Bila nak susun kabinet dapur kena ambil kira "kitchen triangle".
"Kitchen triangle" adalah konsep yg digunakan utk menentukan kecekapan susunatur kabinet dapur dari segi aestetik & kefungsiannya.
Tugas utama di dapur selalu melibatkan 3 benda: 1. Dapur gas 2. Sinki 3. Peti ais
Elakkan letak sinki betul-betul sebelah dapur memasak. Kalau nak letak sebelah juga biar ada jarak.
Logiknya begini; bila basuh sayur/daging mungkin nak potong dulu sebelum masuk kuali. Bila tak ada ruang antara sinki & dapur kita kena cari ruang lain & kembali semula ke dapur.
Warna kabinet dapur dah 'out of trend'?
Boleh cat.
Kabinet dapur bercat tangan digemari di luar negara. Warna boleh ikut suka.
2 isu utama yg dihadapi perunding ni tak akan selesai dengan petik jari sahaja buat masa ni. Nak tak tak, kena hadap juga sementara belum ada yg nak "streamline" semua prosedur & tatacara kerja Majlis.
Jadi ada beberapa tips berguna untuk perunding, khususnya arkitek.
1. Fahamkan proses. Tahu jenis projek yg hendak dibuat - projek baru, rumah sesebuah, ubahsuai, roboh & bina semula, strata dll. Lain jenisnya lain borang permohonan pengemukaan projeknya. Kadang tu borang takde dalam laman web Majlis, jadi pergi ke kaunter tanya.
2. Jgn buat andaian sendiri. Never assume. Borang & info takde dalam laman web Majlis, pergi ke kaunter Majlis terus. Kadang tu diawal tahun ada borang yg takde di laman web walaupun tahun lepas ada sebab Majlis ada borang baru tapi belum masuk dlm laman web.
Pelik lmbt upload 🤷🏻♀️
Saya mungkin kurang sesuai untuk bagi nasihat pada yg nak pursue architecture base on passion sebab saya masuk bidang ni pun dalam keadaan clueless. Passion hanya timbul selepas habis 4 tahun belajar & mula bekerja.
Apa yg boleh saya katakan masa belajar selamat 4 tahun tu adalah tahap perseverance saya agak tinggi bagi seorang yg agak 'bengap' architecture waktu tu. Saya pernah gagal subjek yg paling ditakuti, iaitu Design. Paling biasa dapat adalah C atau C+. Dapat A cuma masa sem 1&2.
Architecture for the young in the future?
Susah nak ramal di Malaysia ni. Semuanya 10-20 tahun kebelakang.
Kalau di luar negara nampak dah trend mereka ke arah 3D printing, experimental design, VR, sustainable design, etc.
Di Malaysia buat masa ni agak minoriti yg saya sebut tu
Mimpi beli unit sebelah rumah tapi tak boleh pecahkan dinding jadikan satu rumah sebab dinding shear wall 😂
Kalau tak, dapat la dapur besar.
Rumah bertingkat dulu-dulu, yg dibina secara column & beam, boleh pecahkan dinding.
Sekarang ni guna shear wall ataupun all concrete wall.
Contoh, kalau mak ayah beli unit sebelah menyebelah memang tak dapat buat connecting doors atau gabungkan ruang tengah tu sebab structurally susah.
Kalau rumah tu dinding bata, senang nak pecahkan dinding.
Rumah teres sekarang pun ada yg tak boleh sebab guna concrete party wall
*Mak ayah beli unit sebelah menyebelah dengan anak-anak.