Hartal merupakan istilah yang berasal dari Gujerat, India yang boleh difahami sebagai mogok, atau tunjuk perasaan beramai-ramai.
Di Malaysia, hartal yang direkodkan pernah berlaku seawal 1947 di mana rakyat Tanah Melayu menjalankan mogok dengan menutup aktiviti ekonomi bagi membantah Malayan Union.
Mogok atau istilah lainnya tindakan industri melibatkan doktor telah banyak dijalankan di serata dunia.
(credit gambar : The Guardian)
Pada tahun 2016, para doktor muda di United Kingdom telah mengadakan siri mogok selama 4 bulan lamanya. Setiap siri mogok itu mengambil masa 24-48 jam. Mogok inidijalankan bagi membantah terma baru kontrak mereka. blogs.bmj.com/bmjopen/2018/0…
4 tahun sebelum itu, hartal telah dijalankan oleh doktor-doktor di India. Hartal ini juga disebabkan oleh isu kontrak dan lain-lain.
Pada tahun 2011, doktor-doktor di negara haram Israel juga menyatakan ketidakpuashatian dalam isu yang lebih kurang sama.
Mogok yang dijalankan oleh para doktor bukanlah satu perkara baru, dan ini tidak langsung menggambarkan bahawa generasi doktor di Malaysia sekarang adalah lemah dan suka melawan. Doktor-doktor di UK sudah mengadakan hartal sejak tahun 70-an lagi.
Mengapa doktor di Malaysia ingin melancarkan hartal? Baca kisah kami di sini -