1. Suami menasihati isteri 2. Suami mengasingkan tempat tidur 3. Memukul isteri bukan dengan tujuan mendatangkan kecederaan 4. Melantik Hakam bagi tujuan mendamaikan pihak²
Betapa berat dan sukarnya nak sabitkan isteri sebagai nusyuz ni tuan².
Dalam suatu pensabitan nusyuz, Hakim bicara biasanya menyarankan pihak² untuk mengikuti tatacara bagi menyabitkan isteri itu sebagai nusyuz termasuklah melantik Hakam sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah An-Nisa ayat 35: "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka
berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan,
nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya.
Berkenaan point no 3 boleh refer 👇🏻
Lepas ni kalau suami² nak sabitkan isteri sebagai nusyuz buatlah keempat² tatacara yang dinyatakan di atas dan pastikan ada mohon suatu perintah kembali taat dari Mahkamah Syariah sebagaimana dinyatakan dalam sek.130 Enakmen UU Keluarga Islam
7 Perkara yang boleh diambil pengajaran dalam kisah ini (ambil perhatian wahai para isteri) :
1-Salah faham tentang wasiat.
Wasiat kepada waris adalah tidak sah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang bermaksud :
“Allah telah memberikan bahagian kepada setiap yang berhak. Oleh itu, tiada wasiat untuk pewarisnya”.
Walaubagaimanapun, jika mendapat keizinan waris² yang lain, maka wasiat kepada waris adalah sah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni yang bermaksud :
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”.
Dalam kes ini, jika isteri tak setuju dengan wasiat suami untuk memberi keseluruhan harta hanya kepada ibu dan anak, maka isteri tersebut boleh mencabar wasiat tersebut di mahkamah syariah.