Macam nak kongsi trivia atau kisah di sebalik tabir #IstanbulAkuDatang ni since tengah rajin. Ke aku pernah share dulu?
Takpe aku share lagi lah kalau dah pernah.
Trivia #IAD ..& ini bebenangnya.
Trivia #IAD
Aku tak berapa ingat apt Haris atau apt Azad was actually a standby location sbb apt asal kena block dgn jiran. Katanya akan mengganggu privacy dia. Kita semua dah sampai nak shoot tapi this lady duk kat tangga 🙅🏻♀️ tak kasi kami naik. Bagus produksi dah siap standby.
Trivia #IAD
Watak2 lokal Istanbul memang established stage actors. Termasuk brader buta yang dapat 'rezki dari langit' tu. Semua bagus kan?
Trivia #IAD
Waktu Dian naik Bosphorus Cruise tu aku ikut sekali walaupun takde dalam scene. Kasi chan lah!
Trivia #IAD
Scene home salon(basuh rambut) tu kami terpaksa reshoot atas sebab teknikal. Yang korang tengok tu a mixture of reshoot lah tu. Kudos to Lisa & the production team.
Trivia #IAD
Bapak sejuk time shoot sebab dah nak masuk winter. Especially scene malam sembang tepi laut tu. Tiap kali director jerit cut asst director & kru semua berlari datang bawak extra jacket & selimut. Aku gigih control suara yang terketar2 sejuk.
Trivia #IAD
Scene aku tak sebanyak Lisa jadi bila takde scene maka satu Istanbul lah aku & isteri pusing on foot. The only time naik tramp masa nak gi Blue Mosque. Tu pun saje nak merasa. Cuaca best untuk jalan kaki & baik untuk eksplorasi.
Trivia #IAD
Scene naik skuter pusing2 tu most of the shots skuter atas lori. Skuter tak bergerak pun. Safer & dapat control angle. Kat sini pun selalunya gitu jugak melainkan wide shot lah.
Trivia #IAD
Harris penggemar megi asam laksa. Beto penggemar megi kari. Sahih ;)
Trivia #IAD
Scene Dian bercakaran dengan minah Turki sampai terjatuh tu was real & unplanned. Dia tergelincir betul. Tapi sebab masing2 pro so dorang carry on & it works really well.
Trivia #IAD
Harris 🖐 driver Turki masa mintak satu peluang pada Dian tu pun unplanned. Bernard the director mcm dah agak so dia bisik siap2 kat aku sebelum roll.."Whatever happens just carry on."
Nasib laa Harris tak kena tumbuk ngan driver tu ;p
Trivia #IAD
Watak Nadim housemate pada Azad & Ijoi tu sebenar our casting manager kami. Nama dia Farid Ramlee.
Trivia #IAD
Watak photographer yang beriya ambik gambar Dian & Harris tu pula is actually our lovable asst director..Umi Omar nama dia. Dalam Kami Histeria dia jadi Jojo. Gol & Gincu vol2 dia lah yg direct.
Trivia #IAD
Mungkin ramai yg dah tahu. Tauke megi cekik darah kat Istanbul tu is actually abang pada Aizat aka Ijoi iaitu Mr Anas Amdan. Dah ikut gi Istanbul maka terus lah jadi bidan terjun. Nicely done btw.
Trivia #IAD
End scene ambik gambar wedding tu was actually our final day shoot juga sebelum melabuhkan tirai penggambaran. So agak emosi jugak lepas tu bila kena berpisah dengan semua yang dah macam family walaupun cuma berbelas hari bersama.
Trivia #IAD
2021 genap satu dekad dari tahun pembikinan #IstanbulAkuDatang. Semoga filem ini terus membuatkan sebahagian dari kalian happy atau at least tersenyum sendiri ketika menontonnya. We had so much fun, so much love filming it.
Bonus trivia #IAD
"Yang Harris ni, Harris ni sebenarnya gay B..!!"
The way Dian delivered this line betul2 buat Harris tersembur air yang dia tgh minum di sebalik kitchen tu. Tak bersalah buat assumption eh ;p
Bonus trivia #IAD
Bila off day aku, isteri, Lisa & her mommy plus Tomok gi hammam..a Turkish bath near Grand Bazaar. Lelaki perempuan of course lah asing. Kelakar bila aku ngan Tom nervous nak dimandikan mamat Turki yg buragas berbekalkan sehelai sorang towel comel & gayung.
Bonus trivia #IAD
Dian takut kucing. Lisa is the opposite.
Bonus trivia #IAD
Director Bernard Chauly tersangatlah cool & fun to work with. Brilliant & lovable. Dia rajin jogging. Kadang dia datang set straight dari lepas jog. Bila habis shoot awal dia siap2 tukar running attire & terus gi jogging. Sekarang dia dah bermastautin di UK.
Bonus trivia #IAD
Scene Dian dalam flight was actually shot during our flight back to Malaysia.
Bonus trivia #IAD
Gambar2 family bertampal dalam bilik Harris tu sebenarnya mommy Lisa. Director Bernard pun ada cameo dalam gambar2 tu jugak.
Bonus trivia #IAD
Hah si tauke megi cekik darah ni jugalah yg buat lagu tema & scoring untuk filem ni.
Job well done @AnasAmdan 👏👍
Bonus trivia #IAD
..& Fazura juga ada buat kemunculan istimewa dengan meminjamkan suaranya untuk Siti Wan Kuncup & Wo Aini. Gincu Purple & Aku Kejam pula adalah suara penulis skrip Rafidah Abdullah.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Psst..yg dah menonton keenam2 episod #KLGangsterUnderworld#KLGU di #iflixfree tu, aku nak share unofficial ‘behind the scene’ dengan korang.
Nak tengok tak? Kalau nak, aku teruskan bikin thread ni.
Unofficial ‘bts’ ni adalah effort sahabat aku yg juga salah seorang pemain dalam #KLGangsterUnderworld ni, gigih dengan kameranya ke hulu ke hilir in between scenes/shots nak capture moment2 terbaik di sebalik tabir #KLGU