hari waktu tempatan, Ashkelon, Ashdod dan Netivot tidak henti menerima cubaan serangan peluru berpandu.
Seorang ayah tidak dapat menahan perasaan apabila melihat 2 tubuh ahli keluarganya yang mati syahid dalam siri serangan bom oleh Zionis ke atas kejiranan Al Remal malam tadi.
Seekor kucing terselamat dari timbunan runtuhan bangunan di Gaza. 🐱 Image
Kerja-kerja di kawasan kejiranan Al Rimal, Gaza masih giat di jalankan bagi mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit dalam runtuhan. 12 jam telah berlalu sejak Gaza dibedil bertubi-tubi malam semalam. ImageImageImageImage
Rangkaian berita Qudsi mengeluarkan satu video di mana seorang ayah yang sedang cedera dan berada di atas kerusi tolak memangku jasad anaknya yang maut di Al Rimal. Laporan mengatakan isterinya turut terkorban. Laknat Allah atas Zionis.
Laporan berita Israel mengatakan hampir 100 buah bangunan di Ashkelon, Ashdod dan Netivot terjejas dan rosak teruk selepas dibedil peluru berpandu dari Gaza. Namun setakat ini tiada kemalangan jiwa. ImageImageImageImage
Lagi gambar yang menunjukkan kesan bedilan roket dari Gaza yang membedil Ashkelon dan Ashdod. ImageImageImageImage
Briged Al Qassam baru saja berkongsi 3 keping gambar di saluran Telegram yang menunjukkan peluru berpandu mereka didedikasikan kepada semua anggota mereka yang maut di Jerusalem dan Tebing Barat. ImageImageImage
Polis dan bomba di Ashdod bertungkus lumus memadamkan kebakaran selepas kawasan tersebut dihentam peluru berpandu Gaza. Tiada sesiapa cedera.
Saat-saat mendebarkan apabila pasukan pekerja yang mencari mangsa timbunan runtuhan berjaya menemui seorang kanak-kanak perempuan yang terperangkap dan alhamdullilah kanak-kanak itu hidup.😭
Seorang pemuda Palestin maut apabila ditembak jarak dekat oleh tentera Zionis laknatullah di Sheikh Jarrah. ImageImage
Suasana pilu semasa majlis pengebumian seorang pemuda Palestin yang mati syahid selepas terkena tembakan di Kampung Zaita, Tebing Barat. Al Fatihah buat YASEEN HAMAD. ImageImageImageImage
Video oleh wartawan di Sheikh Jarrah saat seorang pemuda Palestin ditembak. Menurut laporan berita Pro Israel, pemuda itu bertindak melanggar sekumpulan 7 orang tentera Zionis menyebabkan mereka cedera ringan.
Ashdod dan Ashkelon tidak-henti ditimpa hujan peluru berpandu yang menyaksikan kedua bandar itu rosak teruk namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Briged Al Qassam dalam pesanan terbarunya mengatakan mereka baru sahaja memperbaharui serangan ke atas Ashdod. Image
Menara Kuala Lumpur malam ini dilimpahi warna hijau, putih, merah dan hitam sebagai tanda solidariti bersama Palestin. Image
Keadaan bertambah tegang di Sheikh Jarrah ketika ini selepas insiden pemuda Palestin ditembak tadi. Berpuluh kereta polis dan trak tentera Zionis dikerah ke Sheikh Jarrah.
Penduduk Palestin bertindak membakar tayar dan menjadikannya sebagai sekatan jalan di pintu masuk Bandar Al Bireh untuk menghalang kenderaan tentera Zionis dari memasuki kawasan itu. ImageImage
IDF percaya yang Briged Al Qassam mempunyai kekuatan 3 kapal selam yang telah digunakan sejak beberapa hari lalu bagi memusnahkan saluran gas Tamar milik Israel. Menurut IDF, kapal selam itu boleh membawa bahan letupan seberat 50kg dan dikawal oleh sistem GPS. Image
"Bom melawat kami. Semua tingkap pecah. Tak ada apa yang tinggal. Saya takut sebab saya kecil lagi."- seorang kanak-kanak perempuan di Kem Al Shati.

Allahu lindungi mereka yang tak berdosa ni Ya Allah.😭
Wakil tetap India ke Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu T.S Tirumuti menggesa satu gencatan senjata antara Palestin dan Israel. India mengutuk pelancaran peluru berpandu yang sembarangan dari Palestin dan serangan balas oleh Israel. India juga menyokong “the two state solution”. Image
Souzi yang berjaya dikeluarkan hidup-hidup dari timbunan runtuhan telah kehilangan ibu dan adik beradiknya semasa serangan di Jalan Al Wehda. Souzi tidak bercakap kepada sesiapa semasa di hospital namun semasa ditanya jika dia mahukan anak patung: Souzi hanya mengangguk. ImageImageImage
Gaza ketika ini baru saja dihujani oleh serangan bom dari pesawat tentera Zionis. Mengikut laporan Al Jazeera, sekurang-kurangnya 60 serangan dilakukan sejak jam 1 pagi waktu Gaza. Gambar oleh Bashar Talib menunjukkan detik-detik kawasan Abraj Al Maqousi dibedil tadi. ImageImage
Video yang merakamkan saat Gaza dibom oleh Zionis sebentar tadi.
Siasatan oleh Al Jazeera melaporkan pihak Zionis telah menggunakan bom jenis GBU-31 dan GBU-39 yang berteknologi tinggi serta mampu memberi kerosakan serius dan memusnahkan kereta kebal semasa serangan ke atas Gaza. ImageImage
Lagi video yang merakamkan detik-detik Zionis menyerang bangunan-bangunan tempat tinggal di Gaza. Setakat ini masih belum ada angka rasmi korban. Waktu di Gaza sekarang menghampiri jam 4 pagi.
Video yang dirakam oleh seorang pemuda Palestin semasa beliau dan ibunya terperangkap di dalam runtuhan.

"Mak mak tolong jangan tinggalkan saya, mak mak tolong jangan tinggalkan saya sendirian."

Allahuakbar menitik air mata. 😭😭😭😭😭😭
Jam baru 4:18 pagi di Gaza namun kelihatan dalam gambar seolah-seolah matahari sedang terbit. Letupan dan kebakaran dapat dilihat di merata tempat di Gaza sekarang ini. Kebanyakan sasaran Zionis adalah bangunan kediaman, ladang-ladang dan bangunan kerajaan. ImageImageImageImage
Briged Saraya Al Quds baru saja mengeluarkan video mereka menggunakan peluru berpandu bernama BADR-3 untuk menyerang Netivot dan kawasan sekitar sejak semalam.
Jam menghampiri 7 pagi waktu Gaza. Saat mentari sedang naik, Israel masih tak henti membedil perkampungan Al Qadisiyah di Rafah. Dilaporkan lebih daripada 100 butir peluru berpandu Zionis dilepaskan sejak semalam hingga hari ini di mana semuanya terkena bangunan awam. Image
Persatuan Reporters Without Borders (RSF) meminta Ketua Pendakwaraya Fatou Bensuda di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Hague untuk memulakan tindakan ke atas Israel selepas sebuah bangunan menempatkan 20 pejabat media antarabangsa dibom hingga musnah tanpa alasan oleh Zionis. ImageImage
Seorang warga Gaza berkongsi video yang menunjukkan seorang kanak-kanak kecil yang awalnya sedang menangis ketakutan akibat bunyi bom, berjaya ditenangkan oleh sekumpulan kanak-kanak lain yang mendendangkan takbir Allahuakbar hingga membuatkan kanak-kanak itu tersenyum kembali.
"Setiap malam di Gaza."
"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR"

Itu saja yang menjadi penguat anak kecil ini tatkala bunyi letupan bom dapat didengar dengan jelas.
Sekumpulan besar Yahudi merempuh masuk ke kawasan perkuburan Islam di Bab Al Rahma, dinding timur Masjid Al Aqsa untuk ritual Talmud atau Taurat Lisan. Image
Video ketika sekumpulan Yahudi menceroboh perkuburan Islam Bab Al Rahma untuk pergi ke pintu timur Masjid Al Aqsa bagi ritual Talmud atau Taurat Lisan.
Perkuburan Bab Al Rahma adalah perkuburan suci yang sudah ada sejak zaman Rasulullah. Dua sahabat nabi Shadad Ibnu Aus dan Ubadah Ibnu Samet dimakamkan di sini. Imam Al Ghazali juga pernah tinggal di kawasan perkuburan Bab Al Rahma. ImageImageImage
Sementara itu, Zionis baru saja membedil rumah keluarga Abu Sharkh di utara Gaza dan bom-bom Zionis juga telah merosakkan tanah-tanah pertanian di Gaza. ImageImage
Persatuan Guru-Guru Gaza mengeluarkan satu surat untuk mengajak para guru keluar berdemonstrasi tunjuk perasaan di atas banyaknya sekolah-sekolah yang telah rosak akibat dibedil bom Zionis. Image
Sebuah kilang di Gaza baru saja musnah dibedil bom Zionis laknatullah. Ketika ini, Gaza masih dihujani bom dari pesawat tentera Zionis sejak malam tadi lagi. ImageImageImageImage
Kepulan asap hitam dapat dilihat dari utara Gaza ketika ini. ImageImage
Sebuah kilang membuat span baru saja terkena bedilan bom pesawat tentera Zionis. ImageImageImage
Ketua Pertahanan Awam mengesahkan kepada Al Jazeera bahawa Zionis laknatullah telah menggunakan bom asap fosforus yang dilarang guna dalam perang kerana boleh membakar kulit. Lihatlah dunia! Image
Video menunjukkan bom fosforus dilepaskan. Asap putih itu adalah asap fosforus. Ini melanggar Geneva Convention 1980. Sebarkan!! This is a war crime!!
Sekurang-kurangnya seorang warga Palestin maut setelah Zionis laknatullah membedil Kem Pelarian Jabalia di Gaza sebentar tadi. ImageImage
Seorang penduduk Gaza berkongsi keadaan di rumahnya setelah sekumpulan tentera Zionis mennceroboh dan menggeledah rumahnya tanpa sebab.
Video di lapangan yang menunjukkan bom fosforus digunakan oleh Zionis laknatullah di Gaza.
Presiden Turki baru selesai bertemu Ketua Gereja Katolik Pope Francis di Ankara. Mereka berkata serangan Israel bukan sahaja kepada umat Islam juga kepada penganut Kristian. Oleh demikian, beliau menyeru seluruh dunia melawan dan mengutuk serangan Israel sebagai umat manusia. Image
Perkongsian oleh Abdul Lateef Khaled (ig nama sama) yang berjaya menemui adik yang videonya tular apabila menahan sebak semasa mengutip mainan di runtuhan rumahnya kelmarin. Namanya Mohammed Al Zwaara. Abdul Lateef dan kumpulannya menyerahkan bantuan USD 1000 kepada adik Mohammed Image
Briged Al Qassam berkata mereka berjaya membedil satu pos tentera di Kissufim sebentar tadi yang mengakibatkan kawasan itu terbakar. Image
Kementerian Kesihatan Palestin mengemaskini jumlah angka terkorban dimana setakat hari ini, 198 telah mati syahid dimana 58 adalah kanak-kanak da 35 adalah wanita manakala 1300 lain cedera. Image
Sebuah kereta milik orang awam telah dibom oleh Zionis laknatullah di Jalan Al Bahr berhampiran pusingan Abu Hasira. 3 orang dilaporkan maut. Gambar dikongsi oleh Attia Darwish. ImageImageImageImage
Beersheba baru saja mengaktifkan siren amaran merah. Dilaporkan berpuluh peluru berpandu dilancarkan dari Gaza menuju kawasan-kawasan ini. Image
Susulan pelancaran berpuluh peluru berpandu dari Gaza ke atas bandar-bandar di Israel seperti Netivot dan Beersheva, kelihatan beberapa orang tentera Zionis yang meniarap di atas tanah tatkala melihat langit dihiasi peluru berpandu. 🤭 ImageImageImage
Menurut Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama Palestin, 7 buah masjid telah musnah dibedil oleh Zionis laknatullah semenjak perang bermula antara Hamas dan Israel pada 10 Mei. Hari ini Masjid Muhajirin di An Nazla Al Wusta pula jatuh menyembah bumi. Image
Ketika ini laporan menyebut Khan Yunis teruk dibedil oleh Zionis laknatullah. Video merakamkan sebuah rumah yang baru dibedil.
Ashdod baru saja dibedil oleh 12 butir peluru berpandu dari Gaza. Iron Dome telah gagal untuk memintas sebahagian besar ratusan peluru berpandu yang menghujani langit Israel. ImageImageImageImage
Seorang warga Palestin yang menuntut di luar Palestin berkongsi fotonya yang memakai jubah graduasi dan sepatutnya majlis graduasi tersebut berlangsung hari ini namun tidak dapat dihadiri ekoran perang yang melanda. Image
Briged Al Qassam baru saja berkongsi kejayaan mereka pada hari ini dimana yang terbaru adalah beberapa minit yang lalu apabila mereka berjaya mengebom kawasan Yiftach dan Kfar Azza. Image
IDF mengeluarkan video satelit yang menunjukkan mereka mengebom sebuah kereta awam yang sedang bergerak di Jalan Al Bahr berhampiran pusingan Abu Hasira 3 jam lalu yang mengorbankan 3 nyawa. Menurut laporan Palestin, mangsa adalah orang awam.
Sekutu kuat Israel, Amerika Syarikat melalui presidennya @JoeBiden baru saja meluluskan bantuan bernilai USD 735 juta untuk pembekalan senjata berteknologi tinggi dan tepat sasaran walaupun ketika ini Israel-Palestin sedang berperang. Image
Media-media di Palestin melamporkan Israel telah memaklumkan pejabat UN di Gaza bahawa mereka akan menyerang 2 buah sekolah di Gaza yang mereka percaya menjadi 'sarang' Hamas.

Gila-gila. Image
Bangunan klinik di Al Rimal baru saja dilaporkan terkena bedilan bom Zionis. Image
Gambar dekat menunjukkan bangunan klinik Al Rimal dan bangunan-bangunan di sebelahnya terkena bedilan bom Zionis. ImageImage
Saluran rasmi Briged Al Qassam memaklumkan satu ucapan khas oleh Abu Ubaidah akan disiarkan sebentar lagi. Image
Laporan awal menyebut 2 orang warga Palestin maut semasa letupan berhampiran klinik di Al Rimal sebentar tadi. ImageImageImageImage
Abu Ubaidah:
"Penjenayah Zionis telah menggandakan serangan ke atas rumah dan bangunan orang awam. Kami beri amaran, jika mereka tidak berhenti segera, kami akan mengebom Tel Aviv dan menghujaninya dengan peluru berpandu kami. Allah lebih berkuasa tapi mereka tidak tahu." Image
Seorang penduduk merakam saat-saat bangunan berdekatan bulan Ansar dibom oleh Zionis tanpa amaran.
Awal hari ini Al Jazeera melaporkan siasatan mereka mendapati Zionis telah menggunakan bom jenis GBU-31. Bom ini asalnya digunakan untuk mengebom kereta kebal dan markas tentera bawah tanah tapi Zionis menggunakannya untuk rumah penduduk awam. Begini GBU-31 bekerja:
TV Al Arabi melaporkan Zionis laknatullah mengebom bangunan Mashareq yang merupakan bangunan lama dan penting untuk agensi berita lokal dan pengiklanan di Gaza. Bangunan itu runtuh dalam masa beberapa saat saja.
Tunang kepada Shaima Abu Al Auf yang maut selepas rumahnya dibom di Jalan Al Wahda berkongsi ceritanya yang dikhabarkan mereka sepatutnya berkahwin dalam bulan Syawal ini. Namun hari ini, tunangnya hanya mampu berdoa di kubur. Al Fatihah
Keadaan yang sangat kucar-kacir semasa bangunan di kawasan klinik Al Remal dibom oleh Zionis laknatullah. Laporan awal menyebut 2 orang maut dan lebih dari 10 orang cedera.
Presiden Turki, Erdogan:

"Ada 84 juta orang Turki yang akan terus pertahankan Jerusalem dan sejak Nakba 1948, jenayah ini berterusan. Kami tak akan diam dan Ramadan jadi saksi serangan atas orang awam. Kami takkan diam tentang pembunuhan ini. Jerusalem adalah ibukota Palestin." Image
Media Israel dan Palestin melaporkan sebuah pelantar minyak milik Israel dilaporkan terbakar di Laut Mediteranean, namun punca masih belum diketahui.
Memasuki hari kesembilan sejak perang Palestin-Israel pada 10 Mei, angka warga Palestin yang mati syahid kini ialah 212 orang: 61 kanak-kanak dan 36 wanita dan 16 orang tua. 1400 yang lain cedera dimana 400 daripadanya kanak-kanak dan 270 adalah wanita. Image
Briged Abu Qassam baru saja mengumumkan pelancaran peluru berpandu ke arah Sderot dan Netivot.
Gaza sekali lagi dibedil bertubi-tubi oleh Zionis laknatullah sepanjang malam tadi. Berpuluh-puluh peluru berpandu dilancarkan ke beberapa tempat yang menyasarkan bangunan tempat tinggal dan bangunan awam yang lain. Video menunjukkan saat barat Al Katiba, Gaza dibedil bom Zionis.
Gambar yang dirakam semasa timur Gaza dibedil oleh berpuluh-puluh peluru berpandu Zionis laknatullah. ImageImageImageImage
Serangan ke atas Gaza berlarutan sehingga azan Subuh. Dilaporkan selain bangunan tempat tinggal, tanah-tanah pertanian turut dibom oleh Zionis.
Bangunan Kahil yang terletak berhampiran Universiti Islam Gaza turut dibom sebaik saja langit Gaza mulai cerah. ImageImageImage
TRTWorld berkongsi satu video yang memaparkan 2 orang kanak-kanak bisu Gaza memberitahu dunia menggunakan bahasa isyarat tentang apa yang dilalui mereka semasa pengeboman dan agar dunia menghentikan perangan.

"Saya ingin kelihatan bahagia."
"Ya Allah hentikan perang ini."
Prsiden Amerika Syarikat, @JoeBiden menghubungi Perdana Menteri Israel @netanyahu untuk kali ketiga sejak perang bermula pada 10 Mei lalu. Joe mengulang pendirian Amerika Syarikat yang menyokong Israel untuk hak melindungi diri mereka. Laknat Allah atas Israel dan sekutunya. Image
Al Jazeera melaporkan satu demonstrasi jalanan baru dimulakan di ibukota Indonesia, Jakarta sebentar tadi bagi menyuarakan sokongan buat Palestin. Image
IAF berkongsi satu video satelit yang menunjukkan serangan mereka ke atas sebuah bangunan di kejiranan Al Remal. Menurut mereka, 'disyaki' seorang pemimpin Hamas tinggal di situ.
Pengeboman ke atas Gaza masih berterusan hingga saat ini. Terbaru bangunan di kawasan Bani Suhaila sempat dirakam terkena sasaran bom Zionis laknatullah.
Jurugambar agensi berita Reuters, Jad Salem menunjukkan sebuah bangunan yang dibom oleh Zionis laknatullah sebentar tadi. ImageImageImage
Kumpulan pertama mereka yang cedera semasa pengeboman di Gaza telah selamat sampai ke sebuah hospital di Mesir selepas pintu sempadan Mesir-Palestin di Rafah di buka kelmarin. Mesir menjadi satu-satunya negara sempadan Palestin yang membuka pintu sempadan setakat ini. ImageImageImageImage
Sekumpulan warga Korea Selatan keluar untuk berdemonstrasi bagi menyatakan sokongan buat Palestine! Kamsahamnida! 🇵🇸🇰🇷 ImageImageImageImage
Al Jazeera melaporkan sebuah bangunan di Beersheba baru saja terkena bedilan peluru dari Gaza dan kini kerja-kerja pemadaman api giat dilakukan.
Semua kedai-kedai di Palestin dari Tebing Barat hingga ke Rafah ditutup hari ini. Dijangkakan satu demonstrasi besar-besaran akan berlangsung bagi menyokong dan mengutuk serangan tanpa henti Zionis ke atas Gaza. ImageImageImageImage
Gambar terbaru dari demonstrasi jalanan oleh warga Indonesia di Jakarta sekarang ini bagi menyuarakan sokongan penuh kepada Palestin. ImageImageImageImage
Seorang pemuda Palestin ditembak mati oleh tentera Zionis selepas dikhabarkan pemuda tersebut merancang melakukan aksi tikaman berhampiran Masjid Ibrahimi di Hebron.
Video menunjukkan keadaan salah satu bandar di Palestin yang sepi dari sebarang perniagaan sekarang. Ini selepas dilaporkan mereka merancang demonstrasi mogok besar-besaran di bandar-bandar utama sebagai tanda mengutuk tindakan Israel ke atas Palestin.
Keadaan di Nablus, barat Jerusalem yang sepi ketika ini ekoran demonstrasi mogok besar-besaran. ImageImageImageImage
IDF menembak jatuh sebuah dron UAV yang dipercayai datang dari arah Jordan menuju Beit She'an. ImageImage
Detik-detik semasa bangunan 5 tingkat Kahil di Gaza runtuh dibedil oleh Zionis laknatullah. Mengikut laporan Al Jazeera, bangunan itu menempatkan beberapa institusi pendidikan.
Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan kematian seorang pemuda yang ditembak oleh Zionis di Hebron sebentar tadi. Tiada sebarang bahan letupan ditemui sepertimana dikatakan oleh media Israel.
Gambar pegun yang berjaya merakamkan bukti Israel menggunakan bom pemusnah GBU-31/39 yang direka bukan untuk bangunan awam tapi sebaliknya untuk kereta kebal dan struktur bawah tanah kerana sifatnya yang terlalu 'explosive' dan memberi kesan rosak yang dasyat. Image
Bukti untuk menyangkal dakwaan Zionis bahawa mereka menyasarkan bangunan-bangunan yang disyaki diduduki Hamas. Ternyata Zionis turut merosakkan jalan-jalan raya bagi menyukarkan ambulans dan kenderaan penyelamat bergerak. ImageImageImageImage
Baru saja tadi Zionis membedil bangunan dimana pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Qatar berada. Cukup bukti untuk mengatakan Zionis sememangnya membedil bangunan awam dengan menggunakan alasan ingin menyerang ahli Hamas. ImageImage
Briged Al Qassam baru saja berkongsi gambar peluru berpandu terbaru mereka dan kelihatan ada nombor 40 yang berkemungkinan bermaksud 40km.

"Peluru berpandu yang membawa kemarahan kami." itu saja deskripsi diberi. Image
Masjid Hajjah Haniyeh Hammouda di Beit Lahia yang musnah terkena bedilan bom Zionis. Menurut Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Agama, 7 buah masjid telah musnah setakat hari ini yang sudah memasuki hari kesembilan. ImageImage
Kementerian Kesihatan Palestin baru saja mengemaskini bilangan korban dimana terdapat 213 mati syahid; 61 daripadanya kanak-kanak, 36 wanita dan 17 orang tua. 1442 yang lain cedera. Image
Ribuan warga Palestin berhimpun di Ramallah ketika ini untuk masuk ke Bandar Al Bireh dan bertempur dengan Zionis dan warga Israel. ImageImage
Briged Al Qassam berkata mereka baru saja berjaya menembak sekumpulan tentera Zionis di Zikim dengan menggunakan 'rocket propelled grenande' atau RPG. Image
Pertempuran baru saja berlaku antara warga Palestin dan tentera Zionis di Makam Rahil (Rachel's Tomb) iaitu makam isteri Nabi Yaakob, ibu Nabi Yusof. Tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata.
Seruan kepada warga Palestin di Jerusalem untuk turun beramai-ramai dan berhimpun di Kem Qalandia pada jam 4 petang waktu tempatan, lebih kurang 1 jam 30 minit dari sekarang.
Briged Al Qassam dalam mesej ringkas yang dihantar sebentar tadi menyebut mereka baru saja melancarkan peluru berpandu ke arah Ashdod, Ashekelon dan Beersheba. Image
Briged Al Qassam mengatakan media musuh telah secara rasmi memaklumkan 2 daripada tenteranya maut manakala 10 yang lain cedera dalam pengeboman di Eshkol sebentar tadi. Image
Warga Palestin bertindak membakar tayar bagi menghalang trak tentera Zionis memasuki kawasan Givon dekat Jerusalem. Image
Seekor kucing berada di hadapan sebuah kedai yang ditutup bersama kedai-kedai lain ekoran daripada mogok besar-besaran di seluruh Jerusalem. Image
Briged Al Qassam mengemaskini kejayaan dan aktviti serangan mereka pada hari kesembilan Perang Pedang Al Quds.

Terbaru adalah pada jam 2:59 petang tadi (7:59 Malaysia) di mana serangan ke atas Ashdod diperbaharui. Menurut mereka, Israel kini mengalami kerugian besar sekarang. ImageImage
Sebuah ladang gandum terbakar setelah terkena peluru berpandu Briged Al Qassam di Ashdod sebentar tadi. Disahkan tiada coklat yang tumpah lalu menjadi coco crunch.
Seorang pemuda Palestin ditangkap semasa tunjuk perasaan di Bab Al Amud atau nama Inggerisnya the Damascus Gate sebentar tadi.
Keadaan terkini di Hebron semasa sesi tunjuk perasaan dan pertempuran bersama tentera Zionis. Rata-rata warga Palestin hanya menggunakan batu dan tayar untuk menggertak tentera Zionis. ImageImageImageImage
Sebuah kilang cat di Rafah terbakar terkena peluru berpandu Zionis. Kerja-kerja pemadaman api sedang giat dilakukan. ImageImageImageImage
Rakaman cctv menunjukkan peluru Iron Dome yang jatuh dan gagal memintas peluru berpandu Gaza. Dikhabarkan Iron Dome sudah mulai 'penat'.
Tentera Zionis laknatullah mengasari jurugambar Latifa Abdul Latif dan bertindak mencabut tudungnya semasa kekecohan di Bab Al Amud tadi sebelum beberapa orang pemuda Palestin bertindak melindungi Latifa. Laknat Allah atas mereka.
Lagi video sebagai bukti sekumpulan tentera Zionis laknatullah yang lengkap bersenjata menyerang dan mengasari seorang wanita Palestin di Bab Al Amud.
Tentera Zionis melepaskan bom gas pemedih mata terhadap mereka yang membuat demonstrasi aman di Sheikh Jarrah. Keadaan di sana agak tegang dengan beberapa halangan batu diletak oleh tentera Zionis bagi menghalang pergerakan penduduk Sheikh Jarrah.
Majlis Pelarian Norway mengesahkan 11 daripada 60 kanak-kanak Palestin yang maut akibat bom Zionis merupakan peserta program sosial-psiko seliannya yang bertujuan untuk membantu mereka menangani trauma. Kesemua mereka yang terkorban berusia 5-15 tahun. They died in trauma. 😭😭😭 Image
Video lebih dekat yang menunjukkan seorang wanita Palestin (baju merah dan bertudung) dikasari oleh sekumpulan Zionis yang lengkap bersenjata dan bertindak menggari wanita tersebut.
Wanita berbaju merah itu telah dibawa oleh tentera Zionis ke penjara. Semoga saja beliau tidak diapa-apakan di sana.🙏😭
Pasukan paramedik merawat seekor anjing yang terluka di kaki dan kepala selepas terkena serpihan bangunan rumah yang runtuh di Tuffah, timur Gaza.

Wallahi, I just cannot. Kanak-kanak, wanita, orang tua dan sekarang haiwan. 😭 ImageImage
Bantuan perubatan dari Jordan tiba di pintu sempadan masuk Jordan-Palestin beberapa jam yang lalu, menjadikan Jordan negara kedua yang membuka pintu sempadan bagi misi kemanusian selepas Mesir. Terima kasih Jordan. 🙏 ImageImageImage
Wartawan Samir Abu Shamala membawakan liputan langsung dari Huwara, selatan Nablus yang dimana penduduk Palestin dilihat menggunakan penghadang tayar untuk melindungi diri dari tembakan Zionis laknatullah. Kelihatan wanita dan lelaki berganding bahu membina penghadang tayar.
Sebuah dron milik tentera Zionis dirakam menjatuhkan bom gas pemedih mata toksik ke atas kumpulan warga Palestin yang berdemonstrasi di Beit Ummar.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun cedera parah setelah ditembak oleh senapang peluru getah tentera Zionis semasa berada di laman rumahnya di Sheikh Jarrah.
Seorang kanak-kanak lelaki yang kehilangan rumahnya selepas bangunan Kahil musnah dibom, sempat melaungkan azan di tempat runtuhan Masjid Umar Al Khattab.
Beberapa bandar di Israel kini dihujani peluru berpandu setelah Palestine Islamic Jihad Movement (PIJ) melancarkan serangan bermula jam 9 malam (30 minit lalu waktu Malaysia) dari arah Gaza. Image
Mesir menghantar cadangannya untuk satu genjatan senjata bermula jam 6 pagi pada hari Khamis. Setakat ini tiada komen daripada Hamas mahupun Israel. Perdana Menterinya berkata Cairo mesti memanfaatkan hubungan diplomatiknya dengan kedua belah pihak sebagai jalan penyelasaian. Image
Setakat malam tadi, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan 217 mati syahid; 63 orang kanak-kanak, 36 orang wanita dan 16 orang tua. 1500 orang lagi cedera dengan pelbagai jenis dan keseriusan; 50 orang cedera parah dan 130 orang cedera di kepala. Image
Sekitar jam 5 pagi waktu Gaza tadi, tentera Zionis telah melepaskan sejenis bom cahaya ke udara Gaza.

Ada sesiapa tahu bom jenis apa ni?
Lagi gambar langit Gaza sekitar Subuh sebentar tadi, cahaya terang dilepaskan oleh tentera Zionis. Dilaporkan ianya adalah suar (flare) bertujuan untuk menghasilkan cahaya terang bagi membolehkan lokasi dan pergerakan pejuang Palestin mudah dilihat. ImageImageImage
Sebuah rumah warga Palestin di Rafah berhampiran sempadan Mesir baru saja dibedil bom oleh pesawat tentera Zionis.
Presiden AS, Joe Biden menyelar kenyataan Presiden Turki, Recep Erdogan yang menyifatkan Israel sebagai organisasi pengganas. Semalam, Erdogan turut mengatakan darah warga Palestin berada di tangan Biden selepas kabinet Biden meluluskan transaksi senjata USD 725 juta ke Israel. Image
Sebuah rumah bersebelahan perkuburan Islam Kampung Sheikh Radwan baru saja dibedil bom bersayap jenis GBU-31/39 yang boleh memusnahkan serta memberi kesan kerosakan yang teruk. Sementara itu, media Palestin melaporkan beberapa buah rumah wartawan lokal dan antarabangsa digeledah. ImageImageImageImage
Media Palestin mengucapkan takziah buat keluarga Yusuf Abu Husin, seorang wartawan dan penyampai radio Al Aqsa yang maut sebentar tadi selepas rumahnya di Sheikh Radwan dibedil bom Zionis laknatullah. Image
Setiausaha Agung PBB untuk Pejabat Hal Ehwal Kemanusiaan Mark Lowcock berkata, sejak perang Palestin-Israel bermula 10 Mei lalu, dianggarkan 72,000 orang Palestin telah kehilangan tempat tinggal dan beliau menganggap bahawa tiada tempat yang selamat daripada pengeboman Zionis. Image
Seorang lelaki bernama Ismail Halabiya menamakan anaknya yang baru lahir di kampung Abu Dis, Jerusalem sebagai Saif Al Quds bersempena nama perang yang sedang berlaku ini. Saif Al Quds atau Pedang Al Quds merupakan nama yang diberi oleh Abu Ubaidah dari Briged Al Qassam. Image
Keadaan Jalan Armidha di kawasan Bani Suhaila yang rosak teruk selepas dibedil bom pesawat tentera Zionis laknaktullah Subuh tadi hingga menyebabkan kawasan itu tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan. ImageImageImage
Rumah keluarga Al Hasanat di Jalan Al Nakhl, barat Gaza baru saja dibom oleh tentera Zionis laknatullah. Pengeboman telah berlangsung sejak malam tadi lagi ke atas seluruh Gaza. ImageImage
Ibu pejabat Forum Pembangunan di kawasan Abasan Baru, timur Khan Yunis turut menjadi sasaran pengeboman tanpa henti Zionis laknatullah sebentar tadi. ImageImage
Lagi bukti kegilaan rejim Zionis laknatullah yang menyerang rumah orang awam. Pagi tadi, rumah keluarga Al Astal di Khan Yunis turut menjadi sasaran hingga meranapkan keseluruhan struktur. ImageImage
Presiden Mesir, Abdul Fatah Sisi semasa lawatannya ke Paris semalam memberitahu Mesir berjanji akan menyumbangkan USD 500 juta kepada Palestin sebagai modal untuk pembangunan semula setelah perang Saif Al Quds ini tamat. Kerja-kerja pembangunan semula akam dilakukan firma Mesir. Image
Amerika sekali lagi menggunakan kuasa veto buat kali keempat bagi menghalang PBB mengeluarkan resolusi mengutuk Israel. Perancis bersama Mesir dan Jordan mendesak untuk resolusi tersebut diluluskan dengan 3 keutamaan: serangan dihentikan, genjatan senjata dan PBB masuk campur. Image
Presiden Perancis Emanuel Macron berkata PBB telah dihalang Amerika untuk mengeluarkan resolusi sejak 2016 lagi. Perancis, Mesir dan Jordan berikrar untuk memulakan bantuan kemanusiaan kepada Gaza. Wakil Amerika ke PBB, Linda Greenfield berkata resolusi itu tidak akan membantu. Image
Al Jazeera melaporkan aktivis Palestin memulakan kempen memboikot barangan yang dibuat atau ada kena mengena dengan Israel, satu stiker merah tertulis "DIBUAT DENGAN DARAH ORANG PALESTIN" dilekatkan di atas produk-produk berkaitan. Image
Jasad wartawan dan penyampai radio Al Aqsa Yusof Abu Hussein berjaya dikeluarkan setelah rumahnya di Sheikh Radwan musnah akibat menjadi sasaran peluru berpandu Zionis laknatullah. Al Fatihah. Dengan wartawan pun takut si Zionis ni, bacul! ImageImageImage
Kementerian Kesihatan Palestin baru mengemaskini jumlah terkini korban dimana 219 telah mati syahid; 63 adalah kanak-kanak, 36 wanita dan 16 orang tua manakala 1530 yang lain cedera pelbagai jenis. Image
Rumah Dr Atallah Abu Al Subah di kejiranan Al Jeneina, Rafah hancur musnah setelah dibom oleh Zionis laknatullah. ImageImageImage
Jenazah Yusof Abu Hussein, wartawan dan penyampai radio Al Aqsa yang terkorban pagi tadi selamat dikafankan dan penduduk sekitar baru selesai solat jenazah buat beliau. ImageImage
Detik-detik rumah keluarga Al Hasanat di Jalan Al Nakhl, Deir Al Balah dibom oleh tentera Zionis laknatullah. Bangunan itu runtuh dan musnah serta-serta akibat impak jenis bom yang digunakan.
Menna Shrier, 3 tahun. Salah seorang daripada 63 orang kanak-kanak yang telah disahkan mati syahid. Malam tadi rumahnya musnah dibom oleh Zionis laknatullah. Al Fatihah. ImageImageImage
Sebuah bangunan yang menjadi tempat pasukan sukarelawan juga menjadi mangsa kerasukan Zionis laknatullah dalam mengebom Gaza. Kelihatan barang-barang seperti selimut dan tilam di antara celahan runtuhan. ImageImageImageImage
Pesawat tentera Zionis baru saja meletopkan rumah keluarga Jabri di kawasan kejiranan Al Amal, Khan Yunis. Selain itu, peluru berpandu mereka turut merosakkan jalan-jalan dan infrastruktur awam yang lain ImageImageImage
Berita Kann melaporkan, maklumat berkenaan adanya tempat persembunyian Hamas di bangunan Al Jaala (bangunan menempatkan pejabat media antarabangsa) yang musnah dibom Zionis tidak akan didedahkan kerana menurut mereka maklumat itu adalah "highly classified intelligence material". Image
Kanak-kanak Palestin ini semuanya telah kehilangan rumah yang mereka telah diami sebelum ini akibat bedilan peluru berpandu Zionis. Kini mereka berlindung di sekolah milik United Nations Relief And Works Agency For Palestine Refugees (UNRWA), Gaza. 🥺 ImageImageImageImage
Perdana Menteri Israel, Benjamin Setanyahu sebentar tadi di hadapan wakil-wakil negara lain:

"Mana ada orang awam Palestin yang terkorban semasa serangan udara tentera kami."

🤬🤬🤬🤬🤬🤬 Image
Perdana Menteri Israel, Benjamin Setanyahu:

"Untuk mengutuk tindakan Israel adalah sesuatu tak masuk akal. Inilah kemucak penipuan dan hipokrasi dunia, ianya hanya akan menggalakkan lagi pengganas Palestin. Kami hanya menyakiti mereka yang menyakiti kami. Ini adalah normal." Image
Video yang merakamkan detik-detik tingkat bahagian atas Menara Andalus, di utara Gaza yang dibom sebentar tadi oleh pesawat tentera Israel.
Gambar-gambar yang menunjukkan situasi pada hari kesepuluh sejak perang Israel-Palestin mula tercetus pada 10 Mei 2021 yang lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Israel turut menyasarkan 22 buah bangunan yang menempatkan fasiliti kesihatan di Gaza. ImageImageImageImage
Briged Al Quds mengeluarkan satu video dengan deskripsi:

"Lihatlah peluru berpandu kami dilancarkan ke arah Israel semasa Perang Saif Al Quds."
Ashdod, Ashkelon, Netivot dan kawasan sekitar sedang dihujani peluru berpandu oleh Briged Saraya Al Quds. ImageImageImage
Langit Ashkelon ketika ini yang dilakari oleh pertempuran peluru berpandu Briged Al Quds dan peluru berpandu Iron Dome. Laporan awal menyebut beberapa tempat di Ashkelon telah terkena impak.
Saat peluru berpandu dari Iron Dome yang menjadi dungu seperti Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Kelihatan peluru berpandu Iron Dome gagal memintas peluru berpandu Briged Al Quds yang laju lurus ke depan di langit Beersheba.
Peluru berpandu Briged Al Quds jatuh ke kawasan lebuhraya. Menurut IAF, kumpulan terakhir serangan dari Gaza ialah sebanyak 8 butir peluru berpandu dimana 5 telah gagal dipintas dan jatuh ke kawasan terbuka. ImageImageImage
Seorang wanita baru saja ditembak mati oleh tentera Zionis di Kiryat Arba, dalam kawasan kejiranan Al Khalil. Laporan awal mengatakan wanita itu merancang untuk 'menyerang' sekumpulan tentera Zionis laknatullah.
Detik-detik apabila beberapa das tembakan dilepaskan oleh tentera Zionis ke arah wanita Palestin yang dikatakan cuba 'menyerang' mereka di Kiryat Arba sebentar tadi.
Media Israel melaporkan wanita tersebut telah keluar dari sebuah kereta dan meluru ke arah sekumpulan tentera Zionis dengan membawa senapang jenis M16. Media Palestin pula mengatakan senapang M16 itu sengaja diletakkan berhampiran mayat wanita itu. Image
Briged Al Qassam memperkenalkan dron pengawasan 'surveillance drone' yang diberi nama Al Zawari. Nama itu diambil sempena nama Mohammed Al Zawari yang merupakan seorang pakar dron warga Tunisia yang telah maut. Video menunjukkan kejayaan Al Zawari dalam pengintipan hari ini.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan Zionis telah melakukan satu pembunuhan di Deir Al Balah dimana seorang lelaki kurang upaya, isterinya yang sedang mengandung dan anak perempuan mereka telah menjadi 3 yang baru disahkan mati syahid. ImageImage
4 peluru berpandu dikatakan telah dilancarkan dari Lubnan ke Israel, namun hingga kini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Kementerian Kesihatan Palestin mengemaskini angka korban dimana 227 telah disahkan mati syahid; 64 daripadanya adalah kanak-kanak, 38 wanita manakala 1620 yang lain cedera yang pelbagai. Image
Pegawai kanan Kataib Hezbollah mengatakan dirinya telah menghubungi Hamas dan PIJ dan memberi jaminan bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk membantu. Sementara itu, Briged Syuhada Al Aqsa (cabang tentera Fatah) turut bersiap sedia. ImageImageImage
Timur Gaza baru saja menerima bedilan peluru berpandu dari Israel. ImageImageImage
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan lagi satu video hebat yang bertajuk "Berehat Sambil Menyanyi...Ini Adalah Palestin Dan Tanah Penebusan".

Video memaparkan kejayaan-kejayaan mereka sejak 10 hari lalu.

Sedap pula lagu latar belakang tu.😂
Menurut Al Jazeera,wanita yang ditembak di Kiryat Arba tadi bernama Wafa Abd Al Rahman berusia 34. Seorang aktivis Palestin pula mengatakan wanita itu ingin membuat serangan 'rambo' ke atas tentera Zionis sebelum ditembak mati. Ambulans dilarang tentera Zionis mendekati mayatnya. Image
Serangan Zionis laknatullah yang dilakukan tanpa amaran sebentar tadi telah menyebabkan rumah keluarga Abu Zerqa di barat Khan Yunis dan rumah-rumah sekitarnya musnah. Jumlah mangsa kecederaan atau kematian masih belum diketahui.
Video menunjukkan keadaan rumah 3 sekeluarga yang maut semalam; seorang lelaki kurang upaya, isterinya yang sedang mengandung dan anaknya. Rumah mereka hancur akibat bedilan meriam yang disasarkan ke arahnya. Dapat dilihat dalam video kerusi roda yang telah rosak.
Seluruh Gaza ketika ini baik di barat, timur, utara dan selatan masih terus dibom oleh tentera Zionis laknatullah. Jam di sana sekarang menghampiri jam 4 pagi.
Pesawat tentera Zionis laknatullah baru saja melancarkan serangan bertubi-tubi yang dasyat ke atas kawasan perumahan di Jalan Al Saftawi, utara Gaza.
Serangan ke atas Gaza masih diteruskan oleh Zionis laknatullah sehingga azan Subuh sebentar tadi. Dilaporkan banyak bangunan dan rumah orang awam musnah. Jumlah kematian dan kecederaan belum diketahui.
Mangsa-mangsa awal yang dibawa ke hospital setelah pesawat tentera Israel mengebom kawasan Al Satar Al Gharbi di tengah Khan Yunis. Antaranya ialah seorang bayi dan kanak-kanak lelaki. ImageImageImageImage
Saat ketibaan mangsa-mangsa dari kawasan Al Satar Al Gharbi, Khan Yunis ke hospital sebentar tadi. Moga bayi itu cepat sembuh. 😭
Seorang ibu sedang menenangkan anaknya yang tercedera setelah tentera Zionis laknatullah menyerang rumah keluarga Khawalda di barat Khan Yunis. Allahu tak ada anak sekecil itu patut rasa takut dan trauma akibat perang.
Bukti-bukti menunjukkan Zionis telah menggunakan 3 jenis bom yang sangat berkuasa dan mampu memberi impak tinggi. Bom MK-84, bom GBU-31 (JDAM) dan bom GBU-39 (SDB). Ketiga-tiga jenis bom ini semestinya dibuat oleh sekutu kuat Israel iaitu Amerika Syarikat. ImageImageImage
Menurut Jabatan Maklumat Palestin, setakat 10 hari perang:
1) 107,000 warga Palestin hilang tempat tinggal, 44,000 orang kini berlindung di tempat perlindungan.

2) Jumlah kebinasaan dianggarkan bernilai USD 322 juta.

3) Lebih daripada 1335 rumah separuhnya/sepenuhnya ranap. Image
Briged Al Qassam dalam satu mesej ringkas memberitahu bahawa mereka telah menyasarkan sebuah bas yang sedang mengangkut tentera Zionis di kawasan Zikim, utara Gaza sebentar tadi. Image
Bedilan bom bertubi-tubi oleh tentera Zionis ke atas kawasan di Jalan Al Saftawi, Utara Gaza telah terkena sistem pembentungan bawah tanah hingga menyebabkan infrastruktur itu rosak teruk. ImageImageImage
Warga Pakistan hari ini membuat sesi demonstrasi besar-besaran bagi menunjukkan sokongan buat Palestin dan mengecam tindakan kejam rejim Zionis laknatullah. ImageImageImageImage
Laporan oleh media Israel mengatakan seorang tentera Zionis tercedera semasa serangan oleh Briged Al Qassam ke atas sebuah bas membawa tentera Zionis di Zikim. ImageImageImage
Seekor kucing berwarna putih kelihatan comot setelah terselamat dari kejadian runtuhan bangunan akibat dibedil oleh Zionis di kawasan Al Rimal. Image
Kementerian Kesihatan Palestin mengeluarkam statistik mereka yang maut di Gaza akibat perang, dimana sekarang sudah 230 orang disahkan mati syahid termasuk 65 orang kanak-kanak, 39 orang wanita dam 17 orang tua manakala 1710 orang lain cedera yang pelbagai. Image
Pakar hal ehwal sumber tenaga, Khaled Fouad berkata penutupan pelantar gas Tamar milik Israel lantaran daripada ancaman peluru berpandu dari Gaza telah menyebabkan Israel rugi USD 6 juta sehari. Pelantar gas Tamar adalah yang utama di Israel bagi tujuan lokal dan eksport. Image
Kanak-kanak Palestin dilihat sedang duduk dan bergambar di atas sebuah bom jenis MK-84 seberat 1000kg yang dijatuhkan oleh Zionis. Tertera tulisan deskripsi bom itu di dalam gambar pertama. ImageImageImage
Video yang merakamkam detik-detik rumah keluarga Al Mughayir di Rafah, selatan Gaza dibedil bom oleh pesawat tentera Zionis laknatullah sebentar tadi.
Al Jazeera kongsi sekeping surat yang ditulis oleh Zina Ahmed Dabous, 10 tahun disorok di bawah bantalnya:
"Mak saya takut. Kalau mereka bunuh kita, tanamlah kita bersama-sama supaya kita boleh saling berpelukan. Bagitahu mereka untuk kebumikan saya dalam pakaian hari raya." Image
Briged Al Qassam mengeluarkan video mereka yang terbaru dengan mesej:

"Musuh, penembak tepat mencari anda."
Briged Al Qassam berkongsi satu gambar dengan hadis:
Uqbah bin Amir al-Juhani, Rasulullah bersabda atas mimbar: "Persiapkan semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah bahawa kekuatan itu adalah memanah! (ayat memanah ini diulang 3 kali)."- Hadis Riwayat Muslim. Image
Kebanyakan tempat di selatan Israel seperti Ashkelon, Ashdod, Netivot dan Beersheva mengaktifkan siren amaran mereka selepas Briged Al Qassam mengeluarkan video yang terbaru tadi. Image
Beersheva melaporkan impak pertama sebentar tadi. Beberapa buah kenderaan rosak teruk. Allahuakbar!
Impak di Ashkelon. Tiada yang cedera namun seorang dirawat untuk 'anxiety attack'.
Lagi video menunjukkan impak serangan Briged Al Qassam ke atas Beersheva yang mengenai sebuah kilang.
Sebuah kereta orang awam dibom di kawasan Al Saftawi, Gaza. Laporan awal mengatakan seorang mati syahid dan beberapa yang lain cedera. ImageImage
Briged Al Qassam datang lagi dengan video terbaru baru 1 minit yang lalu. Video menujukkan kejayaan mereka menembak sebuah bas membawa tentera Zionis di Zikim pada hari ini. Mantap!
Menurut Al Jazeera, masuk hari kesebelas ini, sudah 1800 buah rumah yang rosak dan musnah akibat bedilan bom pesawat tentera Zionis laknatullah. Image
Wakil Israel ke perhimpuman Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gilad Erdan bertindak meninggalkan dewan semasa wakil Palestin Riyad Al Malki mengutuk Israel atas kekejaman membunuh kanak-kanak dan wanita.

#koyak #ShameOnYouIsrael
"Saya terpaksa ikat perut untuk jadikan impian (miliki kedai buku) ini menjadi nyata."- Samir Mansour.

Kedai buku popular di Gaza SamirBookShop yang musnah beberapa hari lepas setelah dibom Zionis kini berjaya meraih hampir USD 17,000 di GoFundMe untuk pembinaan semula. ImageImageImageImage
Rassd News Network melaporkan ribuan warga Iraq dalam perjalanan ke sempadan Jordan-Palestin bagi menunjukkan solidariti besar-besaran yang dijangka akan diadakan esok. ImageImageImage
Briged Al Qassam mengeluarkan video ketiga (rancak betul!) mereka pada hari ini sebentar saja tadi. Dalam video kali ini, Briged Al Qassam berkongsi detik-detik semasa operasi di lapangan yang melibatkan penggunaan bom mortar. Enjoy the show @Israel @IDF
Allahu beberapa minit selepas Briged Al Qassam mengeluarkan video ketiga, Israel mengatakan mereka akan mengadakan mesyuarat kabinet bagi mengundi genjatan senjata sebelah pihak (unilateral)! Allahu jika ini jadi realiti, Palestin menang!
Hamas berkata, sebarang keputusan untuk genjatan senjata sebelah pihak bermakna Israel mengaku kekalahan. Allahuakbar!!!!
Ketua Majlis Keselamatan Israel, Ben Shabbat berkata dia menerima cadangan Mesir untuk satu genjatan senjata. Ketika ini, kabinet Netanyahu sedang mengadakan mesyuarat bagi mengetahui situasi terkini perang dan seterusnya mengundi jika genjatan senjata akan dilakukan atau tidak. Image
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Gadi Yadarkan berkata; genjatan senjata tanpa mengembalikan Oron, Hadar, Avra dan Hisham hanya akan memberikan Hamas menang."

Oron, Hadar, Avra dan Hisham adalah tahanan perang warga Israel yang ditangkap Hamas. Image
Kabinet Netanyahu kini berada dalam perdebatan hebat apabila beberapa ahlinya mengatakan genjatan senjata tanpa mengenakan apa-apa sekatan ke atas Palestin adalah merbahaya. Sementara itu, media Israel melaporkan pasukan tentera menggesa Netanyahu untuk genjatan senjata. Image
Rumah Putih berkata mereka mengikuti rapat perbincangan Israel berkenaan genjatan senjata dan percaya ianya akan mendatangkan hasil yang baik dan nyata (genjatan senjata). Image
Al Jazeera melaporkan wakil kerajaan Netanyahu telah menyampaikan hasrat kepada mediator Mesir untuk satu persetujuan genjatan senjata.
Setiausaha Agung PBB tadi semasa ucapan di hadapan wakil-wakil negara berkata:

"Jika neraka itu adalah di dunia, ianya sekarang berada di Gaza. Saya sangat marah apabila mendengar 9 orang yang merupakan satu keluarga maut di Kem Al Shati. Israel perlu hentikan kegilaan mereka." Image
Ben Gurion ditutup dan operasi dipindah ke Ramon mengambilkira isu keselamatan dan kemungkinan Hamas akan menguatkan serangan sebelum genjatan senjata jadi berlaku esok hari. Image
Briged Al Qassam baru saja mengeluarkan video keempat mereka untuk hari ini dengan mengatakan mortar mereka telah berjaya memecahbelahkan musuh dalam Perang Pedang Al Quds.
Menteri Luar Negeri Turki Mevlut Cabhsoglu berucap di Perhimpunan Agung PBB sebentar tadi dengan memberi sedikit kelas sejarah berkenaan Palestin kepada wakil-wakil negara luar.
AGENSI BERITA NASIONAL ISRAEL MENGESAHKAN GENJATAN SENJATA TELAH DIPERSETUJUI.

Namun masih belum ada perbincangan tentang tempoh dan syarat-syarat lain.

Doakan semua! Allahuakbar!!!!
Menurut pakar politik Israel, ini adalah genjatan senjata paling memalukan apabila ianya melibatkan sebelah pihak saja bersetuju terlebih dahulu untuk "calmness for calmness".
Dilaporkan Mesir sebagai mediator sedang berbincang dengan Hamas selepas Israel bersetuju untuk pihaknya meletakkan senjata. Hanya pengumuman oleh Mesir yang boleh diambil kira sebagai penamatan kepada perang 11 hari ini.
Hamas telah bersetuju untuk genjatan senjata bermula jam 2 pagi waktu Gaza. Sekarang jam 10:36 malam!

Allahuakbar 3 jam 24 minit yang sangat genting!!!!
Israel berkata mereka menerima genjatan senjata TANPA SEBARANG SYARAT sepertimana yang telah dicadangkan oleh Mesir.
Zionis memulakan serangan akhir ke atas Gaza. Terdapat laporan serangan oleh pesawat tentera Zionis di kawasan Beit Lahiya. Beberapa bandar di Israel turut mengaktifkan siren amaran setelah Briged Al Qassam melepaskan peluru berpandu dari Gaza. 3 jam sebelum genjatan senjata.
Presiden Mesir mengarahkan dua delegasi keselamatan ke Tel Aviv dan Gaza segera untuk merangka jalan kerja genjatan senjata yang akan berlaku pada jam 2 pagi waktu Gaza (7 pagi waktu Malaysia).
Ucapan daripada orang paling dinantikan, panglima Briged Al Qassam Abu Ubaidah akan berucap sebentar lagi. Image
Recap: 38 minit memasuki jam 12 waktu Gaza, bermakna hari kedua belas, Gaza telah menyaksikan 232 warganya mati syahid dimana 65 orang daripadanya adalah kanak-kanak, 39 orang wanita dan 17 orang tua. Kemusnahan bernilai lebih USD 322 juta dan 1800 rumah musnah. Image
Abu Ubadiah:
"Kami telah bertempur dalam Perang Pedang Al Quds demi mempertahankan Jerusalem dengan penuh kemuliaan, semangat dan kesungguhan kepadanya. Palestin menang." Image
Abu Ubaidah:

"Dengan pertolongan Allah, kami telah memalukan musuh dan bala tenteranya yang mana ketua mereka telah berbangga membunuh kanak-kanak dan memusnahkan bangunan kediaman. Palestin menang." Image
Abu Ubaidah:
"Kami telah ingatkan sebelum ini, kami bersedia untuk menyerang bagi melindungi seluruh Palestin dari Haifa hingga Ramon, namun kami telah memberi respon untuk genjatan senjata dan memerhati tindakan musuh hingga jam 2 pagi. Palestin menang." Image
Ucapan penuh Abu Ubaidah sebentar tadi.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Ikhwan

Ikhwan Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @JatIkhwan

Nov 11
Ada sesiapa kenal brader ni tak? Area Wangsa Maju. Tak nak gaduh tak nak apa, cuma nak tanya motor saya apa cerita? Dekat 4 bulan hantar make over, duit bagi. Sorrylah terpaksa cari kat media sosial, whatsapp call semua buntu. Janji 9/11 untuk serahan. Image
Kalau tak ada juga, aku tepek je lah segala media sosial dia. Aku tahu brader ni leader group motor. Sorry bang, saya baik dengan abang, tak ada push tak ada apa. Sebaik baik manusia dah saya jadi, tapi bila whatsapp call tak jawab, manusia pun boleh jadi setan kalau macam ni.
4 bulan aku bayar motor for nothing. Tapi aku sabar je. Tak ada aku push apa pun. Setakat tanya update dan progress. Saya faham bang sakit, ada kerja lain, gi kenduri apa semua tapi 4 bulan bang, 4 bulan untuk make over. Apa benda gini? Dah jadi macam pengemis minta motor sendiri
Read 6 tweets
Sep 18
Pernah tengok movie Kingsman yang pertama? Si jahat tu control kerja kotor dia guna telefon bimbit/sim card. Dia edar sim card tu seluruh dunia dan sampai masa dia “lepaskan” gelombang yang membunuh.

Itu yang Israel tengah buat di Lubnan sekarang. Electrical devices meletup.
Cuma Israel tak guna sim card. Tapi dia letak cip dalam alatan eletronik macam pager, telefon bimbit etc. Gelombang pertama dia target anggota Hezbollah, ramai mati. Gelombang kedua, media laporkan devices orang awam mula meletup out of nowhere today. Seram, ya. Bahaya, amat.
Tindakan Israel di Lubnan bukan mengejutkan orang biasa macam kita je tapi pakar pakar IT dan teknologi lagi terkejut. This kind of “weapon” bakal digunakan di merata tempat lepas ni. Lubnan hanya tempat “testing”. Pager, telefon bimbit etc ni essential penting, pejuang pakai.
Read 7 tweets
Sep 21, 2022
Selalu sangat kita dengar orang pergi ke Bali, Bandung, Jogja etc tapi aku jarang nampak orang kongsi tentang Aceh. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari KL ke Banda Aceh naik pesawat. Dah banyak kali juga aku ke sini dan pada tahun 2019, aku sempat berpuasa sebulan di sana. Image
Aceh ni majoritinya Islam semua. Paling dikenal tentulah peristiwa hitam Tsunami pada tahun 2005 yang melenyapkan banyak kawasan di Aceh dan makan korban ratusan ribu manusia. Tapi sekarang dah aman. Sebalik kisah duka itu, Aceh ada terlalu banyak tempat lawa yang boleh dilawati. Image
Di Banda Aceh, ada Masjid Baiturrahman. Semasa kejadian tsunami, air laut tak masuk ke dalam masjid walaupun kawasan sekelilingnya tenggelam. Masjid ini dibina dengan mengambil model persis Masjid Nabawi di Madinah. Bagi aku, masjid ni "hidup" terutama pada waktu malam. Image
Read 13 tweets
Sep 21, 2022
Prenup atau postnup ni masih tak popular tapi dalam Law Reform (Marriage and Divorce) Act, isteri boleh failkan penceraian kepada mahkamah dan guna ground adultery atau curang ni. Mahkamah akan panggil suami dan perempuan ketiga tu. Kalau proven, mereka perlu bayar isteri.
Whatever agreement yang dibuat antara suami dan isteri, boleh digunakan sebagai basis dalam tuntutan harta masa penceraian. Seksyen 56 Law Reform (Marriage and Divorce) benarkan such thing.

Note that Law Reform (Marriage and Divorce) Act ni untuk non Muslim sahaha.
Aku tak pasti dalam Syariah law ada tak benda benda gini since I didnt practice Syariah law. Tapi dalam civil ada since aku pernah jadi lawyer divorce for a year. Masih ingat lagi macam-macam drama clients kat court masa nak cerai. Hatta harta bernilai RM 50 pun dituntut.
Read 4 tweets
Sep 21, 2022
Selain daripada isu kemiskinan haid, team misi kemanusiaan saya turut dimaklumkan bahawa ramai lelaki termasuklah yang dewasa tidak berkhatan di Semporna, Sabah. Faktor utama adalah kewangan dan rendahnya kesedaran. Kos untuk berkhatan juga boleh mencapai ratusan ringgit di sana.
Dalam mazhab Syafie, berkhatan itu hukumnya wajib. Rata-rata mereka di kampung yang akan kami pergi ni tahu berkhatan itu wajib buat mereka tapi tiada pilihan lain. Mereka juga tidak dibantu dalam hal ini. Makala yang dewasa pula, malu untuk minta bantuan atas faktor tak mampu.
Oleh yang demikian, saya dan team akan menjalankan aktiviti berkhatan secara beramai-ramai. Kami akan dibantu oleh pasukan doktor yang berpusat di sana. Kami juga akan memberi pengetahuan kepada mereka untuk proses penjagaan selepas berkhatan nanti supaya tak ada isu lain.
Read 5 tweets
Sep 21, 2022
Hoi @zackavaricious dah lama aku sabar dengan kau ni. Dah kena blocked sejak berkurun lama dengan aku pun kau sibuk nak bercakap pasal aku. Kerja kerajaan tu free sangat ke sampai kau banyak sangat masa tu? Lifeless gila hidup kau ni. Pathetic.
Kau nak ss aku marah orang? Yes aku marah benda tak betul. Asal? Aku tak boleh marah ke orang cakap aku itu ini? Dasar pondan tak ada kerja kau ni @zackavaricious. Dah kena blocked buat cara dah kena blocked. Ni dah kena blocked masih gigih bercakap pasal aku.
Meh sini ublock aku dan datang cakap kat aku depan depan. Jangan jadi jantan tak ada telur. @zackavaricious. Dah lama sangat kau buat perangai bodoh macam orang tak ada kerja gini. Mana followers atau mutuals aku yang sibuk nak ss tweets aku ke dia, meh hadap aku sekali.
Read 5 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Don't want to be a Premium member but still want to support us?

Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Or Donate anonymously using crypto!

Ethereum

0xfe58350B80634f60Fa6Dc149a72b4DFbc17D341E copy

Bitcoin

3ATGMxNzCUFzxpMCHL5sWSt4DVtS8UqXpi copy

Thank you for your support!

Follow Us!

:(