Jujur kata, ni Top 4 paling sensitif, sebab negara kita ni negara Persekutuan, jadi setiap negeri ada jati diri yang kuat.

Malah tak keterlaluan aku katakan, rakyat Malaysia lebih kenegerian berbanding kebangsaan.

Tapi aku cuba jugak ulas dari segi geografi dan geopolitik.
1. Pulau Pinang

Aku selalu anggap P.Pinang ni negeri paling susah dibangunkan. Kira kalau boleh main Sims City atau Cities:Skylines, map P. Pinang ni boleh dikatakan paling susah la.

Singapore wannabe, tapi tak sedar tanah Singapore rata, tapi tanah kau berbukit2. Lepas tu...
Jap eh, mak aku suruh goreng telur pulok.

Nanti sambung.
... OK sambung. Tang mana tadi?

Oh ya.

Kalau perasan, pembangunan kat P. Pinang ni susah nak buat.

Tambak, ganggu nelayan, demo.
Tarah, banjir, demo.
Buat kat tanah rata, monumen diruntuhkan, demo.
Tak buat apa2, jem, demo.

Nak buat LRT, takde tanah besar untuk depot.
Pembangunan pun tak terancang, yang mana kalau nak betulkan balik, macam apa aku kata tadi, akan menyinggung banyak orang.

Oh ya, jangan lupa UNESCO curse lagi.

Tatkala Seberang Perai ada 3 bandar terancang, pulau masih serabut.

Dan...ada yang prefer tram di bandar sesak ni.
2. Sabah boleh dikatakan sangat di-"nerf"-kan oleh topografinya.

Pernah terfikir macamana boleh ada 3 jenis kerajaan dulu2 kat sini (Brunei di timur, Sulu di barat, tempatan di tengah)? Ya, geografi.

Kenapa ada perbezaan ketara kawasan Dusun-Bajau? Ya, geografi.
Kenapa SBUB tak pernah langsung buat landasan Sandakan-KK? Ya, geografi.

Malah masalah ini tak boleh diselesaikan dengan menukar ibu negeri (seperti mana Nigeria tukar dari Lagos ke Abuja untuk satukan Fulani dan Yoruba).

Sebab?

Ya, geografi.
3. Negeri Sembilan

Pernah jumpa negeri yang dibelah gunung?

Kalau bukan kerana pengkhianatan Raja Khatib ke atas Raja Melewar, adalah sukar untuk Negeri Sembilan kekal berdiri dengan jumlah wilayah yang besar di belakang Titiwangsa.

Silap2 wilayah2 ini diserap Pahang.
4. Kelantan

Aku perasan ramai letak negeri ni sebab politik radda radda radda.

Tapi bagi aku pulak, sejak Kelantan berpisah dengan Patani, pembangunannya agak di-"nerf"-kan. Kebanyakan kawasan ratanya terletak di utara yang begitu kecil.
Atas sebab ni juga, Kelantan ada masalah "city primacy" yang agak ketara sebab semua terlalu tertumpu di Kota Bharu.

Kota Bharu pun agak jauh dari Kuala Lumpur, hanya ditandingi Alor Setar dan Kangar, menyebabkan pembangunan agak sukar masuk ke sini.
Top 4 Honourable mention:

1. Perak (bergunung-ganang, sukar bentuk identiti sendiri andai merdeka)

2. Pahang (masalah ibu negeri yang lebih banyak dipengaruhi pengaruh negeri jiran, tak berpusat)

3. Johor (city primacy antara JB dan Batu Pahat)

4. Perlis (agrosentrik).
Maksudnya lagi 5 negeri lain tu sempurna ke? Tak jugak. Sesungguhnya ciptaan manusia tak pernah sempurna. #tiber #donedakwah

1. Selangor boleh dikatakan negeri yang sangat rata, cuma dia tak jadi "Poland" sebab dihuni masyarakat Bugis yang handal berperang.

Tapi...
...kerataan Selangor menjadikan ianya medan perang budaya yang ketara.

Dari Melayu Klang & Jugra, kepada Bugis, Jawa, kemudian orang negeri lain seperti Kelantan hadir.

Tanpa sempadan geografi untuk melindungi, budaya asal mula pudar dan stigma kepada orang luar mula menebal.
2. Geografi Sarawak hampir sempurna....kalau Brooke tak ambil wilayah Lawas (dan Limbang) yang merupakan taktik Brunei untuk membentuk "buffer state" dengan SBUB.

Maka Lawas dan Limbang yang tersepit mudah menjadi punca separatisme memandangkan Brunei dan Sabah lebih dekat.
3. Melaka dari segi geografi, mungkin nampak sempurna. Namun dari segi sejarah, Melaka terpaksa menanggung kesilapan British memasukkan Naning ke dalam wilayahnya.

Daripada kesemua mukim di Melaka, 25 mukim adalah dalam wilayah Naning.

Sekiranya berlaku separatisme..
...maka sebahagian besar daerah Alor Gajah akan terpisah. Malah, mukim Kuala Linggi, Kuala Sungai Baru, Sungai Baru Ilir dan Sungai Baru Tengah akan terpisah dari tanah besar Melaka, seperti Tanjung Tuan di Port Dickson, Negeri Sembilan.
4. Kedah, hampir sempurna. Walaupun ada berbeza dialek dengan Kedah Hulu, tapi tak begitu ketara kerana ada Banjaran Bintang dan Titiwangsa sebagai sempadan.

Yang menjadi masalah adalah daerah Bandar Baharu yang menjadi "chicken neck".

Sepertimana Siliguri, India yang...
...boleh dijadikan titik serangan oleh China, kawasan ini juga berpotensi menjadi "chicken neck" kerana terpisah jauh dari bandar2 besar di Kedah, sehingga adakala terpaksa bergantung kepada Perak dan P. Pinang.
5. Terengganu, mungkin boleh dikatakan paling sempurna.

Jika ada sebarang separatisme sekalipun, kebarangkalian ia dari utara (Besut). Namun mungkin sukar untuk berlaku kerana kedudukan Besut yang tersepit di Banjaran Pantai Timur.
Sekian ulasan santai menghentam semua negeri. Lol.
Ralat.

*Brunei di barat, Sulu di timur.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with SejaFi سجافي ꤼꥉꤺꤶꥇ 🇲🇾🇵🇸

SejaFi سجافي ꤼꥉꤺꤶꥇ 🇲🇾🇵🇸 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @aizuddin_twider

13 Nov
Sejarah Perhubungan di Malaysia #7 (Pemodenan Keretapi)

Satu demi satu kejatuhan, daripada pembongkaran oleh Jepun untuk Landasan Maut Burma, hingga kepada penutupan laluan2 terawal sekitar 1970-an, memaksa keretapi Malaysia berevolusi untuk kekal relevan.

Ini adalah bebenang. Image
Pemodenan mula mengambil tempat apabila Malayan Railway mula menggantikan lokomotif berkuasa wap dengan lokomotif berkuasa diesel dan railcar menjelang 1960.

Railcar diperkenalkan untuk perjalanan jangka pendek Sultan Street ke Seremban & Tampin, Tampin-Ipoh & Ipoh-KL. Image
Seterusnya, perkhidmatan pantas diperkenalkan antara KL dan Singapura, memendekkan masa perjalanan sebanyak 6 jam.

Malayan Railway, kemudiannya Keretapi Tanah Melayu, telah berterusan membeli lokomotif diesel. Lokomotif wap terakhir digunakan adalah pada 1974. Image
Read 21 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(