Sejarah Perhubungan di Malaysia #7 (Pemodenan Keretapi)
Satu demi satu kejatuhan, daripada pembongkaran oleh Jepun untuk Landasan Maut Burma, hingga kepada penutupan laluan2 terawal sekitar 1970-an, memaksa keretapi Malaysia berevolusi untuk kekal relevan.
Ini adalah bebenang.
Pemodenan mula mengambil tempat apabila Malayan Railway mula menggantikan lokomotif berkuasa wap dengan lokomotif berkuasa diesel dan railcar menjelang 1960.
Railcar diperkenalkan untuk perjalanan jangka pendek Sultan Street ke Seremban & Tampin, Tampin-Ipoh & Ipoh-KL.
Seterusnya, perkhidmatan pantas diperkenalkan antara KL dan Singapura, memendekkan masa perjalanan sebanyak 6 jam.
Malayan Railway, kemudiannya Keretapi Tanah Melayu, telah berterusan membeli lokomotif diesel. Lokomotif wap terakhir digunakan adalah pada 1974.
Dekad 1970an menyaksikan beberapa laluan terawal KTM ditutup, serta Stesen Sultan Street yang terpaksa dirobohkan, maka satu lagi perkhidmatan baru mula diperkenalkan iaitu relbas (railbus) pada dekad 1980an.
Perkhidmatan ini merangkumi 6 laluan iaitu Kulai-S'pura, Ipoh-KL,..
.., Ipoh-Butterworth, Gemas-Mentakab, P. Klang-KL-Sentul dan Butterworth - Arau.
Boleh dikatakan, relbas adalah perintis kepada Komuter Tengah dan Komuter Utara pada masa kini.
Perkhidmatan relbas bertahan sehingga 1995, apabila KTM Komuter mula mengambil alih.
Laluan Komuter pertama adalah merangkumi KL-Rawang (seterusnya dipanjangkan ke Salak Selatan) dan Sentul-Shah Alam (seterusnya dipanjangkan ke Klang).
Perkhidmatan itu dipanjangkan lagi ke Kajang, seterusnya ke Seremban, membentuk jaringan Komuter dalam masa sedekad.
Tahun seterusnya (1996), STAR LRT (Sistem Transit Aliran Ringan) pula hadir dengan dua laluan, iaitu Laluan Ampang (Ampang - Sultan Ismail) dan...
... Laluan Sri Petaling (Sentul Timur-Sri Petaling). Uniknya, laluan ini dibina di atas laluan lama KTM Ampang. Hanya bahagian Bukit Jalil-Sri Petaling dan Masjid Jamek-Sri Petaling yang bertingkat.
1998 pula menyaksikan PUTRA LRT (Projek Usahasama Transit Ringan Automatik) dengan laluan Kelana Jaya-Pasar Seni, yang kemudian dipanjangkan ke Terminal Putra.
KL Sentral pula dibuka pada 2001,menggantikan Stesen Keretapi KL menjadi penghubung KTM Komuter & PUTRA LRT ketika itu.
Lebih banyak laluan dibuka selepas itu. ERL (Express Rail Link) pula dibuka pada 2002, menghubungkan KL Sentral dan KLIA dengan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
Monorel pula dibuka pada 2003,menghubungkan KL Sentral dan Titiwangsa.
2007 pula berlaku pemanjangan laluan KTM Komuter (L.Seremban) dari Rawang ke Rasa, kemudian KKB (2008) dan berakhir di Tg. Malim (2009).
KTM Komuter (L.P.Klang) juga dipanjangkan ke Batu Caves (2010) dan Sg. Gadut (2011) kemudian Rembau (2013).
Pada tahun 2010 juga, di luar Lembah Klang, pembangunan landasan berkembar eletrik juga telah siap antara Kuala Lumpur - Ipoh.
Landasan berkembar Seremban - Gemas pula siap pada 2013, diikuti Ipoh-Padang Besar pada 2015.
ETS mula beroperasi di laluan ini pada 2010 di 37 stesen.
Kembali ke L.Klang, pemanjangan ERL ke KLIA2 mula dibuat pada 2014.
Laluan lain juga melalui proses sama, seperti Laluan Sri Petaling (dahulunya PUTRA LRT) dari Sri Petaling ke Kinrara (2015).
Tahun sama, KTM Komuter melalui proses pertukaran laluan. Keretapi dari S'ban kini menuju B
Caves, manakala dari P.Klang akan ke Rawang. Pertukaran berlaku di KL Sentral.
2016 pula, pemanjangan Komuter terus ke P. Sebang/Tampin dan LRT S.Petaling dari Kinrara ke Putra Heights.
Di luar L.Klang, KTM Utara juga sudah beroperasi bermula dengan Gurun-Butterworth-Kamunting pada 2015,
Pada 2016, perkhidmatan ini dipanjangkan dan dibahagikan kepada Padang Besar-Butterworth dan Bukit Mertajam-Padang Rengas.
2016 juga menyaksikan 2 lagi pembangunan.
Pemanjangan Laluan Kelana Jaya dari Kelana Jaya ke Putra Heights, menyambungkannya terus dengan Laluan Sri Petaling.
Serta pembukaan laluan baru MRT Sg.Buloh dari Sg. Buloh ke Semantan, sebelum dipanjangkan ke Kajang (2017).
Pada 2018, Laluan Skypark pula dibuka untuk menghubungkan Lapangan Terbang Subang dan KL Sentral. Ianya adalah laluan penghubung lapangan terbang kedua di Malaysia selepas ERL KLIA.
Pada ketika ini, terdapat beberapa lagi projek berkaitan keretapi yang sedang berjalan atau dirancang seperti ECRL, LRT3, MRT2, RTS, dan PTMP.
Namun, disebabkan bebenang ini hanya mengulas projek yang sudah siap, maka ia akan diulas pada bebenang lain.
Aku selalu anggap P.Pinang ni negeri paling susah dibangunkan. Kira kalau boleh main Sims City atau Cities:Skylines, map P. Pinang ni boleh dikatakan paling susah la.
Singapore wannabe, tapi tak sedar tanah Singapore rata, tapi tanah kau berbukit2. Lepas tu...