2. Hikmahnya adalah untuk menyedarkan bahawa Bulan adalah makhluk dan ia patuh dibawah kekuasaan Allah.
3. Bermula waktunya selepas masuk waktu berlaku gerhana.
4. Berakhir dengan terbitnya matahari.
5. CARA PELAKSANAAN SOLAT SUNAT GERHANA.
Cara Pertama: Dilakukan sebagaimana solat sunat 2 rakaat subuh, tanpa memanjangkannya.
Cara Kedua: Dilakukan dua rakaat tanpa memanjangkan solat dengan menambah rukuk dan qiyam pada setiap rakaat (sebagaimana dalam poster-poster yang banyak tersebar), pada setiap rakaat 2 kali berdiri dan 2 kali rukuk. Wajib membaca al-Fatihah pada setiap kali berdiri.
Cara ketiga: Sama seperti cara kedua. Tetapi dipanjangkan solat dengan memanjangkan bacaan (Al-Fatihah dan surah panjang), memanjangkan rukuk serta sujud dengan bertasbih.
6. Disunatkan mandi, tapi tidak disunatkan berhias.
7. Sunat menguatkan bacaan bagi solat sunat gerhana bulan.
8. Disunatkan Imam untuk berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah jumaat pada rukun, tidak pada syarat.
9. Disunatkan solat gerhana ditunaikan bersendirian ketika berlaku gempa, tanah runtuh, angin ribut. (Dan mungkin juga sesuai pada musim sekarang; Wallahu'alam)
Catatan
Abdul Hakim Othman
Faedah daripada kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi Masail al-Mufidah, Habib Hasan al-Kaff.
14 Syawal 1442/26 Mei 2021
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh