Latihan ketenteraan terbesar dengan melibatkan 1,080 anggota TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dijalankan di Laut China Selatan. airtimes.my
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia, KD TUN RAZAK telah melancarkan peluru berpandu anti kapal, Exocet SM39, hari ini.
2 kapal TLDM, KD LEKIU dan KD LEKIR turut melancarkan peluru berpandu Exocet MM40.
Ujian tembakan dan latihan diadakan selama 6 hari bermula 12 Ogos.
"Kejayaan penembakan kesemua peluru berpandu ini mengenai sasaran jelas membuktikan profesionalisma, keupayaan dan kesiagaan TLDM dalam mengendalikan aset pertahanan negara." Ismail Sabri.
Siapa yang buat cerita berlaku situasi tegang di Laut Malaya (Laut China Selatan)?
Tiada pihak yang bertembung pun, macam mana boleh tegang?
Large Scale Exercise 2021.
Latihan Angkatan Laut Amerika Syarikat yang berlangsung dari 3 Ogos 2021 hingga 16 Ogos 2021.
Tujuannya supaya membolehkan Komander Armada dapat mengendalikan operasi dan formasi armada utama seperti kumpulan serangan kapal induk, kumpulan serangan amfibia dan kumpulan kapal permukaan di serata tempat pada masa yang sama termasuk latihan peperangan siber tentera laut.
China pula telah mengadakan latihan tentera laut selama 5 hari, bermula jumaat lepas, 6 Ogos di kawasan Pulau Hainan berikutan kehadiran kumpulan kapal induk British.
China akan mengadakan latihan tentera darat dan udara bersama Rusia di Ningxia Hui pada 13 Ogos.
10 Ogos 1961- Operasi penyemburan "racun herba" Rainbow Herbicide dimulakan di Vietnam.
Operasi ini dijalankan oleh pesawat dan helikopter Tentera Amerika dari tahun 1961 hingga 1971.
Amerika menyembur sekitar 20 juta gelen racun, 11 juta gelen adalah Agent Orange.
Racun ini kebanyakannya disembur di kawasan pedalaman dan hutan di Vietnam Selatan untuk membunuh tanaman serta memutuskan bekalan makanan Vietcong dan Tentera Vietnam Utara.
Alasan ketenteraan lain untuk menggunakan racun ini di kawasan bukan tanaman adalah untuk menghilangkan penutup tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh Vietcong dan Vietnam Utara untuk penyamaran atau penyembunyian.
Latihan Ketenteraan Terbesar Russia di Lautan Pasifik.
Kementerian Pertahanan Rusia mengumumkan bahawa Armada Pasifiknya telah memulakan latihan terbesar di Lautan Pasifik sejak era USSR, dengan penyertaan sekitar 20 buah kapal perang dan kapal selam.
Sementara pasukan kapal selam Armada Pasifik AS memulakan Latihan Agile Dagger 2021 di Lautan Pasifik minggu lalu, Tentera Rusia juga mengadakan latihan operasi menyeluruh di wilayah yang sama.
Latihan ini dikendalikan oleh Komander Armada Pasifik, Laksamana Sergey Avakyanats
Kumpulan kapal taktikal Armada Pasifik dikerahkan ke wilayah di mana latihan akan diadakan, belayar sekitar 4 ribu kilometer dari pengkalan.
Terdapat 20 kapal perang termasuk kapal selam termasuk korvet Gromkiy, Sovershenny dan Geroy Rossiyskoy Federatsii Aldar Tsidenjapov.
12 Jun 1967 - Matawang baharu Ringgit, mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo di Malaysia.
Ketibaan wang baru dari London ini disambut di Port Swettenham, kini Pelabuhan Klang, dengan satu gerakan kawalan keselamatan yang rapi dan ketat.
Wang-wang kertas dan syiling ini kemudiannya di simpan di Pejabat Mata wang, Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam.
Ketika itu, wang kertas yang bernilai RM 1, RM 5, RM 10 dan RM 100 tertera gambar wajah DYMM Yang di-Pertuan Agong Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Mulai tahun 1967 juga, wang baru ini mula diedar dan digunakan di seluruh negara.