Isu doktor kontrak ni masa kerajaan sebelum ni pun ada dah. Apa yg KKM buat?
Masalah rumit. Bukan bermula setahun dua ni. Bertahun2.
Kena effort menyeluruh kerajaan utk selesaikan. KKM saja tak jadi.
Cth: KKM nak lantik, tapi JPA tak bagi perjawatan, maka tak selesai juga.
Banyak yg doktor kontrak ni hadapi. Gaji tak setara, Isu cuti, isu nak buat latihan kepakaran, manfaat-manfaat lain..
Memang patut pun mereka marah bila sistem tak mengizinkan mereka maju dalam kerjaya.
Malaysia pula rugi bila bakat2 yg ada hilang- bila ada yang putus asa dan bosan dengan apa yang berlaku.
Yang bermasalah disiplin & masalah sikap tu kita pun tak kisah sangat. Tak jadi doktor pun tak apa yang macam tu.
Tapi ramai yang bagus, tak dapat teruskan.
Alasan utama?
Kewangan. Kalau tak silap 60% belanjawan KKM untuk emolumen. Lebih separuh!
Dahlah bab rawatan kesihatan ni banyak pakai duit.
Tekan punya tekan, dapat la JPA janji nak bagi 10675 jawatan, mula dgn 300 utk Hosp Rembau.
Tapi tak selesai masalah. Tak lestari.
Seluruh sistem kena reform.
Cara tentukan kelayakan doktor, cara lantik, penempatan (posting), pengurusan sumber manusia (lebih tepat lagi talent management), laluan kerjaya, sistem latihan kepakaran, pembiayaan sistem kesihatan, gaji dan elaun..
banyak perkara.
Jadi nak selesai kena menyeluruh. Pendekatan perlu diambil bukan sahaja oleh KKM, tapi banyak pihak lain dalam kerajaan. Perlu idea segar.
Ingat Health Advisory Council (HAC)? @DrDzul lantik.
Ada Tan Sri Abu Bakar, TS Jemilah, TS Kamal Salih, Prof Adeeba, Dato Dr Musa et al.
HAC diberi tugas utk bincang penambahbaikan. Sebagai individu di luar KKM, mereka boleh bantu dari perspektif yang berbeza.
Antara skop utama bila bincang agenda reformasi kesihatan adalah isu ini lah. Sumber manusia. Talent management. @ProfAdeeba yg lead isu ni.
Secara keseluruhan, agenda tu dipanggil Agenda Reformasi Kesihatan Negara. Sihat Bersama 2030.
3 tonggak utama:
Transformasi khidmat awam
Reformasi regulasi sektor swasta
Pembiayaan kesihatan yang lestari
Dah dibentang pada PM, dan akan bentang mesyuarat kabinet Mac 2020.
Tak sempat lulus kabinet, kerajaan bertukar.
Kemudian dah mula sibuk dengan pengurusan pandemik ini.
Doktor kontrak dilupakan semula.
(Tapi saya percaya, di peringkat KKM perbincangan dan perancangan mungkin terus berjalan lah.)
Cuma tak menjadi perhatian masyarakat.
Di Malaysia ni, tekanan yang diberikan termasuk oleh netizen di media sosial memang memberikan impak - tekanan kepada pihak yang berkuasa untuk ambil tindakan.
Malang sekali, tapi itulah realiti.
Jadi secara peribadi saya setuju dgn #HartalDoktorKontrak - selagi mana tak jejas rawatan pesakit.
Utk tingkat kesedaran, & beri sebab pd kerajaan utk bersungguh usaha selesaikan masalah ini.
Walaupun berharap ada penyelesaian yg lebih baik dari melakukan hartal. Harap je lah.
Dan jangan lupa. Isu kontrak ni bukan sahaja melibatkan doktor. Paramedik juga.
Doktor Gigi, Pegawai Farmasi, Jururawat, Penolong Pegawai Perubatan… ramai lagi.
Sebab tu kena perubahan menyeluruh.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh