Okay sekarang bayangkan di atas sehelai kertas antum melukis sebatang pokok.
Saya pun tepeklah vector pokok atas layer software photoshop untuk membantu memudahkan imaginasi mereka.
Kelas online kan, hehe
Saya teruskan berkata
“Okay bayangkan antum lukis pokok begini, maksudnya setahu antum yang memang pokok rupanya begitu lah, takde rupa lain dah.
Kemudian seorang kawan tengok lukisan pokok antum dan dia berkata..."
“Eh warna daun pokok bukan macam ni lah, daun pokok kat rumah saya warna jingga”
Disebabkan dia tu kawan baik antum, antum pun tukar lalu warna daun tu dari warna hijau ke jingga”
Mai lagi seorang kawan antum lagi berkata
“Eh mana ada pokok macam ni, masa saya pergi London dulu. Saya tengok pokok dan daunnya tegak memanjang macam tiga segi.”
*Biasalah budak-budak kan, suka flex, haha
“Jadi disebabkan antum tahu kawan kedua antum ni orangnya pandai dalam kelas, antum pun percaya cakap dia lalu antum terus lukis bentuk pokok ikut apa yang dia cakap”
walaupun dalam hati antum tengah sakit hati.
Dan begitulah seterusnya saya cerita ada kawan dia lain pula minta tukar rupa dahan, rupa ranting dll.
Dalam beberapa detik kemudian, tak sempat saya bertanya, terus beberapa anak murid mencelah...
“Susahlah macam tu muallim, nak ikut cakap diorang je.”
“Biarlah kalau saya...
...nak lukis pokok ikut cara saya kan muallim, ape lah"
Saya membalas
“Haa sakit hati kan? Rasa macam nak cubit je diorang kan? Haaa mcm tu lah juga sebab kenapa Allah SWT itu tidak boleh digambarkan. Sebab Islam tahu kalau kita gambarkan Allah pasti akan...
...jadi pergaduhan setiap bangsa bagaimana rupa tuhan yang sebenar dan masing2 akan mempertahankan rupa tuhan mereka.
“Pergi negara A, bangsa A akan kata tuhan tu kulit gelap, mata besar. Pergi negara B pula, bangsa B akan kata tuhan tu mata sepet dan kulit putih. Pergi..
...negara C pula, mereka kata tuhan itu hidung mancung, bukan hidung kemek macam melayu”
Seorang murid saya yang muka mix arab terus mencelah lagi “Tapi hidung saya mancung ye muallim”
Jangan macam-macam dgn anak murid saya ni. hehe
Kemudian saya tunjukkan beberapa contoh gambar agama-agama yang banyak jenis tuhan dari sudut pelbagai rupa dan bentuk.
Mereka pun “a,ah lah, takkan lah tuhan rupa macam ni”
Saya menambah lagi
“Tapi antum jangan bayangkan Allah itu ibarat pokok pula seperti mana..
...muallim terangkan tadi tu. Muallim sekadar nak tunjukkan kesan buruk jika Allah itu boleh digambarkan.
Dan andai kata kita gambarkan Allah itu seperti pokok, maka kekuasaan Allah pun dah terbatas kerana pokok adalah makhluk.
Sebab pokok perlukan air, matahari, CO2 dll.
Sedangkan kita tahu yang Allah itu bersifat Qiyamuhu Binafsih (Allah Tidak Berhajat Kepada Sesuatu) bermaksud tidak perlukan pertolongan apa-apa.
Tambahan lagi, pokok juga sampai masa nanti akan mati sedangkan Allah itu bersifat Al-Baaqi (Maha Kekal).
Mereka pun mula menyebut satu huruf vokal O ini dalam hukum Mad Lazim Kalimi Muthaqqal.
“Ooooooooooooooooooooooooooo”
Ibrahnya apa?
Jangan lukis depan kawan-kawan, nanti banyak cerita.
Sekian.
Ceh dak aih.
Ibrahnya:
1. Kalau ada kanak-kanak tanya soalan yang mind blow pada kita yang dewasa ni, jangan marah. Sebab umur-umur macam tu memang biasa akan tanya.
Nak-nak pula zaman skrg ini ledakan informasi lebih mudah didapati dan ditayang di internet berbanding zaman..
..kita dahulu. Tapi jika kita tak tahu nak jawap apa kerana takut tersalah jawap. Hold dulu, tanya org yang ahlinya, kemudian jawap pada hari lain.
2. Untuk fasa kanak-kanak ini, jika mereka tanya soalan begitu, mulakan dengan kaedah analogi yg dekat dgn mereka seperti saya..
...gunakan tadi “melukis” kerana budak-budak suka melukis. Senang cerita kaedah mantiq.
Elakkan bagi analogi yang jauh atau berat macam qiasan kereta ke, kejadian langit dan bumi ke.
3. Jangan terus mulakan dengan terus bagi dalil naqli untuk umur macam tu kerana...
...kebiasaannya mereka belum faham bagaimana penerimaan dalil naqli sebagai seorang muslim. Bila kita dah bagi kiasan yang mudah semua, barulah kita bagi dalil sebagai bukti apa yang kita cakap itu ada sandarannya.
Misalnya, firman Allah SWT:
4. Cuba lihat cara anak murid yang bertanya tadi, dia bertanya dengan penuh adab dan motifnya sekadar ingin dapatkan pencerahan.
Maka soalan sebegini harus diraikan dan kita yang menjawab ni pun takdelah nak panas hati dan sebagainya.
Jadi tidak salah jika seseorang muslim itu ingin bertanya sesuatu kesangsian terhadap Islam, cuma jangan sampai memperlekehkan syariat Islam.
Contohnya kalau kita lihat dari skop dewasa, ada muslim ini qurious lalu bertanya
"Kenapa Islam nak halalkan sangat poligami? membuktikan Rasulullah itu nak menggatai dengan semua wanita"
Aaaa ini contoh pertanyaan yang kurang adab dan memperlekehkan syariat Islam tanpa sedar.
Dan pada akhir kelas saya ingatkan mereka.
“Tapi antum kena ingat ni tau, walaupun kita tahu agama mereka tak betul dan kita hanya beriman agama Islam sahaja yang benar. Jangan sesekali kita mengejek atau merendah-rendahkan agama mereka.
Tugas kita sebagai muslim adalah untuk sentiasa kuatkan iman kita terhadap Islam setiap hari, saling nasihat menasihati sesama muslim.
Dan jika kita rasa mampu nak berdakwah pd Non-Muslim, kita berdakwah pada mereka dgn baik dan betul (berhikmah) supaya mereka dekat dgn Islam”
Okay yang baca tweet ni boleh buka buku aktiviti, buat latihan muka surat 51 dan 52 ya.
Hantar semalam, nanti saya cek.
Sekian.
🔔*Kelas tamat.🔔
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kalau jiwa tak kental nak hadapi risiko perjuangan ideologi YANG KAU RASA BETUL tu, nasihat saya tak payah perjuangkanlah.
Bila kena kritik, kau main block-block orang, attack personal orang dan paling sampah kau pi relating your mental issue yang orang tak tahu pun.
Lembik.👌🏻
Dalam bahasa mudahnya percakapan orang Melaka,
"Kalau hati tak kering, jangan cari pasal"
Berapa ramai dah feminist attack dan kritik saya dalam DM or reply, sedikit pun saya tak pernah block mereka, attack personal saya walaupun saya ada cukup maklumat.
In any ideologies of Islam, kalau kita nak perjuangkn hak sebagai seorang manusia tanpa belajar, memahami & mengamalkan dahulu tanggungjawab kita sebagai seorang muslim, beginilah jadinya.
Ada sbb knp Islam mengharamkn sesuatu perkara, supaya tindakan kita tidak memakan diri.👌🏻