Banyak kultus berkembang dan pelbagai hubungan kerjasama dibuat kerana saling berkaitan antara keperluan hidup ini. Pendek kata, apa sahaja yang bertanggungjawab ke atas kehidupan mungkin diwakili oleh dewa atau dewi Mesir purba.
Sekitar tahun 3100 SM, setelah penyatuan politik di Mesir Hulu dan Hilir, firaun adalah pemimpin tertinggi dalam hal ritual dan agama. Dewa-dewa Mesir dianggap mewakili aspek alam di mana orang ramai menghormati mereka dan takutkan mereka.
1. Amun-Ra - Ketua dewa Empayar Mesir
Seperti mana Zeus kepada orang Yunani, tuhan Mesir iaitu Amun-Ra atau Amon dianggap sebagai raja dewa dan dewi. Dia menjadi Amun-Ra setelah digabungkan dengan dewa matahari iaitu Ra.
Amun-Ra dianggap sebagai bapa firaun dan permaisurinya iaitu Amunet disebut sebagai "Female Hidden One ".
Membentuk Triad Theban, Amun dan Mut bersama anak mereka Khonsu yang merupakan dewa bulan, disembah di seluruh Mesir purba. Amun bukan sahaja disembah di Mesir, tetapi juga di luar Mesir.
2. Mut - Dewi Ibu
Mut bermaksud "ibu" dalam bahasa Mesir, dan Mut adalah dewa utama yang memakai dua mahkota di kepalanya. Kedua-dua mahkota yang dipakai masing-masing mewakili Mesir Hulu dan Hilir.
Juga digelar "Dia yang melahirkan, tetapi dia sendiri tidak dilahirkan," Mut diwakili sebagai burung nasar dalam sistem hieroglif.
Dia berintegrasi dengan dewa-dewa lain dan sering digambarkan sebagai kucing, ular senduk, lembu dan juga singa betina. Merupakan ibu kepada Khonsu, Mut dipuja oleh pelbagai firaun.
3. Osiris - Dewa Yang Hidup dan Mati
Dianggap sebagai anak sulung kepada dewa bumi Zeb dan dewi langit Nut, Osiris disembah sebagai dewa akhirat kerana orang Mesir purba percaya ada kehidupan selepas kematian.
Selalunya digambarkan dengan kulit hijau, Osiris adalah dewa tumbuh-tumbuhan yang menggambarkan pembaharuan dan pertumbuhan serta dianggap bertanggungjawab terhadap banjir subur dan tumbuh-tumbuhan di sekitar tebing Sungai Nil.
Osiris mengahwini adiknya sendiri iaitu Isis dan kemudiannya dibunuh oleh oleh adiknya sendiri iaitu Seth.
Walaupun dibunuh oleh adiknya sendiri, Osiris dihidupkan kembali oleh sihir Isis untuk mengandungkan anak.
Horus adalah anak kepada Osiris dan Isis yang membalas dendam kematian bapanya serta muncul sebagai firaun baru Mesir sementara Osiris menjadi dewa dunia selepas kematian yang membantu orang dan firaun yang telah mati.
4. Anubis - Dewa Mumia
Sebelum Osiris mengambil alih, Anubis menggalas tanggungjawab rondaan di dunia selepas kematian.
Anubis adalah "psychopomp," atau dewa yang membantu kehidupan akhirat, dan merupakan keturunan Ra dan Nephthys.
Dia terkenal kerana memumiakan orang mati dan membimbing jiwa mereka ke arah akhirat.
Kulitnya berwarna hitam, melambangkan deposit Sungai Nil yang gelap yang menjadikan tanah ini sangat subur.
Dengan berkepala seekor serigala dan badan seorang lelaki, Anubis juga bertanggjungjawab untuk kebangkitan semula dan pewarnaan mayat setelah proses pembalseman mumia.
5. Ra - Dewa Matahari dan Cahaya
a atau Re yang dianggap sebagai Matahari di tengah hari adalah sangat penting dalam sejarah Mesir. Dewa matahari, Ra, mempunyai cakera matahari di kepalanya dan dipercayai telah menciptakan dunia ini.
Setiap matahari terbit dan terbenam dilihat sebagai proses pembaharuan. Digambarkan sebagai dewa berkepala helang, dia dan Horus mempunyai hubungan kerjasama yang menyebabkannya dikenali sebagai Horus of the Horizon.
Pelbagai dewa Mesir purba bergabung dengan Ra dan banyak yang diciptakan olehnya seperti dewa saingan seperti Ptah, Isis dan Apep.
6. Horus - Dewa Pembalasan
Horus mempunyai kedudukan istimewa dalam sejarah Mesir purba. Merupakan anak kepada Osiris dan Isis, dia membalas dendam ke atas kematian ayahnya dan kemudiannya memerintah Mesir.
Menurut mitos, dia juga dianggap sebagai anak Zeb dan Nut, dan dewa berkepala helang ini dengan mahkota merah dan putih disembah sebagai dewa langit, perang, perlindungan, dan cahaya. Mata Horus atau Mata Wedjat dipersonifikasikan sebagai dewi Wadjet dan terkenal sebagai Mata Ra.
Ini melambangkan bahawa semua yang di bawah sedang diperhatikan dari atas.
7. Thoth - Dewa Pengetahuan dan Kebijaksanaan
Merupakan penimbang tara yang menyelesaikan pertikaian antara baik dan jahat, Thoth dianggap sebagai tuhan yang menciptakan dirinya sendiri.
Menguasai kedua-dua undang-undang fizikal dan ketuhanan bersama dengan rakannya Ma'at, dia mempertahankan alam semesta dengan penguasaan pengiraannya. Orang Mesir purba mengakuinya sebagai pengarang sains, falsafah, dan sihir.
Dewa ini dianggap sebagai dewa yang paling terpelajar dalam sejarah purba. Juga dianggap sebagai dewa bulan untuk menjaga waktu walaupun matahari tiada, Thoth diakui sebagai dewa yang membuat kalendar 365 hari.
8. Hathor - Dewi Keibuan
Kadang-kadang dipanggil sebagai "Mistress of the West", Hathor menyambut kedatangan orang mati ke kehidupan seterusnya.
Dilahirkan dari Ra, dia menjadi contoh keibuan dan cinta feminin. Orang Mesir purba berdoa kepadanya sebagai dewi muzik dan tarian.
Dia dipercayai mengurniakan berkat sebagai pembantu kepada wanita semasa kehamilan dan melahirkan anak. Penyayang, rendah hati dan baik kepada orang mati dan yang masih hidup, dia juga dikenal sebagai Wanita Langit, Bumi dan Dunia Kematian.
9. Sekhmet - Dewa Perang dan Penyembuhan
Memimpin dan melindungi firaun semasa perang, Sekhmet yang juga merupakan anak perempuan Ra, digambarkan sebagai singa betina dan terkenal dengan perwatakannya yang garang.
Dia juga terkenal sebagai Yang Berkuasa dan mampu menghancurkan musuh-musuh sekutunya. Sekhmet digambarkan dengan cakera suria dan uraeus yang merupakan ular senduk Mesir, yang dikaitkan dengan kerabat diraja dan ilahi.
Sekhmet menolong dewi Ma'at di Dewan Penghakiman Osiris yang juga mendapat reputasinya sebagai penimbang tara.
10. Geb - Dewa Bumi
Juga digambarkan sebagai Bapa Ular, Geb mewakili tanaman dan penyembuhan. Dengan angsa di kepalanya, dewa berjanggut ini dipercayai menyebabkan gempa bumi setiap kali dia ketawa.
Dia adalah anak kepada dewa udara Shu dan dewi kelembapan Tefnut, serta memiliki peranan penting dalam Kitab Orang Mati sebagai dewa yang menimbang hati orang mati di Dewan Penghakiman Osiris. Orang Mesir purba percaya bahawa dia menyimpan jiwa orang jahat.
Sumber :
1. Britannica 2. Ancient History 3. Ancient 4. Kay Suhaimi
Satu-satunya negara yang ada Unit Khas Anti Sihir ialah Arab Saudi.
[Ini adalah bebenang]
Pada tahun 2009, pihak berkuasa Arab Saudi yang dikenali sebagai Polis Agama telah menubuhkan satu unit khas yang dinamakan sebagai Unit Anti Sihir.
Tugas utama pasukan khas ini adalah untuk mendidik masyarakat tentang keburukan menggunakan sihir. Mereka juga menyelesaikan masalah berkaitan sihir seperti mengubati pesakit, memusnahkan sihir yang dihantar dan menghapuskan objek yang dipercayai berkaitan amalan sihir.
Kisah Sistem Kasta India yang Kenakan Cukai Tutup Dada
[Ini adalah bebenang]
Semasa era pemerintahan kolonial British di India yang dikenali sebagai British India, negeri-negeri di India (ketika itu) dipecahkan kepada beberapa wilayah berbeza diperintah keluarga di-raja, di bawah naungan British.
Salah satu wilayah yang ada adalah kerajaan Travancore, terletak di bahagian selatan India atau lebih tepat di Kerala dan Tamil Nadu kini.
Tradisi lama di Afghanistan, Budak Lelaki Berpakaian Wanita Menari untuk Lelaki Berusia
[Ini adalah bebenang]
‘Bacha bazi’ secara literal bermaksud ‘permainan budak lelaki’. Bacha bazi merupakan satu tradisi lama Afghanistan yang mana lelaki-lelaki muda akan berpakaian seperti perempuan.
Kemudian, mereka akan disuruh untuk menari di hadapan lelaki-lelaki lebih tua di pesta, majlis kahwin dan keramaian peribadi. Lelaki-lelaki muda ini ada tuan masing-masing. Mereka ini dimiliki oleh lelaki bujang atau yang sudah berkahwin untuk disimpan seperti gundik.
Situasi hari ini adalah yang paling getir dalam sejarah 30 tahun Ukraine yang terperangkap dalam persengketaan antara Rusia dan Amerika Syarikat serta sekutu Eropahnya.
Ukraine yang dilihat membelakangi Rusia dan menyokong perikatan Barat seperti NATO dan Kesatuan Eropah kini berhadapan dengan ujian terbesar mereka.