Ikuti kenyataan berkenaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan oleh YB Khairy Jamaluddin secara langsung dari Parlimen bermula 10 pagi ini.

#LindungDiriLindungSemua
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 14 Oktober 2020 telah bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang dianggotai oleh pelbagai kementerian dan agensi.
Peranan JKJAV:

- membentuk polisi dan dasar vaksinasi COVID-19
- memberikan syor tentang jenis, keselamatan dan keberkesanan sesuatu vaksin
- pemantauan kesan vaksin yang akan digunakan di bawah PICK
- implikasi kewangan dan perolehan PICK
20 Nov 2020: Kerajaan menandatangani perjanjian perolehan vaksin dengan COVAX.

Menerusi COVAX, setiap negara peserta mendapat jaminan bekalan vaksin sebanyak 10% populasi negara. Kerajaan telah bersetuju untuk membeli vaksin AstraZeneca, Janssen serta Novavax.
Kerajaan juga telah menandatangani perjanjian perolehan bersama Pfizer BioNTech bagi vaksin Comirnaty.

24 Nov 2020: perjanjian pertama ditandatangani bagi membekalkan vaksin untuk 20% populasi negara.
Jumlah dos Pfizer telah ditambah menerusi dua perjanjian tambahan yang ditandatangani pada 22 Mac 2021 dan 19 Mei 2021 menjadikan jumlah terkini bekalan vaksin Pfizer yang dibeli adalah bersamaan 70% populasi negara.
21 Dis 2020: perjanjian pembelian vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca ditandatangani untuk sebanyak 10% populasi negara.
Pada 26 Januari, Kerajaan telah memeterai perjanjian pembelian vaksin keluaran Sinovac dan Gamaleya (Sputnik V) serta pada 29 Januari bagi vaksin CanSino.
Jumlah vaksin yang terdapat di dalam portfolio PICK.
Vaksin Sputnik V ketika ini masih sedang melalui proses penilaian NPRA manakala bagi vaksin Novavax yang ditawarkan pembeliannya menerusi fasiliti COVAX masih belum mendapat kelulusan WHO EUL.
Dalam usaha meyakinkan orang ramai terhadap keberkesanan dan keselamatan vaksin, bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 kepada individu yang mendapat kesan sampingan yang serius setelah menerima suntikan vaksin COVID-19 telah diwujudkan.
Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19:

- RM50,000 jika berlaku kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin COVID-19 yang memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.

- RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.
Pada awalnya, 80% penduduk Malaysia disasarkan selesai menerima vaksin pada Februari 2022. Tempoh masa ini telah disingkatkan kepada Disember 2020 kerana penularan COVID-19 yang sangat membimbangkan.
Strategi pelaksanaan PICK meliputi 4 fasa utama mengikut keutamaan kumpulan sasaran:

Fasa 1: Petugas barisan hadapan
Fasa 2: warga emas dan individu komorbid
Fasa 3: 18 tahun ke atas
Fasa 4: fasa kawalan wabak
Nilai ambang yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara berdasarkan peratusan populasi dewasa 18 ke atas di setiap negeri

a) Fasa 1 kepada Fasa 2: 10% menerima dos lengkap
b) Fasa 2 kepada Fasa 3: 40% menerima dos lengkap
c) Fasa 3 kepada Fasa 4: 60% menerima dos lengkap
24 Feb: Pendaftaran dibuka untuk 18 tahun ke atas.

Saluran pendaftaran: MySejahtera, vaksincovid.gov.my, talian hotline, pendaftaran manual di klinik dan hospital kerajaan & menerusi kaedah jangkau luar komuniti (community outreach).
Sehingga hari Isnin, 26 Julai 2021, seramai 20,134,971 orang telah mendaftar bagi tujuan ini atau bersamaan 61.7 peratus keseluruhan populasi Malaysia berjumlah 32,657,400 orang.
89.1% daripada 3,502,000 orang warga emas berumur 60 tahun ke atas telah mendaftar bagi mendapatkan vaksinasi COVID-19 mereka.
Sehingga 22 Julai, terdapat 2,313 PPV daripada pelbagai jenis dan saiz kapasiti yang sedang beroperasi di seluruh negara.
Ini adalah tidak termasuk PPV yang dibuka secara sementara melalui program jangkau luar atau menerusi unit bergerak yang telah dilaksanakan di banyak tempat di seluruh negara.
ProtectHealth dilantik sebagai pelaksana dan penyelaras bagi penyertaan pengamal perubatan swasta dan NGO dalam PICK. Penglibatan petugas kesihatan yang diselaraskan di bawah @protecthealthco adalah di 1,954 PPV yang melibatkan pemberian vaksinasi sehingga 440,084 dos sehari.
Petugas kesihatan dalam PICK adalah daripada:
- @KKMPutrajaya
- pihak swasta
- NGO
Sehingga kini, seramai 16,133 orang sukarelawan bukan kesihatan telah menyumbang bakti dalam pengoperasian PPV di seluruh negara:
Jumlah vaksin diterima menerusi perolehan Kerajaan sehingga 26 Julai: 23,884,920 dos.

1,085,790 dos telah diterima pada suku pertama
8,906,530 dos telah dihantar pada suku kedua
Bakinya adalah yang diterima pada bulan Julai ini
Sumbangan vaksin:

1 Julai: 998,400 dos vaksin AstraZeneca daripada Jepun
5 Julai: 1,000,350 dos vaksin Pfizer daripada Amerika Syarikat
16 Julai: 500,000 dos vaksin Sinovac daripada China
Kerajaan juga sedang dalam perbincangan dengan beberapa buah negara lagi yang telah menyatakan kesediaan untuk turut menyumbang bekalan vaksin kepada Malaysia seperti negara United Kingdom dan Arab Saudi.
Pecahan pengagihan jumlah dos vaksin kepada negeri-negeri sejak PICK bermula sehingga 31 Julai:
Pengagihan vaksin mengambil kira jumlah vaksin yang telah dihantar, jumlah populasi negeri dan nilai ambang di bawah Pelan Pemulihan Negara agar setiap negeri dapat beralih daripada satu fasa kepada fasa dalam tempoh masa yang tidak jauh berbeza antara negeri yang lain.
Fasa 1 (petugas barisan hadapan): 695,000 telah selesai menerima dos lengkap masing-masing. 195,000 lebih tinggi berbanding sasaran awal yang ditetapkan.
Fasa 2:

Warga emas: 2,889,259 telah mendaftar sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos

OKU: 289,238 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau diberikan janji temu

Komorbid: 6,324,874 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau diberikan janji temu
Bagi bulan Julai, sasaran purata yang telah ditetapkan adalah sebanyak 300 ribu suntikan dos sehari. Sehingga 27 Julai, purata yang telah dicapai sepanjang bulan ini adalah sebanyak 378,661 dos sehari. Peningkatan 124%.
Pemberian vaksin semenjak permulaan PICK pada Februari sehingga bulan Jun yang lalu adalah sekitar 8 juta dos. Tetapi untuk bulan Julai ini sahaja, sehingga ke hari ini, pemberian vaksin telah melebihi 10 juta dos.
Berdasarkan statistik @OurWorldInData, kadar vaksinasi per kapita di Malaysia kini adalah yang terpantas di seluruh dunia. Peratusan penduduk Malaysia yang telah menerima vaksin bagi sekurang-kurangnya satu dos mengatasi Jepun, Australia, Korea Selatan dan New Zealand.🌎
Setakat ini, CITF telah mengaktifkan 3 fasa kawalan wabak:

- bagi pekerja sektor penting dan perlu yang harus terus bekerja sepanjang PKP
- operasi kawalan wabak Labuan disebabkan penularan varian Delta
- Operasi Lonjakan Kapasiti di Lembah Klang
Selain daripada pemberian vaksin di PPV, PICK juga dilaksanakan menerusi program jangkau luar dan unit bergerak.
7 Dis 2020: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM3 bilion bagi tujuan perolehan vaksin sahaja iaitu untuk hanya 70% penduduk Malaysia.
Anggaran RM3 bilion ini diperolehi menerusi simulasi yang telah dijalankan dengan mengambilkira jangkaan harga purata vaksin-vaksin COVID-19 yang sedang dibangunkan ketika itu. Anggaran ini juga adalah tidak termasuk kos-kos lain yang perlu ditanggung bagi pelaksanaan PICK.
18 Jan 2021: Di bawah PERMAI, PM telah mengumumkan peruntukan tambahan sehinga RM5 bilion bagi pelaksanaan PICK yang ketika itu dijangka bermula pada bulan Mac 2021 dengan penambahan jumlah dos vaksin yang mencukupi bagi 120% populasi negara.
28 Jun 2021: PM menerusi PEMULIH mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM800 juta dengan jumlah dos vaksin ditingkatkan kepada 130% populasi Malaysia bagi tujuan stok penimbal serta mempercepatkan pelaksanaan PICK.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with Vaksin COVID-19 🇲🇾

Vaksin COVID-19 🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(