Untuk yang clueless nak buat apa if nak kahwin sekarang. Here dewi buatkan summary untuk anda.

1. Pergi Khursus kahwin. Check dekat website PAID masing2 untuk cari dekat mana paling senang nak hadir.

2. Book appointment dekat klinik kesihatan masing2 untuk hiv test….
….Ada tempat dah penuh sampai bulan 10. Book appointment KK secara online ya. Boleh check dekat link dibawah. Kalau boleh pergi KK tempat tinggal korang. Sebab ada certain nurse tak bagi kalau alamat lain.

qmed.asia/booking
3. Isi borang nikah dekat SPPIM. Click dekat Benar Nikah Online tu.

Isi maklumat anda dan pasangan. Sorang saja isi tau. Ouh ye make sure tarikh nikah within 90 hari baru isi.

Dekat bahagian HIV if belum buat boleh tinggalkan kosong. Nanti boleh update

sppim.gov.my/sppim/home
After dah habis isi. Dia akan tulis permohonan berjaya. Screenshot semua ni. Lepastu click “cetak borang” dengan “checklist semak” dan print ya.

Lelaki ada borang lain, perempuan ada borang lain. So make sure print semua sekali.
Okay next. Bila dah print segala borang tu make sure baca dan fahamkan borang2 itu.

Ada helaian hiv test kena bawa ke KK time nak ambil hiv test ya. NAK SENANG BAWA SEMUA BORANG YANG KORANG PRINT TIME HIV TEST. Sebab ada certain KK dia nak tengok borang nikah.
Jap ada banyak lagi sambungan. Nanti dewi sambung ada kerja sekejap 😂😂
Okay sambung balik. Untuk sesiapa yang alamat dekat ic tak sama dengan tempat tinggal anda perlu isi borang maustatin. Borang ni korang akan jumpa time print dekat sppim tu.

Kalau alamat sama, abaikan je tak perlu isi.
Untuk perempuan, please take note koranh kena sediakan sijil nikah mak ayah tau. Kalau hilang, kena contact PAID anda untuk diorang buat carian semula.

Yang ni super leceh. Dewi tak hadapi so dewi boleh explain secara ringkas sahaja.
Okay next! Part paling korang kena sabar 😂

Yang ni untuk area KL/SELANGOR. Negeri lain maybe lain sikit.

Pihak lelaki perlu settlekan borang dahulu. Pihak lelaki perlu bawa borang yang dah lengkap ke kariah mereka untuk dapatkan cop pengesahan.
Selepas selasai dapat cop kariah. Pihak lelaki perlu hantar borang ke JAWI/PAID masing2.

PERHATIAN DISINI

Tak boleh walk in ya. Perlu buat appointment di link yang dewi bagi!

JAWI
picktime.com/jawi

PAID
jais.gov.my/v2/page.php?id…
Selepas pihak lelaki dah selesai, pass semua borang dekat pihak perempuan.

Now pihak perempuan pula kena completekan borang. Pihak perempuan perlu bawa wali ke kariah masing2 untuk cop pengesahan.
Dah complete semua borang, barulah pihak perempuan pula hantar ke PAID mereka pula.

Bahagian ni sama. Tak boleh walk in. Kena buat temu janji, link sama dekat thread atas bahagian lelaki tu.
Untuk diingatkan Appointment dah full tau sampai bulan 10. Paid dah buka untuk book appointment bulan 11.

Manakala JAWI masih belum open untuk appointment bulan 11. Kena sabar menunggu dah gigih check setiap hari.
Info tambahan, kalau dari daerah sama, hanya perlu ambil satu temujanji sahaja.

Time nak submit make sure siap dah dua2 blah pihak punya borang.
Okay sampai sini dulu dewi update sebab dewi pun masih stuck dekat bahagian nak book appointment dekat JAWI 😂

Nanti dewi akan sambung step seterusnya ❤️

Feel free to ask anything. Dewi try bantu mana yang boleh.
Info tambahan**

Untuk yang duduk di KL korang buat appointment dekat JAWI.

Untuk yang tinggal di Selangor, appointment dekat PAID.

Bukan perlu isi dua2 tau 🥰
Untuk yang tak dapat tarikh appointment korang kena banyak2 sabar and doa.

Ni timeline dewi.

Awal bulan 8 baru nak book app HIV test. Dapat tarikh 14/9

Appointment PAID Hulu langat pula awal bulan 11 baru dapat.

Appointment JAWI masih tak dapat tarikh sebab belum buka 😭
Info tambahan!

90 hari tu di kira dari tarikh submit borang di JAWI/PAID. So yang mana nak kahwin bulan 1/2 dah boleh isi sppim ❤️

Thank you @aniqnabil_ atas info.
NEW INFO!

Lepas dah dapat Appointment HIV, terus proceed book dulu appointment dekat pejabat agama.

Sebab Appointment dekat PAID slot setiap hari mmg panas especially Klang, Petaling, Gombak dan Hulu Langat. So most probabily korang akan dapat tarikh 1/2 bulan lagi 😂😂
Within 1/2 bulan tu sempat je nak settlekan kursus kahwin, dan segala borang yang diperlukan. 😊

Key dia dekat sini, kena pandai2 plan masa mengikut tarikh appointment masing2 🥰

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with dewi

dewi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @dewirosliiiiiii

22 Sep
Oversized knitwear is back! Which colour you lagi minat?

Rt for Like for
Pastel Bold
Malam ni restock jam 9 Malam! Suitable sampai size XL. 🥰🥰🥰

Price RM69! But if beli sekali dengan Aris pleated skirt RM100 je 1 set ❤️
Here Aris pleated skirt! Korang boleh pilih nak mix and match colour 🥰🥰

Boleh purchase with mana2 #teamheeladina
Read 4 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(