Sejak Mo Salah bermain dengan Liverpool, percanggahan antara norma masyarakat British dan Islam semakin berkurangan — menandakan persepsi terhadap Islam dalam kalangan warga Liverpool semakin baik.
1. Pertama sekali sebab media selalu gambarkan Salah dengan nada yang positif. Pendedahan positif Mo Salah yang berterusan oleh media menjadikan peminat Liverpool FC memandang Islam hal yang positif. Media memainkan peranan sangat penting.
2. Disebabkan identiti Islam yang kuat pada Mo Salah (Salah menunjukkan dirinya seorang muslim kerana kelihatan sering bersujud dan berdoa) menjadikan tahap Islamofobia semakin menurun. Amnya, kalau Salah tidak tunjuk bawah dirinya Muslim, persepsi terhadap Islam tidak berubah.
3. Sekali lagi, penyelidik menekankan, gambaran media terhadap sesuatu yang menjadikan golongan atau identiti tertentu mendapat persepsi yang baik. Dalam hal ini, Islam mendapat persepsi yang baik kerana media gambarkan hal yang positif terhadap Salah.
4. Salah mendapat gambaran dan pendedahan positif oleh media kerana bermain bola sepak dengan baik. Kalau beliau tidak bermain dengan baik, tamparannya mungkin buruk terhadap identiti yang beliau bawa seperti yang berlaku pada pemain lain.
5. Salah juga mendapat gambaran positif kerana jarang mengulas dan menyebelahi mana-mana isu politik ataupun masalah sosial.
6. Akhir sekali, Salah mempunyai hubungan baik dengan pemain British dan perkara ini memberikan kesan terhadap persepsi ke atas identiti yang dibawa oleh Salah.
Daripada kertas kajian ini, banyak kali penyelidik tekankan peranan media yang mempengaruhi persepsi masyarakat. Baik gambaran media, baiklah persepsi orang terhadap batang tubuh individu dan identiti yang dibawa. Sebaliknya, batang tubuh buruk, identiti pun dipandang buruk.
Selain itu, kajian ini memberikan kita refleksi, apabila kita ke mana-mana, kita akan bawa identiti bangsa & agama. Kalau baik tingkah laku kita, kita bagi nama baik kepada keluarga, bangsa & agama. Salah tunjukkan kelakuan yang baik, identiti Islam pun terpalit dapat nama baik.
Sebab itulah dakwah yang terbaik adalah akhlak. Apa yang kita buat, bagaimana kita melayan orang, bagaimana reaksi kita terhadap sesuatu, serba sedikit memberikan persepsi terhadap identiti yang kita bawa.
Kalau kita berjaya dalam apa-apa bidang pun, pergi Bulan ke, dapat Nobel ke, dapat masuk ke universiti berprestij ke, hal-hal ini pun bagi nama baik kepada identiti yang kita bawa. Perkara yang sama berlaku kepada Mo Salah. Kejayaan dalam bola sepak, bagi nama baik pada Islam.
Kalau ikutkan, persepsi Islam nampak baik bukan kerana Mo Salah tunjukkan nilai akhlak Islam, tetapi kerana beliau tiada kontroversi, bermain dengan baik, tuntas media gambarkannya dengan positif. Nama Islam terpalit baik kerana Salah tunjukkan identitinya sebagai seorang Muslim.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
2. Dakwaan Nabi Ibrahim a.s. ada Isteri bernama Keturah datang daripada Bible. Saya sebenarnya tak tahu sama ada Islam ada sebut pasal ini. Tapi sumber yang dia petik dari Bible. Tapi dalam Bible tak sebut isteri, ia sebut gundik (concubine).
Saintis Korea mendakwa berjaya hasilkan adipengalir pada suhu bilik & bertekanan normal.
Ramai saintis teruja kerana adipengalir bersuhu bilik akan mengubah dunia kita pada hari ini.
Apa itu adipengalir? Kenapa adipengalir dapat mengubah dunia kalau bersuhu bilik?
#UntaianZM
Adipengalir adalah bahan yang dapat alirkan elektrik dengan lancar tanpa sebarang hadangan (resistance). Disebabkan ini, aliran elektrik akan mengalir tanpa melepaskan sisa-sisa haba (heat waste). Jadi, apa yang mengejutkan di sini?
Selama ini banyak perkakas elektrik kita pakai seperti komputer, modem WiFi, TV, telefon pintar dan pelbagai lagi akan hasilkan haba. Rasa panas-panas. Cuba bayangkan, dengan adi-pengalir, kita pakai telefon tak panas. Kipas pun tak payah pasang kat PC. Ini pun dah rasa syok.
Filem Oppenheimer akan ditayangkan pada 21 Julai nanti, korang kena tahu pasal Project Manhattan kalau tonton filem itu.
Ia projek cipta bom nuklear pertama dunia. Robert Oppenheimer adalah pengarah yang reka-bentuk bom sampai jadi.
Macam mana projek ini bermula?
#UntaianZM
Pada tahun 1938, saintis Jerman, Otto Hahn dan Fritz Strassmann jumpa yang atom boleh dibelah. Pembelahan itu menatijahkan penghasilan tenaga yang sangat kuat — kini dikenali sebagai pembelahan nuklear (nuclear fission).
Berita penemuan ini sebenarnya menimbulkan ketakutan pada ramai orang, terutamanya saintis. Mana tak takutnya kalau satu hari nanti Jerman fasis berjaya buat bom nuklear, habis sengsaralah manusia di seluruh dunia.
Filem sains fiksyen terbaik pernah saya tonton. Konsep ruang-masa, lohong hitam, pengembaraan masa dll dipersembahkan dengan baik & tepat. Banyak benda boleh bedah. Antaranya, kenapa Cooper tak menua? Kenapa anaknya jauh lebih tua?
#UntaianZM
Jawapan ringkasnya disebabkan oleh dilasi masa (time dilation) yang berlaku disebab perbezaan daya graviti planet.
Apa kaitan graviti dengan masa?
Graviti terjadi akibat daripada lengkungan ruang-masa. Ruang-masa melengkung akibat keberadaan objek berjisim. Misalnya Matahari ada graviti kerana keberadaannya telah melengkungkan ruang-masa dan terjadinya graviti.
Sebabnya manusia moden mempunyai rahang yang kecil. Nak tahu tak leluhur kita dalam kalangan pemburu mempunyai rahang yang besar, tuntas menjadikan gigi mereka tersusun rapi dan sempurna.
Gigi mereka tidak berhmpit dan bertindih. Gigi bongsu mereka tumbuh menegak.
Kenapa rahang kita lebih kecil berbanding leluhur kita? Sebab diet pemakanan. Leluhur kita banyak makanan yang liat dan keras, menjadikan rahang mereka lebih besar.
Sejak manusia mula bertani 10,000 tahun lalu, banyak makanan manusia jadi lembut dan mudah dikunyah.