7 Perkara yang boleh diambil pengajaran dalam kisah ini (ambil perhatian wahai para isteri) :
1-Salah faham tentang wasiat.
Wasiat kepada waris adalah tidak sah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang bermaksud :
“Allah telah memberikan bahagian kepada setiap yang berhak. Oleh itu, tiada wasiat untuk pewarisnya”.
Walaubagaimanapun, jika mendapat keizinan waris² yang lain, maka wasiat kepada waris adalah sah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Daraqutni yang bermaksud :
“Tidak harus wasiat kepada waris kecuali diizinkan oleh waris yang lain”.
Dalam kes ini, jika isteri tak setuju dengan wasiat suami untuk memberi keseluruhan harta hanya kepada ibu dan anak, maka isteri tersebut boleh mencabar wasiat tersebut di mahkamah syariah.
Wasiat yang tidak mengikut hukum syarak apabila dicabar akan terbatal dan pembahagian harta pusaka akan kembali semula kepada pembahagian secara faraid.
Isteri bukanlah nak menafikan hak ibu dan anak melainkan hanya nak menuntut bahagian faraid dirinya iaitu 1/8 daripada keseluruhan harta.
2-Tertib pembahagian pusaka dan kewajipan menyelesaikan hutang si mati.
Sebelum sesuatu harta pusaka diagihkan,
perlu melalui beberapa tertib yang wajib terlebih dahulu dan menyelesaikan hutang si mati adalah tertib yang paling utama selepas menyelesaikan belanja urusan pengebumian.
Wasiat hanyalah nak tentukan siapa pentadbir. Wasiat pembahagian yang dibenarkan hanyalah 1/3 dan
mestilah kepada yang bukan waris. Hutang si mati WAJIB dibayar daripada harta pusaka si mati. Dah habiskan bayar hutang, jika ada baki harta barulah boleh diagihkan kepada waris² . Jika si mati tidak meninggalkan lebihan harta, waris² tak wajib bayarkan hutang si mati melainkan
itu adalah ihsan waris² jika ingin membayarkan hutang.
3-Isteri boleh menuntut Harta Sepencarian.
Sebelum harta pusaka si mati diagihkan, isteri boleh menuntut harta sepencarian di mahkamah syariah.
Berapa kadar bahagian yang layak akan ditentukan oleh mahkamah mengikut kadar sumbangan langsung dan tidak langsung. Bahagian faraid isteri memanglah hanya 1/8 sahaja jika si mati ada anak,
tapi kadar tersebut boleh ditingkatkan dengan tuntutan harta sepencarian di mahkamah syariah. Apa harta yang boleh dituntut? Semua harta yang diperolehi di sepanjang tempoh perkahwinan boleh dituntut.
4-Pastikan semua harta terutama yang bernilai tinggi seperti rumah dilindungi
insurans/takaful. Kredit kad, pinjaman, kereta, rumah semua pastikan ada insurans. Ini juga merupakan salah satu perancangan harta yang terbaik. Tinggalkan waris dengan aset dan bukannya dengan liabiliti.
5-Pentingnya tau ilmu faraid dan pengurusan pusaka walaupun yang asas
supaya tidak dianiaya. Latarbelakang pengadu sebagai pegawai dan juga professional tidak terkecuali daripada kekeliruan tentang ilmu mengurus pusaka.
Ini menunjukkan, masih ramai yang tidak ambil berat untuk mempelajari ilmu ini sebab itulah ilmu ini dikatakan ilmu pertama yang akan hilang dulu dari muka bumi ini.
6-Rancang harta elak sengketa. Sebelum berlaku kematian hubungan baik tapi lepas kematian hubungan dingin.
Kenapa? Sebab si mati tak rancang harta betul² .. tak tutup pintu sengketa, malah buka ruang untuk bersangka². Rumah itu keperluan untuk isteri dan anak² . Jika nak bagi harta bagilah melalui hibah.
Walau apapun alasannya, meninggalkan waris² dengan harta lebih baik dari meninggalkan mereka dalam keadaan yang meminta². Bagilah secara adil. Jika nak lantik pentadbir untuk mudahkan urusan pentadbiran pusaka, barulah buat dalam wasiat.
7-Hikmah faraid. Ibu dapat 1/6. Bapa dapat 1/6. Bahagian masing² dah ada kenapa nak ambil bhgn isteri yg hanya 1/8. Baki dapat pada anak². Tidak ada isu ibu nak tanggung ayah dan adik² yang sedang bersekolah. Itu tanggungan adik-beradik lain yang masih hidup.
Boleh juga tuntut nafkah anak daripada adik-beradik suami yg kerja bukan biasa² tu. Kenapa sampai biarkan anak putus susu dan makan lauk telur hari²?
Wahai wanita.. bangkitlah. Dengan ilmu anda tidak akan dipijak. Please don’t be a loser but be a fighter.. shall we?
Sumber: Roslina Sabiyah (beliau merupakan salah satu tim #CelikSyariah kami)
1. Suami menasihati isteri 2. Suami mengasingkan tempat tidur 3. Memukul isteri bukan dengan tujuan mendatangkan kecederaan 4. Melantik Hakam bagi tujuan mendamaikan pihak²
Betapa berat dan sukarnya nak sabitkan isteri sebagai nusyuz ni tuan².
Dalam suatu pensabitan nusyuz, Hakim bicara biasanya menyarankan pihak² untuk mengikuti tatacara bagi menyabitkan isteri itu sebagai nusyuz termasuklah melantik Hakam sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah An-Nisa ayat 35: "Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka
berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan,