Aku punya nak faham betapa iblisnya Hitler ni, masa kawan-kawan pergi winter trip kat Jungfrau etc dulu, aku pergi Poland. Pergi Auschwitz-Birkenau, kem tahanan Nazi paling kejam.
The atrocities are unspeakable. Tengok kem tu dengan mata sendiri, lutut gigil beb. Sumpah.
Aku cerita apa yang aku ingat sajalah. Mungkin kurang tepat, jadi boleh Google. Kat kem tahanan ni ada rel keretapi. Nazi tipu Yahudi, dia kata kereta api akan bawa diorang ke tanah baharu untuk orang Yahudi saja. Nazi kata Auschwitz tempah singgahan sementara.
Bila sampai Auschwitz, dia himpunkan semua beg penumpang satu tempat. Nazi siap pesan supaya tulis nama atas beg kononnya supaya tak tertukar.
Padahal tak perlu tulis nama pun, because they're not getting it back. Kat muzium tu ada lagi koleksi beg sebenar yang disimpan Nazi:
Dekat dengan timbunan beg ni ada lagi satu timbunan (aku cari gambar tak jumpa dalam cloud, so share gambar Google).
Timbunan ni ialah rambut orang Yahudi yang Nazi cukur sebelum bunuh. Kenapa? Nazi kata sebelum bunuh, tuai semua hasil. Rambut ni dihantar ke kilang tekstil.
Kem Nazi sengaja design katil sempit (sorry gambar Google lagi). Semua tidur berhimpit laga bahu. Kadang bangun pagi sebelah mayat.
Design katil juga sengaja sempit supaya bila tahanan nak pergi kencing/berak kena langkah tahanan lain. End up buang kat katil je.
Bila tiba hari perjalanan ke "tanah baru" diorang akan beratur kononnya ke bilik air untuk bersihkan diri. Siap ada shower.
Tapi yang keluar dari kepala shower tu bukan air, tapi Zyklon B atau hidrogen sianida. Lepas hidu gas, sistem pernafasan rosak, mati kurang 5 minit.
Lepas semua dah mati, cleaner akan masuk cepat. Dua sebab:
(1) Bila tahanan hidu Zyklon B, sakit sampai terberak & muntah darah. Kena bersihkan "bilik air" cepat untuk tipu next batch.
(2) Kena angkat mayat untuk cukur rambut dan korek gigi kalau ada filling emas.
Mayat dipunggah dan dibakar beramai-ramai dalam insinerator. Nazi suka guna kombinasi Zyklon B & bakar mayat sebab pellet hidrogen sianida murah.
Hey, gotta keep the cost low to keep the genocide sustainable, no?
Aku sengaja jalan lambat untuk rakam foto ni. Inilah jalan terakhir yang tahanan lalu sebelum masuk "bilik mandi" tu. Orang dalam gambar ni ialah my tour group members.
Sebab tu lah aku ralat betul bila orang pukul rata "memang Yahudi ni anjing layak kena bunuh dengan Hitler" etc. Sebab tu lah kena baca & faham pasal Zionism. Kena hati-hati.
Bimbang terlalu gopoh menjadi wira, terlupa kita menjadi manusia.
Baguslah berjaga siang malam kongsi info Palestin. Tak semua orang mampu buat. Aku pun tak mampu. Syabas.
Cuma kena hati-hatilah. Takut kalau Hitler hidup lagi, dia pun tepuk tangan baca tweet kita sambil berkata, "Kesumat sebegini, layak menyembelih manusia bersama-sama kita."
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
So, @foodpanda_my should explain. Do they endorse @RinaMohdHarun's Raya video? If so, is there any payment involved? How much? If not, what do they get in return?
If they don't, does @KPWKM ask for permission to feature their rider's uniform in the video? Is there any payment?
Jadi, @foodpanda_my perlu jelaskan. Adakah mereka taja video raya @RinaMohdHarun. Jika ya, berapa bayarannya? Jika tanpa bayaran, apa mereka dapat sebagai pulangan?
Jika tak taja, adakah @KPWKM minta izin untuk paparkan pakaian penghantar dalam video? Adakah syarikat dibayar?
I don't want to support a company seemingly working together with the government without transparency.
Answer us, @foodpanda_my. You don't want us to think you're a part of #KerajaanGagal. Promo codes won't cut it. Plus, we have @GrabMY. Our switching costs are almost zero.