🧵🧵🧵WAF thread 🧵🧵🧵

Sebab ada impression lebih 200 orang. Aku akan mulakan bebenang Tembok Api Aplikasi Sesawang atau dalam Bahasa Inggeris, Web Application Firewall

Rujukan istilah tembok api oleh PRPM DBP: prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=…

#WAF #OpsBedil

Menurut Kamus Oxford, tembok api ini adalah sistem komputer yang menghalang pengguna tanpa izin mengakses maklumat sulit tetapi masih membenarkan mereka mengakses maklumat yang dibenarkan dan diizin.

oxfordlearnersdictionaries.com/definition/eng…
Ada pelbagai jenis tembok api mengikut OSI layer berapa. Ingat lagi tak nasihat saya untuk anda memahami seberapa banyak yang boleh mengenai OSI layer kalau anda berhasrat untuk terjun dalam bidang keselamatan maklumat(information security)?
Penjelasan mengenai OSI model di Wikipedia. Tapi saya rasa gambar kucing di bawah lebih membantu anda ingat susunan layer di dalam model OSI ini.

en.wikipedia.org/wiki/OSI_model Image
Kalau anda berurusan dengan keselamatan sesawang seperti saya, anda akan lebih banyak kepada Transport layer ke atas(sehingga Application Layer). Untuk Network Layer anda sebagai ahli keselamatan sesawang akan berkongsi separuh tanggungjawab dengan ahli keselamatan rangkaian.
Sarapan pagi dulu. Nasi goreng kampung dan ayam goreng. Dilincirkan dengan teh o ais. Nanti aku sambung balik tulis. Image
Cukai teh o ais Image
Semalam banyak gila urusan kerja di opis. Hari ni aku sambung baluk bebenang ni. Total lockdown pun aku kena kerja jugak sebab keselamatan siber jatuh bawah essential services. Lambat lagilah aku nak pindah rumah sendiri sebab renovation rumah tertangguh lagi.
*balik. Sorry typo, baru bangun tidur.
Ok kita sambung kuliah WAF kita hari ni. Jadi, semua layer dalam OSI ni ada tembok api mereka tersendiri. Tembok api tradisional berfungsi untuk melindungi rangkaian pada lapis ketiga OSI. Tembok api tradisional ini fungsinya membuka dan menutup port.
Ini contoh rekabentuk tembok api tradisional. Anda sebagai firewall admin akan buka port yang penting seperti 80(HTTP), 8080(HTTP-alt), 443(HTTPS). Port 21(FTP), 23(Telnet), 3389(RDP/Remote Desktop) kita tutup. Image
Banyak organisasi yang buka port RDP ke awam. Pakai katalaluan yang lemah pulak tu. Dapat kat penyerang, diorang la ni tak pacak cengkerang(shell) dah. Depa jalankan perisian tebusan terus. Nak pulak Windows server tu jugak tempat hangpa simpan sandaran(backup).
Ibarat hangpa cedera parah dijirus air garam pekat kaw-kaw. Pedihnya, sakitnya tuh di sini. Kalau perlu buka port RDP. Pastikan hanya boleh diakses melalui VPN atau allowlist IP yang dibenarkan sahaja.
Oh aku terlupa nak beritahu perisian tebusan itu adalah istilah Bahasa Melayu untuk ransomware.
Sarapan dulu sambil tungku baju aku kering. Ada teh o ais. Maaf tiada tumpahan teh di Twitter hari ni. Hanya tumpahan masuk ke mulutku. Image
*tunggu
Walaupun kita hanya buka port HTTP. Banyak peluang untuk penyerang melakukan cubaan serangan ke atas aplikasi sesawang. Cookie stealing/cookie tamper/curi biskut, Local/Remote File Inclusion, SQL Injection, Remote Code Execution dan lain-lain kerentanan aplikasi sesawang. Image
Kerentanan aplikasi sesawang == web application vulnerability.
Tembok api tradisional tidak dapat mengesan dan menangkis serangan aplikasi sesawang ini disebabkan peranti ini fokus kepada Network Layer OSI model. Image
Senang cakap, WAF fungsinya menjadi barisan hadapan untuk menangani cubaan eksploitasi kerentanan aplikasi web oleh penyerang ke atas aplikasi sesawang sesebuah organisasi. WAF adalah contoh tembok api Application Layer OSI model.
Gambar yang aku lampirkan ini adalah sebahagian dari slaid subjek hari ketiga Certified Incident Handling and Network Security Analyst(CIHNSA), Web Security (Keselamatan Sesawang).
Lawati cyberguru.my/web/guest/inci… untuk maklumat lanjut.
Saya tenaga pengajar untuk kelas hari ketiga ini. Dibantu oleh kohai saya yang rajin untuk redraw balik rajah dan figura berkualiti HD dan lebih enak mata memandang.
Ada 2 FAQ berkaitan WAF dan keselamatan sesawang yang biasa orang akan tanya.
1) Website saya ada SSL. Adakah saya selamat dari ancaman kerentanan aplikasi sesawang?

SSL tidak membantu langsung untuk mencegah kerentanan aplikasi web. Malah dalam sesetengah keadaan, menyukarkan lagi urusan menyiasat insiden pencerobohan ke atas laman sesawang.
TLS punya susu, SSL dapat nama. TLS 1.3 adalah standard terkini untuk HTTPS. protokol SSL versi 1 sampai 3 dah lama obsolete dan terkubur. Tujuan anda pasang TLS untuk mengelakkan trafik antara pelanggan dan pelayan sesawang anda diintip. Itu sahaja.
2) Saya dah pasang WAF ni, laman dan aplikasi sesawang organisasi saya ni dah selamat gila babi tembak pun tak matilahkan? Tak payahlah tampal/patch bug web app saya ni? It's not a bug, it's a feature. 😁
Hahahahahahahahahahahahhahaha 🤣😹🤣😅

Nak gelak dulu. Nak keluar beli sarapan kejap. Nanti eden sambung jawab soalan ni.
Loaded fries with extra pico de galo salsa. Image
Makan dulu sambil fikir nak tulis apa.
صدق ﷲ العظيم Image
Jawapannya, tentulah tak cukup. WAF ni bagi saya sekadar mencuri/membeli masa untuk anda tampal kesemua kerentanan aplikasi sesawang anda.
Saya nak kongsikan beberapa contoh WAF di pasaran. Antara yang terkenal adalah peranti keluaran Barracuda Networks dan F5. Namun, la ni boleh kata hampir kesemua tembok api dalam pasaran ada feature/module WAF. Ada yang siap ada Deep Packet Inspection dan SSL Interception lagi.
Ok nak alihkan fon ke lokasi yang paling kuat signal 4G. Tahukah anda kelajuan internet 4G Cyber 10, Cyberjaya lebih teruk dari Jasin, Melaka?
Selingan. Aku banyak sebut "kerentanan" ni mesti korang teringat lagu ni kan?

open.spotify.com/track/5TtmfZaN…
Mood siapkan kerja lagi. Maaf tak dapat nak sambung thread WAF ni hari ni

open.spotify.com/track/3t0Dw9zY…

Dengar lagu ni macam nak bukak start-up sendiri pulak.
Saya nak kongsikan satu kajian kes/case study mengenai WAF ni. Mangsanya? Barracuda Networks. Ironis, saya tahu. Boleh baca blog Acunetix pasal insiden ni

acunetix.com/blog/news/barr…
web.archive.org/web/2011041423…

Pos blog dari Barracuda sendiri pasal insiden ni.
Sarap dulu sebelum aku rumuskan ketiga-tiga penulisan yang aku rangkaikan di sini.
layan dulu

Dari Restoran Jentayu, Shaftsbury Square Cyberjaya.
Sengal gambar lupa dilampirkan. Image
Berdasarkan kajian kes Barracuda Networks Blind SQLi ni, walaupun kita ada WAF, aplikasi sesawang kita masih lagi boleh digodam bila penyerang dapat bypass atau WAF dimatikan untuk penyenggaraan laman sesawang.
An attacker bypass your web application firewall == Seseorang penyerang melangkaui tembok api aplikasi sesawang anda.
Kajian kes ini menjadi bukti bahawa tampalan keselamatan untuk aplikasi anda tidak terhad kepada aplikasi sesawang wajib menjadi keutamaan/prioriti/aula berbanding membeli peranti tembok api sesawang.
fdf tu pun dah bekerja di luar negara. 🙊
Khatamlah sudah bebenang tembok api aplikasi sesawang ini. Yang baik semuanya dari Yang Maha Mengetahui. Yang buruk dariNya jua namun majoritinya dari hamba Dia yang lemah lagi hina dina.
Versi tanpa selingan dan iklan akan saya rangkumkan dalam blog Sabily untuk Malaysia beralamat di mysabily.ak47suk1.my

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with 🪐Ahmad Aizuddin Aizat 🔜 FURUM🇲🇾 2021

🪐Ahmad Aizuddin Aizat 🔜 FURUM🇲🇾 2021 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ak47suk1

15 May
Dek #OpsBedil ni aku tahu ramai yang teruja untuk tahu pasal hacking dan lain-lain. Namun, ramai yang aku perhati suka cari jalan pintas. Jadi a fool with a great tool.

Anda boleh bermula dengan membentuk mentaliti penggodam atau hacker mindset terlebih dahulu.
Seorang penggodam lebih memikirkan WHY dari HOW. Boleh baca Hacker Manifesto, How to ask a smart question oleh Eric Schmidt. Juga How to be a hacker oleh Eric jugak.

Pengaturcaraan boleh mula dengan bahasa Python. Buku saya recommend How to automate boring stuff with Python.
Buku ni disasarkan untuk orang bukan programmer untuk mengekod Python. Boleh jenguk juga Khan Academy lepas khatam buku ni atau buku pengaturcaraan Python yang lain untuk belajar lebih mendalam.
Read 11 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(