TRAGEDI GUNUNG JERAI : KAITAN DENGAN GEOLOGI - Ini adalah bebenang (oleh Ahmad Zulqurnain Ghazalli)
1. Secara umumnya batuan di Gunung Jerai terdiri daripada Batuan Granite dan Formasi Jerai. Formasi Jerai ni terdiri daripada batuan syis dan kuartzit.
2. Sekarang kita lihat kepada geomorfologi kawasan (Rujuk gambar 1). Terdapat morfologi (bentuk muka bumi) di kawasan itu yang menunjukkan ianya merupakan kawasan “old dormant landslide”.
Dalam Bahasa Melayu mudahnya adalah “Tanah runtuh pendam-lama”. Tanah runtuh yang pernah berlaku suatu masa dahulu dan cuma kita dah tak nampak dengan jelas sebab dah dilitupi pokok dan tumbuhan.
3. Sebenarnya bukan pertama kali “Old Dormant Landslide” menjadi penyebab berlakunya bencana di Malaysia. Umpamanya kes tanah runtuh di Amber Court, Genting Highland. Hasil kajian lapangan menujukkan “Old Dormant Landslide” turut menjadi faktor penyebab tanah runtuh.
4. Kembali kepada Gunung Jerai. Menarik apabila aku semak nota kuliah Prof. Madya Dr. Kamal Roslan Mohamed (UKM) yang menujukkan di dalam peta semenangnya telah dinyatakan akan kewujudan tanah runtuh di kawasan tragedi.
Boleh rujuk gambar 3. Yang warna kuning tu merupakan tanah runtuh yang telah dicerap dahulu. Ternyata tanah runtuh ini telah dikesan lebih awal oleh para pengkaji terdahulu.
5. Jadi secara asasnya. Kawasan ni sememangnya tidak stabil daripada sudut geologinya.
6. Namun, pastinya ada faktor pencetus berlakunya kejadian ini. Terlalu ramai yang telah berkongsi di Media Sosial. Ianya kerana intensiti hujan turun mencurah-curah pada tanggal 18hb Ogos 2021 yang luar dari kebiasaan. (Rujuk gambar 4)
7.Ianya tiada kaitan dengan pembalakan. Elevation di kawasan yang dikatakan tu adalah 120m dari aras laut. Elevation puncak “old dormant landslide” tu pula adalah 623m dari aras laut. Mana mungkin air naik ke atas. Posisi pun berbeza sisi dan lokasi yang jauh. (Rujuk gambar 1)
8. Namun semestinya kajian yang lebih menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak berautoriti. Aku yakin pihak berwajib telah memulakan langkah kajian.
Yang mengkaji bumi,
P.Geol, Ahmad Zulqurnain Ghazalli
Geoventure Solution Sdn Bhd
Visit us at geoventuresolution.com.my
[Kemaskini] Catatan ini merupakan catatan Datuk saudara kepada Tuan Saiful Azzam Shahidan berkenaan Tanah runtuh Bukit Reban yang berlaku pada tahun 1925. (facebook.com/saiful.a.shahi…)
Sambungan catatan yang merakamkan detik-detik tragedi Tanah Runtuh Bukit Reban pada tahun 1925. Pengajarannya, kita perlu menulis/mencatat supaya anak cucu kelak dapat membaca manfaat daripadanya.
Ianya dijelaskan melalui peta geologi menunjukkan kewujudan tanah runtuh seperti di gambar 2.
Inilah namanya Tanah Runtuh Pendam-Lama.
Untuk pengetahuan korang nama Formasi Jerai (cara geologist namakan kumpulan batuan) pertama kali diperkenalkan pada tahun 1965 oleh Bradford.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
#RiwayatCaturdasa : Karya fiksyen epik berfantasi tinggi yang mengolah serta mengadaptasikan perjalanan politik negara pasca #PRU14, sesuai dengan namanya. 'Caturdasa' dalam bahasa sanskrit bermaksud 'empat belas'.
Karya ini mengangkat tema pasang surut & sejuk panas suhu politik negara, pertukaran pucuk pimpinan tanpa merujuk kepada individu tertentu dan juga usaha memerangi musuh yakni robot Covid, sekoloni robot pintar yang diperkaya dengan teknologi kecerdasan buatan.
Karya ini juga mengangkat tema kemanusiaan, kebersatuan dalam perpecahan dan juga memakzulkan tembok sempadan retorik antara penyokong yang egois dan juga narsisstik demi mencapai sistem tadbir urus yang cekap, amanah dalam mendepani cabaran wabak pandemik.