1.Hari ini Tun Mahathir keluarkan senarai 20 nama Majlis Pemulihan Negara ala Mahathir.
2.Memang diakui ada nama2 tokoh yang punya wibawa dan jasa besar.
3.Tetapi, ini taktik dan putarbelit Mahathir untuk kaburi hakikat sebenar.Hakikatnya ada sekurang2nya 2 kroni besar Mahathir didalam senarai itu.
4.Satu, bekas Menteri yang pernah ada kes rasuah yang ditutup oleh Mahathir PM4 masa itu.(Saya menjadi mangsa OSA 2 tahun penjara kerana dedah dokumen rasuah OSA yang asli itu ).
5.Seorang lagi didalam senarai adalah seorang tokoh korporat yang pernah dilantik Mahathir ketuai satu badan kerajaan satu ketika dulu.Beliau amat dekat dengan keluarga Mahathir.Hingga sekarang orang Langkawi tahu tokoh ini sering bersama anak Mahathir di Langkawi.
6.Hakikatnya, Mahathir masih pengamal tegar KRONISMA.
7.Dan masih berperangai ala DIKTATOR.Tidak endahkan majoriti.Masih mahu berkuasa walaupun hanya dengan 4-5 MP sahaja di Parlimen.
8.Diakhir usia ini.jadilah seorang DEMOKRAT.Ikutlah majoriti.
MOHAMAD EZAM MOHD NOR
31Julai 2021 / 21 Zulhijjah 1442H.