naquib Profile picture
23 Jun, 35 tweets, 7 min read
Setakat aku jaga pesakit covid category 3-4, yellow tag+, aku just nak terangkan cara kerja doctors yang menjaga ward covid so that IF admitted you boleh expect these things lah.

#RantaianCovid
Credentials aku hanyalah seorang HO nak complete 5th posting.

Baru jaga covid ward officially and masih belajar. Tapi sebagai HO, you have to learn fast.

So ini apa aku nak kongsi
Di johor bahru, if kau didiagnosed as covid positive, kalau risiko rendah, biasanya akan ditempatkan di Hospital Permai. Kalau risiko tinggi, maybe di general hospital macam HSA.

So macamana doktor kategorikan risiko?

Dengan color tagging, secara asasnya, ada 4 color ImageImage
BMI >30 merupakan risk factor penting. Lebih 30, tak kira umur, terus yellow tag.

Kalau ada penyakit apa apa biasanyalah antara yellow-orange.

Umur >70, terus red tag.
Kenapa kita kategorikan macamni?

Ini dianggap sebagai scoring system untuk doktor tahu nak tempatkan pesakitnya dimana dan management juga berbeza.

Kalau hijau, biasa boleh ditempatkan dikawasan yang kurang supervision so that dr/nurse boleh lebih fokus pada red tag contohnya.
Color tagging adalah epidemiological scoring.

Maksudnya kita agak risiko korang based on sejarah hidup korang.
Staging ni apa pulak?

Staging ni adalah clinical scoring pulak.

Maksudnya kita agak risiko secara klinikal (symptom, darah, xray dll)

Ada stage 1-5
Stage
1- +ve covid, tak ada symptom

2- +ve covid, ada symptom

3- +ve covid, ada symptom, xray ada tanda tanda jangkitan peparu

4- +covid, perlukan oxygen rendah

5- +ve covid, perlukan oxygen tinggi, ada tanda tanda organ merosot Image
So lets say seorang umur 27 tahun, tak ada kencing manis ke apa apa, berat BMI 30.5, datang sebab sesak nafas sampai perlu oxygen rendah, xray ada tompok2, darah ada tanda jangkitan, covid +ve.

Diagnosis dia should be
Confirmed covid19 stage 4 yellow tag.
So dengan diagnosis tu, dr/nurse akan tahu agak agak nak aim cara jaga macamana. Tapi nak confirm, kita akan gali sejarah lagi dari pesakit.

So kalau awak dijangkiti covid, apa yang pesakit perlu prepare untuk jawab soalan?
1. Sejarah penyakit.
Kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sejarah appointment dengan mana mana klinik pakar (bila last dan next temujanji pun kena tahu)

2. Berat badan dan tinggi
Selain untuk kira BMI, kita akan gunakan berat untuk sukat dos ubat steroid.
3. Macamana boleh tahu positive?
Waktu tu demam/batuk and pergi klinik buat swab
Atau
Ada kontak rapat dengan sesiapa, kalau ya, siapa? Macamana dia boleh positive? Sebab demam and swab atau dari kerja ke? Kluster ke?
HAFAL:

TARIKH DEMAM/BATUK/GEJALA
-close contact
-diri sendiri

TARIKH SWAB
-close contact
-diri sendiri

LOKASI
-pekerjaan close contact
-lokasi kuarantin
4. Nombor telefon!
Antara cabaran dekat ward adalah susah untuk berhubung dengan keluarga/penjaga.
Make sure ingat/ tulis letak dalam wallet/ secara fizikal.
Nombor sendiri
Nombor waris terdekat
Tulis untuk mak ayah kita sekali!
Okay so contoh awak masuk ward saya. Apa yang patut expect or patut tahu?

1. Jadual nurse dan doktor masuk ward
2. Pengambilan darah
3. Pergerakan dalam ward
4. Penempatan dalam ward
1. Jadual
Bukan kena hafal waktu kerja, tapi just kena faham kami akan masuk ikut shift. Bukan 24/7 ada dalam zone pesakit. Tapi kami 24/7 ada dalam ward di luar zone pesakit.

Akan ada masa di zon pesakit tak ada nurse/doktor pun.
Kalau ada doktor atau nurse yang masuk, kalau ada pertanyaan, terus je tanya. Biasanya kita akan cuba jawab. Tapi kadangnya, terlalu busy.

Ada dekat 30 pesakit, yang ambil darah selalunya 1-2 orang doktor sahaja. Belum kena yang darah susah.
2. Pengambilan darah
Mana mana pesakit yang perlu bantuang oksigen walaupun rendah, wajib ambil darah nadi!

Kita tahu sakit. Sampai kena marah dengan pesakit sebab tak reti ambil darah. Tak apa, kita telan. Faham sebab tengah sakit.
Apa beza darah nadi dengan darah biasa?

KANDUNGAN OKSIGEN

Darah nadi paling common kita akan ambil di tangan. Darah ni bagi secara objektifnya kandungan oxygen dalam darah yang baru lepas jantung pam. Kira ‘darah fresh’, doktor ICU suka darah ni. Banyak boleh tahu. ImageImage
Kenapa nak kena darah nadi?

Sebab doktor akan buat kiraan PEFR.

Jumlah oksigen darah tu kita bahagi dengan bantuan oksigen pesakit. Lepastu doktor baru boleh tahu makin okay atau tak? Kena naikkan ke tak oksigen tu? Boleh tutup ke oksigen untuk bagi chance untuk discharge?
Kalau oksigen dah okay. Probably kita akan hanya ambil darah biasa untuk tengok pattern darah pesakit macamana.

Kita tak boleh tengok satu result darah saja. Tapi kita nak tengok, makin naik ke? Makin turun ke? Sama je ke? Makin ok ke teruk ke?

Sebab tu kita kerap ambil darah
3. Penempatan dalam ward

Mungkin orang tak tahu, katil yang pesakit duduk tu semua pakar dan nurse arrange elok elok. Jangan memandai tukar katil. Ada sebab dia.
Contoh penjarakkan katil.
Kita kosongkan katil satu untuk make sure jangkitan kurang.

Tapi katil tu jugaklah yang bawah kipas ya. Pesakit mintak tukar katil/ pandai pandai alih barang sendiri.
Katil jugak bernombor selaras dengan Bed Head Ticket (BHT)

BHT pesakit ada semua details pesakit, plan doktor, staff nurse punya entry. So jangan tukar katil.

Kadang missy pun baik nego dengan pakar untuk tukarkan sampai dapat. #Missy5Baik tapi biasanya tak dapat.
Jarak katil dengan kaunter pemantauan pun satu faktor.

Lagi jauh dari kaunter, maksudnya pesakit okay, tak perlu sangat direct pemantauan.

Yang dekat tu, maksudnya awak dalam acute bed. Doktor/nurse boleh tengok pesakit sambil buat kerja lain.
4. Pergerakan dalam ward

Kalau ward biasa atau lepas operation dll, ya memang digalakkan untuk banyak bergerak. Kita cabut tiub kencing so pesakit perlu berjalan ke tandas dll.

Tapi covid ward, tidak ya. Kurangkan pergerakan luar katil. Hanya bila perlu. Minum, tandas, dll.
Kalau nak bual pun, buat kawan dengan orang sebelah. Kalau nampak orang sebelah mintak tolong kecemasan, kalau boleh jalan, baru panggil doktor dekat pintu. Kita datang secepat mungkin. Jangan pergi tolong tanpa bantuan.
Kenapa kita pusingkan pesakit untuk naikkan oksigen dia?

Ni nama dia prone positioning. Baring meniarap dapat relievekan acute onset desat. Maksudnya yang tiba tiba oksigen kurang, kita baringkan meniarap. Image
Kenapa kena jalan 40 langkah atau duduk diri banyak banyak kalau tak perlu bantuan oksigen pun?

Ini namanya Exertional Dyspnoea Test (EDT)

Aim dia adalah nak tangkap awal peparu yang nak start merosot

Kita bagi workout dekat peparu.
So kalau oksigen jatuh sebantak 3%, dikira positive. Tak kisahlah kalau dari 100% jadi 97% ataupun 95% jadi 92%.

Dua dua kira positive. Maksudnya… tak boleh discharge lagi.
Kalau macamtu, bila boleh discharge?

Biasa kita aim hari ke 10 selepas tarikh symptom/swab.
Dalam 10 hari ni, kita akan cuba sedaya upaya bagi boost pada badan. Steroid, ubat demam, ubat kahak, semuaaaa!

Paling kritikal ialah pada hari 5-10. Image
Tapi kalau memerlukan bantuan oksigen tinggi, walaupun rasa semua dah okay pada hari ke 20 contohnya, pakar boleh decide untuk simpan make sure betul betul okay sampai hari ke 28.
Sekian, kalau ada MO atau mana mana yang lebih arif mungkin terjumpa saya salah. Sila betulkan. Atau ada penambahan, silalah tambah.

Saya tweet sebab nak ingat balik je.

Sekian, doktor yang masih sedang belajar seumur hidup.
Plus point:

Kalau ada ahli keluarga yang kena admit, the least waris boleh bantu is providekan phone yang functional. Ada internet, boleh buat call, powerbank, pakaian yang cukup untuk beberapa hari, charger.

Pesakit ward aku bagus jugaklah, bagi pinjam charger dll

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with naquib

naquib Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(