CIRI-CIRI RESUME YANG BAGUS 1- Gunakan font Cambria, Calibri atau Helvetica sahaja.
Ni penting tau korang. Ramai jobseekers bagi resume yang penuh dengan font pelik pelik. HR pun naik pening nak baca apa korang tulis dalam resume so elakkan okay?
👇
2- Margin 4 penjuru resume mestilah 1 inci.
Basically ni unutk bat resume korang nampak kemas la. HR tengok pun dia puas hati and tak sakit mata sebab kemas and teratur je
👇
3- Headings yang jelas. Boleh besarkan sikit font atau guna huruf besar.
Selain jenis font, sizing pun penting tauuu. Kalau ada benda yang korang nak highlightkan dalam resume tu, then besarkan sikit font tu, so HR pun boleh bezakan
👇
4- Jangan terlalu padat. Pastikan ada ruang.
Ha ni satu kesilapan ramai orang buat. Korang tahu tak HR mengambil masa beberapa minit je nak filter resume. So kalau resume korang padat sangat, dia reject je sebab takda masa nak baca
👇
5- satu muka surat dah cukup.
Kalau korang nak hantar resume untuk apply kerja, make sure resume korang tu satu atau 2 page je la. Jangan la bagi resume sampai 5 page, Banyak case yang HR takkan baca semua resume tu pun tau
👇
Resume yang sedap mata memandang juga boleh buatkan bakal majikan terus nak baca resume korang. Nak tahu apa lagi tips boleh buatkan HR rasa tertarik nak terus baca resume korang sebelum diorang skip resume tu? Klik link ni okay forms.gle/3NQUM57KmYsnL8…
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Korang tahu tak nak hantar resume kat HR pun ada cara dia tau. Kalau tersilap hantar, memang HR takkan pilih korang la untuk interview.
RT sikit hehe I nak share ni cara dia ni
Tips #1
Jangan save resume korang dalam bentuk words atau jpeg, bagi la dalam format resume okay? Kenapa PDF? Sebab lagi senang untuk HR tengok dan check resume korang.
Tips #2
Pastikan file yang korang bagi kat HR tu tak terlalu besar. Kebanyakan HR lagi suka kalau size file kecil sebab lagi senang untuk mereka download dan simpan. Seeloknya 1mb-2mb sahaja. So sebelum hantar tu, check sekali size file resume korang tu okay?
3 RAHSIA DIAMBIL BEKERJA WALAU TAK ADA PENGALAMAN BEKERJA.
Pertama, Buat resume berpandukan iklan jawatan kosong.
Lain company lain requirement yang diorang nak so buat resume berdasarkan kemahuan syarikat yg ditulis dalam iklan jawatan kosong tu.
👇
Kedua, Tanya soalan bijak masa interview.
Wajib sediakan soalan untuk ditanya sebab kat sini boleh nampak yang korang memang serius nak kan jawatan tu. Contoh soalan yang korang boleh tanya,
Apakah tanggungjawab utama untuk jawatan ni?
Berapa ramai dalam satu team?
👇
Ketiga, Pandai jawab soalan maut.
Soalan maut adalah soalan mengenai tingkah laku. Contoh soalan maut, "Macam mana awak tangani stress?" atau "Tanggungjawab macam mana yang awak harapkan bila bekerja dalam kumpulan?" Macam mana nak jawab tu? Gunakan teknik 3K
👇
JANGAN BUAT MACAM NI MASA NAK EMAIL RESUME 1- File name resume tak formal.
Biasakan diri, masa nak save resume tu, terus save nama yang formal. Korang mulakan dengan nama kemudian jawatan yg dipohon kemudian baru tulis resume. Contoh
"Fara-GraphicDesigner-Resume.pdf" 👇
2- Tak letak SUBJECT
Kenapa bahagian SUBJECT dalam email ni penting? Sebab subject ni lah benda pertama yang orang akan tengok dulu masa dalam inbox. Make sure buat dengan terang dan masukkan juga jawatan yang dipohon. Contoh: "Graphic Designer position - Fara Nadira" 👇
3- Tak ada isi kandungan.
Tulis perkara ni dalam isi kandungan email tu. 1st nyatakan kenapa korang tulis email ni then jawatan yang dipohon then kelayakan then akhiri dengan terima kasih kerana membaca email korang ni and mention yang korang ada attached resume sekali 👇
KENAPA NAK RESIGN DARI SYARIKAT LAMA? 1- Jangan sesekali burukkan ex boss korang sebab HR akan fikir yang korang ni jenis negatif dan tak mustahil kalau korang nak burukkan syarikat dorang plak masa next next interview. Habis nak jawab macam mana? 👇🏼
Korang jawablah yang korang dah belajar banyak kat company lama tu dan skrg masanya utk korang implemen skills korang dan cari cabaran serta environment yg baru utk lebih berkembang. Yang kedua 👇🏼
2- Jangan guna alasan nak naik gaji sebab HR tu mungkin akan fikir, kalau korang dapat better offer, then korang akan dengan senang hatinya tukar tempat kerja. Nak cari pekerja baru bukan semudah dan secepat yg korang sangka. Habis nak jawab acane tu? 👇🏼