Dua buah buku Bahasa Arab yang bagi saya perlu dibaca bagi memahami konflik yang berlaku dikalangan sahabat, seterusnya merungkaikan segala fitnah yang dilemparkan kepada mereka.
1- Hiqbah Min al-Tārīkh, Dr Uthman al-Khamīs 2- Haqiqah al-Khilāf Bayna al-Sahabah, Dr 'Alī Sallābī
Untuk buku Bahasa Melayu, boleh baca Tesis Master Dr MAZA yang telah dibukukan, bertajuk :
Fitnah Terhadap Rasulullah : Merungkai Kontroversi Menyingkap Realiti
Juga terjemahan Hiqbah Min al-Tārīkh ke Bahasa Indonesia, yang diterjemahkan dengan tajuk : Inilah Faktanya.
Untuk Sirah Khulafa' secara umum, boleh baca Sejarah Khalifah Rasulullah, terjemahan kepada karya Prof Dr Amīn Muhammad al-Qudāh.
Untuk beberapa aspek Sirah yang berlegar di Tanah Melayu, sedangkan tidak sepatutnya ia berlegar, boleh baca Isrā'iliyyāt, Hadīth Mawdū', dan Fitnah Sīrah, karya Ustaz Zahiruddin Zabidi.
Untuk pelajar Hadith secara khusus, yang bergelumang dengan riwayat dan sanad, dan semestinya Riwayat Tarikh berbeza dengan riwayat-riwayat lain. Maka saya cadangkan 2 buah kitab berikut, karya Dr Sultān al-'Ukaylah dan Dr Muhyiddīn Habbūsh.
Itu saja kot.. wallahua'lam..
Selingan, duah buah buku ni rare.. agak susah dapat, tapi kalau jumpa grab terus.. ✌🏻
Ini jugak selingan. Antara rujukan penting bagi menjawab tohmahah orientalis terhadap hadith-hadith Nabi.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Dalam budaya Arab, apabila mereka menyebut: "belakangmu sama seperti belakang ibu", ucapan ini ada maksud khusus disisi masyarakat Arab, bahawa mereka maksudkan isteri mereka telah menjadi haram bagi mereka, sepertimana ibu mereka juga adalah haram bagi mereka.
Namun, dalam masyarakat melayu, maksud sebegini sebenarnya agak asing.
Dalam masyarakat kita, apabila seseorang suami menyatakan sudut persamaan isterinya dengan ibunya, kenyataan beliau tersebut kebiasaannya tidaklah memaksudkan isterinya haram seperti ibunya haram kepadanya.
Maksudnya adalah mengikat sesuatu doa kita dengan sesuatu lafaz ikatan, seperti "jika begini, maka makbulkanlah", "kalau oke, maka dekatkanlah.."
Seperti doa istikharah yang masyhur: Ya Allah, jika kamu tahu sesuatu perkara tersebut baik bagi aku, baik bagi agama aku, baik bagi kehidupan aku... maka takdirkanlah buatku..."
"Sebutlah : Ya Allah Tuhan Maha Mengetahui perkara ghaib dan nyata, Tuhan Yang Menciptakan langit dan bumi, Tuhan kepada segala perkara dan segala pemilikan, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Kamu, aku memohon perlindungan dengan-Mu dari keburukan diriku...
Disamping memperbanyakkan amal, kita juga dituntut untuk berdoa agar diterima amal.
Beberapa hadith Nabi SAW mengisyaratkan perkara ini, antaranya hadis Ibn Abbas RA : Nabi SAW berdoa : "... Ya Allah terimalah taubatku, basuhlah dosaku, mustajabkanlah doaku". (HR Abu Daud).
Dalam hadis lain, Nabi SAW memohon disampingkan dari doa yang tidak didengar. Sabda Nabi SAW : "Ya Allah aku memohon dijauhi dari 4 perkara : ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, diri yang tidak pernah puas, serta doa yang tidak didengar". (HR Abu Daud & Tirmidzi)
Kemudian dalam hadis Anas bin Malik, beliau menukilkan bahawa Nabi SAW minta dijauhi dari solat yang tidak bermanfaat. Sabda Nabi SAW : "Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu dari solat yang tidak bermanfaat". (HR Abu Daud).
"Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) yang diturunkan sebelumnya". (Al-An'am : 92)
"Ini sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang ada berkatnya. Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya; dan bertaqwalah (kepada Allah), mudah-mudahan kamu beroleh rahmat". ( Al-An'am : 155)
Al-I'jaz al-Ilmi dalam al-Quran dan al-Sunnah : Satu Pandangan.
1- Dalam banyak tempat, al-Quran menggesa kita untuk merenung ciptaan-ciptaan Allah, dan itu adalah bukti kekuasaan Allah. Antaranya adalah firman Allah :
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan". (Al-Rum : 22)
"Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya, secara main-main". (Al-Anbiya' : 16)