Kenyataan Media Sekretariat Solidariti Rakyat, 9 Julai 2021 (BLACK MALAYSIA) PELANCARAN KEMPEN #LAWAN UNTUK TERUS MENDESAK PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN LETAK JAWATAN
Setelah hampir tujuh bulan pelaksanaan darurat dan sebulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) namun KERAJAAN MASIH GAGAL mengawal kes jangkitan COVID-19
Semalam, laporan kes jangkitan COVID-19 mencecah angka 8,868 kes dengan 135 kematian yang menjadikan jumlah tersebut sebagai angka kematian harian tertinggi. Secara keseluruhan, 5,903 orang telah kehilangan nyawa sejak permulaan pandemik ini pada tahun lepas.
Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengesahkan bahawa masih ramai pesakit kritikal COVID 19 yang tidak dapat penempatan atau rawatan kerana kesesakan dan kekurangan katil di wad mahupun di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah GAGAL untuk memimpin negara ini keluar daripada pandemik COVID-19.
Sejumlah besar rakyat biasa juga telah kehilangan pekerjaan, ini termasuklah hampir 70% daripada kalangan anak seni yang terdiri daripada pelukis, pemuzik dan lain-lain penggiat industri kreatif juga telah kehilangan semua punca pendapatan, malah ada juga yang terpaksa melakukan-
-dua atau tiga pekerjaan bagi meneruskan kehidupan. Tambahan pula, dianggarkan bahawa lebih daripada 7 juta rakyat Malaysia dijangka kehilangan pekerjaan susulan penutupan operasi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akibat daripada PKP 3.0 yang dikuatkuasakan dengan cuai-
-dan abai. Parlimen telah digantung sejak bermulanya darurat merencatkan pentadbiran negara dan menghalang perbincangan dan penyelesaian segera masalah-masalah rakyat yang kritikal.
Setelah berdepan dengan tekanan hebat daripada rakyat dan titah Yang Dipertuan Agong, akhirnya Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa satu sidang parlimen akan diadakan selama 5 hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021 untuk Dewan Rakyat dan 3 hari-
-mulai 3 hingga 5 Ogos 2021 bagi Dewan Negara. Namun begitu,, adalah jelas bahawa persidangan ini hanya merupakan satu sesi penerangan dan merupakan sebuah langkah politik bagi menjamin kekuasaan dan kelangsungan sebuah kerajaan yang telah gagal.
Kami menegaskan bahawa pentingnya untuk Perdana Menteri tidak lagi menggantung Parlimen dan menjanjikan sebuah persidangan penuh untuk memberikan ruang kepada ahli Parlimen untuk berbahas dan menyelesaikan isu rakyat dengan segera.
Negara ini terbina atas prinsip pengasingan kuasa antara cabang Eksekutif, Parlimen dan Kehakiman. Tindakan Perdana Menteri untuk menggantung Parlimen adalah satu penghinaan terhadap roh, semangat dan rakyat tanah air ini.
#LAWAN: 3 HARI 3 TUNTUTAN 3 AKSI Bagi meneruskan desakan dan tekanan kepada Kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kegagalan dalam memimpin negara ini, Sekretariat Solidariti Rakyat ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama
#LAWAN selama tiga hari bermula 10 Julai 2021 (Sabtu) hingga 12 Julai 2021 (Isnin) secara fizikal dan secara dalam talian maya untuk terus menuntut:
1. Tan Sri Muhyiddin Yassin letak jawatan sebagai Perdana Menteri serta merta
2. Sidang penuh Parlimen diadakan
3. Darurat ditamatkan serta-merta Rakyat Malaysia
#LAWAN dengan:
1. Memasang bendera hitam di rumah
2. Berpakaian hitam ketika keluar membeli barangan keperluan
3. Mengibarkan bendera hitam pada kenderaan masing-masing
Dalam menyertai kempen ini, rakyat Malaysia diminta untuk mengambil gambar dan memuat naik di media sosial anda beserta tanda pagar #LAWAN secara konsisten selama tiga hari bermula jam 3 petang pada 10 Julai 2021 (Sabtu).
Kempen ini adalah aksi yang membawa mesej yang mudah iaitu rakyat sudah berada pada tahap kritikal. KERAJAAN MASIH GAGAL untuk memimpin negara ini keluar daripada pandemik COVID-19.
Aksi ini juga adalah susulan kepada kempen yang telah dilaksanakan pada minggu lepas dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya perlu terus #LAWAN sehingga ketiga-tiga tuntutan di atas dilaksanakan.
Kami ingin sekali lagi mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan agar tidak memperjudikan nyawa rakyat. Jangan ditendang-tendang rakyat demi kuasa kerana kuasa sebenarnya berada pada tangan rakyat.
Sekretariat Solidariti Rakyat bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia turun ke jalan raya sekiranya ketiga-tiga tuntutan di atas tidak diendahkan.
BLACK MALAYSIA
#Lawan
3 HARI, 3 TUNTUTAN, 3 AKSI
Dikeluarkan oleh: Sekretariat Solidariti Rakyat
Emel: sekretariatsolidaritirakyat@gmail.com
Sekretariat Solidariti Rakyat adalah penganjur bersama Himpunan #Undi18Now, Himpunan #BukaPuasaBukaParlimen, Kempen #BerayaDiJalanRaya dan #Lawan

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with KauOKTak 🏴

KauOKTak 🏴 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(